Wednesday, February 1, 2012

Deep Rooted Tree

Assalamualaikum

Onesue ingin berkongsi dengan kawan-kawan semuatentang cerita Korea ini. Onesue agak memilih juga untuk menonton cerita Korea. Bukan semua cerita Korea onesue akan tonton.

Cerita ini tidaklah onesue tonton secara tetap, sebaliknya hanya siri ulangan pada hujung minggu. Tetapi onesue amat kagum dengan kesungguhan mereka yang terlibat. Mereka yakin dengan mempunyai huruf mereka sendiri, mereka akan dapat mendidik rakyat di segenap lapisan, tanpa mengira mereka adalah bangsawan ataupun rakyat biasa. Pada zaman itu, hanya para bangsawan dan sarjana sahaja yang boleh belajar. Dan mereka menggunakan ansara China sebagai rujukan dan ini menyusahkan rakyat biasa untuk berkomunikasi. Untuk belajar ansara China ini, memerlukan guru dan mengambil masa yang lama. Sebaliknya ansara yang raja cipta adalah sangat mudah dan dekat dengan lidah Korea. Ianya dapat dipelajari dalam masa yang singkat sahaja. Dan sudah tentulah golongan bangsawan antara meraka yang merasa tergugat dengan rancangan raja ini. Sekiranya semua orang sudah pandai, maka tiadalah nilai pada kebangsawanan lagi. Taraf kebangsawanan adalah terletak kepada ilmu pengetahuan mereka

Onesue juga kagum dengan kumpulan yang dikenali sebagai 'akar terlindung'. Walaupun mereka dikenali sebagai kumpulan jahat di dalam cerita ini, tetapi mereka berjuang sehabis daya untuk menjatuhkan rancangan raja yang mahu mengeluarkan huruf baru, huruf milik Korea. Mereka berjuang kerana mereka mempunyai matlamat mereka sendiri, yang mereka percaya dan pegang sekuat hati.

So yi (istanawati) dan Dbol Bok adalah antara watak penting. Onesue tersangat kagum dengan peranan mereka di dalam cerita ini. 'Tanggungjawab yang menyakitkan ini adalah biasa untuk rakyat biasa' adalah antara kata-kata yang amat mengesankan dari SO-Yi sebelum dia meninggal. 'Thumb up' untuk cerita ini.

No comments: