Ramai antara kita yang menyangka bahawa kita boleh memastikan anak-anak kita selamat dengan hanya memberitahu mereka supaya jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Malangnya, bahaya kepada anak-anak kita bukan sahaja datang daripada orang yang tidak dikenali. Anak-anak kecil tidak dapat membezakan siapa 'orang yang tidak dikenali', atau 'situasi yang boleh mendatangkan 'bahaya', lebih-lebih lagi kalau mereka didekati oleh seseorang yang nampak baik dan mesra.
Pengawasan yang baik
Komunikasi
Awasi anak-anak anda sepanjang masa
Siapa yang menjaga anak anda?
Orang yang boleh dihubungi
Ajar anak anda
- Lari : Ajar anak anda lari daripada bahaya. Jelaskan bahawa mereka dalam 'bahaya' apabila ada orang datang terlalu dekat dengan mereka atau cuba menarik mereka. Jika ini berlaku, suruh mereka meronta, lari dan menjerit kuat 'Dia bukan ayah saya/ibu saya'. Ingatkan mereka bahawa keselamatan mereka lebih penting daripada budi bahasa.
- Jangan cakap apa-apa : Beritahu anak-anak anda bahawa mereka tidak perlu mejawab atau bercakap apa-apa bila ditegur atau bila ada oarang yang tidak dikenali mendekati meraka untuk bertanyakan soalan. KAlau orang itu terus mendesak, suruh mereka menjawab 'Saya tidak tahu, saya budak' atau 'Tanyalah orang dewasa' dan terus menjauhkan diri daripadanya.
AMBIL ANAK DARI SEKOLAH
Pastikan pihak berkuasa sekolah dimaklumkan tentng siapa yang menghantar dan mengambil anak anda sari sekolah. Jangan benarkan pihak sekolah membiarkan anak anda mengikut orang lain melainkan anak anda mengikut orang lain melainkan anda telah memaklumkan mereka terlebih dahulu dan minta mereka pastikan bahawa anda telah membuat panggilan sedemikian dengan menghubungi anda menerusi nombor telefon yang anda berikan. Beri mereka nombor telefon anggota keluarga terdekat untuk dihubungi jika berlaku kecemasan atau keadaan yang tidak diduga.
Sentiasa pesan atau ingatkan anak anda supaya tidak mengikut sesiapa yang datang untuk mengambil mereka dengan mendakwa sebagai 'kawan' anda selain pengangkutan biasa tanpa mendapatkan pengesahan daripada guru mereka.
PERATURAN BILA KELUAR
Bla keluar ke tempat awam seperti taman atau kompleks beli belah, jangan biarkan anak-anak anda sendirian. Sentiasa temani anak-anak anda anda bila mereka ke tandas awam. Pastikan anak-anak yang lebih besar pergi ke tandas bersama kawan atau berkumpulan dan jangan pergi seorang diri.
Di kompleks beli-belah atau taman, tunjukkan kepada anak-anak di mana kaunter atau pondok bantuan. Sekiranya anda terpisah daripada anak-anak, ajar mereka supaya tidak mencari anda sendirian. Sebaliknya, suruh mereka pergi ke kaunter atau pondok bantuan untuk mendapatkan pertolongan.
Oleh : Dr Mary Joseph Marret, Pakar Perunding Pediatrik
Sumber : Positive parenting magazine, Vol 1 : 2008, www.mypositiveparenting.org
No comments:
Post a Comment