Sunday, November 9, 2008

Najmi di hospital

Salam ukhuwwah. Agak lama onesue tdk update blog ini. Life agak busy dgn anak anak yang semakin besar dan nakal serta cuba menjadi isteri yang baik dan pekerja yang berdedikasi. Sebenarnya onesue menulis dari hospital. Najmi demam panas dan sejak dua hari lepas, dia akan menggigil apabila tiba masa utk makan ubat (kesan ubat telah habis). Mulanya onesue dan suami amat risau. Walau bagaimana pun semalam kami sudah boleh menarik nafas lega selepas doktor memaklumkan bahawa berdasarkn keputusan ujian darah, Najmi tidak apa-apa. Cuma demam panas biasa. Walau bagaimana pun, Najmi terpaksa berada di hospital sehingga esok bagi memantau keadaan kesihatannya benar-benar telah baik sebelum dibenarkan pulang. Well,onesue terpaksa berhenti dulu, Najmi telah bangun. Nanti onesue sambung lagi ye. Dah lama tidak bercerita tentang Insyirah dan Najmi. Wassalam

No comments: