Thursday, November 12, 2009

Damai Di Hati ESQ

Salam Ukhuwwah,

Marilah kita sama-sama refresh our feeling dan menghayati lagu ini sebaiknya. Semoga kita mendapat manfaat darinya, insyaALLAH.




Untuk melihatnya dari youtube, sila ke link di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=sEPn3PUBhGs

Wednesday, November 11, 2009

Najmi Di Hospital

Salam Ukhuwwah,

Sekali lagi onesue dan suami di hospital. Berikut adalah rentetan perkara yang berlaku bermula dari Hari Jumaat lepas.

Hari Jumaat, 6 November 2009
onesue agak risau dengan keadaan Najmi yang langsung tidak mahu menjamah makanan. Pada malamnya, kami menyambut Hari Lahir Najmi dan Insyirah (in advance) dengan membelikan kek untuk setiap seoarang. Memandangkan nenek dan tok wan mereka ada di rumah, kami rasa inilah waktu terbaik untuk menyambutnya. 'Selamat Hari Lahir, permata hati umi dan ayah. Semoga Allah akan memelihara kamu berdua dari fitnah dunia dan semoga Allah tidak mewariskan kejahilan umi dan ayah semasa muda kepada kamu berdua. Semoga kamu berdua adalah calon penghuni syurga dan dijauhkan Allah dari siksa api neraka yang amat keras. Amin'

Hari Sabtu, 7 November 2009
Onesue memerhatikan terdapat ulser di bahagian dalam bibir atas Najmi. Patutlah dia langsung tidak mahu makan. Sakit rupa-rupanya. Insyirah pula bangun dnegan mata kiri yang sepet. Ya Allah, nsyirah dapat sakit mata. Kasihan anak-anak umi. Sebelum kami bertolak ke Melaka, kami singgah di Klinik Zariah. Doktor memaklumkan bahawa pada mulut dan tangan kiri Najmi sudah mula ada tanda-tanda penyeakit tangan, kaki dan mulut. 'Bukan ke penyakit itu amat bahaya?' Bisik onesue sendirian. Setelah mengambil ubat untuk Insyirah dan Najmi, kami bertolak ke Melaka.

Kami ke rumah Mak Ala terlebih dahulu. Mak Ala menjemput kami ke rumahnya untuk makan tengahari. Najmi makan juga sedikit. Kemudian kami bertolak ke Hotel King, check in. Seronok kerana onesue telah menempah 'connecting room'. Najmi dan Insyirah bebas untuk ke bilik tok wan untuk bertemu tok wan, nenek, ayah shah dan mak su mimi.

Kemudian kami ke bandar. Mulanya kami menaiki menara taming sari. Kali ini Najmi yang menangis, kakak sudah 'steady'. Seterusnya kami menaiki bot menyusuri dataran sungai melaka. Jauh juga perjalannya (9 km). Bak kata celcom, 'berbaloi-baloi'.

Hari Ahad, 8 November 2009
Kami ke MITC. Segak Shah dalam baju konvonya. Dan onesue dapat melihat airmata yang tumpah dari mata mak. Sebak dan bahagia agaknya kerana Shah sudah berjaya menamatkan pelajarannya dan telah pun mendapat pekerjaan. Kemudian kami ke rumah bekas bos onesue, En Masno yang terletak di taman tasik. En Masno tiada di rumah, dia di hospital Johor Specialist. Diam-diam Puan Azidah tidak memaklumkan kepada kami. Tetapi kami tetap disambut meriah oleh Puan Azidah. Hilang juga rindu pada Puan Azidah. Teringat masa onesue masih 'hijau' dalam dunia pekerjaan. En Masno dan Puan Zaidah lah orang yang bertanggungjawab membentuk onesue hari ini. Semoga Allah membalas budi kamu berdua, Amin. Dan kepada Puan Azidah, semoga Allah terus mengurniakan kekuatan menghadapi keadaan En Masno yang tidak menentu. Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Di setiap kesulitan dan kesusahan, terselit sesuatu yang indah, insyaAllah. Kita hanya perlu sentiasa bersangka baik kepadaNya.



NAjmi pula langsung tidak mahu makan. Air liurnya sentiasa mengalir. Agaknya mulutnya tersangat sakit. Kami berpisah dengan mak, wan dan mimi di perhentian Nilai. Mereka terus pulang ke Kelantan. Kami pula balik ke rumah. Setelah berehat sekejap, kami ke Hospital KPJ selangor Specialist, membawa Najmi untuk diperiksa. Doktor ada memberikan ubat untuk menahan sakit dan juga mengecutkan tonsil Najmi yang semakin membesar.

Hari Isnin, 9 November 2009
Mata Insyirah sudah ok tetapi onesue pula mendapat jangkitannya. Najmi semakin teruk. Langsung tidak dijamahnya walau sebutir nasi. Bubur nasi pun dibuangnya. Air langsung tidak diminum. Hanya minum susu. Itupun 3 botol sahaja sepanjang hari. Dan dia mengamuk teruk, lapar agaknya. Najmi yang kami kenal adalah budak yang sangat suka makan. Hari ini sudah masuk hari kedua dia langsung tidak menjamah makanan. Suami onesue mengambil cuti untuk menjaga anak-anak. Dengan sakit yang mereka hidapi, adalah tidak adil sekiranya mereka dihantar ke nursery.

Hari Selasa, 10 November 2009
Keadaan Najmi semakin teruk. Hanya berbaring dan tangisannya juga hampir tidak dapat didengari. Kami membuat keputusan untuk membawa Najmi ke Hospitak KPJ Selangor Specialist. Kali ini Najmi mesti berjumpa dengan pakar kanak-kanaknya iaitu Dr Ling.

Najmi telah didiagnosa positif untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut. Terpaksalah dia di tahan di wad. Insyirah pula terpaksa dihantar balik ke rumah mentua disebabkan penyakit NAjmi ini mudha berjangkit, manakala onesue pula masih sakit mata. Kasihan anak-anak, terpaksa dipisahkan. Insyirah juga kasihan kerana belum puas bermain dengan ayah, terpaksa dihantar ke kampung. Khabar dari Nursery, memang terdapat budak yang sakit mulut, tidak berselera hendak makan. Berjangkit dari sanalah agaknya.

Najmi di hospital dengan ayah sahaja. Suami onesue memaklumkan Najmi ok bersama dia. Agaknya Najmi pun masih rindukan ayah, sebab itulah dia langsung tidak kisah tidur bersama ayahnya sahaja. Onesue pula sunyi di rumah sendirian.

Hari Rabu, 11 November 2009
Najmi sudah boleh makan. Ayam goreng, roti, air soya, air milo, nasi. Alhamdulillah. Semoga Najmi cepat sembuh. Semoga umi juga cepat sembuh. Supaya kita dapat mengambil kakak dengan segera.

Dugaan yang Allah berikan kepada kami ini, kami terima dengan hati terbuka. Lagipun, kita ini milik Allah. Dia berhak untuk menurunkan apa sahaja dugaan malah kebahagiaan kepada kita. Allah sayangkan kami, Allah mahu kami sentiasa kekal mengingatiNya dengan menurunkan sedikit dugaan dan cabaran.

Wallahu'alam

Wednesday, November 4, 2009

Penat Tapi Bahagia

Salam ukhuwwah,

Agak lama juga onesue xdapat nak update blog ni. Agak sibuk dengan anak-anak, kerja dan rutin harian yang xpernah sudah. Husband onesue kerap juga tiada di rumah, outstation. Seingat onesue untuk tahun ini sahaja, sudah 3 kali dia ke Papua New Guinea and setiap kali dia ke sana, dia menghabiskan masa selama 5 - 6 minggu. Jika dijumlahkan, untuk tahun ini dia sudah menghabiskan masa sebanyak 4 bulan setengah di Papua, jauh dari kami anak beranak. Dan itu belu lagi ditambah dengan trip ke Indonesia dan di dalam Malaysia. Rasanya 75% masa tahun ini, dihabiskan tanpa kami di sisinya.

Dan setiap kali itu jugalah, anak-anak mengalami masalah kesihatan. Ayah onesue yang cukup masak dengan keadaan ini terus mengatakan bahawa semua ini memang disebabkan oleh rasa rindu anak-anak kepada suami onesue. Maklumlah, ayah onesue juga dahulunya kerja jauh dan kami hanya berjumpa dengannya setiap 2 atau 3 bulan sekali.

Kadang-kadang tumpah juga air mata mengenangkan anak-anak yang sentiasa bertanyakan soalan-soalan seperti : 'Bila ayah nak datang kat kakak?', 'Nanti kakak nak pegi taman dengan ayah', 'Nanti kakak nak main tiup belon dengan ayah'. Dan yang paling meruntun hati bila melihat anak-anak tidak sihat, meracau-racau memanggil ayah dalam tidur. Bila mereka merajuk tidak mahu bercakap dengan ayah bila ayah mereka menelefon. Agaknya mereka juga sudah jemu dengan pujukanku yang menenangkan mereka di kala rajuk dan rindu mereka memuncak.

Kadang-kadang terasa penat yang tidak tertanggung. Tapi dapat onesue pujuk hati dengan mengamalkan apa yang Siti Fatimah, puteri Rasulullah amalkan. Marilah kita sama-sama membaca apa yang onesue dapat dari email yang dihantar oleh seorang kawan di bawah. Semoga kita dapat mengambil iktibar darinya dan menjadi isteri yang solehah, insyaALLAH.

Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.Suami mana yang tidak sayangkan isteri.

Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat."


Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya. Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam - dan dipermudahkanNya dalam segala urusan kehidupan

Wallahua'lam

Friday, June 19, 2009

10 wasiat Hassan Al-Banna

Salam Ukhuwwah,

Sedikit informasi untuk renungan kita bersama.

Hassan Al-Banna adalah seorang mujahid dan mujaddid yang ulung yang memperjuangkan Islam di bumi Mesir. Beliau adalah pengasa Gerakan Al-Ikhwan Muslimin dan syahid pada 1949. Berikut adalah wasiat beliau yang dipetik daripada buku bertajuk Sepuluh Wasiat Hassan Al-Banna yang diterbitkan oleh Pustaka Salam (1985) dan diterjemahkan oleh Alias Osman untuk renungan bersama.

Wasiat Pertama
Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara. Wasiat ini mengajak Muslimin supaya jangan menganggap remeh soal solat. Sesibuk manapun keadaan kita, solat hendaklah didahulukan kerana ia adalah tiang agama dan yang akan menjamin kemenangan di dunia dan akhirat.

Wasiat Kedua
Bacalah Al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah. Al-Quran adalah perlembagaan bagi satu kehidupan yang mulia, jalan petunjuk dan hidayah yang sebenar. Berpegang kepadanya akan membawa kekuatan dan kemenangan dan menyimpang daripadanya akan membawa kelemahan dan kehinaan. Kita dinasihatkan untuk membuat kajian dan mencari ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran.

Wasiat ketiga
Berusahalah mempelajari dan bercakap dalam Bahasa Arab fusha, kerana ia adalah satu daripada syiar Islam. Hassan Al-Banna menasihatkan supaya setiap Muslim berusaha untuk mempelajari bahasa Arab fusha (persuratan) begitu juga untuk pertuturan dan dalam semua urusan. Turunnya Al-Quran dalam bahasa Arab fusha membuktikan kemuliaan bahasa itu. Begitu juga dengan pemeliharaan Allah s.wt terhadapnya dengan berbagai cara sepanjang kurun yang berlalu. Semua sumber ilmu Islam dalam semua bidang ditulis dalam Bahasa Arab fusha.

Wasiat keempat
Jangan memperbanyakkan perdebatan dengan semua urusan, walau bagaimana keadaannya kerana pertengkaran itu tidak mendaatangkan kebaikan. Dalam wasiat ini Hassan Al-Banna menegah perbuatan sengaja mengada-ngadakan perdebatan dan memperbanyakkannya. PErdebatan hendaklah dibataskan kepada perdebatan yang membuahkan hasil kiranya perlu.

Wasiat kelima
Jangan banyak ketawa kerana oarang yang berhubung dengan Allah s.wt bersifat tenang dan serius. Orang Muslim hendaknya jangan ketawa berlebih-lebihan kerana hati yang semarak dengan iman sentiasa ingat kepada Allah s.w.t, takut dan sentiasa harap kepadaNya, tidak pernah mengenal jalan yang sia-sia.

Wasiat keenam
Saudara jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan. Jangan menjadikan gurauan suatu kebiasaan kerana bergurau boleh membawa kepada kebatilan, pembohongan dan fitnah. Bergurau mestilah jujur dan benar pada apa yang diperkatakannya dan mempunyai tujuan yang baik.

Wasiat ketujuh
Jangan angkatkan suara lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh pendengar kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan. Perbuatan ini adalah perangai yang memalukan dan boleh menghilangkan kehormatan seseorang.

Wasiat kelapan
Jangan mengumpat seseorang, merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan. Perbuatan mengumpat adalah perbuatan yang boleh menghancurkan akhlak umat. Ia akan menanamkan bibit kejahatan dan pepecahan di kalangan umat.

Wasiat kesembilan
Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui daripada kalangan rakan-rakan sekalipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah Islam ialah kasih sayang dan berkenalan. Berkenalan adalah jalan untuk mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan bersatu untuk melakukan kebaikan. Di atas tertegaknya perkenalan yang bersih, tertegaknya dakwah dan ukhuwwah Islamiah dari dulu lagi.

Wasiat kesepuluh
Kewajipan lebih banyak daripada waktu. Oleh itu, tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika berurusan, singkatkanlah masa penuaiannya. Pergunakan waktu dan menghormatinya sama ada waktu orang itu sendiri, kawan atau kenalan. Orang Muslim hendaklah bijak mengendalikan waktunya supaya tidak sia-sia dan melakukan kecuaian.

Ditulis oleh : Sri Muneerah. Sumber : Majalah Aniqah, Jun 2009

Thursday, May 28, 2009

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Salam ukhuwwah,

Onesue tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dato' Husam Musa yang onesue baca dari harakah daily online. Kisah ini sungguh menakjubkan. Marilah kita sama-sama membacanya, menghyati intipatinya dan berazam untuk pertama sekali membetulkan diri kita agar mampu menjadi ibubapa yang terbaik untuk dunia akhirat anak-anak kita dan kedua, berusaha sedaya mungkin untuk membentuk keperibadian Islam yang terbaik dalam diri anak-anak kita. Semoga anak-anak kita akan membesar sebagai Muslim dan Muslimah sejati, mempunyai jiwa yang kental dan mempunyai kefahaman dan kepatuhan yang tiada tolok bandingnya terhadap Islam dan Allah yang esa.

Kisah ini didedikasikan untuk anak-anak umi yang umi kasihi

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat

b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan

c. Kehendak yang kuat

d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat.

e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan

f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter

b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter

c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal

d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!

e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin.

Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Masya Allah, begitulah kisah pejuang Islam. Baginda mempunyai bapa yang berpandangan jauh yang memikirkan sesuatu yang terbaik untuk dunia dan akhirat anaknya. Dan onesue pasti ibunya juga adalah seoarang yang solehah sehingga mampubersabar membiarkan anaknya dari kecil dididik dengan disiplin yang ketat.



Persoalannya, berapa ramai ibu bapa yang begini di luar sana? Onesue sendiri terasa amat kerdil dan malu dengan pencapaian onesue dan suami sebagai ibu bapa sehingga hari ini.



Ya ALLAH, pinjamkan kami sedikit kekuatan untuk berjuang menghapuskan segala keburukan yang ada di dalam hati-hati kami. semoga dengan itu, kami akan dapat pula mendidik anak-anak kami yang juga amanahMu ini agar menjadi hambaMu yang taat dan hambaMu yang berjaya di dunia akhirat. Semoga hidup mereka dengan jihad dan mati mereka juga di dalam jihad. Amin



Kisah tadi di petik dari harakah daily online, ditulis oleh Dato' Husam Musa pada 27 May 2009

Tuesday, May 26, 2009

Sedihnyer......

Salam ukhuwwah,

Onesue nak share surat ni yang onesue dapat dari seorang sahabat.

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...' dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya..'
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...' tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..'
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Friday, May 15, 2009

The little caliphs

Salam ukhuwwah semua,

Nampaknya onesue tidak dapat menunggu lagi untuk berkongsi kegembiraan onesue hari ini. Jiran onesue, Nurul (yang juga menghantar anaknya ke nursery yang sama dengan anak-anak onesue) memberitahu bahawa dia akan mula menghantar anaknya ke nursery lain minggu depan. Begitu cepat tindakannya. Setelah bersembang berkenaan kelakuan anak-anak, onesue mendapati bahawa anak Nurul juga mempunyai perubahan kelakuan yang ketara sejak sebulan dua kebelakangan ini seperti cepat marah, membaling barang ketika marah dan juga sudah mula menampar ayahnya.

Kelakuan yang tidak berapa suka untuk kita lihat ini juga berlaku kepada Insyirah dan Najmi. Najmi yang lemah lembut itu juga sudah pandai menterbalikkan barang dan membalingnya ketika dia marah. Insyirah juga sudah pandai menyebut 'Lempang kan' dan juga membaling barang ketika marah. Semua ini berlaku setelah cikgu yang mereka sayangi berhenti dan digantikan dengan cikgu baru. Cikgu baru ini nampaknya tidak berapa 'mesra' dan menurut Insyirah (yang juga merupakan satu-satunya pelajar yang sudah pandai bercakap), cikgu baru ini suka menamparnya, memukul kepalanya dan mencubitnya. Pada mulanya, onesue tidak mengendahkan aduan Insyirah tetapi lama kelamaan, terdetik juga di hati sekiranya perkara tersebut tidak betul, masakan Insyirah yang baru berumur 2 tahun setengah boleh bercerita dengan teliti bagaimana dia ditampar, dipukul kepala dan bagaimana adik terjatuh apabila tilam yang mereka gunakan untuk berbaring direntap untuk dikemas.

Dan setiap hari sebaik sahaja sampai ke rumah, Insyirah dan Najmi mula menangis meminta biskut, roti, coklat dan keropok, seolah-oleh mereka tidak makan di nursery. Keadaan ini juga dialami oleh anak Nurul. Kasihan anak-anak ini, didera fizikal dan mental rupanya sepanjang hari di nursery. Onesue telah mengadu kepada tuan punya Nursery dan dia berjanji akan cuba menasihatkan cikgu baru tersebut.

Berbalik kepada 'Little Caliphs'. Onesue terus ke Bandar Puteri untuk berjumpa sendiri dengan tuan punya nuresery tersebut setelah dimaklumkan Nurul. Dan alhamdulillah, syllabus yang diajarkan adalah menepati apa yang onesue cari-cari selama ini, menggabungkan ilmu akhirat dan dunia. Dan pelajarannya adalah di dalam bahasa Inggeris.

Yang paling memeranjatkan budak berusia 2 tahun 4 bulan (muda 2 bulan daripada Insyirah) sudah pandai membaca bermacam-macam doa. Insyirah yang kami banggakan itu baru pandai membaca doa makan dan doa tidur. Itupun seluruh keluarga sebelah suami terkejut dengan perkembangan Insyirah. Bagi mereka Insyirah terlalu pandai jika dibandingkan dengan umurnya! Sedangkan di Little Caliphs, perkembangan kanak-kanak di situ lebih bagus.

Well, mungkin buat permulaan, kami akan melihat perkembangan anak Nurul selepas sebulan dihantar ke sana. Sekiranya sangat positif, mungkin kami juga akan mengikut jejak langkah Nurul, insyaALLAH.


Wallahua'lam

Najmi dan troli

Salam ukhuwwah,

Hari ini onesue ingin bercerita tentang hobi Najmi. Najmi memang suka menolak barang. Sebelum ini sebarang baang yang boleh ditolak akan ditolaknya mengelilingi rumah. Antara barang yang selalu ditolak adalah bakul kain dan kerusi mainannya. Disebabkan hobinya yang pelik itu, ayahnya telah membeli set mainan yang mengandungi troli dan set minuman (cawan, pinggan mangkuk).

Walau bagaimanapun, hanya troli yang ditolaknya. Set minuman dan makanan diletakkan di dalam bakul di dalam bilik mainan. Dan dia akan asyik bermain dengan trolinya tanpa mengendahkan kakaknya.

Well, itu sahaja berkenaan hobi Najmi yang kami rasa agak pelik. Sekiranya ada lagi masa terluang, onesue akan berkongsi berkenaan hobi Najmi dan Insyirah yang lain pula.

Wallahua'lam

Thursday, May 14, 2009

Insyirah, tudung dan sejadah


Salam ukhuwwah,

Onesue mempunyai banyak perkara yang ingin dimasukkan ke dalam ruangan ini. Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan masa, semua perkara tersebut terpaksa dihadkan.

Kali ini onesue ingin bercerita tentang Insyirah. Dari dia bayi sehinggalah sekarang (dah 2 tahun 6 bulan), kami memang sentiasa mendedahkan Insyirah (Najmi pun sama) dengan solat. Dulu, dia akan mengacau kami solat. Mungkin dia hairan melihat kami melakukan pergerakan yang pelik yang jarang dia lihat. Dan dia mula mengikut pergerakan kami semasa kami solat. Dan pergerakannya semakin baik. Walau bagaimanapun, dia tidak akan mengikut kami solat sehingga habis.

Bulan lepas, atuk dan wak Insyirah mengerjakan umrah dan menghadiahan Insyirah dengan sejadah kecil. Dan bermulalah era baru dalam perkembangan solat Insyirah, hehehe. Bila diberitahu 'kakak, cepat solat dengan umi/ ayah, pakai sejadah kakak tu....' Matanya akan bersinar dan dengan gembiranya dia akan cakap ' kakak nak cembahyang jugak' sambil menyarungkan tudung dan menghamparkan sejadah kecilnya di tepi sejadah kami. Dan alhamdulillah, dia akan tekun mengikut kami solat sehingga habis.

Semoga dia akan tergolong dalam golongan hamba ALLAH yang tetap mengerjakan solat selama-lamanya, insyaALLAH. Ini adalah tudung dan sejadah yang dimaksudkan.

Semoga Najmi juga akan mengikut jejak langkah kakaknya, insyaALLAH.

Onesue juga ada mengubah senikata lagu yang selalu didendangkan oleh ibu kita semasa kita kecil dan Insyirah suka menyanyikannya. Onesue memasukkan elemen solat dan kebersihan dengan harapan agar dia akan faham dan ingat aturan yang sepatutnya dia lakukan setiap pagi sebagai seorang muslim sejati

Bangun pagi, gosok gigi,

Terus mandi, pakai baju,

Solat subuh, minum susu,

Siap-siap ke sekolah

Wallahua'lam

Monday, May 4, 2009

Permata Hati Ummi

Salam Ukhuwwah semua,

Ini adalah gambar-gambar permata hati onesue. Semoga mereka akan membesar sebagai khalifah Allah yang sejati. Semoga seluruh kehidupan mereka diabadikan untuk berbakti kepada Allah, Amin

Kakak pakai tudung


Najmi dalam troli menunggu ayah di JUSCO


Itu sahaja buat masa ini. Ada masa onesue akan upload lagi gambar permata hati onesue ini, insyaALLAH

Wallahu'alam

Kerabu Mangga

Salam Ukhuwwah semua,

Ini adalah resepi yang dah lama onesue cari. Onesue memang sukakan kerabu mangga n insyaALLAH dengan adanya resepi ni, boleh la onesue cuba membuatnya. Harap suami onesue juga akan suka dengan hasilnya.

Onesue petik dari Majalah Aniqah, Edisi Mac 2009

Bahan - bahan
2 biji mangga muda
Sos tiram
1/2 biji lobak merah
Air limau nipis
Kacang tanah
Cili merah
Cili padi
2 ulas bawang merah (dimayang)
Gula

Cara membuatnya
1. Kupas mangga dan juga lobak merah
2. Bersihkan dan sagatkan
3. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan ditumbuk kasar. Ketepikan
4. Masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati
5. Kerabu mangga boleh dihidangkan bersama nasi atau dengan apa sahaja mengikut selera anda

Selamat Mencuba

Ummu Kalthum Binti Uqbah

Apabila disebut nama-nama seperti Abu Jahal (Amru Bin Hisyam), Abu Sufian (Sakhr Bin Harb), Umayyah Bin Khalaf, Abu Lahab (Abdul 'Uzza Bin Abdul Muttalib), maka akan terbayanglah kekejaman ketua-ketua kaum Quraisy menentang keras dakwah Nabi s.a.w di Makkah al-Mukarramah.

Di samping nama-nama besar Quraisy itu, tidak kurang zalimnya ialah 'Uqbah Bin Abi Mu'it (Abu al-Walid) iaitu tokoh hebat Quraisy yang begitu lantang menentang cahaya Islam. 'Uqbah inilah sebenarnya ialah bapa kepada srikandi Ummu Kalthum Binti 'Uqbah.

Rumah 'Uqbah dipenuhi dengan syirik dan penyembahan berhala dan tempat yang menjadi pusat perancangan dan perencanaan untuk menentang Islam dan orang beriman. Di sinilah lahirnya seorang bayi yang bernama Ummu Kalthum Binti 'Uqbah. Beliau lahir dalam sebuah rumah yang besar, kaya dan mewah yang juga dipenuhi dnegan pelbagai patung dan berhala di setiap sudut rumah.

Ummu Kalthum telah dididik dengan segala kemewahan, hidupnya senang dan mewah. Seterusnya beliau berkesempatan untu belejat membaca dan menulis sehingga dikatakan sebagai seorang yang berpelajaran jika dibandingkan dengan anak-anak perempuan lain pada waktu itu yang masih dibelenggu dengan buta huruf. Beliau juga banyak menghafaz puisi, peribahasa dan kata-kata himkah, belajar sejarah Arab dan menelaah beberapa bahagian agama ahlil kitab daripada YAhudi dan Nasrani.

Berbekalkan pelajaran yang dimiliki oleh Ummu Kalthum, membuatkan beliau mempunyai akal yang pintar lalu beliau terfikir tentang kebatilan berhala dan patung yang berada di dalam rumahnya itu. Dia melihat ahli keluarganya menjamu serta menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala itu. Semua ini membuatkan beliau terkeliru dengan apa yang dilihatnya. Namun, kerana takutkan bapanya, beliau hanya mendiamkan diri tanpa mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh penghuni rumah itu.

Cahaya Iman Dan Islam

Apabila Nabi s.a.w diutuskan, baginda menyeru orang ramai kepada Islam serta mengajak mereka mengabdikan diri hanya kepada Allah Yang Maha Esa, bukannya berhala dan patung yang dibuat oleh tangan-tangan manusia sendiri. Walaupun bapa serta abang Ummu KAlthum penentang tegar terhadap dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, namun Ummu Kalthum dengan fikiran yang terbuka mengakui kebenaran ajaran baginda apatah lagi sampai ke telinganya akhlak mulia yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.

Ummu Kalthum berfikir sendirian bagaimanakah cara terbaik menemui sendiri Rasulullah s.a.w untuk mengetahui tentang ajaran Islam tanpa pengetahuan bapa dan keluarganya. Lalu, pada suatu hari, beliau mendapat idea iaitu dengan memakai pakaian khadam dan dalam berkeadaan berselubung, beliau pun melangkah keluar dari rumahnya menuju rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam, tempat berkumpulnya Nabi s.a.w dengan para sahabat.

Apabila sampai di sana, Nabi s.a.w mengalu-alukan kedatangannya serta menerangkan kepadanya tentang asas-asas ajaran Islam. BAginda juga membacakan beberapa potong ayat al-Quran kepada Ummu Kalthum. Kemudian Nabi s.a.w mengajak Ummu Kalthum untuk menerima agama Islam, lantas tanpa berlengah lagi Ummu Kalthum dengan rela hati beriman kepada Allah dan memeluk Islam. Ummu Kalthum berasa amat tenang dan bahagia kerana sebelum ini fikiranyya berkecamuk melihat penyembahan berhala di rumah sendiri.

Kecekalan Ummu Kalthum
Setelah Ummu Kalthum pulang daripada menemui Rasulullah s.a.w, beliau masuk ke dalam rumahnya dnegan penuh keyakinan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Lantas dengan kecekalan yang dimiliki, beliau terus mengisytiharkan keislamannya tanpa ragu dan bimbang. Apabila 'Uqbah Bin Abi Mu'it mendapat tahu tentang berita ini, dia menjadi sangat marah. Dia merasakan kawan-kawan seperjuanngannya sudah tentu mengejek dan mempersendakannya ekoran pengislamana anak perempuannya itu. seoarang anak daripada kalangan bangsawan Quarisy yang begitu kuat menentang Islam tiba-tiba telah menerima Islam sebagai ideologi!

'Uqbah Bin Abi Mu'it berasa amat malu dengan tindakan anaknya itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihata kecekalan dan keberanian yang dimiliki anak perempuannya itu. Justeru, 'Uqbah telah bertindak mengurung anaknya itu di rumah serta menyekat pergerakannya agar Ummu KAlthum tidak mempunyai kesempatan bertemu Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain. Walaupun pergerakan Ummu Kalthum disekat bapanya, namun berita tentang wahyu yang turun kepada Nabi s.a.w tetap sampai ke pengetahuannya dan beliau menghafaz segala imu yang sampai kepadanya. Semakin hari semakin banyak ilmu dan semakin mendalam keimanannya kepada Allah s.w.t.

Ketika Nabi s.a.w berhijrah ke MAdinah, Ummu KAlthum amsih lagi disekat pergerakannya sehingga beliau tidak dapat turut serta berhijrah ke Madinah. Pada taun kedua hijrah, berlakukan Perang Badar yang melibatkan seramai 313 orang tentera Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w yang berhadapan dengan tentera Musyrikin Quraisy t=yang berjumlah seribu orang.

Dalam perang Badar ini, bapa kepada Ummu Kalthum terkorban. Hal ini menyebabkan Ummu Kalthum berasa sedih kerana bapanya itu mati dalam keadaan kufur. Setelah kematian 'Uqbah, dua orang anak lelakinya iaitu al-Walid dan 'Umarah mengambil alih urusan menjaga Ummu Kalthum. Mereka berdua lebih teruk daripada bapanya apabila bertindak mengurung, menyekat dan menyakiti Ummu Kalthum dengan lebih dahsyat lagi, namum Ummu Kalthum tetap sabar dalam menghadapai cabaran dan tribulasi ini.

Setelah itu, berlaku pula Prang Uhud dan Khandak. Kedua-dua saudara lelaki Ummu Kalthum iaitu al-Walid dan 'Umarah menjadi panglima di barisan hadapan tentera Quraisy dalam menentang Islam. Manakala Ummu Kalthum pula masih terpenjara dan tiada jalan baginya untuk melepaskan diri dan bersama orang Islam lain dalam usaha memperjuangkan agama Allah s.w.t.

Situasi Ummu Kalthum masih lagi terkurung sehinggalah termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah. Dalam Perjanjian Hudaibiyyah dinyatakan bahawa sesiapa dari Makkah yang melarikan diri ke Madinah hendaklah dikembalikan ke Makkah. Manakala mana-mana penduduk Madinah yang melarikan diri ke Makkah tidak akan dikembalikan.

Ummu Kalthum Berjaya Melarikan Diri

Pada suatu hari, terbuka peluang yang cerah untuk Ummu Kalthum melepaskan diri. Tanpa berlengah lagi, beliau pun melarikan diri ke Madinah. Beliau tidak berupaya lagi untuk tinggal berjauhan dengan golongan Muslimin yang lain. Kedatangannya ke Madinah telah disambut dan dialu-alukan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada suatu ketika, sedang Rasulullah s.a.w berada di Masjid Nabawi, baginda telah didatangi oleh dua orang saudara Ummu Kalthum iaitu al-Walid dan 'Umarah. Mereka meminta Ummu Klathum dikembalikan kepada mereka sesuai dengan perjanjian Hudaibiyyah yang telah dimeterai. RAsulullah s.a.w tidak dpat berbuat apa-apa melainkan menunaikan janji yang telah dimeterai. Ummu Kalthum merayu dengan linangan air mata yang mengalir deras agar beliau tidak dikembalikan kepada dua orang saudaranya yang musyrik itu. Ummu Klathum tidak mahu lagi berada dalam kezaliman golongan musyrikin lalu beliau berdoa memohon pertolongan Allah s.w.t.

Allah s.w.t mendengar doa hambaNya apatah lagi doa orang yang dizalimi tidak mempunyai hijab dengan Allah s.w.t. Lalu turunlah ayat al-Quran dalam surah al-Mumtahanah ayat 10 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman! Apabila orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang yang kafir...."

Keesokan harinya datanglah al-Walid dan 'Umarah kepada Rasulullah s.a.w untuk menuntut Ummu Kalthum. Baginda menolak permintaan mereka dan enggan menyerahkan Ummu Kalthum kepada mereka kerana garis pemisah di antara mereka ialah Islam dan kufur. Allah s.w.t tidak meredai perbuatan tersebut. Lalu pulanglah dua aduk beradik itu dalam keadaan hampa dan kecewa. Ummu Kalthum pula terus meneguhkan keimannya da menjadi pejuang yang amat sabar.

Perkahwinan Ummu Kalthum

Zaid Bin Harithah telah melamar Ummu Kalthum untuk menjadi suri hidupnya. Lamaran iti diterima, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana selepas itu Zaid Bin Harithah syahid dalam peperangan Mu'tah. Perkahwinannya dengan Zaid telah menghasilkan dua orang cahaya mata iaitu yang diberi nama Zaid dan Ruqayyah. (Sila rujuk buku Sahabiyyat Hawla al-Rasul oleh Hani al-Haj, terbitan al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, Kaherah, halaman 158).

Seterusnya Ummu Kalthum dilamar pula oleh Zubayr Bin 'Awwam dan memperoleh seorang cahaya mata yang diberi nama Zainab. Sikap Zubayr yng agak keras menyebabkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya mereka berpisah. Setelah itu, Ummu Kalthum dilamar oleh Abdul Rahman Bin 'Auf dan hadil perkongsian hidup dua orang putera dilahirkan iaitu Ibrahim dan Humaid. Ummu Klathum terpisah denga suaminya apabila suaminya itu terlebih dahulu dijemput Allah s.w.t ke rahmatullah. Kemudian, Ummu Kalthum mendirikan rumah tangga pula dengan 'Amru Bin al-As sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi suaminya 'Amru Bin al-As.

Kehidupan Ummu Kalthum dipenuhi dengan kecekalan dan kesabaran yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga sering turut serta bersama Rasulullah s.a.w dalam peperangan yang disertai baginda. Keistimewaan yang terserlah yang dimiliki oleh Ummu Kalthum sekiranya dibandingkan dnegan wanita lain ketika itu ialah beliau mahir membaca dan menulis. Beliau juga turut sama meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Begitulah hbatnya Ummu Kalthum Bin 'Uqbah seorang yang sabar dan cekal dalam mempertahankan aqidah Islam walau apa jua badai yang melanda. Beliau meninggal dunia semasa pemerintahan halifah Islam yang keempat iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Ali Bin Abi Talib.

Sumber : Majalah Aniqah, Mac 2009. Oleh : Ustaz Mohd Sukki Othman

Friday, April 24, 2009

Lelaki yang hebat

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.


Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku.

Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW."Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagiaan dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Saat Rasulullah menghadapi sakaratul maut

Salam ukhuwwah,

Di sini onesue sertakan titipan dari seorang sahabat menceritakan dengan begitu puitis berkenaan cinta Rasulullah terhadap umatnya. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk meninggalkan segala kemungkaran dan berusaha sedaya upaya untuk menjadi umat Nabi Muhammad saw yang terbaik sebagai menyambut cinta yang begitu agung darinya

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurunenggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allahdan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskandua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelakorang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Alimenundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kalaitu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda- tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yangberkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalaumampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alastidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullahmenatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menantikedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah beradadi dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulait erdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup kantangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Ingatkan sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Thursday, April 23, 2009

Mesti Baca! Permainan utk kanak2...???

Salam Ukhuwwah,

Ini ada satu email dari kawan onesue yang onesue rasa amat menarik untuk dikongsikan bersama semua. Baca dan hayatilah ye

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah.. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". ( ini yang ditakuti Israel sekarang )

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA...

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

Tuesday, March 17, 2009

Utamakan yang patut, salah kita yang gagal memilih

Salam ukhuwwah

Onesue cuma ingin berkongsi kebimbangan onesue mengenai masalah remaja sekarang. Risau sampai rasa menyesakkan dada.

Minggu lepas onesue terbaca dalam akhbar berkenaan jenayah rogol yang semakin berleluasa.Bagaimana seorang perempuan sanggup menodai kepercayaan perempuan lain sehinggakan terjerat sebagai mangsa rogol. Dan bagaimana pula remaja lelaki islam sanggup menodai remaja perempuan islam yang sepatutnya dia lindungi. Ke manakah hilangnya nilai murni dalam dada remaja sekarang.


Teringat cerita di zaman kegemilangan islam dahulu. Dikisahkan ada seorang perempuan islam terselak kainnya sedikit dan ternampaklah auratnya oleh lelaki kafir. Perempuan ini menangis kerana malu dan mengadu kepada pemimpin. Maka pemimpin islam ini menghantar sepasukan tentera memerangi kaum kafir ini. Kenapa sampai berperang? Kerana kaum lelaki islam wajib menjaga kehormatan wanita islam. Kehormatan sesuatu kaum katanya terletak pada kehormatan kaum wanitanya. Sekiranya kaum wanitanya rosak, maka rosaklah kaum itu.

Lihatlah bagaimana kesungguhan lelaki mukmin di zaman kegemilangan islam dahulu. Melihatkan keadaan remaja islam kita sekarang bagaikan langit dan bumi, terlalu dangkal dalam soal agama. Tapi pemerintah kita tidak meletakkan soal sosial, moral dan agama di hadapan. Kita sibuk merisaukan perkara-perkara lain, ingin mengejar kemewahan material sehinggakan moral dan agama jauh ketinggalan di belakang, tidak berkembang dengan seimbang.

Onesue cukup risaukan anak-anak onesue. Di dalam tv, terdapat banyak rancangan kanak-kanak yang kita rasa menarik dan anak-anak kita akan ralit melihatnya. Tanpa kita sedari rancangan itu telah mengajar anak-anak kita untuk maju dalam dunia kepura-puraan. Anak-anak yang 'berbakat' adalah anak-anak yang pandai menari, menyanyi dan berlakon. Sedangkan kita sebagai ibubapa wajib mengajarkan ilmu agama dari kecil. Sematkan di dada anak-anak kita ilmu tauhid, rasa cintakan ALLAH, cintakan rasul, cintakan syurga dan tidak takut mati. Sematkan di dada mereka rasa malu dan pentingnya mereka menjaga menjaga kehormatan diri bukannya buangkan rasa malu dan terkinja-kinja di khalayak ramai.

Onesue sedih memikirkan remaja islam sekarang yang umur sudah menjejaki 15 tahun tapi tidak pandai mengucap. Astaghfirullah. Bagaimana mereka solat? Bukan ke apabila kita bersolat, kita akan sentiasa memperbaharui syahadah kita? Umur sudah 15 tahun tapi masih merangkak-rangkak mengaji, buta al-Quran. Bagaimana kita hendak mengharapkan remaja begini untuk memimpin di masa hadapan? Jika mereka yang buta al-Quran, buta agama memimpin, maka akan porak perandalah negara ini. Keadilan akan dicabuli. Sungguh kasihan remaja ini. Tidak kenal rasul, tidak kenal ALLAH. Ini yang sepatutnya kita risaukan. Untuk mengejar kemajuan, asasnya perlu betul, asasnya perlu kuat. Jika tidak, kemajuan itu tidak akan bermakna dan manisnya kemajuan itu tidak akan dapat dirasai semua.

Onesue menyeru kepada semua ibubapa di luar sana dan diri onesue serta suami onesue sendiri, marilah kita muhasabah diri kita. berbaliklah kepada asal kita. Tenunglah dan fikirkanlah dari mana asal kita dan apakah tujuan kita diwujudkan di muka bumi ini. Barulah kita akan faham apakah tanggungjawab kita yang sebenar. Jika semua sudah faham tanggungjawab masing-masing, barulah penyakit-penyakit yang ada dalam masyarakat hari ini akan dapat diubati. Kasihanilah anak-anak kita yang kita lahirkan ke dunia ini untuk menjadi musuh islam sendiri. Kenapa mereka memusuhi islam? Kerana mereka tidak mengenal apa itu islam. Mereka hanya mengenal islam sebagai agama tapi bukan sebagai cara hidup. Marilah kita utamakan apa yang patut, bukan sibuk untuk membetulkan sesuatu di luar sana sehinggakan yang patut kita tengok ini terbiar layu.

Ingatlah, suatu hari nanti kita tidak akan terlepas dari ALLAH. Apa yang kita akan jawab sekiranya benda yang berlaku itu adalah disebabkan kita yang gagal untuk memilih.

Wallahua'lam

Friday, February 27, 2009

Sejarah Ayat Kursi

Salam Ukhuwwah,

Onesue ada menerima e-mail dari seorang sahabat berkenaan sejarah dan kehebatan ayat kursi. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkannya. Semoga kita kan mendapat keberkatan dan manfaat darinya dengan izin Allah.

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
  • Mengikut keterangan dari kitab 'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya denganberbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia darisegala bencana dengan izin Allah.
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabdabermaksud:' Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  • 'Sabda baginda lagi;'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudukdan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
  • 'Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malampertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, iaakan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapamembaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
  • dan barang siapa membacanya ketikahendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescayaAllah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s.a. w. bersabda,' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Wallahu'alam