Wednesday, December 14, 2011

Lemon Tree by Fool's Garden

Assalamualaikum

Terdengar lagu ini semasa di Carrefour petang tadi. Dan tiba-tiba teringatkan zaman sekolah dulu, di Jenan. Lagu ini adalah 'my haunted song'. Puas difikirkan kenapa pada waktu itu onesue meminati lagu ini tetapi tidak bertemu jawapannya, buat masa sekarang. Cuma bila mendengar lagu ini, onesue terbayang bilik study, bilik tv dan bilik prefect. Nantilah, bila onesue sudah bertemu dengan sebab utamannya, onesue akan update lagi. Buat masa ini, layanlah lirik lagunya k.

I'm sitting here in a boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time
I got nothing to do
I hanging around
I'm waiting for you
But nothing ever happens and i wonder

I driving around in my car
I'm driving too far
I'm driving too far
I'd like to change my point of view

I feel so lonely
I'm waiting for you
But nothing ever happens and i wonder

I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me about the blue blue sky
And all that i can see is just a yellow lemon tree

I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning around
And all that i can see is just another lemon tree

Sing
da da da da dam dee dab da
da da da da dam dee dab da
dab deedly da

I'm sitting here
I miss the power
I'd like to go out taking a shower
But there's a heavy cloud inside my head
I feel so tired put myself into bed
Well, nothing ever happens and i wonder

Isolation is not good for me
Isolation i don't want to sit on the lemon tree

I'm stepping around in the desert of joy
Baby anyhow i'll get another toy
And everything will happen and you wonder..........

Dan adalah sambungannya lagi...penat nak tulis

Klasik sungguh kan? Tapi inilah antara lagu yang mengingatkan onesue kepada zaman sekolah di Jenan

Wallahua'lam


Home Alone 4

Assalamualaikum

Hari ahad yang lalu, onesue menonton cerita 'Home Alone 4' bersama-sama dengan anak-anak. Dan seperti biasa, cerita sebegini berjaya mendiamkan mereka selama hampir 2 jam. Menghayati ceritalah kononnya.

Cerita ini seperti Home Alone 1 sehinggalah Home Alone 3, tetap menghiburkan. Cuma bezanya kali ini ayah dan ibunya telah bercerai dan ayahnya telah pun mempunyai teman wanita yang kaya, Natalie. Dan ceita ini 95% di dalam rumah Natalie ini

Semasa mereka berehat setelah siap menghias pokok krismas, Kevin bertanyalah kepada ayahnya tentang kenapa ayah dan ibunya berpisah. Ayahnya menjelaskan bahawa dalam perkahwinan, hubungan itu adalah sangat rumit terutama bagi mereka yang berkahwin muda seperti ayah dan ibu Kevin. Dan sehinggalah samapai ke suatu masa di mana ayahnya terasa seperti ketinggalan sesuatu di dalam hidupnya, keseronokan dan yang seangkatan dengannya. Dan Natalie adalah sesuatu yang berlaku selepas ayah dan ibunya bercerai. Natalie juga bukanlah punca kepada penceraian mereka.

Kevin bertanya lagi adakah itu sebabnya kenapa orang tua atau yang telah berumur suka memandu kereta sport. Hmmmm...mula-mula, onesue tidak nampak apa kaitannya tetapi apabila ayahnya mengiakan, respon Kevin amat menyentuh perasaan. Katanya jika ayahnya memandu kereta sport, walaupun kereta itu sangat hebat tetapi tiada tempat penumpang. Hanya seorang penumpang sahaja yang dapat dibawa bersama. Sudahnya ayahnya akan keseorangan kerana kereta seperti itu tidak mempunyai ruang untuk orang lain di dalamnya.

Jadi, apakah yang dapat dipelajari dari perkara ini? Belajarlah menghargai sesiapa yang ada di dalam hidup anda terutama mereka yang setia di sisi ketika kita susah. Dan sekiranya terasa kasih atau sayang sudah pudar, carilah jalan untuk menghidupkannya semula. Keseronokan hidup itu adalah sementara sahaja dan kerap sekali mengaburi mata kita semua. Jangan terpedaya olehnya.

Wallahua'lam

Sunday, December 11, 2011

Adik, jom potong kuku

Assalamualaikum

Kali ni nak story sikit tentang anak lelaki onesue, najmi. Dia ni punyalah liat kalau masuk bab potong kuku. Minggu lepas seperti biasa memujuk dia memotong kuku.

'Nanti ada banyak kuman dalam kuku adik. Pastu bila adik makan, kuman tu masuk ke dalam perut adik. Pastu adik sakit perut'

Nak tahu apa dia jawab? 'Ala, xpe, umi yang suapkan kan? tak delah kuman masuk dalam perut adik'

Ada saja idea untuk memangkah apa yang umi mahupun ayahnya cakap. Minggu lepas juga dia berebut dengan ayanhnya minum teh o ais yang ada di dalam peti sejuk. Tapi sudahnya ayahnya mengalah tetapi mengusik dia dengan susu segar kegemaran dia pula.

'Boleh tak kalau ayah minum susu segar adik ni sampai habis?'

'Tak boleh' Cepat je dia jawab. Tetapi dalam beberapa saat kemudian dia menukar fikiran. 'Emmm, boleh, boleh. Ayah minulah sampai habis. Lepas tu ayah belikan yang baru ye. Kat speedmart ada'

Ayahnya tergelak besar mendengarkan jawapannya.

Wallahua'lam

Wednesday, December 7, 2011

Kasih Ibu Bapa Sampai Ke Syurga, Kasih Anak Hingga Mati

Assalamualaikum

Tajuk entri hari ini adalah 'Kasih Ibu Bapa Sampai Ke Syurga, Kasih Anak Hingga Mati'. Entah ada kaitan dengan perkara yang onesue ingin kongsikan ataupun tidak. Tidak mengapalah, belasah sajalah ye.

Hari ini kami didatangi sahabat lama di tempat kerja. Dia telah lama berhenti kerja dan berhijrah bekerja kerajaan. Semasa dia memberitahu keputusan tersebut beberapa tahun lalu, onesue terkedu juga. Kerana dia adalah 'adik' yang baik, rajin bekerja dan tersangat 'passionate' dengan apa sahaja yang dilakukannya. 'Plant'nya adalah umpama 'baby'nya. Dan tiba-tiba dia mahu berhenti. Tambahan lagi, dia sedang melanjutkan pelajaran di peringkat 'Master'. Alasannya ketika itu hanyalah kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Tetapi hari ini tersingkaplah kebenarannya. Katanya tujuan utamanya berpindah bekerja kerajaan (jadi orang 'gomen') adalah untuk memastikan ibunya dapat menerima rawatan dialisis dengan sempurna, tanpa kekangan kewangan. Sayu dan kagum mendengarnya. Masih ada anak yang sanggup mengorbankan 'passion'nya hanya untuk ibunya.

Tertanya pada diri, mampukah onesue berbuat demikian sekiranya diuji sebegitu nanti? Semoga Allah memberikan onesue jalan keluar nanti dan diberikan kekuatan untuk memberi yang terbaik untuk mak mahupun wan. Amin

Kepada anak-anak di luar sana, bahagiakanlah ibubapa anda sementara mereka masih hidup. Bila mereka sudah tiada, percayalah, kita akan tercari-cari mereka

Wallahua'lam

Tuesday, December 6, 2011

Baju muslimah & Jersi Bola

Assalamualaikum

Onesue nak promote web adik onesue. Bagi sesiapa yang mahu membeli jersi-jersi bola yang terkenal dan juga baju muslimah, bolehlah ke blog adik onesue ini http://kelantanbrand.com/

Anda boleh memilih pelbagai jersi bola dari kelab-kelab liga perdana Inggeris dan Malaysia. Baju muslimah juga ada dan boleh dibeli secara online

Semoga mendapat sokongan semua

Wallahua'lam

Saturday, December 3, 2011

Lirik Lagu 'AKAN KU JUMPA'

Assalamualaikum

Pertama kali onesue mendengar lagu ini di radio IKIM lebih kurang sebulan yang lepas tanpa mengetahui siapakah penyanyinya. Pertama kali mendengar, terus terpikat dengan liriknya yang penuh makna. Dan alhamdulillah, akhirnya hari ini onesue pasti yang penyanyinya adalah Azfar. Lagu ini rupanya adalah OST untuk drama 'SYURGAMU RAMADHAN'. Tengok dari feedback kawan-kawan di youtube, drama ini sangat menarik tetapi onesue tidak pernah melihatnya. Maklumlah, tv adalah milik anak-anak dan suami. Sekiranya onesue dapat melihat cerita di tv, itu adalah kerana mereka mempunyai aktiviti lain untuk dibuat. Dan sekiranya drama ini ditayangkan semasa Ramadhan, lagilah terlepas. Kerana sibuk memasak untuk berbuka, kemudian solat, then bertarawih dan mengaji. Tidak mengapalah, sila layan lirik lagu ini ye. Semoga mampu menggerakkan hati hati kita yang kering gersang dan tandus dari nur ilahi menuju kembali kepadaNYA, amin.

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayangMU
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak kepadaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMU

Hari berganti hari aku terus teguh menanti
Hadir dirimu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan kujumpa diriMU
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman kuberi hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkahku cuba untuk mengejar diriMU

Semoga bermanfaat

Wallahua'lam

Friday, December 2, 2011

"Trend menyuburkan dosa melalui kursus motivasi?"

Assalamualaikum

Malam ni terasa agak rajin pula untuk menjenguk blog-blog kegemaran. Terasa teruja dengan ummi yang menjadikan acara penyampaian anugerah untuk kategori tertentu untuk anak-anaknya sebagai acara tahunan. Mungkin kami juga boleh mempraktikkan perkara sedemikian apabila anak-anak sudah ke sekolah rendah.

Dan alhamdulillah, rindu dengan nukilan saiful islam, onesue menjenguk ke blognya pula. Terdapat beberapa nukilan yang menarik perhatian dan salah satunya berkenaan dosa ketika kursus motivasi atau aktiviti 'team building'. Ini teramat penting untuk dibaca dan dihayati. Semoga onesue dan kawan kawan semua akan lebih beringat ingat di masa hadapan sekiranya ingin menganjurkan kursus motivasi atau aktiviti 'team building' untuk warga kerja

Bacalah dan hayatilah ye di link di atas (sila klik pada tajuk entri ini). Antara ayat yang menusuk ke kalbu adalah begini

"MALU VS. SEGAN

Kursus Team Building tersebut bercita-cita untuk mewujudkan semangat regu kerja yang tinggi di kalangan ahli organisasi. Pada mereka, halangan regu kerja adalah tiada keyakinan diri dan sifat ‘malu’ pada kakitangan terutamanya wanita. Lantas dua halangan inilah yang diserang di sepanjang kursus tersebut.

Peserta-peserta wanita (anak dara, bini orang, dan makcik-makcik) berdiri sambil menutup mata di atas kerusi hakim sepak takraw dan kemudiannya merebahkan diri secara terlentang ke bawah. Tubuhnya disambut oleh peserta lelaki yang menunggu dengan penuh ‘semangat regu kerja’ dan ya… tepukan gemuruh untuk si gadis ini kerana berjaya memperolehi keyakinan diri!

Peserta-peserta wanita ini bertudung belaka. Mulanya mereka malu-malu dan segan. Tetapi selepas dipujuk dengan ‘kata-kata mutiara’ dan perangsang, mereka telah berjaya membuang rasa malu tersebut. Akhirnya benarlah sindiran Nabi SAW:

“Wahai anak Adam, jika sudah tiada rasa malu, buat sahajalah apa yang kamu mahu”

روى شعبة عن منصور بن ربعي عن أبي منصور البدري

Sifat malu atau (haya’) itu adalah benteng iman. Kerana kita malu kepada Allah, malu kepada manusia dan kepada diri sendiri, maka kita terhalang dari menjatuhkan maruah diri dengan perlakuan maksiat. Terbuka atau tersembunyi… Sifat malu itulah yang menjadi self defence kita daripada suasana persekitaran yang merosakkan iman.

Apa yang perlu dibuang itu adalah ‘rasa segan’ dan bukannya malu. Segan itu adalah (khajal) yang dibahasakan kita sebagai ‘malu tak bertempat’. Segan nak bertanya, segan nak cakap depan orang ramai, segan nak berusaha gigih, segan, segan dan segan hingga akhirnya jadi segan Kedah, iaitu penyegan (pemalas)! Sifat ini mesti dibuang dari lelaki dan perempuan agar kita semua tidak terkandas di dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Tapi yang dibuang dari kursus Team Building ini bukannya SEGAN, sebaliknya MALU. Apabila lelaki dan perempuan duduk dalam satu pasukan tanpa MALU, maka jadilah ia gelanggang ZINA. Saya tidak keterlaluan untuk menyebut hal ini kerana walaupun zina itu tidak berlaku di depan mata, namun muqaddimahnya sudah diselesaikan belaka. Tanpa malu, lelaki bebas memegang perempuan, perempuan bebas dipegang lelaki, berakit dan berkayak bersama-sama dalam keadaan basah kuyup, semua yang tidak pernah dilihat, dapat dilihat oleh rakan kerja semahu-mahunya"


Selebihnya, sila klik pada tajuk entri di atas untuk ke saifulislam.com

Semoga bermanfaat kepada semua, insyaAllah.

Wallahu'alam

Bisnes?

Assalamualaikum

Lama juga onesue tidak meng'update' apa apa. Tidaklah sibuk sangat, tetapi sekarang agak kerap mendapat migrain. Stress agaknya tapi rasanya onesue sudah tahu kenapa onesue begitu. Mungkin sejak dua menjak ini, onesue kurang berzikir, tidak bertenang dan terlalu mengikutkan perasaan marah dan juga kecewa di tempat kerja.

Terfikir juga untuk berhenti kerja dan mencari kerja yang lebih fleksibel dan lebih mesra muslimah. Setakat ini masih belum ada apa apa yang konkrit. Tiada satu pun buat masa ini yang meyakinkan untuk onesue berani berhenti kerja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa idea yang terlintas di fikiran :
  1. Membuka kedai franchise seperti : 99 speedmart. Tapi rasanya better buka kedai buku
  2. How about Saba Islamic Media? Bunyi macam sangat menarik dan banyak perkara yang perlu dilakukan
  3. Atau buat masa ini, bermula secara kecil-kecilan, secara online mungkin

Masih terlalu awal untuk diputuskan. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk onesue lalui. Amin

Wednesday, October 12, 2011

Beg Sekolah Baru

Assalamualaikum

Walaupun onesue tengah berserabut dengan 'boiler' di tempat kerja, tapi itu bukanlah cerita yang menarik dikongsi buat masa ini.

Onesue cuma ingin bercerita tentang keseronokan anak-anak mendapat beg sekolah baru. Kisahnya bermula dengan beg adik yang agak kecil. Sejak dia mula ke sekolah tadika, beg dia hanya berjaya memuatkan kotak pensel dan pensel mewarna sahaja. Buku-bukunya pula terpaksa menumpang beg sekolah kakak. Sudahnya, beg sekolah kakak agak berat.

Dan onesue telah berjanji dengan adik untuk membelikan beg sekolah yang baru, yang agak besar, boleh memuatkan buku-bukunya. Tidak perlulah dia menumpangkan buku sekolahnya di dalam beg kakak.

Sudahnya, kami terpaksa juga membelikan kakak beg sekolah yang baru. Puncanya adalah kerana beg sekolah adik mempunyai roda, dan senang untuk dibawa, sedangkan beg sekolah kakak yang lama tidak mempunyai roda


Inilah beg baru kesayangan mereka, Dora The Explorer dan juga Thomas.

Adik tersangat fanatik dengan Thomas. Dia mempunyai set mainan Thomas, siap dengan 'railway'.

Kakak juga agak fanatik dengan beg 'Ana Muslim' tetapi disebabkan agak susah untuk menemui beg ' Ana Muslim' beroda, terpaksalah kami membelikan beg dengan gambar Dora. Sekurang-kurangnya bukan gambar 'Barbie'. Terasa susah nanti untuk menyemai bercerita tentang aurat dengan segala benda di sekeliling dipenuhi dengan 'Barbie', betul x? Agak janggal rasanya.

Semoga anak-anak umi menjadi budak yang pandai, berilmu dan berguna untuk agama Islam yang syumul ini.

Wallahua'lam

Wednesday, October 5, 2011

'A Place Somewhere Only We Know'

Assalamualaikum

Tetiba malam ni terasa rajin pula nak tambah satu lagi entri. Ini berkenaan buku yang onesue baca. Setelah sekian lama, rasanya onesue nak memulakan kembali hobi lama iaitu membaca novel. Tapi dulu onesue sangat meminati novel-novel dari penulis Norhayati Berahim. Novel beliau banyak berkisar tentang isu-isu yang dihadapi wanita, dilema wanita dan sebagainya. Hobi ini terhenti seketika apabila onesue mula mengandung anak pertama sehinggalah sekarang.

Hobi ini akan dimulakan kembali tapi kali ini mungkin dengan novel english. Novel tebaru yang onesue beli adalah ' A Place Somewhere Only We Know'. Penulisnya adalah Hannah Lavender Love. Dulunya bekerja di syarikat janakuasa dan telah pun bersara. Kini menghabiskan masa dengan menulis novel. 'A Place Somewhere Only We Know' adalah novel beliau yang pertama.

Jalan cerita novel ini adalah sangat 'simple'. Berkenaan hubungan di antara manusia dan 'invisible being' yang bermula dengan tidak sengaja. Onesue suka dengan konflik yang terbentuk tanpa sengaja setelah mereka mempunyai anak. Bagaimanakah anak itu akan dibesarkan? Adakah sebagai manusia atau sebagai 'invisible being'? Dan bagaimana pula dengan kasih dan cinta yang terbentuk dalam diam di antara mereka?

Konflik sebegini adalah sangat 'common' tetapi diolah dengan agak baik oleh penulis, menjadikan novel ini agak menarik. Well, this is a good start for me. It's might not a beginning but a good comeback.

Dulu ada juga cita-cita untuk menerbitkan novel sendiri. Mungkin selepas onesue menjadi surirumah sepenuh masa, onesue mampu merealisasikan cita-cita aka angan-angan ini, insyaALLAH.

Wallahua'lam

Pampers, Genius Aulad dan Iqra'

Assalamualaikum

Lama juga onesue menyepi kan? Masa untuk diperuntukkan di hadapan laptop rasanya digantikan dengan masa melihat kerja rumah anak-anak.

Bercerita tentang anak-anak, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa seminggu ini. Onesue akan becerita beberapa sahaja kali ini.

Bermula dari minggu lepas, Najmi dengan rela hatinya belajar untuk tidak memakai pampers. Walaupun hanya di sebelah petang, perkembangan ini amat menggembirakan. Bukan kerana duit untuk membeli pampers akan berkurang tetapi gembira dengan sikap positif yang ditunjukkan olehnya.

Pada 1 Oktober yang lepas, kami ke Genius Aulad Bandar Botanik. Mereka mengadakan Hari Terbuka. Ada sedikit jamuan, dan kami bebas bertemu dengan guru-guru yang ada di sana. Dan dengan rasminya kami membayar yuran kemasukan ke sesi tahun depan, untuk kedua-dua Insyirah dan Najmi. Alhamdulillah. Dan Insyirah sempat bermesra dengan bakal gurunya semasa mewarna lukisan. Rupa-rupanya itulah guru yang bertanggungjawab dengan 'reading'. Lihatlah betapa seronoknya kakak berbual-bual dengan gurunya, harap mampu menggantikan Cikgu Ayu yang sehingga kini masih bertakhta di hati Insyirah



Najmi pula sibuk bermain gelungsur dan rumah mainan. Alhamdulillah, tercapai juga impian kami untuk menyekolahkan anak-anak di sini. Pencarian kami bermula dua tahun lepas. Bermula dengan Little Caliph dan beralih ke Genius Aulad. Little Caliphs tidak berapa banyak di zon sini. Genius Aulad juga rasanya insyaALLAH tidak kurang bagusnya. Yang penting, anak-anak diajar dengan teratur berkenaan Islam dan juga ilmu duniawi.

Dan berita tebaru yang menyeronokkan adalah Najmi telah pun dengan rela hati bersetuju dan bersemangat untuk memulakan pengajian IQRA' secara formal dengan cikgu taskanya. Setiap hari dia dengan bersemangat bercerita dan mengulang bacaan IQRA' yang dipelajari di taska. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan memujuk, akhirnya kesabaran kami terbalas juga.

Masalah di tempat kerja terasa hilang seketika melayan anak-anak dan juga kerja-kerja rumah.

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN DI TEMPAT KERJAKU, RUMAHTANGGAKU, URUSAN MENIDIK ANAK-ANAK. PINJAMKANLAH DAKU SEDIKIT KESABARAN DAN KURNIAKANLAH DAKU AKAL YANG CERDAS. SEMOGA SEGALA YANG DAKU LAKUKAN ADALAH IBADAH KEPADAMU YA ALLAH

Wallahua'lam

Wednesday, September 21, 2011

Jadual imunisasi anak 0 - 6 tahun

Assalamualaikum
Kali ini onesue ingin berkongsi tentang jadual imunisasi anak-anak. Onesue sebenarnya baru lepas bersahur dan sedang mengemaskini rekod-rekod anak-anak. Tiba-tiba terlihat kad jadual imunisasi anak-anak. Rasanya elok jika onesue catatkan di sini. Saje untuk mengimbas semula kenangan ketika anak-anak masih kecil.

  • Baru lahir : BCG dan Hep B (Dos pertama)
  • 6 minggu : Hep B (Dos kedua)
  • 3 bulan : DTP, HIB, Polio (semuanya dos pertama)
  • 4 bulan : DTP, HIB, Polio (semuanya dos kedua)
  • 5 bulan : DTP, HIB, Polio (semuanya dos ketiga)
  • 6 bulan : Hep B (Dos ketiga)
  • 9 - 12 bulan : MMR (I)
  • 12 - 15 bulan : Chcken pox
  • 18 bulan : DTP, HIB, Polio (Dos tambahan)
  • 4 -5 tahun : MMR (II)
Suntikan seterusnya adalah 'double antigen and polio- dos tambahan kedua' ketika umur 7 tahun. Tetapi dos ini perlu diambil disekolah. Hanya vaksin yang disenaraikan di atas yang perlu diambil di hospital. Ketika kakak mengambil suntikan MMR (II) awal tahun ini, Dr Ling menyerahkan kad rekod imunisasi kakak kepada onesue sambil berkata "Tahniah mama dan kakak, kakak dah graduate dari hospital ini". Kami hanya tersenyum.

Sejauh mana kepentingan pengambilan vaksin-vaksin ini kepada anak kita? Menurut Dr Ling, vaksin ini perlu diberi kerana bayi tidak dapat menghasilkan antibodi sendiri. Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan anak-anak dapat mengahsilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria.

Apakah itu vaksin? Vaksin merupakan virus atau bakteria yang dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut.

Oklah, cukup untuk kali ini. dah masuk waktu Subuh, nak pergi solat.

Wallahua'lam

Tuesday, August 16, 2011

Manusia yang penuh dengan kesombongan

Assalamualaikum

Sesuai dengan tajuk hari ini, onesue akan bercerita mengenai manusia yang penuh dengan kesombongan yang onesue temui dalam masa seminggu ini. Seharusnya, di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini, kita gunakan untuk merenung diri sendiri, muhasabah dengan penuh tawaduk, tetapi manusia yang penuh dengan kesombongan ini tidak pernah menggunakannya sebegitu. Sebaliknya rasa kesombongan mereka menjadi-jadi.

Bermula pada minggu lepas di mana ketua baru kami yang serasa onesue panik dan cuba untuk menyesuaika diri dengan suasana 'operation'. Dulunya dia adalah seoang 'chemist' dan kemudiannya terus terlibat dengan projek dan 'market search' untuk produk oleo yang baru. Bila dia baru sahaja memasuki alam 'operation', mungkin juga dia mengalami 'culture shock'. Sebaiknya dia perlu bertenang kerana kami di 'operation' ini seharusnya tahu apa yang perlu kami lakukan. Onesue hanya ingin menyampaikan pendapat berkenaan tugas tambahan salah seorang eksekutif yang tidak bekerja di dalam 'department' onesue tetapi di atas rasa tanggungjawab, onesue hanya ingin meluahkan pendapat agar dia dengan segala kewarasan dan kebijaksanaan sebagai ketua akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sebaliknya dia mula membuat gaya yang amat onesue benci, 'membelek telefonnya sambil berpura-pura tidak dengar'. Bahasa tubuh sebegitu mengingatkan onesue ketika kami di Maybank Bangsar. Ketika itu ketua onesue yang lama sedang menyatakan bahawa dia akan behenti dan memulakan bisnes sendiri. Dan dengan berselorohnya bekas ketua onesue berkata ' xpe bos, onesue sudah lebih dari bersedia untuk memikul sebahagian dari tugas saya'. Dan buat kali pertama, ketua onesue tadi (yang baru) membuat bahasa tubuh sebegitu. Seolah-olah mengatakan 'who are this woman?, I don't need her. I don't even need your advice'. Perasaan onesue ketika itu adalah sangat terhina. Onesue amat 'aware' bahawa dia memang tidak menyukai perempuan untuk menggantikan tempat ketua lama onesue. Dan dia perlu tahu bahawa onesue pun tidak mengimpikan untuk berada di tempat itu buat masa ini kerana onesue baru sahaj dinaikkan pangkat pada tahun lepas. Adalah amat mustahil untuk naik pangkat lagi, walaupun pada hakikatnya onesue telahpun dinaikkan pangkat sebagai 'acting manager'. Onesue amat pasti dan tahu tentang itu, tetapi tidak perlulah ditunjukkan lagi dengan bahasa tubuh yang onesue terjemahkan sebagai sangat kurang ajar itu. Tidak perlulah menghina onesue sebegitu. Disebabkan bahasa tubuh dia (kali ketiga), onesue terus naik marah. Maaflah bos, sekiranya bos tidak mem'provoke' sebegitu, pasti amarah itu dapat dikawal.

Dan terdapat juga manusia yang sombong yang digelar 'traders'. Dengan penuh kesombongan, mereka menggagalkan penghantaran minyak sawit mentah kepada kilang. Hanya kerana mereka juga mempunyai 'shipment' sendiri. Dan salah seorang dari mereka bergaduh di telefon dengan eksekutif bahagian logistik kami (yang ketika itu berada di pejabat kastam). Dengn sombongnya dia berkata 'suka hati saya la hendak hantar minyak bila'. Dan semalam selepas solat tarawih, dengan penuh khusyuk dan rasa rendah diri, onesue memohon agar kebenaran berkenaan mereka yang sombong ini akan ditunjukkan juga.Semoga mereka akan belajar pelajaran yang berguna suatu hari nanti.

Ke mana sangatlah kita hendak pergi dengan sikap dan rasa sombong itu? Segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari Allah. Segalanya adalah miliknya. Kenapa kita sombong dengan pencipta kita juga? Tepuk dada, tanyalah iman.

Wallahua'alam

Thursday, July 28, 2011

Jalan-Jalan Ke Pantai Morib

Assalamualaikum
Sebenarnya onesue berada di Thistle Hotel, Port Dickson, menghadiri aktiviti tahunan syarikat selama 3 hari. Anak-anak bersama dengan ayah di rumah.

Pada hari Sabtu yang lalu kami ke Pantai Morib. Saje je bawa anak-anak berjalan ke pantai. Rasanya sudah hampir setahun kami tidak ke pantai. Pantai kegemaran kami adalah Pantai Melawi, Bachok. Tetapi semenjak peristiwa Tsunami di Jepun yang berlaku awal tahun ini, membuatkan kami agak payah untuk meyakinkan kedua ibubapa onesue untuk ke Pantai Melawi. Suami onesue beria-ia ingin membawa anak ke Pantai Morib. Anak-anak sungguh teuja untuk ke pantai. Pada malam sebelumnya, mereka menggeledah bilik mainan mencari bekas untuk bermain pasir, yang dihadiakan oleh Tok Wan (kerana mereka sangat suka bermain pasir di pantai). Dan puas onesue memarahi mereka, memaksa mereka tidur awal. Akhirnya, mereka tertidur dalam pukul 12 tengah malam.

Dan pagi esoknya, mereka bangun tersangat awal, dalam pukul 6.10 minit. Pukul 6.30 pagi, kedua-duanya sudah pun siap mandi. Kami sampai ke Pantai Morib dalam pukul 9 pagi. Kami membiarkan mereka bermain pasir. Pada mulanya adik sangat takut menuju berdekatan air. Tetapi lama kelamaan dia dapat membiasakan diri. Tidak sampai sejam, kami terpaksa bersiap untuk balik kerana hujan sudah mula turun.






"Seronok tak?" "Seronok sangat-sangat umi. Nanti kita datang lagi ye" Jawab adik dan kakak. Kasihan melihat mereka. Sejam di pantai sudah cukup menghiburkan mereka. Betullah, menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga adalah lebih baik.

Walau bagaimanapun, onesue rasa Pnatai Morib tidaklah secantik dan sebersih pantai-pantai di Kelantan. Mungkin kerana pantai di Kelantan menghala ke laut luas. Sebab itulah airnya jernih, kebiru-biruan. Air di pantai Morib kelihatan agak kecoklatan dan pantainya tidak bersih. Sungguh sayang pantai ini tidak diselenggara dengan baik.

Walau bagaimanapun, kami amat berpuas hati kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak, melakukan aktiviti yang mereka suka.

Ok, sekarang onesue ingin bercerita tentang Hotel Thistle pula. Hotel ini agak cantik, menghadap ke laut. Terdapat pelbagai jenis 'swimming pool' dan yang paling menarik adalah kolam untuk anak-anak, sangat menaik, terdapat gelungsur air. Hotel ini terletak di Teluk Kemang, hanya 45 minit dari KLIA. Hotel ini juga mempunyai padang golf (9-hole, canggih la juga). Makanan pula boleh tahan. Untuk sesiapa yang ingin bercuti di Port Dickson, Hotel Thistle boleh berada di dalam senarai penginapan yang anda semua boleh pilih.

Baiklah, onesue hendak berehat. Esok sehinggalah hari Sabtu akan menjadi hari yang sangat meletihkan. Jadi, sekarang adalah masa untuk mengumpul tenaga.

Wallahua'lam

Saturday, July 16, 2011

Ramadhan bakal menjelang

Assalamualaikum
Nampaknya kali ini onesue memang betul-betul lama tidak meng'update' blog ini. Bukannya onesue tidak menjenguk, tetapi apa yang dinukilankan tidak sempat untuk di'publish'. Kalau sudah tidak ada rezeki, buatlah apa sahaja, tidak akan menjadi dengan izin Allah.

Anal-anak sudah tidur. Siang tadi kami melawat bayi, anak rakan sekerja di Shah Alam. Kemudian kami balik ke Jenderam, rumah mertua. Dan alhamdulillah, kami kini sudah berada di rumah.

Sejak kebelakangan ini, terasa amat lelah. Migrain juga agak kerap dirasa. Biasalah, kami kini bekerja tanpa ketua yang baik. Segala-gala di tempat kerja tidak terkawal. Terlalu banyak masalah dan kini masing-masing mengambil sikap 'play safe'. Dan bos besar kami terpaksa memangku posisi bos kami yang telah pergi meninggalkan kami, selesa dan sederhana dengan dunia baru yang diimpi-impikannya. Semoga bos berjaya, insyaAllah. Tolong doakan kami. Semoga kami akan dapat menghadapi kemelut sekarang dengan baik.

Dan bercakap tentang anak-anak, Insyirah sudah ke pre-school semula bulan lepas. Dia sendiri merungut untuk ke sekolah. Boring agaknya. Umi dan ayah ajar tidak seseronok belajar di sekolah. Onesue mulakan dengan tiga subjek dahulu : BM, Matematik dan Bahasa Inggeris. Dan Najmi pula, bulan ini baru mengikuti jejak langkah kakaknya, bermula dengan hanya satu subjek sahaja : BM.

Najmi sangat seronok ke sekolah dan dia tidak ada sebarang masalah untuk bangun pagi dan mandi. Buka sahaja lampu dalam pukul 6.45 pagi, dia akan bangun dengan bersemangatnya. Kakak pula selalunya bermalas-malasan dahulu. Selepas minum susu, dia akan terus ke bilik mandi, sangat sernok dan teruja untuk ke sekolah. Apabila teachernya membatalkan kelas, onesue akan menghadapi masalah untuk menghantarnya ke 'nursery'. Pasti dia akan menangis, minta dihantarkan ke sekolah juga

Dan bulan lepas juga kami telah pun mendaftarkan mereka ke 'Genius Aulad' Bandar Botanic untuk kemasukan tahun depan. Alhamdulillah, dapat juga kami menghantar mereka bersekolah di situ, dalam suasana yang lebih Islamik, insyaAllah.

Onesue juga ingin mengucapkan Selamat beribadah di dalam bulan Syaaban ini, sebagai persediaan menghadapi Ramadhan yang dirindui. Semoga ibadah kita di tahun ini lebih berkatnya, lebih ikhlasnya dan insyaAllah lebih pahalanya.

Setakat ini dahulu buat masa ini. Penat juga rasanya, kena berehat. InsyaAllah, jika ada kelapangan, onesue akan menulis lagi

Wallahua'lam

Tuesday, April 12, 2011

Maher Zain lagi

Assalamualaikum

Sekarang tengah temankan anak-anak buat 'homework' sambil ditemani lagu baru Maher Zain "Freedom". Dan ada satu lagi lagu yang mereka minta onesue pasang iaitu lagu Insya ALLAH versi Bahasa Melayu. Kagum dengar Maher Zain nyanyi dalam Bahasa Melayu agaknya. Kat bawah ni antara lirik lagu Insya ALLAH versi Bahasa Melayu

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalannya
Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiadanya ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

Nampaknya onesue kena daftar anak-anak sebagai PEMINAT TEGAR MAHER ZAIN, hehehe. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidaklah pening bila anak-anak sukakan lagu Britney Spears ke dan lain-lain. Biarlah mereka minat dengan lagu-lagu yang mendidik jiwa. Semoga mereka akan dilindungi ALLAH dari anasir-anasir yang tidak baik. Amin

Wallahua'lam

Monday, April 11, 2011

Seronoknya Buat Umrah

Assalamualaikum

Terajin pulak nak tambah satu lagi entri malam ni. Sedikit bersemangat bila lampu fluorescent dalam bilik dah ditukar baru, suasana lebih terang so semangat pun lebih berkobar-kobar. Tambahan pula, anak-anak suruh pasang lagu Freedom (Maher Zain). Diorang sibuk buat kerja rumah. Ummi pula sibuk meng'update' blog, hehehe. Husband pula sibuk buat tender document.

Hari Sabtu lepas, kami balik ke rumah mak mertua. Ingatkan nak stay sampai malam sedikit sebelum balik ke rumah. tetapi pada pukul 5 petang, onesue mendapat panggilan daripada SIFU aka MAK ANGKAT (semasa di kilang jambu) aka MENTOR iaitu PUAN ZAIDAH ABU BAKAR. Puan Zaidah menjemput kami sekeluarga ke rumahnya.

"Ada makan-makan sikit, adik-adik saya yang buat surprise. Esok saya, abang Hamid dan anak-anak akan berangkat buat umrah" katanya.

Terus kami bergegas balik. Selepas maghrib, kami berjalan kaki ke rumahnya. Dan sebak juga bila mencium tangan mak Puan Zaidah. Lama betul tidak berjumpa dengannya. Seingat onesue, kami berjumpa ketika onesue masih menyewa rumah di Taman Pahlawan, baru beberapa hari bersalinkan Insyirah, menunggu untuk balik berpantang di kampung. Sekarang Insyirah sudah pun berumur 4 tahun setengah. Puan Zaidah membawa maknya bersama menziarahi kami.

"Lama mak cik tak jumpa onesue, rindu rasanya. Anak dah dua baru kita jumpa balik. Jangan nanti sampai tambah lagi dua anak, baru jumpa lagi ye."

Orang tua, memang begitu. Itulah kehangatan ingatan dan kasih mereka. Siapalah kita tanpa mereka, ye tak?

Puan Zaidah berangkat untuk mengerjakan umrah pada pagi Ahad yang lepas. Onesue doakan agar Puan Zaidah sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali. Doakan kami juga, seru-serulah nama kami juga di hadapan kaabah. Moga kami juga cepat sampai ke sana. Jika diizinkan ALLH, mahu juga onesue ke sana bersama husband dan anak-anak. Biar Insyirah dan Najmi melihat dengan mata sendiri apakah itu kaabah, yang selalu dinyayikan dalam lagu 'We're Brothers and Sisters", nyanyian pelajar Genius Aulad. Mungkin dengan itu, lebih bererti kepada anak-anak daripada hanya story telling sebelum tidur ataupun story telling semasa solat.

Wallahua'lam

e-Filing (Mudah Tepat Selamat)

Assalamualaikum

Akhirnya dapat juga onesue meluangkan masa untuk mengisi e-Filing dan dah siap hantar pun tadi. Husband onesue juga baru sahaja siap mengisi borang BE (dia masih belum register e-Filing, so still kena isi borang). Dan onesue ada cukai terlebih bayar, seribu lebih, hehehehe...seronoknya. Itulah gunanya buat potongan cukai berjadual dan juga membayar zakat. Husband onesue ada juga kena bayar beberapa puluh ringgit. Kira ok la tu, ye tak?

Untuk kawan-kawan yang masih belum menghantar borang BE, onesue menasihatkan agar cepat-cepatlah berbuat demikian. Jangan tunggu 'last minute' kay. Onesue dah mengalami betapa lecehnya hantar borang BE 'last minute' 3 tahun lepas. Ketika itu onesue menemani husband onesue menghantar borang BEnya. Masih ingat lagi, pukul 8.30 malam kami masih lagi berlegar di keliling bangunan LHDN Klang. Trafik juga masya ALLAH, hampir tidak bergerak kereta. Itulah kami pertama dan terakhir kami mahu mengalaminya. Dan untuk tahun-tahun seterusnya, kami memang berazam untuk menghantar borang BE mahupun e-filing awal

Tapi onesue memang menyarankan agar kawan-kawan semua mendaftar untuk menghantar borang BE online (melalui e-filing la tu). Kenapa? Seperti cogankata e-filing : Mudah, Tepat dan Selamat. Itulah kelebihannya, hehehehe. Sendiri 'elaborate' k.

Ok, selamat mengisi dan menghantar borang BE. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab k.

Wallahua'lam


Friday, April 8, 2011

Freedom - Maher Zain

Assalamualaikum

Ada lagu baru Maher Zain la....Ni yang best ni, first time dengar kat radio IKIM semalam semasa on the way ke MPOB. So sekarang terus cari. Anak-anak suka sangat, maklumlah diorang memang peminat Maher Zain. Lagu ini sangat bersemangat dan enjoyable.... Senang cakap lagu ni tentang pembebasan negara-negara Islam yang tenagh bergolak sekarang. Kat bawah ada lirik lagu Freedom ni, dapat dari blog "SSM- a Journal of Journey". Credit to him. Kalau nak dengar lagu ni, silalah ke blog dia http://highnessfiq.blogspot.com/2011/03/new-song-from-maher-zain-freedom-video.html

Freedom From Maher Zain

Gathered here with my family, my neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from or if you're young, old, woman or man
We're here for the same reason, we want to take back our land

O God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

O God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall oh

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
This is it and we're not backing off

Oh God we know you hear our call
And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall oh
We know you're here with us
Freedom, freedom, freedom

If ada kesempatan, onesue akan cuba upload kat blog ni ye, InsyaALLAH

Wallahua'lam

Monday, April 4, 2011

Takziah untuk Jiranku

Assalamualaikum

This is a very short entry. Onesue baru diberitakan bahawa kawan Najmi semasa di nursery jalan 4C dulu telah meninggal dunia pagi tadi. Arwah adik wawi didiagnosis mengalami leukimia setahun lalu setelah beberapa bulan adiknya, arwah Safiya meninggal dunia di nursery akibat tercekik susu.

Kisah sedih ibu arwah menghadapi kematian arwah adik safiya dan kemudiannya arwah wawi disahkan menghidap leukimia dikongsi bersama semasa onesue mengadakan rumah terbuka tahun lepas. Terkejut kami melihat keadaan arwah : kepala botak dan ke mana-mana sahaja dengan memakai topeng mulut. Dan kehadiran mereka di rumah terbuka onesue juga sudah agak lewat petang, ketika tetamu sudah tiada bagi mengelakkan arwah terdedah dengan jangkitan. Kurang orang, kurang risiko.

Kepada ibu arwah wawi, takziah. Terlalu besar dugaan yang akak terima dalam masa dua tahun ini. Dan kami yakin, akak menerima dugaan sebegini kerana ALLAH tahu bahawa akak dan keluarga mampu menerimanya dengan penuh redha.

Al-fatihah untuk arwah adik wawi.

Najmi masih belum tahu tentang berita ini. Malam ini dia akan tahu bila kami pergi ziarah.

Wallahua'lam

Saturday, April 2, 2011

Al Quran Digital, Produk Terbaru!

Assalamualaikum

Onesue agak malas meng'update' blog ini sejak semenjak dua menjak ini. Bukannya apa, malam sudah fully occupied dengan home tuition untuk my kids. Since they are not schooling now, dah nak masuk 2 bulan, so we have to.

Dan rutin malam juga berubah sedikit. Kami cuba sedaya upaya untuk mendisiplinkan anak-anak dengan memperkenalkan peraturan "Strictly no cartoon from 7.30 pm until 8.00 pm". Masa itu adalah masa untuk solat berjemaah. Setakat ini, kakak sangat berdisiplin tetapi adik tidak.

"Adik tidak pandai semayang"

Walau itu alasannya, tetap no cartoons pada waktu itu. You have to watch orang solat. Rasanya kami perlu mula strict dengan anak-anak. Memang susah hendak mendisiplinkan mereka tetapi tidaklah mustahil, betu;l tak? Kami kena konsisten dan berdisiplin. InsyaALLAH, bantuan ALLAH akan datang nanti.

Ok, onesue ingin bercerita sedikit tentang produk baru yang dijual oleh adik onesue iaitu Al Quran Digital. Onesue mula berkenalan dengan Al Quran Digital minggu lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami di kampung. Terbaca dalam paper dan kebetulannya, salah satu hantaran yang diteima oleh pengantin adalah Al Quran Digital. Dan kebetulannya pula, adik onesue bercerita tentang produk ini dua hari selepas itu. Banyak sungguh kebetulan, petanda yang baik agaknya.

Terdapat 4 Qari pilihan di dalam produk ini, tidak seperti kebanyakan Al Quran Digital di pasaran yang hanya mempunyai 2 Qari pilihan sahaja. Dan onesue paling seronok, salah seorang Qai tersebut adalah qari kegemaran onesue iaitu Syeikh Said Al Ghamidi. 3 Qari yang lain adalah
Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud

Untuk keterangan lanjut, bolehlah terus ke blog adik onesue iaitu : http://alqurandigital2u.blogspot.com/

Untuk sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi adik onesue di talian 012-6056457 atau boleh juga hubungi onesue di 019-7287229. Just drop a message pun xpe, we'll contact you back

Wallahua'lam

Wednesday, March 30, 2011

Dunia sibuk dengan nuklear, dan mereka pula..........

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini dapat juga onesue meluangkan sedikit masa meluah perasaan di sini. Semalam Najmi demam, lemah tidak bermaya. Tidak seperti Najmi yang biasa, aktif ke sana ke mari. Celotehnya juga kurang, makan pun tidak, takut muntah katanya. Dan hari ini alhamdulillah, onesue dah mendapat kembali Najmi sebenar, permata hati pengarang jantung

Well, seluruh dunia sibuk membicarakan tentang penyebaran radiasi luar dari Jepun. Terdapat bermacam-macam versi cerita yang didengar. Ada yang kata tidak bahaya, jangan risau, kita jauh. Ada yang kata Jepun mengaku bangunan konkrit tumbang tetapi lojinya tidak meletup. Terdapat pelbagai versi cerita yang disuap kepada kita. Terpulanglah kepada kita untuk percaya kepada mana-mana versi. Yang penting, mulalah menyelidik untuk memahami apa itu nuklear, bagaimana lojinya beroperasi dan apakah kebarangkalian kesannya kepada kita. Begitu juga untuk memahami kebaikan dan keburukannya.

Apa yang onesue ingin cerita di sini adalah berkenaan dengan adik dan sepupu onesue. Ketika seluruh dunia sedang sibuk tentang gempa bumi, tsunami, nuklear dan sebagainya, tapi mereka sibuk dengan dunia mereka sendiri. Kedua-dua mereka sedang menunggu kemasukan ke mana-mana institusi setelah mendapat keputusan peperiksaan SPM yang baru diumumkan minggu lepas. Tahniah kepada adik onesue, WAN SHAHIZ AIMAN B W SAMSUDIN di atas kejayaan mendapat 3A dan 5C di dalam SPM yang baru lepas. Mungkin keputusan seperti ini bagi sesetengah orang adalah kecil tapi bagi onesue, ini merupakan pencapaian yang besar untuk adik onesue ini. Tahniah sekali lagi kerana berjaya menyahut cabaran along.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal. Mereka sebenarnya tidak duduk bergoyang kaki sementara menunggu kemasukan ke mana-mana institusi pendidikan. Mereka mempunyai aktiviti yang menarik, mencari pengalaman.

Adik onesue bekerja dengan cikgunya, menjaga kedai cikgu yang baru dibuka di Tanah Merah. Menarik juga mendengar cara dia menjana pendapatan. Dia dibayar gaji sebanyak RM300 sebulan. Untuk setiap sehelai baju atau barangan lain di kedai yang terjual, dia akan dibayar dengan komisyen sebanyak RM1 setiap satu. Dan komisen yang dibayar akan meningkat sekiranya barangan ini dibawa jual keluar dari kedai. Dalam maksud lain, cikgu ini menggalakkan dia mencari dan menarik pelanggan. Kedai ini tidaklah sebesar mana. Tauke kedai ini menjadikan kedai ini sebagai transit untuk menyimpan stok barang sahaja. Pendapatan utama dijana dari penjualan barang-barang ke butik atau ejen. Bijak, bijak.....


Aiman berposing di kedai


Sepupu onesue pula tidak bekerja di mana-mana kedai. Sebaliknya dia bekerja dengan ibunya sendiri. Ibunya, merangkap ibu saudara onesue adalah bekas askar. Sekarang sudah pencen dan setiap hari, dia akan memulakan kerja di 'pejabat'nya seawal jam 7.30 pagi. Dan pejabatnya adalah di belakang rumah kami...iaitu di kebun getah. Sepupu onesue dibayar gaji sebanyak RM15 sehari untuk hari dia membantu ibunya menoreh getah. Dan yang kelakarnya, dia akan menanda di kalendar sebelum dia ke kebun getah, seolah-olah punch card sebelum masuk bekerja. Siapa kata mereka yang menoreh getah, di kampung tidak mempunyai sistem? Jangan memandang rendah kepada mereka. Mereka mempunyai sistem yang agak canggih dan yang paling penting, mereka boleh 'trace' kembali data-data mereka dengan cara mereka sendiri. Syabas dan teruskan usaha.

Baiklah, untuk ini sahaja buat kali ini. Ada masa, onesue update lagi cerita-cerita terkini.

Wallahua'lam

Sunday, March 27, 2011

Puzzle = Perkembangan kognitif

Assalamualaikum

Agak lama juga onesue tidak menulis apa-apa post. Bukannya onesue langsung tidak menjenguk blog ini, tetapi onesue gunakan untuk menambah beberapa 'features', bagi mencantikkan dan menambah kebaikan kepada pengunjung blog ini.

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang setia bertandang ke blog ini. Walaupun blog ini telah wujud sejak tahun 2008, tetapi bilangan pengunjung yang stabil adalah bermula dari Januari 2011, bulan di mana onesue mula mengaktifkan kembali blog ini. Alhamdulillah, terima kasih semua

Kali ini onesue ingin bercerita tentang permainan yang amat disukai oleh kedua-dua anak onesue, Insyirah dan Najmi iaitu menyusun puzzle. Sebenarnya kedua-dua mereka tidak bermula dengan puzzle yang senang seperti kebanyakan kanak-kanak yang lain. Puzzle yang senang bagi onesue adalah puzzle yang hanya mempunyai beberapa keping puzzle yang perlu dicantum dan saiznya adalah agak besar. Tambahan pula, permainan ini dijana dari insiden 'tidak sengaja' setahun yang lepas.

Hairan ye. Ceritanya begini . Kedua-dua anak ini sukakan cerita kartun yang berbeza. Najmi sukakan cerita "Thomas & Friends" manakala kakak pula sukakan "Princess". Kebiasaaannya, suami onesue akan ke pasar hari ahad sendirian untuk membeli barang keperluan dapur. tetapi hendak dijadikan cerita, kami sekeluarga ke taman terlebih dahulu seawal 7 pagi. 'Exercising', kata suami onesue. Dan kami balik ke rumah sudah ha,pir 8.30 pagi. Dan suami onesue mencadangkan kami sekeluarga untuk bersarapan di luar. senang cerita, makan roti canai di kedai berdekatan dengan pasar. Rancangnya untuk terus ke pasar selepas sarapan.

Setelah siap bersarapan, kami bersama-sama ke pasar. Dan hendak dijadikan cerita, tenampaklah puzzle "princess' dan 'Thomas' tergantung dengan cantiknya di salah sebuah gerai di pasar tersebut. Dan terpaksalah kami membelinya. Dengan dahi berkerut, onesue pun membayarnya kerana tidak terbayang bagaimana anak-anak ini akan menyiapkan puzzle tersebut.

Tetapi, 'amazingly', mereka berjaya menyiapkan puzzle tersebut. Mereka sangat teruja dan bersemangat mencantumkan puzzle satu persatu. Malah Najmi kami gelarkan 'consultant' puzzle. Kadang-kadang, disuruhnya kami mencantumkan puzzle dan Najmi seolah-olah seorang konsultan memantau kami. "Tidak", "Bukan kat situ", Kat sini la" adalah kata-kata yang biasa keluar dari mulutnya.

Dan bilangan puzzle semakin bertambah. "Mickey mouse & friends" adalah puzzle ketiga. Kemudian menyusul pula puzzle "Dora, the explorer" dan "Toy story 3". Dan puzzle seterusnya agak berbeza kerana ia adalah dalam bentuk blok kayu, seakan-akan gajah. Dan mereka perlu mencantumkan blok-blog tersebut mengikut huruf abjad atau nombor 1 sehingga 26. Bagus juga idea pencipta blok kayu ini. Membantu anak-anak memantapkan lagi pengetahuan mengenai huruf abjad dan nombor

Seperti yang onesue pernah tulis berkenaan perkembangan anak-anak beberapa bulan yang lalu, permainan seperti puzzle mensimulasikan perkembangan kognitif mereka. Sebagi ibubapa, banyak perkara yang boleh kita sediakan untuk membantu perkembangan mereka. Permainan yang kita berikan, tidak semestinya mahal. Yang murah tidak bermakna tidak berkualiti. Onesue ketika kecil tidak ada permainan sebegini. Dibesarkan di kampung yang jauh dari kemodenan and juga sumber, kami belajar menggunakan alam semulajadi. Dulu masih selamat untuk ke sana ke mari tanpa pemantauan ketat ibubapa. Bebas bersama rakan-rakan melakukan eksplorasi. Tidak seperti anak-anak kita sekarang yang agak terbatas. Ruang belajar mereka amat kecil. Mereka mudah stres kerana ruang belajar mereka kecil berbanding kita di zaman dulu. Jadi, kreatiflah untuk mereka. Sayangi mereka, didiklah mereka, fahamilah mereka bila mereka mula stres dan lindungi mereka sedaya upaya kita. Selebihnya, bertawakallah kepada ALLAH

Ok, di sini ada gambar puzzle gajah yang menarik itu. Kami beli di Cameron Highland, tempat percutian menarik dan pilihan utama kami sejak dahulu sehingga sekarang

Kedai Bharat Plantations yang baru, bukan yang lama. Selain koleksi teh dari Bharat Plantations, terdapat juga barang-barang permainan untuk anak-anak dan juga barang yang boleh digunakan sebagai cenderahati. Cerita selebihnya berkenaan Bharat Plantations boleh didapati di link berikut : http://cameronhighland.net/bharat-tea.htm/


Kakak seronok dapat payung strawberi, adik dapat puzzle gajah


Puzzle gajah dari dekat. Ini jika mereka menyusunnya mengikut huruf abjad. Jika diterbalikkan, mereka juga boleh menyusunnya menbgikut nombor 1 - 26

InsyaALLAH, jika ada kelapangan, onesue akan memasukkan info untuk barang-barang HPA dan juga baju muslimah. Sesiapa yang berminat, sila tunggggggggguuuuuuuu ye.

Wallahua'lam


Wednesday, March 23, 2011

Kasih Ibu Bapa Tanpa Syarat

Assalamualaikum

Onesue mendapat email dari sahabat, berkenaan perbualan di antara pensel dan pemadam. Sangat cantik, sangat indah pengorbanan dan kasih dari ibu bapa yang boleh dikatakan tanpa syarat. Hayatilah bersama :

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong

.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad

Untuk ibu bapa yang mengeluh apabila pengorbanan mereka seolah-olah tidak dihargai, ingatlah bahawa ALLH maha adil, maha mengetahui dan maha penyayang. Teruslah mengasihi anak-anak anda, tanpa syarat. Doakan anak-anak sehingga ke akhir hayat anda. Biarpun nanti anak-anak tidak menghargainya, ingatlah bahawa balasan ALLAH itu lebih baik dari penghargaan mereka

Untuk anak-anak yang semakin lupa diri, muhasabahlah. Mintalah ampun dari ibu bapa anda. Walaupun mungkin ada perkara yang membuatkan anda kecil hati, maafkan ibu bapa anda dan bersabarlah. Pengorbanan mereka tidak mungkin dapat kita balas sampai bila-bila. Dan ingatlah, kasih sayang ALLAH lebih baik dari itu.

Semoga perbualan antara pensel dan pemadam di atas dapat memberikan dorongan dan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini.

Wallahua'lam

Tuesday, March 22, 2011

Air Terjun Lata Hujan

Assalamualaikum
Hampir seminggu onesue tidak menjenguk blog ini. Onesue bercuti, seminggu di kampung, di Kelantan. Anak-anak paling seronok, maklumlah hampir 4 bulan kami tak menjenguk nenek dan tok wan mereka.

Banyak juga aktiviti yang kami lakukan. Tapi yang pasti, rutin harian bermula dengan menghantar nenek ke sekolah. Nenek kerja la, kesian anak-anak. Petang baru dapat bermanja dengan nenek. Tapi yang pasti, mereka seronok dengan rutin sebegitu.

Pada mulanya, kami merancang untuk ke pantai melawi, di Bachok, tempat perkelahan kami yang wajib tiap kali balik Kelantan tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab kegerunan pada tsunami yang belaku di Jepun minggu lepas. Dan tempat perkelahan kedua adalah di Air Terjun Lata Hujan, hanya 15 minit perjalanan dari rumah mak dan wan. Perkelahan ke sini juga hampir-hampir tidak menjadi memandangkan cuaca yang sentiasa mendung sejak dari hari Isnin sehingga Rabu. Pada hari Khamis, kami nekad saja membawa anak-anak termasuklah Aqilah (sepupu mereka) dan Izzati (sepupu onesue) ke Air Terjun Lata Hujan setelah mendapati cuaca agak baik di sebelah paginya. Kali ini kami hanya pergi mandi, tidak seperti selalunya, penuh dengan bekalan makanan. Maklumlah, perkelahan kali ini umpama langsung tidak dirancang.

Najmi pada mulanya langsung tidak mahu menjengah ke air, tetapi apabila melihat kakak-kakak semuanya di dalam air, dia pun mula teruja.

Najmi dah mula teruja

Sudahnya, agak lama juga memujuk semua anak-anak balik, walaupun pada hakikatnya mereka semua kesejukan.

"Ok,ayah bagi masa 2 minit lagi, lepas tu kita semua balik" kata suami onesue kepada anak-anak

"Alah, kakak tak nak 2 minit, nak dua hari" jawab Insyirah. Aqilah dan Izzati mengangguk sambil terus bermain air


Aqilah, Izzati dan Kakak kesejukan

Sudahnya mereka naik juga setelah mendengar bunyi tembakan. Ada orang memburu ke di sini? Entahlah...Yang penting bunyi tembakan itu berjaya membuatkan anak-anak naik untuk balik

Onesue cerita sedikit ye tentang Air Terjun Lata Hujan ni. Air Terjun ini terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Tempat ini agak popular di kalangan penduduk tempatan. Tambahan pula, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti surau, tandas awam, wakaf rehat dan juga tapak perkhemahan. Kira dah upgrade la juga tempat ini. Seingat onesue, tempat ini hanya sekadar air terjun dan sudah menjadi kebiasaan untuk kami semasa kanak-kanak ke sini untuk mandi. Cuma agak sayang sekali kerana kemudahan yang dibina ini tidka dijaga sebaiknya. Tandas teramatlah kotor, kawasan sekeliling juga penuh dengan sampah, tidak seperti dulu-dulu. Harap ada la pihak berkuasa tempatan yang akan menguruskan kembali tempat ini. Sayang sekali kalau dibiar begitu sahaja tanpa penjagaan sewajarnya. Yelah, sebagai anak jati di kampung berdekatan, ingin juga onesue 'promote' kepada rakan-rakan untuk ke sini. Bangga juga mempunyai pusat perkelahan di kampung sendiri, ye tak? Cuma lebih elok jika keadaannya bersih dan terjaga. Lagipun, kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Baiklah, penat la pulak. Tidur dulu la ye, anak-anak pun sudah sibuk meminta susu. Lain kali, onesue update lagi k

Wallahua'lam

Sunday, March 13, 2011

Mencari Rezeki Yang Halal

Assalamualaikum

Topik hari ini adalah MENCARI REZEKI YANG HALAL. Gambar di bawah ini onesue ambil ketika dalam perjalanan balik ke rumah mak mertua. Di tengah kepanasan terik matahari, ternampaklah motosikal ini di 'traffic light'. Rasanya orang ini menjual roti menggunakan motosikal. Pernah ke kita terfikir berapa sangatlah hasil yang dia dapat setiap hari. Sekiranya hari hujan, pasti dia tidak dapat menjaja.



Kita sentiasa mengeluh apabila terasa kesempitan sedangkan kita lupa bersyukur ketika kita mendapat rezeki yang banyak. Kenapa mesti bila kita kesempitan sahaja, baru kita ingat untuk mengeluh sedangkan ketika banyak, kita lupa untuk bersyukur/ berterima kasih kepada ALLAH, Maha Pemberi Rezeki?

Walaupun hasil yang mungkin dia dapat adalah sedikit, tidak seperti kebanyakan kita yang mendapat gaji beribu-ribu sebulan, tetapi onesue amat yakin dia bahagia. Kerana dia yakin dengan janji ALLAH. Dia juga yakin bahawa rezeki yang halal itu penuh dengan keberkatan dan cukup walaupun sedikit

Onesue cukup kagum dengan mereka-mereka sebegini. Mereka berpegang teguh kepada janji ALLAH, berusaha mencari rezeki yang halal, berasa cukup dengan apa yang ada. Mereka tidak mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya untuk mendapat hasil. Itu sahaja sudah cukup untuk memasukkan mereka ke dalam golongan yang amat sabar.

Sekiranya onesue terserempak dengan mereka-mereka yang berniaga kecil-kecilan, walau di mana sahaja, pasti onesue akan membeli produk mereka. Bukanlah terlalu ingin sangat untuk makan, tetapi ingin menyokong aktiviti mereka. Kerana mereka memilih untuk mencari rezeki yang halal dan berusaha, tidak terjerumus ke lembah hina. Dan manalah tahu, dengan kita membeli produk mereka pada hari itu, mereka mampu untuk tersenyum dan mengucapkan kata-kata syukur kepada ALLAH, juga mampu menghiburkan hati mereka. Mungkin perkara itu adalah sangat besar maknanya kepada mereka, walaupun bagi kita ia sangat sedikit.

Dan onesue amat marah sekiranya melihat anak-anak onesue membazir makanan atau tidak menghargai apa yang meraka ada seperti baju baru, buku dan alatan menulis. Kerana ramai anak-anak di luar sana hanya mampu menikmati makanan yang enak-enak sekali sekala. Tiap hari perut sentiasa lapar, hanya diisi ala kadar, hanya cukup untuk meneruskan kehidupan. Mereka juga amat jarang merasai nikmat memakai baju baru setiap hari. Setahun sekali juga sudah besar maknya untuk mereka. Malah mungkin mereka juga tidak ke sekolah kerana kesempitan hidup

Kepada anak-anak ummi, jadilah hamba yang bersyukur. Jadilah orang yang berjaya supaya anak-anak ummi mempunyai kelapangan untuk membantu mereka yang susah yang lain. Semoga kesusahan mereka di sekeliling anak-anak ummi mampu melembutkan hati-hati kamu, supaya kamu sentiasa berasa belas kepada mereka yang susah. Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan penuh kesombongan, kamu akan mengundang murka ALLAH.

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268

Dan untuk kita, sekiranya sekali sekala dalam sebulan itu kita tersaa kesempitan, elakkan mengeluh. Serahkan kepada ALLAH, pasti ada hikmah dan pengajaran yang ALLAH ingin berikan. Dan ingatlah dalam sebulan itu, berapa harikah kita dalam kesenangan. Onesue percaya, bilangan hari kita di dalam kesenangan adalah lebih banyak dari bilangan hari kita di dalam kesempitan. dan kesempitan kita bukanlah sampai ke tahap kita merempat di tepi jalan. Kita masih ada rumah untuk didiami, masih tidur di atas tilam yang empuk, masih ada makanan untuk dinikmati, masih ada kereta atau motosikal untuk membawa kita ke mana-mana.

Semoga kesusahan mereka di sekeliling menjadikan kita hamba ALLAH yang bersyukur dan sentiasa redha dengan apa jua yang DIA takdirkan untuk kita

Wallahua'lam

Friday, March 11, 2011

Hadiah untuk Ummi


Assalamualaikum

Agak lama juga onesue tidak meng'update' blog ini. Super sibuk pula minggu ini. Dan rasanya sudah tidak sabar lagi untuk menikmati percutian selama seminggu, harap tanpa gangguan. Rasanya onesue sudah tersangat 'saturated'. Perlu rehat untuk mengurangkan tekanan kerja. Semoga selepas seminggu, onesue akan kembali bekerja dengan penuh semangat, penuh bertenaga, insyaALLAH.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga meng'upload' gambar putera kesayangan dengan hadiah yang dibuatnya untuk ummi.....Sedang sibuk didapur, tiba-tiba sahaja dikejutkan oleh Najmi dengan nada suara yang sangat gembira 'Ummi, hadiah untuk ummi'. Terharu dibuatnya. Semoga Najmi Hanif akan membesar sihat dan sentiasa bermanfaat untuk agama yang suci ini. Semoga seluruh hidupnya didedikasikan untuk ALLAH, insyaALLAH.

Wallahua'lam

Saturday, March 5, 2011

Objek merangsang minda anak (1-2 tahun)

Assalamualaikum

Sebenarnya ada banyak benda yang ingin diceritakan. Tetapi apabila mengenangkan banyak gambar yang gagal diupload, maka onesue tangguhkan dahulu cerita tersebut. Well, hari ini kita bercakap berkenaan perkembangan anak dari usia 1 sehingga 2 tahun. Rasanya onesue ada bercerita tentang perkembangan anak-anak dalam usia ini dalam beberapa post sebelum ini. So, anggap ini tambahan la ye.

  • Perkembangan motor halusnya bertambah baik terutama pergerakan tangannya. Dia sudah mampu mengutip blok mainan yanag kecil, butang termasuklah buah kismis. Dan hobi memasukkan barang ke dalam mulut masih lagi diteruskan. Jadi, permainan yang kecil seperti guli dan sebagainya masih perlu dielakkan. Bagaimana dengan pensel? Onesue boleh cakap pada waktu ini sudah semakin 'expert' dan bersiap sedialah untuk melihat 'coretan kasih sayang' pada dinding rumaH
  • Dia juga semakin pandai meniru perbuatan kita, malah sudah mula memahami memek muka kita. Perkataan yang senang seperti mama, papa, susu sudah mula kerap keluar dari mulutnya. Dan dia juga semakin faham dengan arahan yang senang seperti 'jangan, letak, datang pada umi'
  • Dia juga semakin pandai menyuap makanan sendiri. Galakkan dia menyuap makanan sendiri terutama menggunakan sudu. Ini boleh membantu dia meningkatkan kordinasi tangan dan mata serta kawalan otot
  • Tumpuan dan ingatannya semakin meningkat. Dia sudah mula memahami dan mengingati cerita pendek yang dibacakan setiap hari sebelum
  • Gigi telah mula tumbuh. Maka kita perlu mula mengenalkannya dengan berus gigi lembut. Jadikan memberus gigi dan gusi sebagai aktiviti rutin setiap hari.
Itu sahaja buat kali ini. Ada masa onesue berkongsi info tentang anak-anak lagi. Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam

Friday, March 4, 2011

Doa agar cepat melunaskan hutang

Assalamualaikum

Hutang....ya, itulah tajuk coretan onesue hari ini. Kenapa kita berhutang? Terdapat banyak sebab yang boleh onesue senaraikan di sini tetapi hutang membeli rumah dan kereta adalah hutang yang memang tidak dapat dielakkan.

Kita dibenarkan meminjam jika kewangan terlalu mendesak cuma kita mestilah tegas dan berdisiplin dalam membayarnya semula.

Rasulullah s.a.w menjelaskan orang yang tidak membayar hutang, doanya tidak diperkenankan ALLAH. Baginda nabi sendiri tidka menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan. Setelah dipastikan mayat terbabit telas menjelaskan semua hutangnya di masa hidup, barulah Baginda Nabi menyolatkan jenazahnya.

Begitulah antara kepentingan kita melunaskan hutang. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha mendisiplinkan diri mengurangkan hutang-hutang yang ada dan mintalah bantuan ALLAH dengan berdoa. Antara doa yang boleh diamalkan :

"Ya ALLAH, ya tuhanku, yang menghilangkan duka, menghapuskan keresahan, (dan) yang mengabulkan doa kepada orang yang memerlukan, yang maha pengasih maha penyayang, di dunia mahupub di akhirat. Engkaulah yang memberi kasih padaku, maka berilah aku rahmat, (aku) yang tidak memerlukan kasih kecuali kepada Engkau. Ya ALLAH, berilah kecukupan kepadaku dengan harta yang Engkau nyatakan halal, tanpa harta yang Engkau nyatakan haram, dan berilah kecukupan kepadaku dengan anugerahMU, (bukan kepada) selain Engkau"

"Ya ALLAH tuhan sekalian langit dan bumi. Tuhan yang mempunyai Arsy yang besar, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang ada. Yang menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Yang menurunkan kitab taurat, injil dan kitab Al-Quran. Aku berlindung kepadaMU dari segala kejahatan segala sesuatu. Yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya. Engkaulah yang awal, tiada segala sesuatu sebelum Engkau, Engkaulah yang akhir/ yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah. Engkaulah yang zahir (yang nyata adanya, kerana banyak bukti-buktinya), selain Engkau tidak ada yang nyata. Engkaulah yang batin (tidak dapat digambarkan, bagaimana, di mana dan seperti apa?) Selain Engkau tidak ada yang batin. Ya ALLAH bayarlah hutangku, berilah aku kecukupan dan hindarkan aku dari kemiskinan"

Hadis dari Abu Hurairah r.a. Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An Nasa'i

Semoga ALLAH membantu kita membayar hutang yang ada. Semoga kita akan bebas dari hutang, InsyaALLAH

Wallahua'lam

Thursday, March 3, 2011

Peluang berbuat kebaikan di mana-mana

Assalamualaikum

Onesue ingin berkongsi hadis berkenaan melakukan kebaikan. Ternyata Allah amat menyukai hambaNya yang melakukan kebaikan. Bagaimana dengan kita? Marilah kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. Semoga kita mampu menjadi hamba yang dicintaiNya.

Allah berfirman yang bermaksud, "....Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik" (AL-BAQARAH : 195)

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud,
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu :
  • Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah
  • Aku cintakan orang yang rendah hati dan diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati
  • Aku cintakan orang yang bertaubat tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat

Bagaimana rakan-rakan semua? Masih sukakah kita melewat-lewatkan melakukan kebaikan? Allah sentiasa menanti dengan kasih sayang.

Semoga bermanfaat

Wallahua'lam

Friday, February 25, 2011

Istidraj, "Tetapi, aku berjaya!"

Assalamualaikum

Onesue nak berkongsi email yang cukup baik ini dengan rakan-rakan semua. Kadang-kadang onesue juga tefikir kenapa mereka berjaya, senang tetapi semua itu agak susah untuk onesue mahupun suami. Tetapi sedarkah kita hikmah di sebalik sedikit dugaan yang Allah berikan itu? Sama-samalah kita membaca nukilan di bawah yang diemailkan seorang sahabat kepada onesue. semoga memberi manfaat.

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

( Muhasabah ) Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah : Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, " Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku" Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, " Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?" Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi.

Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.

Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. " Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"

ALLAH menjawab, " Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah belajar bersungguh-sungguh, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, " Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…" Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Best Regards,
AZLIN ABU BAKAR

Kepada saudari Azlin, terima kasih kerana men'forward'kan kiasah yang cukup indah untuk dibuat renungan. Kepada hati-hati yang masih ragu dengan kasih sayang ALLAH, bertaubatlah dan kembalilah kepadaNYA. Hanya DIA yang kekal, hanya DIA yang benar-benar menyayangi tanpa syarat, yang sentiasa sabar menunggu kita kembali kepadaNYA, sabar dengan karenah kita yang saban hari membuat dosa.

Wallahua'lam

Wednesday, February 23, 2011

Saudah Binti Zam'ah

Assalamualaikum

Hari ini onesue ingin berkongsi tentang seorang lagi wanita yang wajar digelar srikandi Islam iaitu Saudah Binti Zam'ah.

Siapakah Saudah ini? Beliau adalah dari suku keluarga Amir yang terhormat dan kaya. Ayahnya adalah Zam'ah Bin Abi Syams dan ibunya pula bernama As-Syumus Binti Qais. Saudah tidak seperti kebanyakan anak orang berada yang lain. Beliau suka berbuat baik dan seorang yang suka berkata benar. Beliau juga adalah seorang yang sangat sederhana.

Saudah berkahwin dengan As-Sakran Bin Amru. Mereka sekeluarga adalah antara yang terawal memeluk agama Islam. Ketika tentangan dari kaum Quraisy di kota Makkah sedang hebat berlaku, Rasulullah saw telah mengarahkan umat Islam berhijrah. Saudah sekeluarga adalah antara mereka yang bersama-sama Rasulullah saw berhijrah, merentas padang pasir yang luas bagi menyelamatkan agama yang baru dianuti. Suami Saudah meninggal dunia ketika penghijrahan ini berlaku. Saudah dan anak-anaknya kemudiannya diletakkan di bawah jagaan ayahnya.

Pada ketika itu, Rasulullah saw juga telah kehilangan isterinya Khadijah. Semua sahabat tidak berani mencadangkan agar Rasulullah saw mencari pengganti Khadijah kerana mereka amat tahu betapa dalamnya cinta Rasulullah terhadap Khadijah.

Akhirnya seorang sahabat, Khaulah Binti Hakim telah mencadangkan agar Rasulullah saw mengahwini Aisyah Binti Abu Bakar, namun Aisyah pada ketika itu terlalu kecil untuk bergelar seorang isteri. Akhirnya nama Saudah disebut dan Rasulullah saw bersetuju dan mengizinkan Khaulah untuk meminang Saudah bagi dirinya. Saudah amat terharu dan memberitahu ayahnya.

Ramai orang yang tidak percaya dengan peminangan ini kerana Saudah merupakan seorang janda tua yang tidak rupawan dan telah mempunyai anak. Tujuan Rasulullah saw mengahwini saudah adalah untuk menghapuskan kesunyian di hati Saudah setelah kehilangan suami. Ramai kaum Saudah memeluk agama Islam kerana terharu dengan tindakan Rasulullah saw yang sanggup mengahwini Saudah yang telah lanjut usia.

Setelah berkahwin dengan Rasulullah saw, Saudah dapat merasakan bahawa terdapat benteng yang kukuh yang tidak dapat ditembusi di hati Rasulullah saw. Saudah amat sedar bahawa dia tidak sehebat Khadijah dan sedar bahawa Rasulullah saw telah mengahwininya atas dasar kasihan. Walau bagaimanapun, beliau tetap merasakan bahawa menjadi isteri Rasulullah saw merupakan kedudukan yang lebih baik dari menjadi janda. Oleh kerana itu, apabila Rasulullah saw menyatakan keinginan untuk mengahwini Aisyah, beliau menerimanya dengan senang hati. Saudah sentiasa berusaha menjaga keperluan Aisyah dan berusaha untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan Aisyah. walaupun selepas itu didatangi oleh isteri-isteri Rasulullah saw yang baru, Aisyah tetap diutamakan.

Rasulullah saw amat senang dengan Saudah kerane kesucian hatinya yang melayan madu-madunya dan puteri Rasulullah saw dengan penuh hormat. Rasulullah saw juga berusaha untuk membuka pintu hatinya terhadap Saudah tetapi tidak berjaya. Rasulullah saw juga amat kasihankan Saudah yang sentiasa merasa dirinya penuh dengan kekurangan berbanding isteri-isterinya yang lain. Oleh itu, Rasulullah membuat keputusan untuk membebaskan Saudah dari perasaan yang menyeksa jiwa.

Rasulullah saw telah menyatakan hasrat untuk mentalakkan Saudah. Saudah merasa sangat sedih. Namun apabila beliau kembali tenang, Saudah berkata 'Wahai Rasulullah saw, biarlah aku terus menjadi isterimu. Aku tidak lagi mempunyai keinginan seperti isteri-isterimu yang lain. Akan kuberikan giliranku kepada Aisyah'.

Rasulullah saw begitu terharu dengan kata-kata Saudah dan berasa sangat bersalah. Baginda datang untuk mentalakkannya tetapi Saudah tidak sedikitpun merasa marah. Saudah telah menunjukkan sifat sabar dan kasih seorang isteri. Seperti yang telah dipersetujui, Saudah kekal sebagai isteri Rasulullah saw dan gilirannya diserahkan kepada Aisyah.

Aisyah tidak pernah melupakan jasa Saudah sehinggalah Aisyah pernah berkata 'Tiada wanita yang sangat ku kasihi, sehingga mengizinkan aku mengambil gilirannya melainkan Saudah Binti Zam'ah'

Sekian dulu buat masa ini. Wallahua'lam

Tuesday, February 22, 2011

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Assalamualaikum

Onesue terbaca semula email-email lama dari sahabat-sahabat dan terjumpa email yang indah ini. Semoga Allah akan membukan pintu hati kita, sentiasa berada di dalam iman...Amin

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluarseperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amatdingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" adapada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu."Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini"

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya."Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadapanak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satulagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyilagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng inisetelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indahyang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Masya ALLAH...tidak malukah kita dengan anak kecil itu? Walaupun masih kecil, mampu membawa kebaikan dengan caranya yang tersendiri. Mampukah kita membawa kebaikan dalam kehidupan seharian kita? Kita bekerja tapi kita menjana dosa dengan mengumpat, bersangka buruk dan sebagainya. Kita tidak mampu menjadikan kerja itu sebagai medan jihad. Ikhlaskanlah hati kita bila bekerja, maka kita akan mampu menjadi pendorong orang lain. Ajaklah rakan-rakan sekerja kita ikhlaskan diri bekerja, tegurlah mereka bila mereka mula bergossip, cubalah tidak menjadi beban kepada orang lain, insyaALLAH keberkatan akan mula menjenguk.

Terasa diri amat kerdil, amat hina.

Anak-anak ummi, semoga hati kalian berdua akan sentiasa bersih, jauh dari dosa dan noda. Semoga hidup kalian kerana ALLAH, dan mati kalian juga kerana ALLAH. Semoga hidup kalian tidak sia-sia. Jika tidak, ummi akan terasa berdosa sepanjang masa

Wallahua'lam

Monday, February 21, 2011

My kind grandma

Assalamualaikum

Onesue kepenatan hari ini. Melihat jadual 'preventive maintenance' yang masih belum di'update' lagi setelah ditegur sejak sebulan yang lepas sudah cukup untuk memulakan migrain yang dahsyat. Belum lagi pening memikirkan sikap cikgu tadika yang sangat tidak bertanggungjawab membiarkan Insyirah meluru keluar ke pintu pagar tanpa memakai selipar. What if ada kereta yang laju ketika itu? Dan cikgu itu hanya memandang tanpa mengejar pun. Nasib baik onesue 'drive' kereta dan melalui jalan tersebut setelah penat berjalan menghantar Insyirah dan Najmi ke tadika. Belum sampai 10 minit pun rasanya, Insyirah sudah kelam kabut. Apa yang sebenarnya tejadi, penat untuk diambil tahu.

Sedih memikirkan semua ini, mengingatkan onesue kepada kehangatan arwah nenek. Rasanya dialah tempat onesue mengadu dulu. Pemergiannya ke rahmatullah, benar-benar membuat onesue sunyi, tiada lagi tempat bergantung harap meluah perasaan gundah mahupun gembira. Semuanya hanya terbuku, terpendam di hati.

Mendengar lagu dendangan anak-anak Genius Aulad 'My Kind Grandma', benar-benar mengganggu perasaan onesue. Mungkin hati tengah risau dengan pelbagai benda hari ini, membuatkan lagu itu benar-benar membuai rasa hari ini.

'I love my grandma, she's kind to me, she always there to comfort me, with all my heart i will pray,bless my grandma everyday, when i am ill, she is there for me......'

Teringat saat-saat kami berjalan ke kampung sebelah, singgah mengambil ubi kayu di kebun di tepi sungai....Dengan bangganya arwah memberitahu orang kampung 'inilah cucu aku, baru darjah dua tapi dah khatam Al-Quran'. Arwah tak berbangga dengan kehebatan onesue mendapat nombor satu dalam setiap peperiksaan dari darjah satu sehingga darjah dua (pada waktu itu). Arwah rajin belajar mengaji, kadang-kadang dimintanya onesue mengajarnya surah Yasin. Masih terngiang-ngiang arwah sedang menghafal sifat 20, tak pun arwah menghafal 99 nama Allah.

Arwah hidup dengan penuh kesederhaan. Maklumlah, kami bukanlah orang senang. Ketika mak membawa kami balik ke kampung (mak dapat pindah kerja ke Sekolah Menengah Ladang Kerilla), umur onesue baru sahaja 8 tahun. Kami tinggal bersama arwah di rumah yang paling cantik di kampung pada waktu itu, terletak betul-betul di atas bukit Kampung Bukit Langsat. Kononnya, arwah datuk dahulu seorang pendekar dan bertarung menentang jepun. Kampung akhirnya bebas dari serangan Jepun dan arwah datuk mendapat kelebihan tanah di puncak bukit.

Rumah itu sangat cantik, dibina tanpa sebarang paku. Sayangnya, ia sudah tiada sekarang.Serpihan papan masih ada di rumah mak su, buat pengubat rindu.

Arwah adalah lambang ketabahan seorang wanita. Membantu arwah datuk membesarkan anak-anak dengan berkebun, bersawah, menoreh getah dan menjual hasil kebun. Dari mak, onesue tahu arwah sentiasa berjalan berbatu-batu, menjunjung hasil kebun untuk dijual di pasar.

Arwah juga menjadi tempat anak-anaknya berlindung ketika angin arwah datuk tidak baik. Darah pendekar yang ada dalam diri datuk membuatkan dia amat senang untuk 'baran' tetapi arwah neneklah kusyennya. Begitulah hubungan suami isteri yang sepatutnya kan? saling melengkapi.

Hujung minggu, tak ke sekolah, onesue akan menghantar bekal kepada arwah ke kebun getah di 'sabung'. selalunya onesue akan ke bangsal getah dan menjerit 'mok, mano nok letok beka nih?'. Dari jauh terdengar suara arwah sayup-sayup menjawab 'gatung tinggi sikik, takuk babi make'. Jika onesue tidak sibuk membantu mak dengan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik, onesue akan kembali lagi ke bangsal dalam pukul 9 pagi untuk membantu arwah menggelek getah keping, tak pun mengutip getah sekerap yang kami selalu panggil 'pok'.

Masih teringat lagi ketika musim banjir, mengikut arwah nenek ke tepi bendang, memasang jala kecil. Dapat la ikan untuk dibuat lauk ketika musim tengkujuh. Tak pun, pergi menggali ubi untuk direbus. Ubi panas dengan kelapa amatlah sedap dimakan di musim tengkujuh. Tak pun, pulut dengan kelapa dan ikan kering, meleleh air liur dibuatnya.

Teringat ketika musim menuai padi, selalunya arwah akan membentangkan tikar besar di laman rumah, menjemur padi. Tugas kami adalah menjaga padi tersebut dari dimakan ayam. Macam-macamlah idea yang keluar seperti memasang tali penuh dnegan tin kosong di sekeliling tikar. Tidak perlulah kami mengejar ayam setiap kali, hanya perlu menarik tali dari atas rumah sahaja, bijak kan?

Rasanya tidak akan habis bercerita tentang kenangan bersama arwah. Terlalu istimewa, terlalu banyak. Sayangnya tidak ramai orang terdekat menghargai arwah, Ketika arwah sakit, dia pernah berkata 'oghe lua lagi saye ko mok, tapi anok-anok mok.....'. sebulan sebelum arwah pergi, onesue sempat meluangkan masa sebanyak mungkin bersama arwah. Ketika itu onesue sedang menunggu masa untuk ke universiti. Masih terasa hangatnya tangan arwah memeluk onesue ketika onesue mejahit tudung labuh pertama onesue, bangga katanya. Arwah bercerita tentang di mana diletaknya kain batik untuk disedekahkan kepada orang yang memandikan jenazahnya dan betapa sayunya hati bila arwah cuba menyekat air paip dari ke bawah bukit untuk memenuhkan air kolah, tetapi ada orang membuang sekatan itu. Air kolah itu katanya untuk memandikan jenazahnya nanti. dan arwah terus berceloteh, di selang selikan dengan tangisan meminta agar onesue menjaga mak, jangan dibiarkan mak menangis kerana mak adalah anak arwah yang baik. Tak sanggup dia melihat mak menangis. dan arwah juga meminta onesue sedaya upaya menjaga adik-adik supaya tidak berpecah belah seperti anak-anaknya, Ketika itu, onesue langsung tidak menjangka itu adalah amanat dari arwah, semasa hari-hari terakhir bersamanya.

Ketika bersedih, ketika terasa lelahnya hidup ini, kata-kata semangat dari arwahlah penguat semangat. Jika arwah masih hidup, mungkin hidup onesue lebih bersemangat dari sekarang, mungkin lebih bewarna-warni dari sekarang, mungkin juga mak lebih bersemangat dan lebih gembira dari sekarang. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya kan? Allah tidak pernah menganiayai hambaNya malah kita sendiri yang menganiayai diri kita sendiri. DIA telah mencaturkan perjalanan hisup yang tebaik untuk kita.

Onesue redha dengan pemergian arwah. Semoga arwah tenang disampingNYA, jauh dari busuk hasad dengki, jauh dari penganiayaan manusia-manusia yang lupa diri Al-fatihah untuk arwah nenek yang tersayang, CHE BIDAH.

Kak long sangat merindui 'Mok'.

Wallahua'lam