Friday, December 2, 2011

Bisnes?

Assalamualaikum

Lama juga onesue tidak meng'update' apa apa. Tidaklah sibuk sangat, tetapi sekarang agak kerap mendapat migrain. Stress agaknya tapi rasanya onesue sudah tahu kenapa onesue begitu. Mungkin sejak dua menjak ini, onesue kurang berzikir, tidak bertenang dan terlalu mengikutkan perasaan marah dan juga kecewa di tempat kerja.

Terfikir juga untuk berhenti kerja dan mencari kerja yang lebih fleksibel dan lebih mesra muslimah. Setakat ini masih belum ada apa apa yang konkrit. Tiada satu pun buat masa ini yang meyakinkan untuk onesue berani berhenti kerja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa idea yang terlintas di fikiran :
  1. Membuka kedai franchise seperti : 99 speedmart. Tapi rasanya better buka kedai buku
  2. How about Saba Islamic Media? Bunyi macam sangat menarik dan banyak perkara yang perlu dilakukan
  3. Atau buat masa ini, bermula secara kecil-kecilan, secara online mungkin

Masih terlalu awal untuk diputuskan. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk onesue lalui. Amin

1 comment:

Anonymous said...

Salam Kak Wan Su,

Samalaa ngan saya, penah gak bercita2 nak bukak kedai buku. Bosan keja dalam suasana tak mesra-muslimah dan bosan sebab terlampau bz sampaikan kengkadang nak solat pun terkejar2 :( Saya doakan cita2 akak ngan saya akan tercapai suatu hari nanti, InsyaAllah. Amin~