Friday, February 27, 2009

Sejarah Ayat Kursi

Salam Ukhuwwah,

Onesue ada menerima e-mail dari seorang sahabat berkenaan sejarah dan kehebatan ayat kursi. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkannya. Semoga kita kan mendapat keberkatan dan manfaat darinya dengan izin Allah.

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
  • Mengikut keterangan dari kitab 'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya denganberbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia darisegala bencana dengan izin Allah.
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabdabermaksud:' Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  • 'Sabda baginda lagi;'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudukdan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
  • 'Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malampertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, iaakan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapamembaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
  • dan barang siapa membacanya ketikahendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescayaAllah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s.a. w. bersabda,' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Wallahu'alam

Monday, February 23, 2009

Bicara hati pasangan

Mengurus rumahtangga, apalagi bagi mereka yang bekerja sememangnya amat meletihkan. Ditambah pula perlu melayan karenah anak-anak dan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Tanpa disedari ada ketikanya akan membuatkan pasangan merasa begitu terbeban. Namun kasih sayang antara kedua pasangan seharusnya mampu melepaskan belenggu ini iaitu apabila masing-masing saling memahami dan membantu. Paling tidak menunjukkan rasa cinta.
  1. Tunjukkan perhatian, misalnya dengan membelikan bunga kesukaannya tapi tidak ada momen istimewa. Berikan saat ia pulang kerja, ketika anda menjemputnya pulang dari pejabat, semasa maan siang bersamanya, saat beristirehat
  2. Mengajaknya makan malam romantis hanya berdua di restoran mahal. Ia akan lebih menghargai jika anda yang memasaknya sendiri bila dilakukan di rumah
  3. Kirimkan kalimat puitis yang menyatakan betapa hidup anda beruntung kerana memilikinya. Letakkan di bawah bantal atau dompetnya. Meskipun nampak remeh, perempuan justeru menyukai hal-hal kecil seperti ini
  4. Katakan padanya hal-hal yang ingin anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta anda kepadanya dan katakan sifat buruk yang anda ingin ubah, yang tidak disukainya. Anda juga boleh bertanya apa yang ia inginkan agar anda mampu menunjukkan cinta anda. Lalu, berusahalah mewujudkannya
  5. Menjelang tidur, lakukan perbualan ringan dengannya atau menonton filem romantis. Tanyai bagaimana perasaannya waktu itu sambil melakukan urutan ringan di kepala atau tangannya
  6. Dengarkan dengan sungguh-sungguh dan tatap matanya dengan lembut ketika dia berbicara. Melakukan hal ini saja cukup membuatnya merasa dihargai. Terkadang, perempuan hanya ingin bercerita, bukan mencari solusi
  7. Menghabiskan waktu bersamanya hanya berdua seminggu sekali sambil membicarakan perasaan masing-masing, rencana atau masalah yang ddihadapi. Selain perhatian lebih terfokus, anda berdua mampu memanfaatkan waktu ini untuk lebih mengenal keperibadian masing-masing
  8. Bersikaplah seperti seharusnya suami : bertanggungjawab, menghargai, jujur, setia, peka terhadap keperluan dan perasaan pasangan, sehingga dia merasa gembira, nyaman dan beruntung menjadi pasangan anda. Jangan bersikap keanak-anakan kerana and abukan anak-anak lagi
  9. Jadilah diri sendiri seperti ketika ia pertama kali jatuh cinta kepada anda. Lakukan hal-hal yang biasa anda berdua lakukan dulu ketika awal bercinta. Ingat, dia mencintai dan bersedia menjadi suami atau isteri anda kerana ada alasannya
  10. Tanpa diminta atau berpura-pura, puji dan terima dia apa adanya. Kalau anda saja mudah berubah secara fizikal, bukan tak mungkin dia juga mengalami hal yang sama. Jangan menuntutnya untuk menjadi seperti impian anda kerana tak ada sesuatu yang sempurna
  11. Amati apa yang ia sukai untuk menyenangkan dirinya sendiri, misalnay mendengar muzik yang tenang, mengatur ulang perabot rumah atau membaca di salah satu sudut rumah yang jadi favoritnya. Dari situ, anda boleh melakukan hal-hal kecil untuk mewujudkannya. Misalnya, membelikan buku yang ia suka.

Lakukan semua hal di atas dengan tulus. Percayalah, semakin banyak anda memberinya perhatian dan kasih sayang, pasangan akan memberikan balasan jauh lebih banyak lagi dengan segenap cinta dan pengorbanannya

Sumber : Ruangan "Suami + Isteri" Majalah Nona, Mac 2009

Thursday, February 19, 2009

The hardest thing to say to someone

Salam Ukhuwwah,

Ini juga onesue dapat dari email yang dikirimkan oleh seorang sahabat. Baca dan cuba fikirkan sejauh mana kebenarannya dalam kehidupan kita. Semoga kita akan mendapat sesuatu daripadanya.

Did you know that those who appear to be very strong in heart, are real weak and most susceptible?

Did you know that those who spend their time protecting others are the ones that really need someone to protect them

Did you know that the three most difficult things to say are:
  • I love u
  • I'm sorry
  • Help me

Did you know that those who dress in red are more confident in themselves?

Did you know that those who dress in yellow are those that enjoy their beauty

Did you know that those who dress in black, are those who want to be unnoticed and need your help and understanding?

Did you know that when you help someone, the help is returned in two folds?

Did you know that it's easier to say what you feel in writing than saying it to someone in the face? But did you know that it has more value when you say it to their face?

Did you know that if you ask for something in faith, your wishes are granted?

Did you know that you can make your dreams come true, like falling in love, becoming rich, staying healthy, if you ask for it by faith, and if you really knew, you'd be surprised by what you could do

But don't believe everything I tell you, until you try it for yourself, if you know someone that is in need of something that I mentioned, and you know that you can help, you'll see that it will be returned in two-fold

Wallahua'lam

Seorang Polis Trafik, Kawan Baiknya dan Sehelai Surat Saman

Salam Ukhuwwah,

Ini juga onesue dapat dari email yang dikirimkan oleh seorang sahabat. Kisahnya amat menyentuh perasaan. Kadang-kadang kita hanya memandang kesusahan yang kita hadapi sahaja tanpa memikirkan bahawa di sebalik kegopohan dan sikap ego yang kita lakukan, terdapat insan yang sedih dan merana. Renung-renungkanlah....

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju. Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra..

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."
Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya.

Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku.

Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.
------------ --------- --------- -------- ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----
"Harun... Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- -------- --------- -------- -------- --------- --------
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan
hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan. Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Wednesday, February 18, 2009

TV vs Hp

Salam Ukhuwwah semua,
Just for fun tp dalam maksudnya. Yang penting, ingatlah bahawa semasa akad dilafazkan, telah terbeban di pundak suami untuk membimbing isteri dan anak. Jangan dikejar keseronokan dunia dan ditinggalkan kebajikan dunia akhirat anak-anak dan isterimu. Sekiranya ada kekurangan di pihak isterimu, tegurlah dengan berhemah dan bantulah dia berubah agar menjadi wanita idamanmu sepanjang hayat.

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim, curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,
Most Important, TV got remote.. HP don't have..
Last but not least....... . TV do not have virus, but h/p yes......... .have VIRUS....... ........ once get it, terus KONG........ hahahahaha. ..... so better choose TV .....

Renung-renungkanlah. Bagi suami yang mula bercita-cita untuk mula berlaku curang, ingatlah balasan Allah yang menanti. Takutlah kepada Allah bukan takutkan isteri, barulah engkau akan sentiasa membina benteng pertahanan diri yang kukuh dari segala pintu maksiat dan godaan dunia.

Wallahua'lam

Suara yang didengar mayat

Salam Ukhuwwah,

Di sini onesue sertakan info yang onesue dapat dari seoarang sahabat. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, Amin.

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan .....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... ..
- Kini Kau Tinggal Seorang Diri
- Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
- Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
- Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
- Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
- Hari Ini,....
- Akan Kutunjukan Kepadamu
- Kasih Sayang-Ku
- Yang Akan Takjub Seisi Alam
- Aku Akan Menyayangimu
- Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
- Kembalilah Kepada Tuhanmu
- Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
- Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
- Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'