Wednesday, January 21, 2009

Kekejaman Israel

Sejak hampir sebulan yang lalu, kita dikejutkan dnegan serangan Israel ke atas Palestin. Setiap hari, tidak kira siang atau malam, bumi Palestin dihujani dengan bom dan peluru yang kononnya disasarkan kepada pajuang Hamas tetapi pada hakikatnya mengenai orang awam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Bukan ke ajaran Yahudi sendiri menegah mereka berperang di dalam bulan Muharam? Mereka sendiri melanggar ajaran yang dibawa oleh Nabi mereka. Mereka sendiri mengengkarinya. Jadi atas tiket apakah sebenarnya mereka menyerang Palestin?

Astaghfirullah....Sangat menyedihkan melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi sasaran, begitu jug denga orang awam yang tidak bersenjata. Apa dosa mereka? Ke manakah hilangnya rasa kedamaian dan kasih sayang antara kita semua? Israel memang kejam. Patutlah kisah mengenai kemungkaran dan kekejaman mereka disebut berulang kali di dalam Al Quran. Kisah bagaimana mereka sentiasa mendustakan kebenaran dari zaman dahulu sehinggalah ke hari kebangkitan.

Untuk kita yang hidup di dalam negara yang aman, bersyukurlah. Nikmatilah hidup anda sebaiknya dan berusahalah sedaya upaya untuk menjauhi kemungkaran. Perbaikilah diri agar mampu berdepan dengan ALLAH sebagai hambaNYA yang DIA cintai dan kasihi bukan sebagai hambaNYA yang DIA murkai. Belajarlah dari sejarah kegemilangan Islam. Belajarlah dari para sahabat Nabi.

Solat itu penting kerana dengan solat, kita dapat membina karakter yang baik yang seterusnya dpat memimpin diri kita menjadi yang terbaik dalam apa sahaja yang kita lakukan. Lihatlah bagaimana pada zaman Nabi dan para sahabat, setiap askar dan pejuang ALLAH adalah mereka yang tidak pernah meninggalkan solat sejak mereka mengenal Islam. Subhanallah.......mampukah kita menjadi seperti mereka? Tunduk dan patuh pada ALLAH, berani dan tidak gentar memikul senjata berjuang di jalan ALLAH. Malulah kita dengan para syuhada dan malulah dengan ALLAH.

Semaklah diri kita sendiri. Solat yang 5 waktu pun terasa berat untuk dilaksanakan. Bagaimana pula kita ingin terasa sayu dan sakit bila rakan seagama kita disakiti dan diperangi? Kita sendiri masih suka dengan perkara mungkar, bagaimana kita ingin memerangi kemungkaran yang dilakukan Israel? Kita sendiri masih suka berhibur, masih suka dengan yang mendedahkan aurat, bagaimana kita hendak terasa bersemangat untuk memerangi mereka-mereka yang menjadikan wanita Islam sebagai mangsa kebuasan nafsu mereka? Fikir-fikirkanlah dan berubahlah kerana ALLAH.

Wallahua'lam

Saturday, January 10, 2009

Etiqa

Salam Ukhuwwah,

Nampaknya malam ini onesue mempunyai ruang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni, alhamdulillah. Onesue baru sahaja meneliti borang etiqa untuk sahabat onesue yang berjaya diyakinkan hatinya untuk menyertai keluarga etiqa. Terkial-kial juga onesue mengisi borang-borang tersebut.

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat onesue berjaya diyakinkan. Menurut senior onesue (dalam etiqa ini la), hanya 5% orang Islam di Malaysia mempunyai perlindungan insurans dan juga takaful. Dan alhamdulillah onesue tergolong dalam golongan 5% itu dan onesue juga telah berjaya men'takaful'kan kedua-dua anak onesue. Bukan apa, sekiranya apa-apa terjadi kepada onesue atau suami, sekurang-kurangnya anak-anak kami ini tidak ditinggalkan sehelai sepinggang. Rasanya perlindungan yang onesue ambil dalam etiqa ini InsyaALLAH cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sehinggalah mereka mampu berdikari.

Bagaimana pula dengan anak-anak di luar sana? Menitis air mata onesue memikirkan mereka. Tahun lepas terdapat satu kemalangan maut yang mengorbankan sepasang suami isteri. Mereka meninggalkan 6 orang anak (kalau x silap). Dan khabarnya anak-anak itu akan dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang telah uzur. Tiba-tiba sahaja mereka hilang tempat bergantung dan sekiranya tiada persediaan dari arwah ibubapa mereka, ternyata mereka hanya ditinggalkan sehelai sepinggang. Apa nasib anak-anak ini? Adakah mereka akan menjadi sebahagian dari watak dalam cerita yang amat biasa dalam masyarakat kita? Bersusah untuk menerukan kelangsungan hidup, ada yang terpaksa berkorban untuk yang lainnya. Dan yang paling ditakuti mereka akan terjerumus dalam kancah maksiat.Nau'zubillah.

Wahai sahabat-sahabat onesue sekalian. Demi ekonomi dan kesucian agama kita, marilah kita bersama-sama bertakaful. Jagalah zuriat kita dari kepapaan. Biar mereka hidup susah agar mereka lebih meghargai hidup tetapi jangan kita biarkan mereka papa agar iman mereka tidak goyah menghadapi dugaan hidup ini.

Wallahu'alam

Thursday, January 8, 2009

Asyura rai kemenangan tegak kebenaran Islam

Mereka yang menyedari dan mengerti kelebihan serta keistimewaan Muharam akan menanti kemunculannya serta meraikannya dengan penuh kesyukuran kerana Muharam antara bulan penuh keberkatan.

Allah menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud : "Sesunguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab), dan perangilah kamum Musyrikin itu semuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang bertakwa." (Surah at-Taubah, ayat 36)

Sesungguhnya apabila menjelma saja fajar Muharam di ufuk timur, bukan sekadar petanda bermula tahun baru (yang perlu diterokai dengan penuh keazaman supaya kehidupan masa depan lebih baik daripada kehidupan semalam mengikut acuan ajaran Islam), ia juga mengingatkan mengenai hijrah Rasulullah s.a.w. Berpandukan hijrah Rasul dari Makkah ke Madinah yang penuh dengan kegetiran dan pengorbanan, maka Saidina Umar Al-Khattab menetapkan permulaan takwim dalam Islam.

Pada Muharam juga umat Islam meraikan hari Asyura yang menyelitkan pelbagai peristiwa dalam perkembangan Islam sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Pada hari Asyura ramai nabi mendapat kemenangan dan keselamatan pelbagai gangguan, ancaman dan seksaan dalam memperjuang kesucian ajaran Islam.

Contohnya, pada hari itu Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara selepas meringkuk selama 7 tahun. Nabi Ibrahim keluar dengan selamat dari unggun api yang dinyalakan Raja Namrud untuk membakarnya. Hal itu juga terakam dalam ayat bermaksud : "Kami berfirman :Wahai api jadilah dingin dan selamat atas Ibrahim." (Surah al-ANbia', ayat 69). Nabi Nuh dan kira-kira 80 pengikutnya turun dari bahtera dengan selamat dan aman, selepas berada di dalamnya 6 bulan kerana dilanda banjir besar dan taufan mengerikan.

Demikianlah antara peristiwa yang berlaku pada hari Asyura. Asyura berasal daripada bahasa Arab, "Asyara" yang bermaksud 10. Ini bermakna Asyura adalah hari ke 10 dalam takwim Islam. Pada tarikh itu, banyak peristiwa membanggakan berpihak kepada orang Islam yang perlu dirai serta diingati semua. Sesungguhnya Asyura selalu dikaitkan dengan ibadah puasa sunat Asyura. Mengikut riwayat Ibn Abbas, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melakukan puasa Asyura sejak di Makkah kerana mengikut kebiasaan masyarakat setempat. Namun selepas Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda mendapati orang Yahudi juga melakukan ibadah puasa lalu Baginda mengajukan pertanyaan, "Apa ini? Kaum Yahudi menjelaskan: "Ini hari baik, ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka, maka berpuasalah Nabi Musa." Seterusnya NAbi bersabda : "Maka aku lebih berhak dengan Musa daripada kalian." Kemudian Baginda berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa Asyura.

Apabila puasa Ramadhan diwajibkan, Rasulullah s.a.w meninggalkannya (menjadi ibadat sunat). HAl itu diceritakan Saiditina Aisyah : "Kemudian ketika puasa Ramadhan diwajibkan, Rasulullah meninggalkan puasa Asyura. Maka barang siapa berkehendak, dia berpuasa dan barang siapa berkehendak, dia meninggalkannya." (HAdis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan At-Tirmizi).

Sesungguhnya puasa sunat Asyura dianggap Baginda RAsulullah s.a.w sebagai sangat utama selepas puasa Ramadhan. Denga tegas Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Puasa yang utama (afdal) sesudah Ramadhan ialah puasa pada Muharam." (Hadis riwayat Muslim). Rasulullah s.a.w memberi panduan jelas agar puasa Asyura tidak menyamai puasa orang Yahudi menerusi sabda Baginda yang bermaksud : "Puasalah kalian pada hari Asyura, bezakanlah dengan Yahudi, berpuasalah satu hari sebelum dan sesudahnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Kelebihan puasa Asyura dapat ganjaran pahala dan menghapuskan dosa. Diriwayatkan Imam Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasa'e daripada Qatadah bahawa RAsulullah s.a.w bersabda yang bermaksudh : "Puasa Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah untuk melebur dosa tahun lalu."

Apa yang dimaksudkan Baginda ialah yang terhapusnya cuma dosa kecil, manakala dosa besar boleh terhapus melalui taubat dengan mengikut syaratnya.

Sementara peluang masih ada, kita harus berlumba mengerjakan ibadah sunat bagi menambah kekuatan iman dan mendekatkan diri kepada Allah dengan harapan menjadi insan yang taat, bertakwa serta diredaiNya di dunia dan akhirat.

Oleh : Mohd Adid Ab Rahman
Petikan dari : Ruangan Agama, Berita Harian, Rabu, 7 Januari 2009

Sunday, January 4, 2009

Sunyi

Salam ukhuwwah,

Kali ni onesue benar-benar rasa sunyi. Sejak Ogos 2008 sehinggalah 18hb Disember 2008, kehidupan onesue dan anak-anak tersangat bahagia dengan suami disisi. Kehilangan passport suami onesue bagaikan satu rahmat buat kami sekeluarga. Merasakan kehadiran seorang suami dan ayah disisi setiap hari adalah saat yang paling membahagiakan.

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan kehadiaran suami dan ayah di rumah setiap hari menjadikan kami manja. Sehinggakan pemergian suami ke Papua New Guinea kali ini terasa amat memeritkan. Anak-anak menjadi pemarah, tersangat sensitif dan cepat menangis. Insyirah terutamanya, setiap hari sebelum tidur, dia akan bercerita tentang aktiviti hariannya (dalam pelatnya yang tersendiri, hanya umi sahaja yang memahaminya). Dan apabila tiba kepada ayah, dia akan berkata "Kakak nak ikut, ayah ik bang (kakak nak ikut ayah naik kapal terbang)" dan dia akan menangis sepuas-puasnya sehinggalah dia tertidur. Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan keadaan anak sebegitu sehinggakan onesue juga akan ikut menangis sehinggalah onesue juga tertidur.

Kedua-dua anak ini demam pada hari pertama sehinggalah hari keempat ketiadaan ayah mereka. Mak dan wan onesue risaukan keadaan mereka dan mengambil keputusan untuk datang bertandang ke rumah onesue lebih awal dan lebih lama dari plan asal. Kehadiran nenek dan tok wan mereka ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan mereka kepada ayah mereka. Tetapi tetap setiap malam sebelum tidur, Insyirah akan menangis mengenangkan ayahnya.

Kemudian anak-anak ini cirit-birit tanpa sebab sehingga seminggu lamanya. Smecta seolah-olah tidak berkesan kepada mereka. Dan akhirnya keadaan mereka berdua baik dengan sendiri. Mak onesue kata 'mungkin mereka rindukan ayah'.

Onesue pula macam mana? Hati isteri yang mana la tidak sedih bila berjauhan dengan suami? Walaupun sebelum ini suami kerap outstation, tapi onesue tidak pernah suarakan kerisauan dan kerinduan yang mendalam kepadanya. Dengan harapan suami tidak akan terganggu dengan soal remeh temeh (betul ke remeh?) perasaan onesue ini.

Setiap hujung minggu onesue akan pastikan mereka akan berada dalam lingkungan ahli keluarga yang ramai agar mereka tidak terasa sangat dengan ketiadaan ayah mereka.

Dan perkara yang amat menyeksakan jiwa onesue adalah apabila mendapat khabar dari suami yang mengatakan betapa susahnya dia makan di sana. Tiada telur, jawabnya hanya nasi dan sayurlah menjadi santapannya setiap hari memandangkan lauk-lauk lain (ayam, daging dsb) tidak dapat dipastikan halal haramnya. Semoga ALLAh akan memberi ganjaran sebesar-besarnya kepada suami onesue kerana berusaha sedaya upaya menjaga perutnya dari makanan yang subhah dan haram. Amin. Onesue sendiri terasa tidak berselera untuk makan mengenangkan nasib suami yang jauh diperantauan. Dan kerinduan onesue semakin menebal apabila tiba lunch hour pada setiap hari bekerja. Selalunya apabila suami dan onesue tidak ke mana-mana, kami akan lunch bersama-sama. Dan port favourite kami adalah di medan selera telok.

Semoga ALLAH akan memudahkan kesulitan suami onesue dan semoga dia akan dapat segera balik untuk kesihatan emosi anak-anak. Emosi onesue? Tidaklah sepenting emosi anak, betul tak?

Wallahua'lam