Sunday, January 4, 2009

Sunyi

Salam ukhuwwah,

Kali ni onesue benar-benar rasa sunyi. Sejak Ogos 2008 sehinggalah 18hb Disember 2008, kehidupan onesue dan anak-anak tersangat bahagia dengan suami disisi. Kehilangan passport suami onesue bagaikan satu rahmat buat kami sekeluarga. Merasakan kehadiran seorang suami dan ayah disisi setiap hari adalah saat yang paling membahagiakan.

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan kehadiaran suami dan ayah di rumah setiap hari menjadikan kami manja. Sehinggakan pemergian suami ke Papua New Guinea kali ini terasa amat memeritkan. Anak-anak menjadi pemarah, tersangat sensitif dan cepat menangis. Insyirah terutamanya, setiap hari sebelum tidur, dia akan bercerita tentang aktiviti hariannya (dalam pelatnya yang tersendiri, hanya umi sahaja yang memahaminya). Dan apabila tiba kepada ayah, dia akan berkata "Kakak nak ikut, ayah ik bang (kakak nak ikut ayah naik kapal terbang)" dan dia akan menangis sepuas-puasnya sehinggalah dia tertidur. Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan keadaan anak sebegitu sehinggakan onesue juga akan ikut menangis sehinggalah onesue juga tertidur.

Kedua-dua anak ini demam pada hari pertama sehinggalah hari keempat ketiadaan ayah mereka. Mak dan wan onesue risaukan keadaan mereka dan mengambil keputusan untuk datang bertandang ke rumah onesue lebih awal dan lebih lama dari plan asal. Kehadiran nenek dan tok wan mereka ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan mereka kepada ayah mereka. Tetapi tetap setiap malam sebelum tidur, Insyirah akan menangis mengenangkan ayahnya.

Kemudian anak-anak ini cirit-birit tanpa sebab sehingga seminggu lamanya. Smecta seolah-olah tidak berkesan kepada mereka. Dan akhirnya keadaan mereka berdua baik dengan sendiri. Mak onesue kata 'mungkin mereka rindukan ayah'.

Onesue pula macam mana? Hati isteri yang mana la tidak sedih bila berjauhan dengan suami? Walaupun sebelum ini suami kerap outstation, tapi onesue tidak pernah suarakan kerisauan dan kerinduan yang mendalam kepadanya. Dengan harapan suami tidak akan terganggu dengan soal remeh temeh (betul ke remeh?) perasaan onesue ini.

Setiap hujung minggu onesue akan pastikan mereka akan berada dalam lingkungan ahli keluarga yang ramai agar mereka tidak terasa sangat dengan ketiadaan ayah mereka.

Dan perkara yang amat menyeksakan jiwa onesue adalah apabila mendapat khabar dari suami yang mengatakan betapa susahnya dia makan di sana. Tiada telur, jawabnya hanya nasi dan sayurlah menjadi santapannya setiap hari memandangkan lauk-lauk lain (ayam, daging dsb) tidak dapat dipastikan halal haramnya. Semoga ALLAh akan memberi ganjaran sebesar-besarnya kepada suami onesue kerana berusaha sedaya upaya menjaga perutnya dari makanan yang subhah dan haram. Amin. Onesue sendiri terasa tidak berselera untuk makan mengenangkan nasib suami yang jauh diperantauan. Dan kerinduan onesue semakin menebal apabila tiba lunch hour pada setiap hari bekerja. Selalunya apabila suami dan onesue tidak ke mana-mana, kami akan lunch bersama-sama. Dan port favourite kami adalah di medan selera telok.

Semoga ALLAH akan memudahkan kesulitan suami onesue dan semoga dia akan dapat segera balik untuk kesihatan emosi anak-anak. Emosi onesue? Tidaklah sepenting emosi anak, betul tak?

Wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

Arifah doakan semoga hubby akak cepat kembali ke pangkuan family dalam keadaan yg sihat dan selamat, amin...

Kesian kat akak anak-beranak. Sabar yea, hopefully things will become better in future

Shah said...

salam kak
semoga kak dan anak2 sihat sahaja semasa ketiadaan suami
papua new guinea?
tugas apa agaknya di sana

insyaAllah pengorbabnannya mndapat balasan setimpal dariNya