Tuesday, February 8, 2011

Romantiknya........

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Onesue menukar perkataan salam kepada assalamualaikum. Seorang sahabat yang perihatin menegur onesue. Dan alhamdulillah, bermula dari hari ini dan seterusnya, onesue tidak akan malas lagi untuk menaip perkataan Assalamualaikum itu.

Semalam onesue tidak sempat meng'update' blog ini. Seharian di pejabat penuh dengan kerja-kerja kemaskini sebelum bermulanya 'Internal Audit' hari ini. Pagi 'fully occupied' dengan m-plan untuk tahun kewangan akan datang. Petang dengan kemaskini dokumen-dokumen penting untuk 'Internal Audit'. Rasanya tidak terlalu 'rushing', dibuat dengan 'slow and steady' tetapi onesue mendapat migrain teruk. Alhamdulillah, sempat juga drive balik ke rumah dan mengambil anak dari 'nursery'. Dan selepas solat asar, terus terbaring.

Dan alhamdulillah, suamiku yang baik hati dengan penuh rasa tanggungjawab mengambil alih kerja-kerja memasak dan mengemas bakul susu anak. Terima kasih 'abang'.

Dan Insyirah pula becok bercerita tentang satu hari di tadika. Dan berita gembira yang onesue terima semasa kepala migrain adalah 'Ummi, kakak dah baca buku bacalah anakku nombor 3'. Baru sebulan ke tadika, sudah masuk buku 3? Cepat juga. 'Pandai anak ummi. Nanti boleh ajar adik supaya adik pun pandai macam kakak, k'. Itulah jawab onesue

Dan hari ini pula onesue terpaksa keluar awal ke 'HQ' di Wisma Guthrie. Suami tersayang pula dengan penuh rasa tanggungjawab mengambil alih tugas memandikan dan menyiapkan anak-anak untuk ke tadika. Semasa tengah bersesak-sesak di tol Damansara, onesue terpandang kepada 'couple' di kereta sebelah. Husband memandu tetapi isterinya menyuapkan mi goreng. Mereka bersarapan bersama-sama di dalam kereta. Romantiknya..............

Kenapa dulu semasa onesue bekerja di HQ, tidak pernah terpandang kejadian seperti ini? Mungkin kepada orang lain, kejadian ini adalah pemandangan biasa untuk mereka yang tepaksa menempuh 'jem' setiap hari ke tempat kerja. Tetapi bagi onesue, peristiwa ini jika dihalusi lagi, terdapat banyak usaha, pengorbanan dan kasih sayang disebalik hanya 'bersarapan di dalam kereta ke tempat kerja'. Kenapa? Untuk memasak sarapan, isteri perlu bangun awal. Dan onesue mengandaikan mereka telah mempunyai anak kerana mereka bukanlah pasangan yang baru berkahwin. Pastinya pagi mereka amat sibuk dengan menyediakan anak untuk ke 'nursery'/ tadika/ sekolah memandangkan mereka berdua ke tempat kerja menaiki kereta yang sama. 'Planning' juga perlu tepat untuk sampai ke tempat kerja mengikut masa yang ditetapkan. Dan makan masakan suami/isteri, boleh menambahkan kasih sayang di antara mereka.

Kesimpulannya, kasih sayang antara suami isteri perlu dipupuk, dibaja dan ditatang bersama-sama. Sibuk dan kelam kabut dengan urusan seharian bukanlah alasan untuk hubungan antara suami isteri renggang, bukan juga alasan untuk kurang komunikasi yang berkesan. Kedua-dua perlu berusaha. 'Love is to be cherished and to be protected'.

Bagaimana dengan kita? Setujukah jika onesue mengatakan bahawa setelah kita berkahwin, semakin kurang kata-kata sayang yang kita ucapkan kepada pasangan kita. Kurang juga sms romantik dan apa-apa saja perkara romantik yang kita lakukan kepada pasangan kita. Kerana kita beranggapan, pasangan kita 'pasti' tahu yang kita sayangkan dia. Tetapi sedarkah kita, 'love' juga boleh 'faded' dengan masa dan kita juga senang terlupa kenapa dulunya kita memilih pasangan kita itu sebagai teman hidup berbanding ramai calon di luar sana dulu.

Fikir-fikirkan....Coretan ini juga untuk onesue dan suami onesue. Mungkin kita perlukan sesuatu untuk 'boost up our love'. Sibuk dengan kerja dan anak bukanlah alasan yang kuat untuk kita semakin jauh.

Dan onsue juga berharap anda semua akan melakukan 'post mortem' terhadap status 'love' anda dengan pasangan anda. Dan ambillah tindakan yang sewajarnya. Allah pasti membantu kita

Wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum WBK akak.... orang2 sekarang or lebih tepat lagi muda mudi sekarang rajin romantik2 ni time bercinta n sebelum kawen je. Lepas kawen, takde dah nak romantik2 ni... Sayang kan, kemanisan cinta tu tercemar dengan dosa. Akak doakan saya dan kawan2 kita tak jadi camtu ye :)

Onesue said...

Waalaikumussalam.....Betul tu....Kalau difikirkan, tiada yang seronoknya romantik-romantik sebelum kawin ni....Xkekal lama pun....Cuba la bercinta selepas kawin, lebih manis dan lebih banyak seronoknya....InsyaAllah...