Monday, November 24, 2008

Najmi Sudah pandai melompat

Salam Ukhuwwah,

First of all, onesue ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana Najmi telah dibenarkan pulang pada 10 Nov iaitu pada hari Isnin. Alhamdulillah, baik Najmi mahupun Insyirah sihat dan sangat gembira bersama kami. Rasanya ini banyak dipengaruhi oleh kehadiran ayah mereka dalam kehidupan seharian mereka. Kalau sebelum ini, kebanyakan masa mereka dihabiskan bersama umi. Tetapi kali ini ayah juga berada di sisi mereka. Alhamdulillah, satu kegembiraan yang amat sukar untuk diucapkan.

Dan yang menariknya Najmi sudah pandai melompat tapi melompat ke bawah....Dia hanya mengangkat badannya sedikit ke atas dan terus duduk mencangkung. Sebab itu kami memanggil aksinya itu sebagai melompat ke bawah.

Dan Insyirah semakin rajin menulis dan sangat suka jika diajar membaca suratkhabar atau buku. Walaupun mungkin apa yang diajar tidak sama dengan apa yang tertulis di dalam buku tersebut, tapi dia tidak pernah kisah. Yang penting baginya mungkin untuk mempunyai seseorang memerhatikannya melakukan aktiviti menulis. Semoga tabiat suka menulis dan membaca ini akan terus kekal selama-lamanya. Amin

Sekian dulu sedikit cerita tentang perkembangan keluarga onesue.

Wassalam

Sunday, November 9, 2008

Najmi di hospital

Salam ukhuwwah. Agak lama onesue tdk update blog ini. Life agak busy dgn anak anak yang semakin besar dan nakal serta cuba menjadi isteri yang baik dan pekerja yang berdedikasi. Sebenarnya onesue menulis dari hospital. Najmi demam panas dan sejak dua hari lepas, dia akan menggigil apabila tiba masa utk makan ubat (kesan ubat telah habis). Mulanya onesue dan suami amat risau. Walau bagaimana pun semalam kami sudah boleh menarik nafas lega selepas doktor memaklumkan bahawa berdasarkn keputusan ujian darah, Najmi tidak apa-apa. Cuma demam panas biasa. Walau bagaimana pun, Najmi terpaksa berada di hospital sehingga esok bagi memantau keadaan kesihatannya benar-benar telah baik sebelum dibenarkan pulang. Well,onesue terpaksa berhenti dulu, Najmi telah bangun. Nanti onesue sambung lagi ye. Dah lama tidak bercerita tentang Insyirah dan Najmi. Wassalam