Tuesday, July 22, 2008

Perkembangan anak (0-12 bulan)

Memang satu pengalaman yang indah bila dapat menghabiskan masa bersama bayi anda. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan dengan cara yang betul dan kreatif untuk membuatkan bayi berasa seronok ketika melakukannya. Bersama NORHASLIZA YUSOFF melihat keseronokan itu.

Tahun pertama, bayi mula belajar dengan begitu pantas di sekelilingnya. Proses pembelajaran itu dialami secara semulajadi, menarik minatnya dan tindak balas kepada persekitarannya. Jadi inilah masanya untuk anda perlu tahu tentang bayi anda.

Pembangunan fizikal

Bayi anda belajar tentang tubuhnya. Bayi menyedari mempunyai tangan dan mula belajar untuk menggunakan tangannya. Dia juga mula belajar bagaimana untuk bergerak.

* Beri bayi anda sedikit masa auntuk bergerak bebas di atas tilam nipis atau lantai. Dengan ini, bayi akan merasa begitu bebas apabila mula bergerak dan kaki, leher, perut dan lengan mula bergerak secara semula jadi.

* Kadang kala biarkan bayi anda tanpa memakai lampin. Dengan ini, dia akan berasa 'bebas'! Lihat pergerakan bayi seakan anda melihatnya sedang menari! Pasti anda dapat merasakan keseronokan bila menghabiskan masa bersamanya.

* Bayi juga perlu menghabiskan masa seketika untuk bermain di buaian, di atas kerusi bayi, permainan dan sebagainya. Apabila peralatan bayi ini menjadi keperluan ibu bapa, mereka tidak perlu secara kerap memberi sokongan kepada pembangunan fizikal bayi.


Tindak balas

Bayi anda juga sibuk untuk mempelajari dan mengingati perkataan, tindak balas di sekitarnya dan tempat-tempat yang pernah dilalui. Dia membesar dengan perasaan kepercayaan bahawa apabila dia menangis orang lain akan memberi tindak balas kepadanya dan bila orang tersenyum, orang lain juga akan tersenyum juga.
*
Semasa anda menghabiskan masa (jika dia atas lantai, anda membongkok badan untuk memandang wajahnya dari dekat) penting untuk anda membina perhubungan komunikasi yang menarik dengannya.

* Sebelum bayi anda boleh bercakap, anda dan bayi berkomunikasi secara menghuraikan bahasa dan bukan lisan antara satu sama lain (Semasa anda memegangnya, bayi anda kan bergerak ke hadapan dan menggerakkan kepalanya yang mana menunjukkan dia mahu anda menjaganya dengan penuh kasih sayang).

Permainan, anak patung dan nyanyian

Bayi sukakan sebarang bentuk permainan. Adakan permainan yang mudah sesuai dengan usianya untuk menarik perhatiannya. Permainan yang dilakukan bersama anda akan membuatkan bayi berasa disayangi.

* Buat permainan berbentuk bunyi-bunyian. Dan cuba ulangi bunyi yang telah bayi anda buat dan tunggu apa yang bayi akan lakukan pula. Ia satu permainan yang sesuai dilakukan berdua antara bayi dan ibu atau ayahnya.
* Bermain 'ba ba chak' untuk menarik perhatian bayi.

* Cubalah memasukkan sehelai kain di dalam sebuah kotak kosng supaya bayi dapat menariknya semula.

* Berikan bayi anda album gambar miliknya sendiri. Namun, pastikan gambar keluarga dan gambar yang menarik perhatiannya dilindungi dengan plastik yang tidak mudah koyak.

* Kemudian buatkan ia seakan buku kecil. Biarkan album itu di lantai berhampiran tempat bayi bermain dan mudah dilihatnya. Ingat, semua barang yang anda berikan kepada bayi anda mesti selamat terutamanya apabila bayi letakkan dalam mulutnya. Inilah cara bayi mengeksploitasi dunianya sendiri!.

Komunikasi

Semua percakapan, mendengar da tindak balas pergerakan bukan sahaja mengajar bayi anda tentang bahasa, tetapi turut membantu membina hubungan anda dengan bayi. Komunikasi yang kerap mampu mengeratkan hubungan ibu dan anak.

* Beritahu kepadanya apa yang anda sedang lakukan misalnya ketika anda menukar lampinnya, dukungnya dan menyuapkan makanan kepadanya. Beritahu kepadanya apa yang anda lakukan semasa memberi kucing makanan atau sedang membaca buku.

*Gambarkan kepadanya apa yang anda lihat ketika dia sedang melakukan sesuatu. 'Nampaknya, ibu kaki sayang sudah masuk ke dalam mulut.' Biarkan dia tahu bahawa anda mendengar apa yang dia mahu katakan. 'Oh, bunyinya seperti tangisan lapar. Adakah sayang mahu beritahu mama masa makan sudah tiba?'
Sumber : MAjalah Pa & Ma, Februari 2007

No comments: