Friday, February 25, 2011

Istidraj, "Tetapi, aku berjaya!"

Assalamualaikum

Onesue nak berkongsi email yang cukup baik ini dengan rakan-rakan semua. Kadang-kadang onesue juga tefikir kenapa mereka berjaya, senang tetapi semua itu agak susah untuk onesue mahupun suami. Tetapi sedarkah kita hikmah di sebalik sedikit dugaan yang Allah berikan itu? Sama-samalah kita membaca nukilan di bawah yang diemailkan seorang sahabat kepada onesue. semoga memberi manfaat.

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

( Muhasabah ) Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah : Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, " Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku" Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, " Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?" Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi.

Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.

Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. " Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"

ALLAH menjawab, " Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah belajar bersungguh-sungguh, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, " Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…" Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Best Regards,
AZLIN ABU BAKAR

Kepada saudari Azlin, terima kasih kerana men'forward'kan kiasah yang cukup indah untuk dibuat renungan. Kepada hati-hati yang masih ragu dengan kasih sayang ALLAH, bertaubatlah dan kembalilah kepadaNYA. Hanya DIA yang kekal, hanya DIA yang benar-benar menyayangi tanpa syarat, yang sentiasa sabar menunggu kita kembali kepadaNYA, sabar dengan karenah kita yang saban hari membuat dosa.

Wallahua'lam

Wednesday, February 23, 2011

Saudah Binti Zam'ah

Assalamualaikum

Hari ini onesue ingin berkongsi tentang seorang lagi wanita yang wajar digelar srikandi Islam iaitu Saudah Binti Zam'ah.

Siapakah Saudah ini? Beliau adalah dari suku keluarga Amir yang terhormat dan kaya. Ayahnya adalah Zam'ah Bin Abi Syams dan ibunya pula bernama As-Syumus Binti Qais. Saudah tidak seperti kebanyakan anak orang berada yang lain. Beliau suka berbuat baik dan seorang yang suka berkata benar. Beliau juga adalah seorang yang sangat sederhana.

Saudah berkahwin dengan As-Sakran Bin Amru. Mereka sekeluarga adalah antara yang terawal memeluk agama Islam. Ketika tentangan dari kaum Quraisy di kota Makkah sedang hebat berlaku, Rasulullah saw telah mengarahkan umat Islam berhijrah. Saudah sekeluarga adalah antara mereka yang bersama-sama Rasulullah saw berhijrah, merentas padang pasir yang luas bagi menyelamatkan agama yang baru dianuti. Suami Saudah meninggal dunia ketika penghijrahan ini berlaku. Saudah dan anak-anaknya kemudiannya diletakkan di bawah jagaan ayahnya.

Pada ketika itu, Rasulullah saw juga telah kehilangan isterinya Khadijah. Semua sahabat tidak berani mencadangkan agar Rasulullah saw mencari pengganti Khadijah kerana mereka amat tahu betapa dalamnya cinta Rasulullah terhadap Khadijah.

Akhirnya seorang sahabat, Khaulah Binti Hakim telah mencadangkan agar Rasulullah saw mengahwini Aisyah Binti Abu Bakar, namun Aisyah pada ketika itu terlalu kecil untuk bergelar seorang isteri. Akhirnya nama Saudah disebut dan Rasulullah saw bersetuju dan mengizinkan Khaulah untuk meminang Saudah bagi dirinya. Saudah amat terharu dan memberitahu ayahnya.

Ramai orang yang tidak percaya dengan peminangan ini kerana Saudah merupakan seorang janda tua yang tidak rupawan dan telah mempunyai anak. Tujuan Rasulullah saw mengahwini saudah adalah untuk menghapuskan kesunyian di hati Saudah setelah kehilangan suami. Ramai kaum Saudah memeluk agama Islam kerana terharu dengan tindakan Rasulullah saw yang sanggup mengahwini Saudah yang telah lanjut usia.

Setelah berkahwin dengan Rasulullah saw, Saudah dapat merasakan bahawa terdapat benteng yang kukuh yang tidak dapat ditembusi di hati Rasulullah saw. Saudah amat sedar bahawa dia tidak sehebat Khadijah dan sedar bahawa Rasulullah saw telah mengahwininya atas dasar kasihan. Walau bagaimanapun, beliau tetap merasakan bahawa menjadi isteri Rasulullah saw merupakan kedudukan yang lebih baik dari menjadi janda. Oleh kerana itu, apabila Rasulullah saw menyatakan keinginan untuk mengahwini Aisyah, beliau menerimanya dengan senang hati. Saudah sentiasa berusaha menjaga keperluan Aisyah dan berusaha untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan Aisyah. walaupun selepas itu didatangi oleh isteri-isteri Rasulullah saw yang baru, Aisyah tetap diutamakan.

Rasulullah saw amat senang dengan Saudah kerane kesucian hatinya yang melayan madu-madunya dan puteri Rasulullah saw dengan penuh hormat. Rasulullah saw juga berusaha untuk membuka pintu hatinya terhadap Saudah tetapi tidak berjaya. Rasulullah saw juga amat kasihankan Saudah yang sentiasa merasa dirinya penuh dengan kekurangan berbanding isteri-isterinya yang lain. Oleh itu, Rasulullah membuat keputusan untuk membebaskan Saudah dari perasaan yang menyeksa jiwa.

Rasulullah saw telah menyatakan hasrat untuk mentalakkan Saudah. Saudah merasa sangat sedih. Namun apabila beliau kembali tenang, Saudah berkata 'Wahai Rasulullah saw, biarlah aku terus menjadi isterimu. Aku tidak lagi mempunyai keinginan seperti isteri-isterimu yang lain. Akan kuberikan giliranku kepada Aisyah'.

Rasulullah saw begitu terharu dengan kata-kata Saudah dan berasa sangat bersalah. Baginda datang untuk mentalakkannya tetapi Saudah tidak sedikitpun merasa marah. Saudah telah menunjukkan sifat sabar dan kasih seorang isteri. Seperti yang telah dipersetujui, Saudah kekal sebagai isteri Rasulullah saw dan gilirannya diserahkan kepada Aisyah.

Aisyah tidak pernah melupakan jasa Saudah sehinggalah Aisyah pernah berkata 'Tiada wanita yang sangat ku kasihi, sehingga mengizinkan aku mengambil gilirannya melainkan Saudah Binti Zam'ah'

Sekian dulu buat masa ini. Wallahua'lam

Tuesday, February 22, 2011

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Assalamualaikum

Onesue terbaca semula email-email lama dari sahabat-sahabat dan terjumpa email yang indah ini. Semoga Allah akan membukan pintu hati kita, sentiasa berada di dalam iman...Amin

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluarseperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amatdingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" adapada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu."Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini"

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya."Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadapanak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satulagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyilagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng inisetelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indahyang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Masya ALLAH...tidak malukah kita dengan anak kecil itu? Walaupun masih kecil, mampu membawa kebaikan dengan caranya yang tersendiri. Mampukah kita membawa kebaikan dalam kehidupan seharian kita? Kita bekerja tapi kita menjana dosa dengan mengumpat, bersangka buruk dan sebagainya. Kita tidak mampu menjadikan kerja itu sebagai medan jihad. Ikhlaskanlah hati kita bila bekerja, maka kita akan mampu menjadi pendorong orang lain. Ajaklah rakan-rakan sekerja kita ikhlaskan diri bekerja, tegurlah mereka bila mereka mula bergossip, cubalah tidak menjadi beban kepada orang lain, insyaALLAH keberkatan akan mula menjenguk.

Terasa diri amat kerdil, amat hina.

Anak-anak ummi, semoga hati kalian berdua akan sentiasa bersih, jauh dari dosa dan noda. Semoga hidup kalian kerana ALLAH, dan mati kalian juga kerana ALLAH. Semoga hidup kalian tidak sia-sia. Jika tidak, ummi akan terasa berdosa sepanjang masa

Wallahua'lam

Monday, February 21, 2011

My kind grandma

Assalamualaikum

Onesue kepenatan hari ini. Melihat jadual 'preventive maintenance' yang masih belum di'update' lagi setelah ditegur sejak sebulan yang lepas sudah cukup untuk memulakan migrain yang dahsyat. Belum lagi pening memikirkan sikap cikgu tadika yang sangat tidak bertanggungjawab membiarkan Insyirah meluru keluar ke pintu pagar tanpa memakai selipar. What if ada kereta yang laju ketika itu? Dan cikgu itu hanya memandang tanpa mengejar pun. Nasib baik onesue 'drive' kereta dan melalui jalan tersebut setelah penat berjalan menghantar Insyirah dan Najmi ke tadika. Belum sampai 10 minit pun rasanya, Insyirah sudah kelam kabut. Apa yang sebenarnya tejadi, penat untuk diambil tahu.

Sedih memikirkan semua ini, mengingatkan onesue kepada kehangatan arwah nenek. Rasanya dialah tempat onesue mengadu dulu. Pemergiannya ke rahmatullah, benar-benar membuat onesue sunyi, tiada lagi tempat bergantung harap meluah perasaan gundah mahupun gembira. Semuanya hanya terbuku, terpendam di hati.

Mendengar lagu dendangan anak-anak Genius Aulad 'My Kind Grandma', benar-benar mengganggu perasaan onesue. Mungkin hati tengah risau dengan pelbagai benda hari ini, membuatkan lagu itu benar-benar membuai rasa hari ini.

'I love my grandma, she's kind to me, she always there to comfort me, with all my heart i will pray,bless my grandma everyday, when i am ill, she is there for me......'

Teringat saat-saat kami berjalan ke kampung sebelah, singgah mengambil ubi kayu di kebun di tepi sungai....Dengan bangganya arwah memberitahu orang kampung 'inilah cucu aku, baru darjah dua tapi dah khatam Al-Quran'. Arwah tak berbangga dengan kehebatan onesue mendapat nombor satu dalam setiap peperiksaan dari darjah satu sehingga darjah dua (pada waktu itu). Arwah rajin belajar mengaji, kadang-kadang dimintanya onesue mengajarnya surah Yasin. Masih terngiang-ngiang arwah sedang menghafal sifat 20, tak pun arwah menghafal 99 nama Allah.

Arwah hidup dengan penuh kesederhaan. Maklumlah, kami bukanlah orang senang. Ketika mak membawa kami balik ke kampung (mak dapat pindah kerja ke Sekolah Menengah Ladang Kerilla), umur onesue baru sahaja 8 tahun. Kami tinggal bersama arwah di rumah yang paling cantik di kampung pada waktu itu, terletak betul-betul di atas bukit Kampung Bukit Langsat. Kononnya, arwah datuk dahulu seorang pendekar dan bertarung menentang jepun. Kampung akhirnya bebas dari serangan Jepun dan arwah datuk mendapat kelebihan tanah di puncak bukit.

Rumah itu sangat cantik, dibina tanpa sebarang paku. Sayangnya, ia sudah tiada sekarang.Serpihan papan masih ada di rumah mak su, buat pengubat rindu.

Arwah adalah lambang ketabahan seorang wanita. Membantu arwah datuk membesarkan anak-anak dengan berkebun, bersawah, menoreh getah dan menjual hasil kebun. Dari mak, onesue tahu arwah sentiasa berjalan berbatu-batu, menjunjung hasil kebun untuk dijual di pasar.

Arwah juga menjadi tempat anak-anaknya berlindung ketika angin arwah datuk tidak baik. Darah pendekar yang ada dalam diri datuk membuatkan dia amat senang untuk 'baran' tetapi arwah neneklah kusyennya. Begitulah hubungan suami isteri yang sepatutnya kan? saling melengkapi.

Hujung minggu, tak ke sekolah, onesue akan menghantar bekal kepada arwah ke kebun getah di 'sabung'. selalunya onesue akan ke bangsal getah dan menjerit 'mok, mano nok letok beka nih?'. Dari jauh terdengar suara arwah sayup-sayup menjawab 'gatung tinggi sikik, takuk babi make'. Jika onesue tidak sibuk membantu mak dengan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik, onesue akan kembali lagi ke bangsal dalam pukul 9 pagi untuk membantu arwah menggelek getah keping, tak pun mengutip getah sekerap yang kami selalu panggil 'pok'.

Masih teringat lagi ketika musim banjir, mengikut arwah nenek ke tepi bendang, memasang jala kecil. Dapat la ikan untuk dibuat lauk ketika musim tengkujuh. Tak pun, pergi menggali ubi untuk direbus. Ubi panas dengan kelapa amatlah sedap dimakan di musim tengkujuh. Tak pun, pulut dengan kelapa dan ikan kering, meleleh air liur dibuatnya.

Teringat ketika musim menuai padi, selalunya arwah akan membentangkan tikar besar di laman rumah, menjemur padi. Tugas kami adalah menjaga padi tersebut dari dimakan ayam. Macam-macamlah idea yang keluar seperti memasang tali penuh dnegan tin kosong di sekeliling tikar. Tidak perlulah kami mengejar ayam setiap kali, hanya perlu menarik tali dari atas rumah sahaja, bijak kan?

Rasanya tidak akan habis bercerita tentang kenangan bersama arwah. Terlalu istimewa, terlalu banyak. Sayangnya tidak ramai orang terdekat menghargai arwah, Ketika arwah sakit, dia pernah berkata 'oghe lua lagi saye ko mok, tapi anok-anok mok.....'. sebulan sebelum arwah pergi, onesue sempat meluangkan masa sebanyak mungkin bersama arwah. Ketika itu onesue sedang menunggu masa untuk ke universiti. Masih terasa hangatnya tangan arwah memeluk onesue ketika onesue mejahit tudung labuh pertama onesue, bangga katanya. Arwah bercerita tentang di mana diletaknya kain batik untuk disedekahkan kepada orang yang memandikan jenazahnya dan betapa sayunya hati bila arwah cuba menyekat air paip dari ke bawah bukit untuk memenuhkan air kolah, tetapi ada orang membuang sekatan itu. Air kolah itu katanya untuk memandikan jenazahnya nanti. dan arwah terus berceloteh, di selang selikan dengan tangisan meminta agar onesue menjaga mak, jangan dibiarkan mak menangis kerana mak adalah anak arwah yang baik. Tak sanggup dia melihat mak menangis. dan arwah juga meminta onesue sedaya upaya menjaga adik-adik supaya tidak berpecah belah seperti anak-anaknya, Ketika itu, onesue langsung tidak menjangka itu adalah amanat dari arwah, semasa hari-hari terakhir bersamanya.

Ketika bersedih, ketika terasa lelahnya hidup ini, kata-kata semangat dari arwahlah penguat semangat. Jika arwah masih hidup, mungkin hidup onesue lebih bersemangat dari sekarang, mungkin lebih bewarna-warni dari sekarang, mungkin juga mak lebih bersemangat dan lebih gembira dari sekarang. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya kan? Allah tidak pernah menganiayai hambaNya malah kita sendiri yang menganiayai diri kita sendiri. DIA telah mencaturkan perjalanan hisup yang tebaik untuk kita.

Onesue redha dengan pemergian arwah. Semoga arwah tenang disampingNYA, jauh dari busuk hasad dengki, jauh dari penganiayaan manusia-manusia yang lupa diri Al-fatihah untuk arwah nenek yang tersayang, CHE BIDAH.

Kak long sangat merindui 'Mok'.

Wallahua'lam

Sunday, February 20, 2011

Tanda-tanda awal kanser

Assalamualaikum....

Kanser? Dengar saja sudah cukup menakutkan, betul tak? Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mencegahnya. Untuk mencegahnya, mestilah kita perlu berkenalan dengan tanda-tanda awal kanser.

  1. Kanser payudara : terdapat bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kalenjar di ketiak atau terdapat kedutan di buah dada
  2. Kanser pangkal rahim : sakit selepas bersenggama, turun berat badan atau terdapat lelehan atau pendarahan yang luarbiasa
  3. Kanser ovari : Haid tidak teratur, sakit ketika bersenggama, suara menjadi lebih dakam atau terdapat ketumbuhan keras di bahagian abdomen
  4. Kanser tekak : suara menjadi garau/serak, kalenjar membengkak di leher, ada ketumbuhan di tekak, sukar untuk menelan makanan
  5. Kanser usus besar : tedapat perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan ketika membuang air besar
  6. Kanser perut : hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit
  7. Kanser darah (leukimia) : mudah letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan
Berdasarkan kajian yang dilakukan, kanser selalunya disebabkan oleh :
  1. Makanan
  2. Pencemaran air dan udara
  3. Pengambilan ubat yang berlebihan/salah
  4. Alkohol
  5. Radiasi
  6. Sinaran cahaya matahari
  7. Tembakau
  8. Pekerjaan
Onesue harap info di atas dapat membantu kita semua mencegah kanser. Ingatlah orang-orang tersayang. Tetapi sekiranya setelah melakukan pelbagai pencegahan dan masih ditakdirkan mendapat kanser, redhalah dan terimalah seadanya kerana kita ini milik Allah. DIA mempunyai hak mutlak untuk mentakdirkan apa sahaja kepada kita, hambaNYA. Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkanNYA.


Permata hati ummi, ummi sayang kamu berdua

Wallahua'lam

HAZOP

Assalamualaikum

Onesue baru saje siap 'compile' kajian HAZOP yang kami buat minggu lepas, alhamdulillah. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu kajian HAZOP kan? Onesue pun hanya mendengar dan belajar sedikit tentang kajian HAZOP semasa di tahun akhir pengajian kejuruteraan di UKM pada 2001. Dan selepas itu, tidaak pernah kedengaran lagi perkara berkaitan kajian HAZOP kecuali minggu lepas

Kerajaan sudah agak 'strict' dengan kajian HAZOP ini. Dan sudah tentulah syarikat-syarikat yang mempunyai fasiliti yang agak cukup mula melakukan kajian HAZOP ini termasuklah syarikat tempat onesue bekerja sekarang.

Onesue terangkan sedikit tentang kajian HAZOP ye tapi 'please bear with me because I'll explain in English', lebih mudah dari terkial-kial untuk menterjemahkan kepada Bahasa Malaysia.

Definition : HAZOP study
HAZOP (A hazard and operability) study is a structured and systematic examination of a planned or existing process or operation

Purpose :
To identify any possible problem that may represent risks to personnel or equipment

History :
Initially developed to analyze chemical process systems, but has later been extended to other types of system including complex operations

When :
  • Preferably be carried out as early in the design phase as possible
  • May also be conducted on an existing facility to identify modifications to be done to reduce the risk and operability problems
Types of HAZOP :
  • Process HAZOP
  • Human HAZOP : focus more on human errors than technical failures
  • Procedure HAZOP
  • Software HAZOP

Source : Marvin Rausand, October 7, 2005

Ok, itu sahaj buat masa ini. Nak kena baca dan 'edit' sekali lagi kajian HAZOP yang telah siap. Ada masa, onesue akan update lagi ye. Memang ada banyak cerita untuk dikongsi terutama cerita anak-anak. Tunggu ye.

Wallahua'lam

Wednesday, February 16, 2011

"Ummi, Kakak tak nak ke sekolah....."

Assalamualaikum

Hari ini onesue cuti, ada sedikit urusan di bank dan kwsp. Cuti ini juga digunakan sepenuhnya untuk mencari alternatif terbaik sekiranya anak-anak benar-benar tidak dapat dipujuk lagi untuk ke sekolah setiap hari.

Setiap pagi, kami suami istei terpaksa berdepan dengan karenah anak-anak yang tidak mahu ke tadika. Macam-macam alasan yang diberikan : cikgu garang, adik kena marah, kakak tak suka cikgu dan sebagainya. Tidak seperti tahun lepas, kakak cukup bersemangat untuk ke tadika. Mandi di waktu pagi tidak perlu dipujuk. Kerja rumah pun tidak perlu dipaksa. Hairan juga kerana tadikanya masih sama. Cuma cikgu telah bertukar. Layanan cikgu juga berbeza sama sekali.

Kalau dulu, onesue tidak perlu bersusah payah memujuk anak di dalam kereta untuk turun dari kereta ke tadika kerana cikgu telah siap menunggu di pintu pagar dan siap berusaha untuk menyambut murid dari kereta. Tapi sekarang, cikgu hanya menunggu di buaian. Anak menangis, meronta di dalam kereta tidak mahu keluar pun hanya dipandang sepi. Tiada inisiatif untuk membantu ibubapa memujuk.

Dan ini bukan hanya untuk kakak sahaja, adik pun ada masa-masa membuat ragam. sekiranya onesue sudah terlewat untuk ke tempat kerja, terpaksalah menghantar mereka ke 'nursery' dan meminta cikgu 'nursery' yang menghantar meeka semula ke tadika. Setakat ini, 'trick' ini masih berjaya. Harap boleh kekal sebegitu.

Cuma sebagai ibu, terasa kasihan kepada anak-anak. Mesti ada sebab yang kuat untuk mereka berkelakuan begitu. Tidak seronokkah mereka di tadika? Garang sangat ke cikgu-cikgu tadika? Tidak seronok ke mereka bersama kawan-kawan? Atau ada perkara lain yang mengganggu mereka? Penat memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh menjadi sebab kepada perubahan kelakuan mereka.

Sekiranya keadaan ini masih tidak berubah hingga ke hujung bulan, onesue akan bersemuka dengan cikgu tadika buat kali kedua. Sekiranya masih tiada sebarang perkembangan, terpaksalah kami menukar tadika (pilihan ini, kalau boleh onesue nak elakkan, tidak mahu pembelajaran anak-anak terganggu kerana setiap tadika mempunyai syllabus pembelajaran yang tersendiri, agak payah untuk anak-anak 'adapt' dan 'catch up' nanti)

Dan tadika baru yang berada dalam 'top list' kami adalah genius aulad. Sebenarnya, tadi kami ada ke Genius Aulad Bukit Tinggi. Suasana pembelajarannya amat menyeronokkan, bilik darjahnya cantik, memang sesuai untuk menarik perhatian anak-anak. Dan anak-anak pun sudah terbiasa dengan nasyid-nasyid alunan genius aulad, hehehehehe.

Buat masa ini, kami masih memantau ketat perkembangan anak-anak. Ada sahaja sebab untuk kami pindahkan mereka, kami tidak akan teragak-agak lagi untuk berbuat demikian, untuk perkembangan mereka yang normal. Anak-anak tidak perlu terseksa kan? Mereka perlu ekspolarasi dunia ini sebaiknya supaya mereka mampu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini, Amin.

Wallahua'lam

Tuesday, February 15, 2011

Ummi, adik tak sihat

Assalamualaikum.....

Onesue KIV dulu cerita ke Gunung Datuk, tunggu gambar dari hp kawan. Hp sendiri simpan dalam backpack je, tak larat nak keluarkan masa hiking tu.

Onesue ingin bercerita tentang Najmi. Baru sehari kena tinggal, dia dah mendapat 'batuk'. Hubby kata dia bangun tengah malam, menangis dan muntah. Selepas itu, suaranya mula berubah, bila bercakap antara dengar dan tidak dengar, tenggelam timbul.

Dan kelmarin, bila bangun pagi, bersiap untuk ke tadika, dia dengan sedihnya mengadu 'Ummi, adik tak sihat. Dengar ni, uhuk. uhuk, uhuk, adik batuk. Ummi tepon la Dr Ling, nanti kita pegi spital ye'.

Onesue pun jawab macam ni 'Tak payah tepon Dr. Ling, kita pi Klinik Dr Zariah je, adik bukan sakit teruk pun'.

Dan dia dengan marahnya menjawab 'Adik tak nak pegi klinik, adik nak pi spital, ummi tepon la Dr.Ling.' hehehehehe, rindu sungguh dia pada Dr. Ling, maklumlah, sudah lama tak jumpa Dr. Ling.

Untuk pengetahuan semua, Dr Ling adalah paeditrician anak-anak onesue sejak mereka lahir, di Hospital KPJ Selangor. Dari Hospital ini belum KPJ lagi, masih dengan nama Selangor Medical Centre' sehinggalah sudah di 'upgrade' kepada KPJ.

Alhamdulillah, dah agak lama anak-anak tak ke hospital. Semoga anak-anak tersayang sentiasa sihat, dan explorasilah dunia ini, semoga membuka mata hati untuk mencintai Allah sepanjang masa, InsyaAllah. Itulah doa dan harapan onesue. Cukuplah kisah-kisah dan masa yang dibazirkan dengan berkampung di hospital dulu. Hati sayu sepanjang masa melihat anak-anak disuntik dan pelbagai lagi 'testing' yang dilakukan untuk mengesan punca sakit. Hati juga teramat sayu melihat anak-anak penuh dengan ubat-ubatan.

Well, mendengar kata-kata Najmi itu membuatkan onesue tersenyum sepanjang hari. Anak sudah bijak berkata-kata, sudah pandai mencipta alasan dan sudah semakin bijak memujuk menggunakan psikologi.

Melihat mereka membesar setiap hari membuatkan kami suami isteri tersenyum gembira. Semoga mereka sihat sentiasa dan membesar sebagai khalifah di muka bumi ini. Amin

Wallahua'lam

Thursday, February 10, 2011

Ekspedisi ke Gunung Datuk

Assalamualaikum

Onesue ingin berkongsi idea paling gila yang akan onesue buat sejak 10 tahun yang berlalu dengan penuh kesederhanaan iaitu 'Hiking' di Gunung Datuk!.

Kilang menganjurkan aktiviti konon2nya 'team bulding' di Gunung Datuk. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang teridir dari eksekutif and juga 'technicians'. Kumpulan ini juga sedang berentap dalam perlawanan bola tampar di kilang. Mentang-mentang la sekarang ni kilang tengah 'shutdown' untuk pemeriksaan tahunan 'boiler' oleh JKKP, bergembira semua orang bersantai-santai. Petang semua ke padang bola tampar. Sebenarnya, tiada yang betul-betul pandai main bola tampar pun tapi seronok juga cuba menunjukkan skil yang macam-macam tu.

Onesue telah meninggalkan bidang ini sejak 1998, setelah grad dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Dulu onesue adalah 'kapitan' pasukan bola tampar wanita sekolah dan kami pernah mewakili sekolah-sekolah berasrama penuh Zon Utara. Masa itu, onesue penuh bersemangat bermain bola tampar, tergolek, terlentang semasa bermain adalah perkara biasa dan sa kit belakang selepas setiap perlawanan juga adalah perkara yang amat-amat biasa (tidak sedar tulang belakang semasa itu sudah mula membengkok). Seingat onesue, untuk ke perlawanan anta sekolah berasrama penuh, cikgu telah menghantar kami berlatih bersama kumpulan bola tampar wanita Sekolah Jenan yang juga merupakan sekolah sukan khas untuk bola tampar Kedah, hanya untuk belajar mengambil 'serve' maut dari mereka. memang 'serve' mereka amat dasyat. 'Berlatih hanya untuk mengambil 'serve' kencang/maut dengan sempurna.', pesan cikgu.

Onesue dulunya, diulangi 'dulunya' terkenal juga dengan 'serve' maut, tapi xla sehebat mereka di Sekolah Jenan itu. Selalu perkataan yang biasa didengar apabila onesue ingin 'serve' adalah 'woii, elok-elok, kapitan Jenan nak serve'. Hehehehe...Tapi itu semua tinggal kenangan....Bahu dah pernah 'dislocated', tulang belakang sudah agak bengkok, lutut juga pernah menjadi mangsa kemalangan motosikal, pergelangan kaki kanan juga pernah 'dislocated', so sila beritahu adakah onesue masih boleh seperti dulu? Jawabnya tentulah 'tidak' sama sekali. Dan 'serve' onesue sekarang hanyalah 'serve' yang biasa-biasa sahaja.

Selepas melahirkan dua cahaya mata ini, tulang belakang juga semakin bengkok, boleh dirasa bahagian belakang yang tidak sekata, membuatkan onesue amat menghadkan aktiviti lasak.

Selepas ke kapal Puteri Mahsuri, Langkawi tahun lepas, nampaknya ekspedisi ke Gunung Datuk kali ini langsung tidak dapat dielakkan walaupun terdapat beberapa 'halangan'. Tidak pasti dengan keadaan onesue selepas 'hiking' tetapi hanya mampu berdoa agar keadaan tidak terlalu teruk, jauh dari suami untuk membantu.

Well, ada ahli kumpulan yang perlu dipimpin (onesue sebagai ketua kumpulan? terima saja la). InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Kumpulan kami adalah kumpulan hijau, rasanya tiada antara kami yang extravaganza pun, onesue sendiri tidak faham bagaimana spemilihan ahli kumpulan dibuat (berdasarkan kriteria tertentu atau mungkin ada undian rahsia?). Sedar-sedar, sudah ada lima kumpulan, hehehehe. Dan kumpulan kami digelar kumpulan 'muslimah'. Entah dai mana nama jolokan datang, hairan juga kerana hanya onesue seorang sahaja perempuan dalam kumpulan itu. Dan hairannya, kumpulan kami juga dilabel sebagai kumpulan yang 'kuat' dan pandai bermain bola tampar. Rasanya biasa sahaja, semua ada skil yang 'macam-macam'. Setakat ini, kami hanya memenangi satu game daripada tiga game. Hanya cuba berseronok, rasanya kami tidak pernah memikirkan soal kalah menang., yang penting semua orang dapat merasa bermain bola tampar bersama-sama. InsyaAllah, kami akan cuba berseronok dan mengharungi susah senang bersama di Gunung Datuk juga hujung minggu ini.

Berbalik kepada Gunung Datuk. Dimanakah Gunung Datuk ini? Rasanya Gunung Datuk ini terletak dalam Daerah Rembau, hanya 2 jam perjalanan dari Pulau Carey. Terdapat kemudahan chalet dan kemudahan 'jungle tracking'. Tapi kami akan tidur di dalam khemah, tapi itu bukan masalah besar rasanya.

Gunung Datuk ini khabarnya setinggi 870m, ramai yang tidak faham kenapa ia dipanggil gunung kerana ketinggiannya yang sederhana itu.

Macamane kesudahannya? Tunggu hari ahad ini. Onesue akan postkan cerita ketika kami di sana (kalau larat la ye). Doakan keselamatan kami semua ye.

Well, kepada team bola tampar wanita SMSAH 1993 - 1997, seingat onesue : Olivia, Filty Joutip, Achik, Taty dan siapa yang namanya onesue tidak senaraikan di sini, onesue amat rindukan kamu semua. Bila bermain bola tampar 'suka-suka' di kilang, memang terasa hangatnya rindu itu kepada mereka semua. Suka duka kita bersama semasa misi memburu pingat selama bertahun-tahun memang tidak dapat dilupakan. Semoga kamu semua sihat dan bahagia di sisi keluarga tersayang

Wallahua'lam

Wednesday, February 9, 2011

Perkembangan anak-anak dari 1 tahun sehingga 6 tahun

Assalamualaikum......

Onesue ingin berkongsi tentang perkembangan anak-anak dari usia setahun sehingga 6 tahun. Ini berdasar rujukan onesue dari beberapa buku keibubapaan dan juga dari pemerhatian onesue sendiri.

Terdapat 4 jenis perkembangan anak-anak yang selalu diperkatakan iaitu :
  • Perkembangan fizikal
  • Perkembangan emosi
  • Perkembangan kognitif
  • Perkembangan sosial
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikal selalunya dibahagiakan kepada dua iaitu motor halus ('fine motor') dan juga motor kasar ('gross motor'). Ini onesue dapat dari sesi kongsi maklumat bersama dengan cikgu Sham, cikgu tadika Insyirah dan Najmi. Katanya terdapat aktiviti yang boleh merangsang perkembangan fizikal. Disebabkan Najmi agak sukar memegang pensel dengan betul, maka motor halusnya perlu dilatih dan dirangsang. Sekiranya gagal, Najmi cepat merasa penat memegang pensel. Motor kasar pula melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti kepala sehinggalah ke kaki

Perkembangan emosi
Emosi selalunya dikaitkan dengan perasaan seperti gembira, sedih, marah, takut dan sebagainya

Perkembangan kognitif
Merupakan pengingkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan, peningkatan keintelektualan, kemahiran menganalisa dan membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman yang baru dilaluinya

Perkembangan sosial
Selalu dikaitkan dengan keupayaan anak kita berinteraksi

Dibawah ini onesue senaraikan beberapa contoh perkembangan anak yang normal dari umur 1 tahun sehinggalah 6 tahun

1 tahun :
  • Fizikal : Mampu berdiri dengan berpeganag pada sesuatu seperti kerusi, meja dan berjalan dengan perlahan-lahan. Najmi dan Insyirah kedua-duanya mampu melakukan aktiviti ini
  • Emosi : Mula takut atau berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Menjadi gelisah apabila berpisah dengan umi atau ayah
  • Kognitif : Mula sukakan buku. Hihihi, ini yang paling best sebab Insyirah dan Najmi memang sukakan buku semasa umur mereka 1 tahun lebih-lebih. Dan anak-anak juga mula faham pada arahan mudah seperti 'jom makan, jom minum susu'
  • Sosial : Sudah pandai bertepuk tangan bersama orang lain

2 tahun :
  • Fizikal : Mula belajar berlari. Pergerakan jari dan tangan lebih meyakinkan
  • Emosi : Sudah mula menunjukkan perasaan seperti marah, gembira dan takut
  • Kognitif : Mula belajar menconteng kertas dan juga dinding atau meja. Seperti dinding rumah kami 2 tahun lepas, penuh dengan kesan 'kreativiti' anak-anak
  • Sosial : Sudah pandai merasai perasaan orang lain dan bertindak balas terhadap perasaan itu. Contoh terbaik adalah anak-anak ini akan memeluk kita sekiranya mereka ternampak kita bersedih atau menangis

3 tahun :
  • Fizikal : Sudah pandai bermain basikal roda tiga. Hihihi, seperti Najmi 5 bulan yang lepas. Imbangan badan semakin stabil
  • Emosi : Pandai berlakon seperti berlakon 'cikgu dan anak murid' atau 'umi dan baby'. Hihihi, kedua-dua contoh ini adalah 'favourite' Insyirah dan Najmi
  • Kognitif : Sudah pandai menyepak bola atau belajar melukis orang lidi atau orang mengikut imaginasi mereka. Najmi suka lukis orang lidi dengan segitiga di luar bulatan kepala. Katanya itu tudung umi, hihihihihi. Meraka juga sudah pandai menyusun gambar atau 'puzzle' yang senang
  • Sosial : Mula pandai bermain dan berkomunikasi dengan rakan-rakan. Perkataan dan bahasa juga bertambah banyak dan baik

4 tahun :
  • Fizikal : Boleh berlari dengan lebih laju, sudah pandai memanjat atau bermain sorok-sorok. Meraka juga sudah mula pandai melompat menggunakan satu kaki
  • Emosi : Pandai bercerita dan meluahkan perasaan dengan lebih tepat
  • Kognitif : Sudah pandai bermain permainan mengira atau apa sahaja aksi yang dilihat seperti aksi peralatan 'Handy Manny'
  • Sosial : Suka berkawan dan sudah mula boleh berkongsi permainan

5 - 6 tahun :

Yang ni onesue belum boleh 'observe' lagi sebab anak onesue belum memasuki umur ini tetapi berikut adalah apa yang onesue dapat dari pembacaan :

  • Fizikal : Kemahiran motor berkembang lagi dan mampu melakukan aktiviti seperti menulis, membaca, mengira, melukis, mewarna, mengemas barang, melipat pakaian dan menyusunnya
  • Emosi : Semakin bijak menunjukkan empati terhadap oang dan juga haiwan
  • Kognitif : mula berminat membaca buku cerita yang mudah, membantu kerja-kerja rumah seperti menumbuk bawang, mencuci pinggan dan sebagainya. Rasanya Insyirah sudah pakar :)
  • Sosial : Semakin bijak bermain, berkawan dan berkomunikasi bersama

Itu sahaja buat kali ini. Sekiranya rakan-rakan sekalian mempunyai lebih maklumat, boleh dikongsikan bersama.

Wallahua'lam

Tuesday, February 8, 2011

Romantiknya........

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Onesue menukar perkataan salam kepada assalamualaikum. Seorang sahabat yang perihatin menegur onesue. Dan alhamdulillah, bermula dari hari ini dan seterusnya, onesue tidak akan malas lagi untuk menaip perkataan Assalamualaikum itu.

Semalam onesue tidak sempat meng'update' blog ini. Seharian di pejabat penuh dengan kerja-kerja kemaskini sebelum bermulanya 'Internal Audit' hari ini. Pagi 'fully occupied' dengan m-plan untuk tahun kewangan akan datang. Petang dengan kemaskini dokumen-dokumen penting untuk 'Internal Audit'. Rasanya tidak terlalu 'rushing', dibuat dengan 'slow and steady' tetapi onesue mendapat migrain teruk. Alhamdulillah, sempat juga drive balik ke rumah dan mengambil anak dari 'nursery'. Dan selepas solat asar, terus terbaring.

Dan alhamdulillah, suamiku yang baik hati dengan penuh rasa tanggungjawab mengambil alih kerja-kerja memasak dan mengemas bakul susu anak. Terima kasih 'abang'.

Dan Insyirah pula becok bercerita tentang satu hari di tadika. Dan berita gembira yang onesue terima semasa kepala migrain adalah 'Ummi, kakak dah baca buku bacalah anakku nombor 3'. Baru sebulan ke tadika, sudah masuk buku 3? Cepat juga. 'Pandai anak ummi. Nanti boleh ajar adik supaya adik pun pandai macam kakak, k'. Itulah jawab onesue

Dan hari ini pula onesue terpaksa keluar awal ke 'HQ' di Wisma Guthrie. Suami tersayang pula dengan penuh rasa tanggungjawab mengambil alih tugas memandikan dan menyiapkan anak-anak untuk ke tadika. Semasa tengah bersesak-sesak di tol Damansara, onesue terpandang kepada 'couple' di kereta sebelah. Husband memandu tetapi isterinya menyuapkan mi goreng. Mereka bersarapan bersama-sama di dalam kereta. Romantiknya..............

Kenapa dulu semasa onesue bekerja di HQ, tidak pernah terpandang kejadian seperti ini? Mungkin kepada orang lain, kejadian ini adalah pemandangan biasa untuk mereka yang tepaksa menempuh 'jem' setiap hari ke tempat kerja. Tetapi bagi onesue, peristiwa ini jika dihalusi lagi, terdapat banyak usaha, pengorbanan dan kasih sayang disebalik hanya 'bersarapan di dalam kereta ke tempat kerja'. Kenapa? Untuk memasak sarapan, isteri perlu bangun awal. Dan onesue mengandaikan mereka telah mempunyai anak kerana mereka bukanlah pasangan yang baru berkahwin. Pastinya pagi mereka amat sibuk dengan menyediakan anak untuk ke 'nursery'/ tadika/ sekolah memandangkan mereka berdua ke tempat kerja menaiki kereta yang sama. 'Planning' juga perlu tepat untuk sampai ke tempat kerja mengikut masa yang ditetapkan. Dan makan masakan suami/isteri, boleh menambahkan kasih sayang di antara mereka.

Kesimpulannya, kasih sayang antara suami isteri perlu dipupuk, dibaja dan ditatang bersama-sama. Sibuk dan kelam kabut dengan urusan seharian bukanlah alasan untuk hubungan antara suami isteri renggang, bukan juga alasan untuk kurang komunikasi yang berkesan. Kedua-dua perlu berusaha. 'Love is to be cherished and to be protected'.

Bagaimana dengan kita? Setujukah jika onesue mengatakan bahawa setelah kita berkahwin, semakin kurang kata-kata sayang yang kita ucapkan kepada pasangan kita. Kurang juga sms romantik dan apa-apa saja perkara romantik yang kita lakukan kepada pasangan kita. Kerana kita beranggapan, pasangan kita 'pasti' tahu yang kita sayangkan dia. Tetapi sedarkah kita, 'love' juga boleh 'faded' dengan masa dan kita juga senang terlupa kenapa dulunya kita memilih pasangan kita itu sebagai teman hidup berbanding ramai calon di luar sana dulu.

Fikir-fikirkan....Coretan ini juga untuk onesue dan suami onesue. Mungkin kita perlukan sesuatu untuk 'boost up our love'. Sibuk dengan kerja dan anak bukanlah alasan yang kuat untuk kita semakin jauh.

Dan onsue juga berharap anda semua akan melakukan 'post mortem' terhadap status 'love' anda dengan pasangan anda. Dan ambillah tindakan yang sewajarnya. Allah pasti membantu kita

Wallahua'lam

Sunday, February 6, 2011

Jalan-jalan ke majlis kahwin

Salam ukhuwwah,

Onesue ingin berkongsi tentang aktiviti kami sekeluarga semalam. Pagi, setelah siap kerja rumah rutin, kami bergegas ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya. Classmate my hubby semasa di MRSM Serting akan melangsungkan perkahwinannya di Masjid ini. Pada mulanya, kami agak sangsi setelah sampai ke perkarangan masjid. Sunyi, orang tidak ramai. Tidak terasa kemeriahan seperti majlis kahwin yang biasa-biasa. Kemudian, kami ke bahagian aktiviti masjid, barulah ternampak inlet ke dewan, ada bunga-bungaan dan dewan yang di 'set up' untuk majlis perkahwinan. Kemudian, barulah kami ternampak banner majlis perkahwinan, lega rasanya. Tidak la kami tersalah tempat.

Inilah kali pertama kami melihat pengantin dengan busana berwarna hitam. Unik dan cantik juga, lari dari warna kebiasaan. Banner perkahwinan juga berwarna hitam dan kad jemputan perkahwinan juga berwarna hitam. Ya Allah, kami baru perasan.

Kami beredar selepas makan dan melihat pengantin sampai. Tahniah diucapkan kepada Adila Aizah Binti Haji Abdul Halim dan pasangannya, Redzuan Nasir Bin Ramli. Semoga kalian berjaya membina rumahtangga sakinah. Amin

Kemudian, kami pulang ke kampung di Jenderam Hulu. Sebelum itu kami singgah di Taman Warisan, Putrajaya untuk membeli cendol memandangkan bapa mertua onesue amat sukakan cendol. Sesampai kami di rumah, barulah kami tahu yang hampir seisi rumah demam. Adik ipar baru sahaja sihat dari demam panas, bapa mertua masih demam dan mak mertua bari sihat dari batuk. Walaupun kurang sihat, cendol yang kami beli habis juga.

Anak-anak saudara semua ada di rumah mak mertua. Insyirah dan Najmi penat bermain dengan sepupu-sepupu mereka, bermain kejar-kejar, sembunyi-sembunyi. Basah rambut mereka bermandikan peluh. Seronok mereka semalam.

Seronok menjadi kanak-kanak, tidak perlu risau dengan bebanan hidup ini dan tidak perlu dipertanggungjawabkan atas apa-apa perkara. Bermainlah anak-anakku, 'explore' the world, enjoy your childhood life. Semoga Allah melindungi kamu berdua. Amin

Wallahua'lam

Friday, February 4, 2011

Zainab Binti Khuzaimah

Salam ukhuwwah,

Onesue cuma ingin berkongsi berkenaan tokoh ini. Siapakah Zainab Binti Khuzaimah? Zainab adalah wanita rtpawan yang berhati mulia dan berjiwa lembut. Dia merupakan seorang janda ketika berkahwin dengan Rasulullah saw. Ketika itu usianya baru 30 tahun dan hanya menjadi isteri Rasulullah saw selama 8 bulan sahaja sebelum kembali ke rahmatullah.

Kisahnya tidak banyak diriwayatkan kerana masa yang dilaluinya bersama rasulullah saw adalah agak singkat. Namun kisahnya yang sangat pemurah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan mulia banyak diperkatakan orang.

Dia mempunyai sifat belas kasihan yang luar biasa terhadap golongan fakir dan miskin. Rutin hariannya adalah memberi makan dan bersedekah kepada orang-orang fakir dan miskin sehingga digelar 'Ummul Masaakin' (Ibu orang-orang miskin).

Masa yang begitu singkat bersama Rasulullah saw telah memberinya satu kedudukan yang tinggi sebagai isteri Rasulullah saw yang mulia dan luas belas kasihnya meliputi orang-orang miskin dari kaum Muslimin dan janda-janda mereka.

Wallahua;lam

Mengisi hari dengan 'Mydin'

Salam ukhuwwah,

Hari ini kami keluar berjalan tapi tak la jauh sangat, cuma ke Mydin USJ. Mydin menjadi umpan untuk anak-anak tidur semalam dan hari ini adalah masa untuk menunaikan janji tersebut.

Kami ke sana hanya untuk membeli telekung sembahyang Insyirah sahaja. Banyak perubahan yang berlaku di Mydin tersebut, contohnya jalan masuk dan keluar. Kami tergelak sendiri, mengenangkan betapa lamanya kami tidak ke sana. Kami cuma shopping bila perlu. Untuk ber'window shopping' pun tiada mood dan tidak dijadikan 'habit'. Memang kami mengamalkan hidup yang sangat sederhana.

Insyirah sangat seronok mendapat telekung sembahyang baru. Telekung lamanya sudah singkat dan mukanya sudah tidak muat. Kesian melihat dia sedikit beremosi tiap kali ingin mengikut onesue solat, tidak selesa dengan telekung yang sudah 'kecil', opppsss.....bukan telekung yang kecil tetapi Insyirah yang sudah besar dan tinggi. Semoga anak ummi ini akan rajin bersolat dan ummi doakan agar Insyirah akan tergolong dalam golongan hambaNya yang menunaikan solat. Amin

Dalam perjalanan ke kereta, onesue membelikan donut kecil yang berwarna-warni, 3 roti papa dan 3 air milo. Dan seperti biasa, Najmi Hanif yang sangat prihatin bertanya 'Kenapa ummi tak de air?'. Onesue hanya tersenyum dan menjawab 'Ummi boleh kongsi je nanti'. Najmi membuat komen sendiri 'Nanti ummi kongsi ngan adik, ngan kakak, ngan ayah ye'. Comel....walau pada hakikatnya, dialah yang paling kedekut. Cukuplah dengan keprihatinannya itu. Sejuk hati rasanya

Rasanya setakat ini sahaja buat masa ini. Onesue akan 'update' lagi bila ada masa.

Wallahua'lam

Wednesday, February 2, 2011

Resah dan 'down'

Salam Ukhuwwah,

Hari ini merupakan hari yang agak 'busy' dan hari yang agak 'down'.

Kenapa? 'Busy' kerana sibuk mem'print' manual ISO, maklumlah minggu depan ada 'Internal Audit'. Orang yang sepatutnya meng'edit' manual ini sejak bulan Nov 2010 tidak melakukannya. Sudahnya, terpaksalah onesue meng'edit' sendiri. Pelik rasanya apabila onesue akan meng'audit' bahagian yang onesue 'edit' manual atau SOPnya tadi. Maksudnya, onesue seolah-oleh meng'audit' diri sendiri, hihihi.....Pelik kan? Tapi benar-benar berlaku. Suatu hari nanti mereka akan belajar dan kalau terpaksa onesue meninggalkan syarikat ini untuk memastikan mereka belajar, onesue akan melakukannya apabila tiba waktu yang sesuai

'Down' apabila ex-boss datang dan sibuk berbicara tentang rakan-rakan yang mempunyai hajat untuk bertukar kerja. Dan dia sebagai seorang ex-boss seolah-olah merestui dan menggalakkan mereka bertukar kerja. Sebelum ini, semua orang tenang dan sibuk dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan, usaha untuk memastikan kami semua berjuang ke titisan darah terakhir sebelum boleh angkat bendera putih.

Dan semua ini membuka kembali luka lama. Saat-saat dijadikan kambing hitam, difitnah oleh orang yang selayaknya dulu dijadikan sifu. Mungkin kerana dia dianggap sifu, maka luka di hati onesue agak dalam, parutnya juga agak tebal sehingga terlalu senang untuk diingat kembali.

Maaf? Tak pernah pun dia meminta maaf tetapi onesue dah pun lama memaafkan. Cuma disebabkan parutnya terlalu tebal, maka agak mustahil untuk dilupakan. Senang kata, akan kuingat sehingga mati. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang onesue tulis di sini. Tetapi hakikatnya, memang sukar untuk melupakan walaupun kemaafan telah lama dihulurkan.

So, kepada kawan-kawan di luar sana, elakkan menjadikan rakan kita sebagai kambing hitam dan bahan umpatan. Tiada baiknya. Sudahnya, kita melukakan hati rakan kita dan akhirnya kita juga yang rugi. Bayangkan jika kita yang dijadikan kambing hitam, bagaimanakah perasaan kita? Tepuk dada, tanya iman dan tanya kewarasan kita.

Wallahu'alam

Tuesday, February 1, 2011

Irama syahdu

Salam ukhuwwah,

Sebenarnya onesue ingin berkongsi tentang hadiah yang dibuat oleh Najmi untuk ummi dia yang tersayang ini. Tersentuh hati mendengar kata-kata dia tadi. Tapi nampaknya onesue terpaksa 'kiv' dulu cerita ini memandangkan onesue gagal men'download' gambar hadiah tersebut dari handphone ke laptop. Lain kali ye.

Cuma nak bercerita tentang irama syahdu yang terngiang-ngiang di kepala sejak beberapa hari ini. Pernah dengar nasyid bertajuk Munajat Kasih? Nyanyian saudara Azwan Ibrahim. Liriknya sangat menginsafkan. Mengisahkan tentang perjalanan hati menuju kasih Ilahi. Sungguh terkesan sehingga ke dalam kalbu. Berikur adalah sedikit lirik nasyid tersebut :

"Mata bersaga menahan lena
semakin asyik dibuai asmara
Lantera hati bernyala cahaya
Rahmat melimpah di tangan terbuka"

Kredit onesue berikan kepada Dak Mie dan Ito Lara untuk nasyid yang sungguh indah dan menginsafkan ini.

Wahai hati-hati yang jauh dari Allah, marilah kita berusaha sedaya upaya melawan hawa nafsu, menuju Allah. Semoga kita kan tenang di sisiNya, kebahagiaan yang hakiki, InsyaAllah. Bak kata cerita dongeng omputih 'happily ever after'.

Wallahu'alam