Tuesday, June 10, 2014

Solat tiang agama

Assalamualaikum,
Lama sungguh onesue tidak menjenguk blog kesayangan ni. Pelbagai perkara berlaku dalam masa setahun setengah ini. Yang paling besar adalah kelahiran anak ketiga kami, Najmi Handzalah B Firdaus.

Hari ini onesue cuma hendak berkongsi tentang dua anak kami yang kini sudah berumur 7 tahun (Najmi Hanif) dan 8 tahun (Nurul Insyirah).

Bermula hari jumaat yang lepas, mereka berdua telah berjaya solat 4 waktu (zohor sehingga isyak). Zohor dan Asar mereka solat di nurseri. Alhamdulillah. Lepas ni onesue hendak cuba biasakan mereka bersolat zohor dan asar walaupun pada hari persekolahan.

Solat Subuh pula in sya Allah kami akan mula biasakan bermula cuti persekolahan akan datang. "Ya Allah, mudahkan dan bantulah kami mendidik anak-anak kami untuk tetap menunaikan solat. Dan bantulah kami juga untuk memperbaiki kualiti solat kami. Amin'.

Semoga anak-anak kami akan tergolong dalam golongan mereka yang menunaikan solat. Amin.

Kami bukanlah ibubapa yabg sempurna tetapi kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak kami. Harapan kami agar anak-anak kami terpelihara dari fitnah dunia dan akan hidup sebagai pejuang agama yabg benar ini. Semoga mereka mati dalam husnul khatimah dan tergolong dalam mereka yang syahid. Itulah aspirasi onesue untuk anak-anak onesue. Moga Allah mudahkan.

No comments: