Monday, January 31, 2011

Novel

Salam ukhuwwah,

Setelah sekian lama, onesue dapat juga mencuri masa untuk memulakan semula hobi lama iaitu membaca novel. Ini adalah hobi utama semasa masih 'bujang' dulu. Semasa itu onesue masih bekerja di kilang jambu di Bukit Lawang. Disebabkan hanya onesue eksekutif yang masih belum berkahwin, maka pergaulan dan aktiviti seharian onesue adalah sangat terhad. Rutin harian adalah pergi kerja, balik rumah dan tidur.

Disebabkan kedudukan Bukit Lawang yang agak terceruk, maka adalah sangat jarang onesue dapat keluar ke bandar. bandar yang paling dekat adalah Kota Tinggi, 21 km dan Kulai, 25 km. Onesue hanya mampu membeli sebuah motosikal kriss sebagai kenderaan utama. Dahulu, onesue memanggil diri onesue 'minah rempit' kerana motosikal adalah kenderaan rasmi

Disebabkan rutin harian yang agak membosankan, maka terciptalah idea untuk menjadikan novel sebagai teman baik, hihihihi.....Novel nukilan Norhayati Berahim sentiasa berada di carta teratas. Novel pertama yang onesue beli adalah 'Pesanan Terakhir seorang Lelaki' yang diterbitkan pada 2001. Onesue membeli novel ini pada 2003, iaitu pada tahun ketiga novel ini diulang cetak. Dan sejak itulah onesue menjadi peminat setia Norhayati Berahim.

Sekarang onesue mencui masa untuk membaca semula novel-novel yang pernah dibeli. Dan hajatnya, hobi ini boleh dimulakan semula.

Mungkin onesue boleh menceritakan sedikit isi kandungan novel ini. Harap ada rakan-rakan di luar sana boleh berkongsi hobi ini di samping membantu karyawan tempatan berkembang.

Novel ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Atikah yang dihalau dari rumah bersama ibunya oleh ayahnya sendiri. Ayahnya ini 'somebody' juga la. Atikah mengamalkan hidup yang sederhana sehinggakan ramai antara mereka yang mengenalinya tidak menyedari status sebenar Atikah. Sehinggalah dia bertemu dengan Nik Arif. Walau bagaimanapun, laluan Nik Arif untuk memikat Atikah tidaklah semudah yang disangka. Disebabkan pengalaman hidup bersama ayahnya yang mengabaikan dia dan ibunya, Atikah menganggap semua lelaki seperti ayahnya. Bagaimanakah kesudahannya? Kena beli dan bacalah......hihihi....Mana 'aci' kalau onesue nak ceritakan semuanya.....Kenalah berlaku adil kepada karyawan kita kan?

Baiklah, jika ada masa, onesue akan update lagi blog ini. Ada sesiapa nak berkongsi hobi dengan onesue? Silakan ye....Mana la tahu, onesue akan terbuka hati untuk membaca novel karya penulis lain pula....Lagipun membaca adalah budaya ilmu, amalan yang baik. Macam Insyirah ni, membaca di mana-mana, hihihihi


Wallahu'alam


No comments: