Sunday, June 6, 2010

Qunut Nazilah

Salam Ukhuwwah,

Onesue dapat ini dari blog sahabat. Sama2lah kita membacanya, doakan kemenangan umat Islam. Fikir2kan ye, kita tidak sekali2 mampu utk ke medan perang, mahupun mengikuti rombongan yang menghantar bantuan. Boikot? Adakah kita benar2 telah memboikot produk keluaran mereka dengan niat untuk melumpuhkan ekonomi mereka? Maka dengan membaca doa ini, onesue rasa adalah selemah2 pertolongan yang mampu kita hulurkan buat saudara2 kita yang ditindas Zionis.


أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا

ونعوذبك من شرورهم


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah,


اللهم بددشملهم وفرق جمعهم


وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم

وسلطعليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka


يا قهار يا جبار يامنتقم

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka



يا ألله يا ألله يا ألله

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,


ويامجري السحاب

وياهازمالاٴحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka
Atau anda juga boleh terus ke blog sahabat kita ini http://mygpu.blogspot.com/2009/01/doa-qunut-nazilah-dan-terjemahan.html. Semoga inisiatif yang amat kecil ini diberkatiNya. Amin
Wallahua'lam

Sunday, May 9, 2010

Sehari bersama anak-anak



Salam ukhuwwah,

Satu lagi hari yang penuh dengan aktiviti hanya dengan anak-anak. Pagi dimulakan seperti biasa, memasak sarapan pagi. Hari ini hanya nasi goreng tapi anak-anak makan dengan berselera sekali walaupun sekali sekala terpacul perkataan 'ayah' dari mulut mereka. Sudah mula merasakan kerinduan pada ayah mereka rasanya. Harap suamiku yang tersayang berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt.

Kemudian anak-anak dengan penuh bersemangat mandi dan bersiap-siap. Janjiku dari semalam untuk membawa mereka ke pusat perodua servis alam megah dan kemudian ke carrefour bukit rimau. Kali ni kami agak lama di pusat servis tersebut. Nasib baiklah pusat servis ini menyediakan bilik menunggu yang memang selesa untuk pelanggannya, memang selesa dan luas sehinggakan anak-anak puas berlari berkejaran. Maklumlah, dua jam lebih menunggu, anak-anak bermain sehinggakan mereka surrender dnegan sendiri (penat la tu). Malah mereka siap baring di atas carpet sambil meminum susu. Akhirnya kereta siap diservis, setelah hampir dua jam setengah menunggu. Anak-anakku yang tersayang melompat kegembiraan. Mereka sudah tidak sabar lagi hendak ke carrefour, nak jumpa ayah mi kata mereka.

Sampai di sana, barulah ku perasan, pusat mainan kanak-kanak di tepi foodcourt telah dibuka. "Alamak, masalah besar ni". Terus onesue bawa anak-anak ke tingkat bawah, kfc untuk lunch. Nasib baiklah anak-anak tidak perasan. Alhamdulillah.

Berselera mereka makan ayam, nugget n fries. 'Kan ke best kalau ayah ada sama' Ayat itu terpacul keluar dari mulut kakak. Kasihan mereka, rindukan ayah. Semoga Allah berikan mereka kekuatan untuk menghadapi dugaan perpisahan sementara ini. Well, di bawah adalah gambar anak-anak di kfc tersebut, seronok dengan mainan masing-masing.


Tiba-tiba teringat kepada adik-adik lelaki onesue. Macamane dengan yang berada di cheras tu agaknya. Doa onesue agar Allah limpahkan hidayah kepada adik-adik onesue termasuk diri onesue sendiri, anak-anak dan suami onesue untuk terus mencintai Allah, mengingatiNya setiap masa dan tergolong dalam golongan hambaNya yang solat. Kalaulah kami tidak termasuk dalam golongan itu, alangkah ruginya. Bak kata orang, sudahkan miskin harta, malah hina di mata Allah. Ya Allah, perkenankan permintaankun ini dan bukakanlah pintu rezeki yang halal seluas-luasnya kepada kami. Dan janganlah ENGKAU jadikan kami hambaMu yang lalai dnegan harta tersebut sebaliknya jadikanlah kami hambaMu yang semakin bertambah-tambah rasa syukur padaMu dan akan kai gunakan harta tersebut untuk kebaikan. Amin

Saturday, March 13, 2010

Diari hari ini

Salam Ukhuwwah,

Onesue baru sahaja sampai ke rumah. Tadi ke stesen bas Shah Alam bersama adik onesue, lan, anak-anak, menghantar suami onesue menaiki bas ke Johor. Dia akan ke kepulauan Riau untuk 'commission' boiler di salah sebuah kilang sawit kepunyaan Tabung Haji. 'Abang mungkin lama di sana, sebulan. Abang tidak pernah 'commission boiler' sebesar ni. Tekanan dalam 40 bar. Jaga anak-anak dan jaga diri ye' Itu pesan suami onesue kepada onesue tadi.

Well, hari ni ada dua berita gembira. Emi memberitahu bahawa dia berjaya dalam temuduganya dengan Carrefour tadi, gajinya RM2000, jauh lebih tinggi dari kerjanya sekarang. Mungkin rezeki dia, maklumlah dia tengah pening mengumpul duit untuk kahwin. Lan juga telah mendapat kerja di Kota Kemuning sebagai technician. Gaji permulaan RM900. Alhamdulillah, biar dia ada pengalaman bekerja dan pengalaman itu yang akan mematangkan dia untuk kebaikan dunia dan juga akhiratnya. Alhamdulillah, semoga rahmat dan nikmat yang Allah berikan ini akan berkekalan dan memberikan kebaikan kepada kami semua, Amin

Wallahua'lam

Wednesday, March 10, 2010

Allah hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup


Salam ukhuwwah,

Onesue just ingin berkongsi peringatan ini yang diemailkan kepada onesue oleh seorang sahabat. Semoga kita mendapat kekuatan untuk terus membaiki sikap dan amalan kita sehari-hari, menuju Allah, insyaAllah

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku berUmrah.. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup ..' Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala. 'Panggilan pertama adalah Azan ', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meetinglah, mengajarlah, dan lain lain. Masya Allah....... . .. Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji . Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. .........Subhanalla h...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...... Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN . Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ...Jawablah 3 panggilan Allah dengan ha tim u dan sikap yang Husnul Kho tim ah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. .....'

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. .... Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ..... Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**


Huraisy

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari tim ur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'

Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada.....

Wallahua'lam

Monday, March 8, 2010

Derma ikhlas diperlukan

Assalamualaikum kawan-kawan,

Onesue dapat email dari seorang sahabat. Sama-sama kita membantu sedaya yang termampu. Bayangkan kita ditempat mereka.Semoga Allah berikan mereka kekuatan untuk menghadapi dugaan Allah ini.


Pada kawan2, mohon sedikit sumbangan untuk rawatan kimo kanak-kanak ini

KHAYRUL AIMAN BIN KHAYRUL NIZAM

Beliau mengidap “muscle cancer” sejak berumur 4 thn (2007).ketika itu sel cancer menyerang di peha berdekatan Pembulur darah..Tetapi Alhamdulillah telah selamat dikeluarkan sel tersebut dlm pembedahan.

Yang dijalankan oleh pihak GHKL.Tetapi kini ia menyerang kembali diperut beliau juga sama
Berdekatan dgn pembulur darah.Amat merisaukan lagi…sel cancer tersebut telah merebak ke paru2 seblh kiri dan otak….

Rawatan amat diperlukan utk memastikan keadaanya kembali stabil… Rawatan yang diperlukan Aiman berjumlah RM15,000 tunai…(segera)

Dan kini Aiman menerima rawatan di HUKM.

Dalam masa yang singkat keluarga kami tidak mampu mengumpulkan wang sejumlah itu.. Dengan ini saya memohon sedikit sumbangan dari kawan2…untuk menambah jumlah wang utk perubatan Aiman. Sumbangan ikhlas anda amat di hargai :

Mazian Binti Musni (ibu aiman)
Maybank A/C No : 164490068229

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!