Thursday, February 2, 2012

Najmi kebosanan

Assalamualaikum

Just a short one. Hari ni hari kedua onesue bercuti menjaga Najmi yang dijangkiti 'Chicken Pox'. Kasihan betul melihatnya kebosanan di rumah. Bila tengahari sahaja, dia akan mula bertanya 'Mana ayah ngan kakak ni? Tak balik-balik lagi. Adik bosan la'.

Puas dia bermain dengan kereta-kereta mainannya, lori-lorinya, sudahnya dia bermain dengan anak patung bayi kepunyaan kakak (Patung poohnya onesue basuh, masih berjemur lagi di ampaian). Ditukarnya baju tidur, baju pakai siang dan ditidurkan patung bayi itu di sebelahnya.

Melihatnya, onesue terfikir bagaimanalah agaknya seorang anak tunggal hidup. Tiada adik beradik untuk bermain, untuk bergaduh, untuk bersembang dan berkingsi segala-galanya.

Tetapi siapalah kita untuk mempertikaikan aturan ALLAH. Dia Maha Mengetahui, Maha Lembut, Maha Penyayang. Setiap yang diaturnya pasti terselit seribu hikmah di sebaliknya. Janganlah kita sekali-kali bersangka buruk denganNYA

Wallahua'lam

No comments: