Thursday, July 24, 2008

Najmi dan durian

Salam ukhuwwah,

Dah lama onesue x menulis tentang my personal life. Well, hari ini onesue ingin bercerita tentang Najmi. Semua tahu sekarang ini merupakan musim durian. Di mana-mana sahaja kita pergi, terdapat ramai orang mencuba nasib membuka gerai menjual durian. Ayah dan mak mertua onesue juga tidak ketinggalan, cuma mereka tidaklah menjual semua durian dari kebun. Jika ada lebih setelah anak cucu merasa makan, barulah dijual di depan rumah.

Hendak dijadikan cerita, hujung minggu lepas semasa menghantar Insyirah, mak bekalkan tiga biji buah durian untuk onesue. Banyak tu untuk onesue makan seorang. Yelah, husband lambat lagi akan balik ke Malaysia, mungkin dalam masa dua minggu lagi. Tatpi disebabkan mak dah bagi, terima saja la, nanti kecik pulak hati mak, kan? Hati mak sendiri ataupun mak mertua, kedua-duanya kena jaga.

Onesue simpan buah durian tu di bawah coffee table di dapur. Well, sama seperti ibubapa lain yang mempunyai anak yang masih kecil, toto di hadapan tv adalah satu kemestian. Sebelum masuk tidur di dalam bilik dan untuk keperluan anak-anak tidur di waktu siang, toto itu merupakan tempat wajib untuk mereka 'landing', heheh. Seperti biasa, balik saja dari kerja, rutinnya onesue terus ke nursery menjemput najmi. Sampai sahaja di rumah, terus membaringkan dia di atas toto bersama barang mainan dan pasangkan vcd kegemaran najmi 'Alif Ba Ta'. Sibuk la onesue mengangkat kain dan menyapu halaman rumah sekejap. Bila onesue masuk sahaja ke rumah, onesue lihat najmi dah sampai ke tempat simpanan durian, heheh. Dan dia macam kanak-kanak lain yang sentiasa ingin tahu, terus memegang durian tersebut. Apa lagi, menjerit la dia, kesakitan. Sambil menangis, dia mengengsot semula ke atas toto di depan tv. Onesue memeriksa tangan najmi, tiada sebarang luka. Mungkin dia terkejut dengan duri durian yang tajam tu.

Tidak lama kemudian, onesue lihat najmi mengengsot semula ke tempat simpanan durian tu. Tapi kali ini, dia memegang durian dengan perlahan-lahan. Semua bahagian durian itu dipegangnya, diperhatinya dan diperiksanya termasuklah tangkainya. Onesue hanya tersenyum sendirian melihatkan tingkahnya. Betullah kata orang tua-tua dan juga artikel yang onesue dah postkan ke dalam blog ini tidak lama dahulu, biarkan anak asyik bermain dan explore semua benda. Dia akan lebih cepat belajar dengan cara itu. Seperti najmi dan durian, sekali sahaja najmi merasa sakit memegang durian, tapi tidak kali kedua dan seterusnya.....Kepada ibubapa dan bakal ibubapa di luar sana, fikir-fikirkanlah ye.....
Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

Takde gambar terbaru Syirah ngan Najmi? Husband akak pi mana pulak kali ni?

Onesue said...

Gamar terbaru ada tp dalam kamera ayah dia...Ayah dia bawa pi site....Kali ni ayah dia ke ukit Kapur, Indonesia.....