Wednesday, December 12, 2012

Bantuan ALLAH dalam pelbagai bentuk

Assalamualaikum
Sudah telalu lama onesue tidak menulis apa-apa entri. Agak sibuk dengan pertandingan 'continuous impovement' sempena Sime Darby Sustainability Day 2012 dan juga PNB Quality Initiative Awads 2012. Dan dengan bangganya onesue ingin mengumumkan kumpulan onesue berjaya mendapat tempat pertama untuk kedua-dua pertandingan. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH yang memberikan kemenangan ini. Di harap kami akan dapat mengulangi kejayaan ini lagi di masa akan datang. Sekiranya projek kami tidak terpilih, in sya Allah, kami tidak akan bersedih kerana yang paling penting adalah semangat 'Lean Six Sigma' itu, bukannya awards. Tetapi sekiranya mendapat awards, alhamdulillah, itu sudah dikira sebagai bonus.

Sebenarnya entri hari ini adalah berkenaan dengan 'transporter' puteri kami, Insyirah. Pagi tadi onesue dikejutkan dengan berita bahawa cikgu nurserinya mungkin tidak dapat membawa Insyirah tahun depan. Ini disebabkan maklumat awal yang diperolehinya dari pelajar-pelajar lain yang telah menggunakan perkhidmatannya tahun lepas bersekolah di beberapa buah sekolah yang berlainan. Jadi, cikgu nurserinya risaukan keselamatan Insyirah yang terpaksa menunggu lama di sekolah sebelum dijemput pulang.

Pening juga dibuatnya, mendengar berita itu. Tetapi kami percaya akan ada jalan keluar dari kesusahan ini, in sya Allah. DIA tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNYA.

Dan alhamdulillah, kami mendapat berita terbaik minggu ini semasa menjemput anak-anak dari nurseri. Cikgu nurserinya memberitahu semua pelajar yang akan menggunakan perkhidmatannya tahun depan adalah bersekolah kebangsaan yang sama dengan Insyirah dan akan bersekolah agama yang sama dengan Insyirah. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH. Insyirah akan ke sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama bersama-sama dengan empat kawan dari nurseri yang sama. Alhamdulillah.

Begitulah hidup ini, jika diamati betul-betul, bantuan ALLAH sentiasa ada untuk kita. Terpulanglah kepada kita untuk menghayati dan mencari dalam bentuk apakah bantuan tersebut. Boleh jadi dalam bentuk kesihatan, kepatuhan anak-anak kepada ALLAH dan rasul, kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian, kewangan dan sebagainya. Apa-apa pun sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. BantuanNYA pasti tiba, hanya DIA yang tahu dalam bentuk apa dan bila.

Wallahua'lam

No comments: