Wednesday, January 21, 2009

Kekejaman Israel

Sejak hampir sebulan yang lalu, kita dikejutkan dnegan serangan Israel ke atas Palestin. Setiap hari, tidak kira siang atau malam, bumi Palestin dihujani dengan bom dan peluru yang kononnya disasarkan kepada pajuang Hamas tetapi pada hakikatnya mengenai orang awam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Bukan ke ajaran Yahudi sendiri menegah mereka berperang di dalam bulan Muharam? Mereka sendiri melanggar ajaran yang dibawa oleh Nabi mereka. Mereka sendiri mengengkarinya. Jadi atas tiket apakah sebenarnya mereka menyerang Palestin?

Astaghfirullah....Sangat menyedihkan melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi sasaran, begitu jug denga orang awam yang tidak bersenjata. Apa dosa mereka? Ke manakah hilangnya rasa kedamaian dan kasih sayang antara kita semua? Israel memang kejam. Patutlah kisah mengenai kemungkaran dan kekejaman mereka disebut berulang kali di dalam Al Quran. Kisah bagaimana mereka sentiasa mendustakan kebenaran dari zaman dahulu sehinggalah ke hari kebangkitan.

Untuk kita yang hidup di dalam negara yang aman, bersyukurlah. Nikmatilah hidup anda sebaiknya dan berusahalah sedaya upaya untuk menjauhi kemungkaran. Perbaikilah diri agar mampu berdepan dengan ALLAH sebagai hambaNYA yang DIA cintai dan kasihi bukan sebagai hambaNYA yang DIA murkai. Belajarlah dari sejarah kegemilangan Islam. Belajarlah dari para sahabat Nabi.

Solat itu penting kerana dengan solat, kita dapat membina karakter yang baik yang seterusnya dpat memimpin diri kita menjadi yang terbaik dalam apa sahaja yang kita lakukan. Lihatlah bagaimana pada zaman Nabi dan para sahabat, setiap askar dan pejuang ALLAH adalah mereka yang tidak pernah meninggalkan solat sejak mereka mengenal Islam. Subhanallah.......mampukah kita menjadi seperti mereka? Tunduk dan patuh pada ALLAH, berani dan tidak gentar memikul senjata berjuang di jalan ALLAH. Malulah kita dengan para syuhada dan malulah dengan ALLAH.

Semaklah diri kita sendiri. Solat yang 5 waktu pun terasa berat untuk dilaksanakan. Bagaimana pula kita ingin terasa sayu dan sakit bila rakan seagama kita disakiti dan diperangi? Kita sendiri masih suka dengan perkara mungkar, bagaimana kita ingin memerangi kemungkaran yang dilakukan Israel? Kita sendiri masih suka berhibur, masih suka dengan yang mendedahkan aurat, bagaimana kita hendak terasa bersemangat untuk memerangi mereka-mereka yang menjadikan wanita Islam sebagai mangsa kebuasan nafsu mereka? Fikir-fikirkanlah dan berubahlah kerana ALLAH.

Wallahua'lam

No comments: