Thursday, December 13, 2012

'Kaizen Day'

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini terasa agak rajin untuk membuat satu entri. Cerita hari ini adalah berkenaan Kaizen Day. Hari ini onesue telah umumkan sebagai 'Kaizen Day' di kilang onesue bekerja. Maklumlah, latihan berkaitan Kaizen telah diadakan pada bulan Mei yang lepas. Dan seingat onesue, terdapat 7 projek kaizen yang didaftarkan semasa latihan tersebut. Tetapi malangnya, sehingga hari ini, tiada satu pun 'Kaizen sheet' yang dihantar sebagai petanda projek mini tersebut telah siap. Maka, terhasillah idea mengadakan 'Kaizen Day' ini.

Dan seperti yang dijangka, sambutan dari eksekutif adalah teramat dingin, bak salju. Tetapi alhamdulillah, sambutan dari para 'technician' adalah amat menggalakkan. Selain dari onesue dapat mengemaskini status 7 projek Kaizen yang telah didaftarkan di dalam bulan Mei yang lepas, mereka semua bersemangat untuk membuat 9 projek Kaizen yang baru. Sungguh bersemangat dan sungguh menggembirakan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat sedikit hati onesue setelah agak tercalar dengan perbuatan para eksekutif.

Mungkin para eksekutif sekalian tidak memahami apakah itu Kaizen (pelbagai alasan diberikan untuk tidak menghadiri latihan yang diadakan dulu). Kerana itulah mereka bersikap sedemikian. 

Kai bermaksud 'Change' dan Zen bermaksud 'Good'. Dengan kata lain, ia adalah perkataan lain untuk 'continuous improvement'. Dan kaizen selalunya adalah penambah baikan yang 'simple', boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

Jadi, marilah kita bersama-sama mengambil semngat Kaizen dan menjadikan penambah baikan sebagai rutin hidup kita, tidak kira dari segi ibadah, kerja, keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Bukankah orang Islam yang baik adalah mereka yang selalu bermuhasabah diri, mencari kelemahan diri dan memperbaikinya dari masa ke semasa? Tepuk dada, tanyalah iman.

Wallahua'lam

No comments: