Thursday, June 12, 2014

Perkembangan bayi hingga enam bulan

Assalamualaikum
Esok usia Handzalah dah menjangkau 5 bulan setengah. Mungkin boleh kongsi sedikit apa yang Handzalah dah berjaya lakukan. Yang pasti, perkembangan Handzalah adalah selari dengan perkembangan bayi sebayanya, in sha Allah.

Antara perkara yang sepatutnya bayi yang berumur tiga hingga enam bulan lakukan adalah seperti berikut (mengikut turutan perkembangan Handzalah) :

  • Bermula dengan mengiring, seterusnya berbalik dari telentang ke telungkup (meniarap) dan sebaliknya. Handzalah boleh 'reverse' jika dia tidak berjaya meniarap dari kanan dan dia akan cuba meniarap dari kiri pula.
  • Berjaya mengangkat kepala setinggi 90 darjah. Mula-mula dia tidak dapat bertahan lama pada posisi ini. Sekarang dia sudah ok dan boleh bermain dengan 'soft toys' dalam posisi ini.
  • Berjaya menggenggam objek. Mula-mula dia menggenggam dengan penuh perasaan geram sambil memvuat mimik muka kegeraman. Lama kelamaan dia sudah pandai membiasakan diri.
  • Berjaya meraih mainan atau benda yang berada di dalam jangkauannya. Pada waktu ini baru terasa berbaloi membeli rockibg chair dan playing gym.
  • Memegang tangannya sendiri. Ini merupakan posisi kegemaran Handzalah semasa tidur mengiring.
  • Mula membuat bunyi, memekik dan bernada gembira atau sedih. Dia juga suka bercakap dengan mainannya.
  • Sudah pandai tersenyum pada muka-muka yang dikenali dan juga ketika melihat mainan atau gambar pada buku kain dan juga handphone.

Itu adalah antara senarai perkara yang boleh dilakukan oleh bayi berumur tiga hingga enam bulan, in sha Allah. Selamat memerhati ye

No comments: