Thursday, July 31, 2008

Insyirah dan durian

Salam ukhuwwah semua,

Lama juga onesue tidak menulis sesuatu tentang anak-anak. Well, hari ni onesue ingin bercerita tentang insyirah.....dan durian juga.

Sebelum ini onesue cukup teliti dalam memilih pemakanan insyirah. Dan onesue tidak pernah cuba untuk membiasakan insyirah dengan durian. Pertama, kerana insyirah sendiri cukup takut melihat durian, agaknya kerana dia pernah terpegang duri durian. Sekiranya dia ternampak durian, terus meluncur keluar dari mulutnya 'eeeeeeeeeeee' dan dia terus menjauhi durian. Tapi minggu lepas ketika onesue mengopek durian dan mula membaca 'bismillah', insyirah terus datang dan duduk di atas riba onesue sambil berkata 'mi, nak tu'. Dengan was was onesue menyuapkan seulas durian ke mulutnya. Sambil makan, insyirah berkata 'nyam, nyam, nyam'. Terkejut onesue dibuatnya. Sekiranya 'nyam, nyam, nyam' yang keluar dari mulutnya ketika menjamah apa sahaja makanan, itu bermaksud makanan itu amat sedap baginya. Dan tidak putus dia menyebut 'mi, nak gi'.

Melihatkan dia amat suka dengan isi durian itu, onesue pun makan durian dengan secepat mungkin. Ini bagi mengurangkan bilangan isi durian disuap ke mulut insyirah. Takut juga, dia baru sahaja belajar makan durian, sekiranya terus dengan kuantiti yang banyak, takut dia demam pula.

Apa pun sebagai ibu, onesue bangga melihat perkembangan insyirah. Syukur pada ALLAH. Semoga dia akan terus membesar sebagai kanak-kanak normal yang lain. Cuma onesue berharap suami onesue akan dapat pulang dari outstation dengan segera. Terdapat beberapa perkara yang kritikal untuk dibincangkan terutama kedudukan insyirah, samada kami masih tetap dengan keputusan kami untuk menghantar insyirah ke rumah datuk dan neneknya di Jenderam sehingga hujung tahun ini atau kami akan pendekkan masa dia di rumah Jenderam beberapa bulan. Bukan apa, onesue cukup risau apabila melihat perubahan pada insyirah. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ini tiada apa-apa tetapi bagi onesue perubahan-perubahan ini amat membimbangkan onesue. Mungkin betul kata orang-orang tua, ibu mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan anak. Itulah keistimewaan yang ALLAH berikan kepada seorang ibu yang juga merupakan seorang wanita. Semoga ALLAH akanmembantu kami membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

Uikks, Syirah dah pandai makan durian! Akak tak amek gambar, post kat blog..

Onesue said...

Nanti akak letak gambar dia dan adik dia ye...Tunggggguuuuuuu