Wednesday, February 2, 2011

Resah dan 'down'

Salam Ukhuwwah,

Hari ini merupakan hari yang agak 'busy' dan hari yang agak 'down'.

Kenapa? 'Busy' kerana sibuk mem'print' manual ISO, maklumlah minggu depan ada 'Internal Audit'. Orang yang sepatutnya meng'edit' manual ini sejak bulan Nov 2010 tidak melakukannya. Sudahnya, terpaksalah onesue meng'edit' sendiri. Pelik rasanya apabila onesue akan meng'audit' bahagian yang onesue 'edit' manual atau SOPnya tadi. Maksudnya, onesue seolah-oleh meng'audit' diri sendiri, hihihi.....Pelik kan? Tapi benar-benar berlaku. Suatu hari nanti mereka akan belajar dan kalau terpaksa onesue meninggalkan syarikat ini untuk memastikan mereka belajar, onesue akan melakukannya apabila tiba waktu yang sesuai

'Down' apabila ex-boss datang dan sibuk berbicara tentang rakan-rakan yang mempunyai hajat untuk bertukar kerja. Dan dia sebagai seorang ex-boss seolah-olah merestui dan menggalakkan mereka bertukar kerja. Sebelum ini, semua orang tenang dan sibuk dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan, usaha untuk memastikan kami semua berjuang ke titisan darah terakhir sebelum boleh angkat bendera putih.

Dan semua ini membuka kembali luka lama. Saat-saat dijadikan kambing hitam, difitnah oleh orang yang selayaknya dulu dijadikan sifu. Mungkin kerana dia dianggap sifu, maka luka di hati onesue agak dalam, parutnya juga agak tebal sehingga terlalu senang untuk diingat kembali.

Maaf? Tak pernah pun dia meminta maaf tetapi onesue dah pun lama memaafkan. Cuma disebabkan parutnya terlalu tebal, maka agak mustahil untuk dilupakan. Senang kata, akan kuingat sehingga mati. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang onesue tulis di sini. Tetapi hakikatnya, memang sukar untuk melupakan walaupun kemaafan telah lama dihulurkan.

So, kepada kawan-kawan di luar sana, elakkan menjadikan rakan kita sebagai kambing hitam dan bahan umpatan. Tiada baiknya. Sudahnya, kita melukakan hati rakan kita dan akhirnya kita juga yang rugi. Bayangkan jika kita yang dijadikan kambing hitam, bagaimanakah perasaan kita? Tepuk dada, tanya iman dan tanya kewarasan kita.

Wallahu'alam

1 comment:

Anonymous said...

Akak... sama2lah kita ni, masing2 tgh down. Saya check email, nampak notification akak ada tinggalkan komen kat jurnal saya. Kat ofis masa tu, terharunya saya sampai hampir nak nanges! Betul kata akak, memang Dia Yang Satu akan sentiasa understanding tak mengira masa dan ketika dan seharusnya menjadi our bestest fren melebihi apa2 dan sesiapa pun (^.^)v Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akbar~