Showing posts with label Resipi untuk si manja. Show all posts
Showing posts with label Resipi untuk si manja. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Bubur Nasi

Assalamualaikum

Onesue baru sahaja melayan Najmi makan tengahari. Cuba teka apa menu makan tengahari Najmi hari ini?

'Ya, betul. Bubur nasi'. Amat berselera dia makan, tiga mangkuk.....'Sedap la bubur nasi ni umi. Umi memang pandai masak bubur nasi. Nanti umi masak lagi yea' Itulah yang Najmi ucapkan semasa makan tadi.

Elok jugalah dia meminta bubur nasi. 'Chicken pox' dia hampir sembuh. Makanan bergoreng elok dielakkan. Jadi, bubur nasi adalah pilihan yang agak bagus juga.

Onesue cuma masukkan kiub pati ayam Maggi, sayur bayam yg telah ditumbuk lumat (supaya dia tidak boleh membuangnya, perlu memakannya tanpa ada pilihan). Telur onesue elakkan dulu buat masa ini. Dan hasilnya cukup untuk membuatnya makan bubur nasi sehinggalah ke mangkuk ketiga.

Sekarang anak-anak sudah besar dan mula memilih makanan. Cuma alhamdulillah, susu masih menjadi menu tetap mereka. Jadi, jika kadang-kadang mengikut selera mereka, tidak ada salahnya kan?

Wallahua'lam

Thursday, July 31, 2008

Teddy bear di lautan ais

Very simple to prepare. Jom try !

Bahan-bahan
  • 1/2 mangkuk isi ayam
  • 1/2 mangkuk mayonis
  • 1/4 cawan timun dicincang halus
  • Biskut bercetak beruang

Cara membuatnya

  • Potong halus isi ayam dan rebus sehingga masak. Toskannya
  • Hancurkan isi ayam yang direbus tadi
  • Gaulkan isi ayam dengan mayonis dan timun yang siap dicincang
  • Siap untuk dihidang bersama biskut.

Nota : Masukkan isi ayam yang digaul dengan mayonis dan timun di dalam cawan kertas dan cucukkan biskut di dalamnya

Selamat mencuba!

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2007

Wednesday, July 16, 2008

Si hijau rumpai

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung jagung (diayak)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 11/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 camca esen vanila
  • sedikit garam
  • 1 sudu pes pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal

Cara membuat

  • Gula icing dipukul dengan mentega sehingga kembang
  • Masukkan kuning telur, esen vanila, pes pandan dan pewarna hijau epal
  • Campurkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak ke dalam adunan. Uli menggunakan tangan
  • Canai dan terap mengikut citarasa sendiri
  • Bakar 180oC selama 15 ke 20 minit

Sumber : Majalah Pa & Ma, Mei 2007