Monday, April 4, 2011

Takziah untuk Jiranku

Assalamualaikum

This is a very short entry. Onesue baru diberitakan bahawa kawan Najmi semasa di nursery jalan 4C dulu telah meninggal dunia pagi tadi. Arwah adik wawi didiagnosis mengalami leukimia setahun lalu setelah beberapa bulan adiknya, arwah Safiya meninggal dunia di nursery akibat tercekik susu.

Kisah sedih ibu arwah menghadapi kematian arwah adik safiya dan kemudiannya arwah wawi disahkan menghidap leukimia dikongsi bersama semasa onesue mengadakan rumah terbuka tahun lepas. Terkejut kami melihat keadaan arwah : kepala botak dan ke mana-mana sahaja dengan memakai topeng mulut. Dan kehadiran mereka di rumah terbuka onesue juga sudah agak lewat petang, ketika tetamu sudah tiada bagi mengelakkan arwah terdedah dengan jangkitan. Kurang orang, kurang risiko.

Kepada ibu arwah wawi, takziah. Terlalu besar dugaan yang akak terima dalam masa dua tahun ini. Dan kami yakin, akak menerima dugaan sebegini kerana ALLAH tahu bahawa akak dan keluarga mampu menerimanya dengan penuh redha.

Al-fatihah untuk arwah adik wawi.

Najmi masih belum tahu tentang berita ini. Malam ini dia akan tahu bila kami pergi ziarah.

Wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

Innalillahi wainnailaihirajiun.

Sedih baca kisah yang akak tulis ni. Mula2 anak bongsu, la ni anak sulung pulak yang pergi dulu ke pangkuan Ilahi. Semoga roh adik2 berdua tu dicucuri rahmatNya, Amin.