Monday, August 11, 2008

CINTA YANG ABADI: Awas, demi kebahagiaan rumah tanggamu!

Salam Ukhuwwah,

Onesue tertarik dengan puisi dari blog ini. Onesue letakkan bait2nya...selebihnya sila ke link di bawah:

Melihat insan-insan yang sering bercouple tanpa ikatan sah membuatkan saya gementar buat seketika. Semoga mereka yang berbuat perkara-perkara dosa tersebut dapatla bertaubat cepat sebelum berkahwin.

Tahukah bahawa perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar..? Selepas berkahwin, kita bakal mendapat anak yang mana merupakan amanah daripada Allah, bertanggungjawab menguruskan keluarga agar berada dalam redhaNya, dan bermacam keperluan lain yang perlu diuruskan. Bukankah itu merupakan suatu beban yang agak berat juga?

Oleh sebab itu, hati ini memang takut melihat insan-insan yang banyak buat dosa sebelum kahwin ni. Siapa yang nak tolong permudahkan urusan itu semua kalau bukan Allah taala? Macamana perkahwinan kita nak berkat kalau sebelum kahwin kita tidak menjaga pergaulan dengan pasangan kita? Mahukah kita terseksa sampai mati? Tidak kah kita mendengar pelbagai kes-kes rumit rumahtangga seperti penceraian, main kayu tiga dan sebagainya? Tambahan lagi kehidupan selepas perkahwinan adalah hingga ke akhir hayat kita. Tak sanggupnya saya tersiksa begitu lama.

Oleh itu bersabarlah, hari bahagia bakal menjelma jua.. Ingatlah setiap perkara yang kita buat ada balasannya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya dan petunjukNya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah puisi yang dikarang oleh sahabat yang saya anggap sebagai kakak saya sendiri. Mari kita hayati bersama.

Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian
Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang

Sahabat
Dayuskah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu

Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati
Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu

Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.
(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman )

Umairah SH
21 Mac 2007

UKM

Klik di bawah ini ye :
CINTA YANG ABADI: Awas, demi kebahagiaan rumah tanggamu!#links#links

4 comments:

Shah said...

salam kak sue
kak sue bukan dah kawin ke, nak risau apa lg
saya ni ye la
tapi saya x couple pun

apa2 pun kapel mmg bleh bwk kepada zina
entah.. pening soal ni
tak reti jwb sebab xdak ilmu
apa2 pun, kita cuba la elak sebaik mungkin

cuba elak keluar ngan dia, elak cakap merapu2 dll

Anonymous said...

Strongly agree, budaya couple ni lebih bnyk buruk dari baiknya. Malangnya ramai beranggapan kalau tak couple, macam mana nak kawen nanti? Tak ada orang nak....

Zaman skg ni, nak cari orang yg betul2 jaga adab pergaulan memang susah

Onesue said...

shah
memang akak dah kawin, tp budaya couple ngan suami atau isteri org pun ada gak....so masih kena risau...Moga ALLAH pelihara keharmonian rumahtangga akak, AMIN

Ummu Mujahid said...

Salam puisi itu adalah hasil nukilan sahabat saya. Untuk melihat karya-karyanya lagi, akak boleh pergi terus ke blog dia di www.umairah-sh.blogspot.com. :)