Wednesday, June 11, 2014

'Umi, kakak ada kejutan'

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, tetiba terasa lapang pula untuk mengemaskini blog. Tapi ceritanya tidaklah panjang, hanya catatan express :).

Balik sahaja dari nurseri, kakak terus berkata dengan gembiranya 'Umi, ada kejutannnnnnnn. Kakak dah masuk juzuk dua mengaji dan abang ngah dah masuk iqra' kelima'. Siap melompat-lompat lagi.

'Alhamdulillah. Bagus. Abang ngah pun kena cepat-cepat habiskan Iqra'. Biar cepat baca Al Quran macam kakak ye.' Itu reaksi onesue.

Dan kedua-duanya menjawab 'Baiklah umi'. 'Bukan, patutnya kena jawab 'In sya Allah, umi'.

Dan tadi selepas solat maghrib, kakak minta hendak membaca surah yasin. Dan walaupun merangkak-rangkak, dia berjaya membaca sehingga ayat ke-20. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Semoga mereka berdua istiqamah sehingga ke hujung nyawa. Amin

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum WBK.

Lama saya tak jenguk blog akak. Tapi dah subscribe kat email, jadi post2 akak saya selalunya saya baca kat email dulu (^^)

Seronok saya baca kisah Syirah dengan Najmi. Saya doakan semua anak2 akak membesar jadi anak2 yang baik dan soleh/solehah, rajin solat, boleh baca dan faham Al-Quran dengan cemerlang, jadi anak2 yang menyejukkan mata dan hati. Amin!