Thursday, June 12, 2014

Perkembangan bayi hingga enam bulan

Assalamualaikum
Esok usia Handzalah dah menjangkau 5 bulan setengah. Mungkin boleh kongsi sedikit apa yang Handzalah dah berjaya lakukan. Yang pasti, perkembangan Handzalah adalah selari dengan perkembangan bayi sebayanya, in sha Allah.

Antara perkara yang sepatutnya bayi yang berumur tiga hingga enam bulan lakukan adalah seperti berikut (mengikut turutan perkembangan Handzalah) :

  • Bermula dengan mengiring, seterusnya berbalik dari telentang ke telungkup (meniarap) dan sebaliknya. Handzalah boleh 'reverse' jika dia tidak berjaya meniarap dari kanan dan dia akan cuba meniarap dari kiri pula.
  • Berjaya mengangkat kepala setinggi 90 darjah. Mula-mula dia tidak dapat bertahan lama pada posisi ini. Sekarang dia sudah ok dan boleh bermain dengan 'soft toys' dalam posisi ini.
  • Berjaya menggenggam objek. Mula-mula dia menggenggam dengan penuh perasaan geram sambil memvuat mimik muka kegeraman. Lama kelamaan dia sudah pandai membiasakan diri.
  • Berjaya meraih mainan atau benda yang berada di dalam jangkauannya. Pada waktu ini baru terasa berbaloi membeli rockibg chair dan playing gym.
  • Memegang tangannya sendiri. Ini merupakan posisi kegemaran Handzalah semasa tidur mengiring.
  • Mula membuat bunyi, memekik dan bernada gembira atau sedih. Dia juga suka bercakap dengan mainannya.
  • Sudah pandai tersenyum pada muka-muka yang dikenali dan juga ketika melihat mainan atau gambar pada buku kain dan juga handphone.

Itu adalah antara senarai perkara yang boleh dilakukan oleh bayi berumur tiga hingga enam bulan, in sha Allah. Selamat memerhati ye

Wednesday, June 11, 2014

'Umi, kakak ada kejutan'

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, tetiba terasa lapang pula untuk mengemaskini blog. Tapi ceritanya tidaklah panjang, hanya catatan express :).

Balik sahaja dari nurseri, kakak terus berkata dengan gembiranya 'Umi, ada kejutannnnnnnn. Kakak dah masuk juzuk dua mengaji dan abang ngah dah masuk iqra' kelima'. Siap melompat-lompat lagi.

'Alhamdulillah. Bagus. Abang ngah pun kena cepat-cepat habiskan Iqra'. Biar cepat baca Al Quran macam kakak ye.' Itu reaksi onesue.

Dan kedua-duanya menjawab 'Baiklah umi'. 'Bukan, patutnya kena jawab 'In sya Allah, umi'.

Dan tadi selepas solat maghrib, kakak minta hendak membaca surah yasin. Dan walaupun merangkak-rangkak, dia berjaya membaca sehingga ayat ke-20. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Semoga mereka berdua istiqamah sehingga ke hujung nyawa. Amin

Tuesday, June 10, 2014

Solat tiang agama

Assalamualaikum,
Lama sungguh onesue tidak menjenguk blog kesayangan ni. Pelbagai perkara berlaku dalam masa setahun setengah ini. Yang paling besar adalah kelahiran anak ketiga kami, Najmi Handzalah B Firdaus.

Hari ini onesue cuma hendak berkongsi tentang dua anak kami yang kini sudah berumur 7 tahun (Najmi Hanif) dan 8 tahun (Nurul Insyirah).

Bermula hari jumaat yang lepas, mereka berdua telah berjaya solat 4 waktu (zohor sehingga isyak). Zohor dan Asar mereka solat di nurseri. Alhamdulillah. Lepas ni onesue hendak cuba biasakan mereka bersolat zohor dan asar walaupun pada hari persekolahan.

Solat Subuh pula in sya Allah kami akan mula biasakan bermula cuti persekolahan akan datang. "Ya Allah, mudahkan dan bantulah kami mendidik anak-anak kami untuk tetap menunaikan solat. Dan bantulah kami juga untuk memperbaiki kualiti solat kami. Amin'.

Semoga anak-anak kami akan tergolong dalam golongan mereka yang menunaikan solat. Amin.

Kami bukanlah ibubapa yabg sempurna tetapi kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak kami. Harapan kami agar anak-anak kami terpelihara dari fitnah dunia dan akan hidup sebagai pejuang agama yabg benar ini. Semoga mereka mati dalam husnul khatimah dan tergolong dalam mereka yang syahid. Itulah aspirasi onesue untuk anak-anak onesue. Moga Allah mudahkan.