Saturday, April 2, 2011

Al Quran Digital, Produk Terbaru!

Assalamualaikum

Onesue agak malas meng'update' blog ini sejak semenjak dua menjak ini. Bukannya apa, malam sudah fully occupied dengan home tuition untuk my kids. Since they are not schooling now, dah nak masuk 2 bulan, so we have to.

Dan rutin malam juga berubah sedikit. Kami cuba sedaya upaya untuk mendisiplinkan anak-anak dengan memperkenalkan peraturan "Strictly no cartoon from 7.30 pm until 8.00 pm". Masa itu adalah masa untuk solat berjemaah. Setakat ini, kakak sangat berdisiplin tetapi adik tidak.

"Adik tidak pandai semayang"

Walau itu alasannya, tetap no cartoons pada waktu itu. You have to watch orang solat. Rasanya kami perlu mula strict dengan anak-anak. Memang susah hendak mendisiplinkan mereka tetapi tidaklah mustahil, betu;l tak? Kami kena konsisten dan berdisiplin. InsyaALLAH, bantuan ALLAH akan datang nanti.

Ok, onesue ingin bercerita sedikit tentang produk baru yang dijual oleh adik onesue iaitu Al Quran Digital. Onesue mula berkenalan dengan Al Quran Digital minggu lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami di kampung. Terbaca dalam paper dan kebetulannya, salah satu hantaran yang diteima oleh pengantin adalah Al Quran Digital. Dan kebetulannya pula, adik onesue bercerita tentang produk ini dua hari selepas itu. Banyak sungguh kebetulan, petanda yang baik agaknya.

Terdapat 4 Qari pilihan di dalam produk ini, tidak seperti kebanyakan Al Quran Digital di pasaran yang hanya mempunyai 2 Qari pilihan sahaja. Dan onesue paling seronok, salah seorang Qai tersebut adalah qari kegemaran onesue iaitu Syeikh Said Al Ghamidi. 3 Qari yang lain adalah
Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud

Untuk keterangan lanjut, bolehlah terus ke blog adik onesue iaitu : http://alqurandigital2u.blogspot.com/

Untuk sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi adik onesue di talian 012-6056457 atau boleh juga hubungi onesue di 019-7287229. Just drop a message pun xpe, we'll contact you back

Wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum akak,

Kebetulan kita suka Al-Quran reciter yang sama; saya pun paling suka dengar alunan Al-Quran dendangan Saad Al Ghamdi. Sangat sedap dan sejuk telinga mendengarkannya (^_^) nanti saya jenguk blog adik akak, nak juga tengok apa rupa Al-Quran digital tu