Tuesday, August 5, 2008

Happy Anniversary

Salam Ukhuwwah semua,

Well, hari ni satu lagi hari yang memboringkan. Suami onesue masih lagi outstation, belum balik. Semalam sudah lepas satu episod yang memboringkan. Hari ni lagi satu.

Sebenarnya semalam adalah harijadi onesue. Tapi hanya dapat sms dan call sahaja dari suami. Apa nak buat, demi tugas, terpaksa la juga onesue menyambut harijadi sorang-sorang.

Walau bagaimanapun, semasa onesue tengah drive dan menghampiri tol RM1 Damansara, onesue mendapat panggilan telefon dari....jeng.....jeng....jeng....cuba teka....siapa? Dari Puan Zaidah la. Rindunya pada dia. Dan syahdunya rasa kerana dia masih mengingati harijadi onesue walaupun sudah hampir 3 tahun onesue menginggalkan kilang jambu. Lagipun katanya senang untuk mengingati harijadi onesue kerana harijadi anak bongsunya, Haidhar adalah pada 5hb, selang sehari sahaja dari tarikh harijadi onesue. Banyak yang kami sembangkan dan alhamdulillah, setelah bertahun-tahun akhirnya Line 1 production sudah boleh digunakan. After all the effort and hard work being putting in the upgrading of line 1 and after such a big losses yang terpaksa ditanggung oleh kilang jambu, akhirnya semua sudah boleh berasa lega. No more quarrel dengan orang ladang semasa musim buah banyak (peak season). Cuma onesue amat berharap agar mereka yang berada di production department akan sentiasa mengamalkan preventive maintenance dan tegas dengan procedure yang harus dipatuhi walaupun ketika plant berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Kualiti mesti diutamakan.

Dan hari ini, eh silap!!! esok adalah anniversary onesue dan suami yang ketiga. Dan alhamdulillah, kami sudah mempunyai dua anak (seorang puteri dan seorang putera). Dan hari ni onesue menyiapkan nukilan untuk suami, nak kasi kad la katakan ! Ni kadnya

Semoga kasih sayang antara kami akan berkekalan dengan rahmat dan keberkatan dari ALLAH swt. Dan azam onesue menuju ke anniversary yang akan datang :
  • Onesue akan berusaha untuk menjadi ibu yang baik pada anak-anak
  • Mendidik mereka sebaiknya untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka
  • Berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami yang tersayang
  • Berusaha untuk menjadi muslimah sejati, untuk suami yang tersayang

Wallahua'lam



4 comments:

Shah said...

salam
terima kasih melawat laman web saya di norshah.com

selamat hari jadi!
hehe.. suami tak ada pun tak apa
hari jadi tetap disambut
semoga tercapai segala azam

Onesue said...

Heheheheh...Terima kasih....terima kasih atas ucapan tu......

Anonymous said...

Happy belated bday akak! Rupanya tarikh bday kita sama, selang sebulan je pulak tu. Yg lagi best, bday akak sehari lepas bday seseorang yg saya minat kat uni dulu. Bday dia 3 Ogos, akak 4 Ogos :) Insya Allah lepas2 ni senang nak ingat bday akak

Teringin nak jumpa Puan Zaidah. Masa dia datang ke Food Dept baru2 ni saya cuti pulak.. takpelah, ada rezeki saya nak pi Setiawan, nak menziarah dia

Cumel kad tu, saya suka :D Happy anniversary, semoga sakinah, mawaddah dan rahmah di dunia sini dan di dunia selepasnya

Onesue said...

Terima kasih arifah