Showing posts with label Srikandi Islam. Show all posts
Showing posts with label Srikandi Islam. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Saudah Binti Zam'ah

Assalamualaikum

Hari ini onesue ingin berkongsi tentang seorang lagi wanita yang wajar digelar srikandi Islam iaitu Saudah Binti Zam'ah.

Siapakah Saudah ini? Beliau adalah dari suku keluarga Amir yang terhormat dan kaya. Ayahnya adalah Zam'ah Bin Abi Syams dan ibunya pula bernama As-Syumus Binti Qais. Saudah tidak seperti kebanyakan anak orang berada yang lain. Beliau suka berbuat baik dan seorang yang suka berkata benar. Beliau juga adalah seorang yang sangat sederhana.

Saudah berkahwin dengan As-Sakran Bin Amru. Mereka sekeluarga adalah antara yang terawal memeluk agama Islam. Ketika tentangan dari kaum Quraisy di kota Makkah sedang hebat berlaku, Rasulullah saw telah mengarahkan umat Islam berhijrah. Saudah sekeluarga adalah antara mereka yang bersama-sama Rasulullah saw berhijrah, merentas padang pasir yang luas bagi menyelamatkan agama yang baru dianuti. Suami Saudah meninggal dunia ketika penghijrahan ini berlaku. Saudah dan anak-anaknya kemudiannya diletakkan di bawah jagaan ayahnya.

Pada ketika itu, Rasulullah saw juga telah kehilangan isterinya Khadijah. Semua sahabat tidak berani mencadangkan agar Rasulullah saw mencari pengganti Khadijah kerana mereka amat tahu betapa dalamnya cinta Rasulullah terhadap Khadijah.

Akhirnya seorang sahabat, Khaulah Binti Hakim telah mencadangkan agar Rasulullah saw mengahwini Aisyah Binti Abu Bakar, namun Aisyah pada ketika itu terlalu kecil untuk bergelar seorang isteri. Akhirnya nama Saudah disebut dan Rasulullah saw bersetuju dan mengizinkan Khaulah untuk meminang Saudah bagi dirinya. Saudah amat terharu dan memberitahu ayahnya.

Ramai orang yang tidak percaya dengan peminangan ini kerana Saudah merupakan seorang janda tua yang tidak rupawan dan telah mempunyai anak. Tujuan Rasulullah saw mengahwini saudah adalah untuk menghapuskan kesunyian di hati Saudah setelah kehilangan suami. Ramai kaum Saudah memeluk agama Islam kerana terharu dengan tindakan Rasulullah saw yang sanggup mengahwini Saudah yang telah lanjut usia.

Setelah berkahwin dengan Rasulullah saw, Saudah dapat merasakan bahawa terdapat benteng yang kukuh yang tidak dapat ditembusi di hati Rasulullah saw. Saudah amat sedar bahawa dia tidak sehebat Khadijah dan sedar bahawa Rasulullah saw telah mengahwininya atas dasar kasihan. Walau bagaimanapun, beliau tetap merasakan bahawa menjadi isteri Rasulullah saw merupakan kedudukan yang lebih baik dari menjadi janda. Oleh kerana itu, apabila Rasulullah saw menyatakan keinginan untuk mengahwini Aisyah, beliau menerimanya dengan senang hati. Saudah sentiasa berusaha menjaga keperluan Aisyah dan berusaha untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan Aisyah. walaupun selepas itu didatangi oleh isteri-isteri Rasulullah saw yang baru, Aisyah tetap diutamakan.

Rasulullah saw amat senang dengan Saudah kerane kesucian hatinya yang melayan madu-madunya dan puteri Rasulullah saw dengan penuh hormat. Rasulullah saw juga berusaha untuk membuka pintu hatinya terhadap Saudah tetapi tidak berjaya. Rasulullah saw juga amat kasihankan Saudah yang sentiasa merasa dirinya penuh dengan kekurangan berbanding isteri-isterinya yang lain. Oleh itu, Rasulullah membuat keputusan untuk membebaskan Saudah dari perasaan yang menyeksa jiwa.

Rasulullah saw telah menyatakan hasrat untuk mentalakkan Saudah. Saudah merasa sangat sedih. Namun apabila beliau kembali tenang, Saudah berkata 'Wahai Rasulullah saw, biarlah aku terus menjadi isterimu. Aku tidak lagi mempunyai keinginan seperti isteri-isterimu yang lain. Akan kuberikan giliranku kepada Aisyah'.

Rasulullah saw begitu terharu dengan kata-kata Saudah dan berasa sangat bersalah. Baginda datang untuk mentalakkannya tetapi Saudah tidak sedikitpun merasa marah. Saudah telah menunjukkan sifat sabar dan kasih seorang isteri. Seperti yang telah dipersetujui, Saudah kekal sebagai isteri Rasulullah saw dan gilirannya diserahkan kepada Aisyah.

Aisyah tidak pernah melupakan jasa Saudah sehinggalah Aisyah pernah berkata 'Tiada wanita yang sangat ku kasihi, sehingga mengizinkan aku mengambil gilirannya melainkan Saudah Binti Zam'ah'

Sekian dulu buat masa ini. Wallahua'lam

Friday, February 4, 2011

Zainab Binti Khuzaimah

Salam ukhuwwah,

Onesue cuma ingin berkongsi berkenaan tokoh ini. Siapakah Zainab Binti Khuzaimah? Zainab adalah wanita rtpawan yang berhati mulia dan berjiwa lembut. Dia merupakan seorang janda ketika berkahwin dengan Rasulullah saw. Ketika itu usianya baru 30 tahun dan hanya menjadi isteri Rasulullah saw selama 8 bulan sahaja sebelum kembali ke rahmatullah.

Kisahnya tidak banyak diriwayatkan kerana masa yang dilaluinya bersama rasulullah saw adalah agak singkat. Namun kisahnya yang sangat pemurah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan mulia banyak diperkatakan orang.

Dia mempunyai sifat belas kasihan yang luar biasa terhadap golongan fakir dan miskin. Rutin hariannya adalah memberi makan dan bersedekah kepada orang-orang fakir dan miskin sehingga digelar 'Ummul Masaakin' (Ibu orang-orang miskin).

Masa yang begitu singkat bersama Rasulullah saw telah memberinya satu kedudukan yang tinggi sebagai isteri Rasulullah saw yang mulia dan luas belas kasihnya meliputi orang-orang miskin dari kaum Muslimin dan janda-janda mereka.

Wallahua;lam

Monday, May 4, 2009

Ummu Kalthum Binti Uqbah

Apabila disebut nama-nama seperti Abu Jahal (Amru Bin Hisyam), Abu Sufian (Sakhr Bin Harb), Umayyah Bin Khalaf, Abu Lahab (Abdul 'Uzza Bin Abdul Muttalib), maka akan terbayanglah kekejaman ketua-ketua kaum Quraisy menentang keras dakwah Nabi s.a.w di Makkah al-Mukarramah.

Di samping nama-nama besar Quraisy itu, tidak kurang zalimnya ialah 'Uqbah Bin Abi Mu'it (Abu al-Walid) iaitu tokoh hebat Quraisy yang begitu lantang menentang cahaya Islam. 'Uqbah inilah sebenarnya ialah bapa kepada srikandi Ummu Kalthum Binti 'Uqbah.

Rumah 'Uqbah dipenuhi dengan syirik dan penyembahan berhala dan tempat yang menjadi pusat perancangan dan perencanaan untuk menentang Islam dan orang beriman. Di sinilah lahirnya seorang bayi yang bernama Ummu Kalthum Binti 'Uqbah. Beliau lahir dalam sebuah rumah yang besar, kaya dan mewah yang juga dipenuhi dnegan pelbagai patung dan berhala di setiap sudut rumah.

Ummu Kalthum telah dididik dengan segala kemewahan, hidupnya senang dan mewah. Seterusnya beliau berkesempatan untu belejat membaca dan menulis sehingga dikatakan sebagai seorang yang berpelajaran jika dibandingkan dengan anak-anak perempuan lain pada waktu itu yang masih dibelenggu dengan buta huruf. Beliau juga banyak menghafaz puisi, peribahasa dan kata-kata himkah, belajar sejarah Arab dan menelaah beberapa bahagian agama ahlil kitab daripada YAhudi dan Nasrani.

Berbekalkan pelajaran yang dimiliki oleh Ummu Kalthum, membuatkan beliau mempunyai akal yang pintar lalu beliau terfikir tentang kebatilan berhala dan patung yang berada di dalam rumahnya itu. Dia melihat ahli keluarganya menjamu serta menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala itu. Semua ini membuatkan beliau terkeliru dengan apa yang dilihatnya. Namun, kerana takutkan bapanya, beliau hanya mendiamkan diri tanpa mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh penghuni rumah itu.

Cahaya Iman Dan Islam

Apabila Nabi s.a.w diutuskan, baginda menyeru orang ramai kepada Islam serta mengajak mereka mengabdikan diri hanya kepada Allah Yang Maha Esa, bukannya berhala dan patung yang dibuat oleh tangan-tangan manusia sendiri. Walaupun bapa serta abang Ummu KAlthum penentang tegar terhadap dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, namun Ummu Kalthum dengan fikiran yang terbuka mengakui kebenaran ajaran baginda apatah lagi sampai ke telinganya akhlak mulia yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.

Ummu Kalthum berfikir sendirian bagaimanakah cara terbaik menemui sendiri Rasulullah s.a.w untuk mengetahui tentang ajaran Islam tanpa pengetahuan bapa dan keluarganya. Lalu, pada suatu hari, beliau mendapat idea iaitu dengan memakai pakaian khadam dan dalam berkeadaan berselubung, beliau pun melangkah keluar dari rumahnya menuju rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam, tempat berkumpulnya Nabi s.a.w dengan para sahabat.

Apabila sampai di sana, Nabi s.a.w mengalu-alukan kedatangannya serta menerangkan kepadanya tentang asas-asas ajaran Islam. BAginda juga membacakan beberapa potong ayat al-Quran kepada Ummu Kalthum. Kemudian Nabi s.a.w mengajak Ummu Kalthum untuk menerima agama Islam, lantas tanpa berlengah lagi Ummu Kalthum dengan rela hati beriman kepada Allah dan memeluk Islam. Ummu Kalthum berasa amat tenang dan bahagia kerana sebelum ini fikiranyya berkecamuk melihat penyembahan berhala di rumah sendiri.

Kecekalan Ummu Kalthum
Setelah Ummu Kalthum pulang daripada menemui Rasulullah s.a.w, beliau masuk ke dalam rumahnya dnegan penuh keyakinan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Lantas dengan kecekalan yang dimiliki, beliau terus mengisytiharkan keislamannya tanpa ragu dan bimbang. Apabila 'Uqbah Bin Abi Mu'it mendapat tahu tentang berita ini, dia menjadi sangat marah. Dia merasakan kawan-kawan seperjuanngannya sudah tentu mengejek dan mempersendakannya ekoran pengislamana anak perempuannya itu. seoarang anak daripada kalangan bangsawan Quarisy yang begitu kuat menentang Islam tiba-tiba telah menerima Islam sebagai ideologi!

'Uqbah Bin Abi Mu'it berasa amat malu dengan tindakan anaknya itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihata kecekalan dan keberanian yang dimiliki anak perempuannya itu. Justeru, 'Uqbah telah bertindak mengurung anaknya itu di rumah serta menyekat pergerakannya agar Ummu KAlthum tidak mempunyai kesempatan bertemu Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain. Walaupun pergerakan Ummu Kalthum disekat bapanya, namun berita tentang wahyu yang turun kepada Nabi s.a.w tetap sampai ke pengetahuannya dan beliau menghafaz segala imu yang sampai kepadanya. Semakin hari semakin banyak ilmu dan semakin mendalam keimanannya kepada Allah s.w.t.

Ketika Nabi s.a.w berhijrah ke MAdinah, Ummu KAlthum amsih lagi disekat pergerakannya sehingga beliau tidak dapat turut serta berhijrah ke Madinah. Pada taun kedua hijrah, berlakukan Perang Badar yang melibatkan seramai 313 orang tentera Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w yang berhadapan dengan tentera Musyrikin Quraisy t=yang berjumlah seribu orang.

Dalam perang Badar ini, bapa kepada Ummu Kalthum terkorban. Hal ini menyebabkan Ummu Kalthum berasa sedih kerana bapanya itu mati dalam keadaan kufur. Setelah kematian 'Uqbah, dua orang anak lelakinya iaitu al-Walid dan 'Umarah mengambil alih urusan menjaga Ummu Kalthum. Mereka berdua lebih teruk daripada bapanya apabila bertindak mengurung, menyekat dan menyakiti Ummu Kalthum dengan lebih dahsyat lagi, namum Ummu Kalthum tetap sabar dalam menghadapai cabaran dan tribulasi ini.

Setelah itu, berlaku pula Prang Uhud dan Khandak. Kedua-dua saudara lelaki Ummu Kalthum iaitu al-Walid dan 'Umarah menjadi panglima di barisan hadapan tentera Quraisy dalam menentang Islam. Manakala Ummu Kalthum pula masih terpenjara dan tiada jalan baginya untuk melepaskan diri dan bersama orang Islam lain dalam usaha memperjuangkan agama Allah s.w.t.

Situasi Ummu Kalthum masih lagi terkurung sehinggalah termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah. Dalam Perjanjian Hudaibiyyah dinyatakan bahawa sesiapa dari Makkah yang melarikan diri ke Madinah hendaklah dikembalikan ke Makkah. Manakala mana-mana penduduk Madinah yang melarikan diri ke Makkah tidak akan dikembalikan.

Ummu Kalthum Berjaya Melarikan Diri

Pada suatu hari, terbuka peluang yang cerah untuk Ummu Kalthum melepaskan diri. Tanpa berlengah lagi, beliau pun melarikan diri ke Madinah. Beliau tidak berupaya lagi untuk tinggal berjauhan dengan golongan Muslimin yang lain. Kedatangannya ke Madinah telah disambut dan dialu-alukan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada suatu ketika, sedang Rasulullah s.a.w berada di Masjid Nabawi, baginda telah didatangi oleh dua orang saudara Ummu Kalthum iaitu al-Walid dan 'Umarah. Mereka meminta Ummu Klathum dikembalikan kepada mereka sesuai dengan perjanjian Hudaibiyyah yang telah dimeterai. RAsulullah s.a.w tidak dpat berbuat apa-apa melainkan menunaikan janji yang telah dimeterai. Ummu Kalthum merayu dengan linangan air mata yang mengalir deras agar beliau tidak dikembalikan kepada dua orang saudaranya yang musyrik itu. Ummu Klathum tidak mahu lagi berada dalam kezaliman golongan musyrikin lalu beliau berdoa memohon pertolongan Allah s.w.t.

Allah s.w.t mendengar doa hambaNya apatah lagi doa orang yang dizalimi tidak mempunyai hijab dengan Allah s.w.t. Lalu turunlah ayat al-Quran dalam surah al-Mumtahanah ayat 10 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman! Apabila orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang yang kafir...."

Keesokan harinya datanglah al-Walid dan 'Umarah kepada Rasulullah s.a.w untuk menuntut Ummu Kalthum. Baginda menolak permintaan mereka dan enggan menyerahkan Ummu Kalthum kepada mereka kerana garis pemisah di antara mereka ialah Islam dan kufur. Allah s.w.t tidak meredai perbuatan tersebut. Lalu pulanglah dua aduk beradik itu dalam keadaan hampa dan kecewa. Ummu Kalthum pula terus meneguhkan keimannya da menjadi pejuang yang amat sabar.

Perkahwinan Ummu Kalthum

Zaid Bin Harithah telah melamar Ummu Kalthum untuk menjadi suri hidupnya. Lamaran iti diterima, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana selepas itu Zaid Bin Harithah syahid dalam peperangan Mu'tah. Perkahwinannya dengan Zaid telah menghasilkan dua orang cahaya mata iaitu yang diberi nama Zaid dan Ruqayyah. (Sila rujuk buku Sahabiyyat Hawla al-Rasul oleh Hani al-Haj, terbitan al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, Kaherah, halaman 158).

Seterusnya Ummu Kalthum dilamar pula oleh Zubayr Bin 'Awwam dan memperoleh seorang cahaya mata yang diberi nama Zainab. Sikap Zubayr yng agak keras menyebabkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya mereka berpisah. Setelah itu, Ummu Kalthum dilamar oleh Abdul Rahman Bin 'Auf dan hadil perkongsian hidup dua orang putera dilahirkan iaitu Ibrahim dan Humaid. Ummu Klathum terpisah denga suaminya apabila suaminya itu terlebih dahulu dijemput Allah s.w.t ke rahmatullah. Kemudian, Ummu Kalthum mendirikan rumah tangga pula dengan 'Amru Bin al-As sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi suaminya 'Amru Bin al-As.

Kehidupan Ummu Kalthum dipenuhi dengan kecekalan dan kesabaran yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga sering turut serta bersama Rasulullah s.a.w dalam peperangan yang disertai baginda. Keistimewaan yang terserlah yang dimiliki oleh Ummu Kalthum sekiranya dibandingkan dnegan wanita lain ketika itu ialah beliau mahir membaca dan menulis. Beliau juga turut sama meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Begitulah hbatnya Ummu Kalthum Bin 'Uqbah seorang yang sabar dan cekal dalam mempertahankan aqidah Islam walau apa jua badai yang melanda. Beliau meninggal dunia semasa pemerintahan halifah Islam yang keempat iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Ali Bin Abi Talib.

Sumber : Majalah Aniqah, Mac 2009. Oleh : Ustaz Mohd Sukki Othman

Thursday, July 17, 2008

Umayah : Srikandi muda yang matang

Merasai kemanisan nikmat Islam dalam usia yang masih terlalu muda, dianggap sebagai salah satu anugerah yang tidak ternilai. Walaupun suasana awal kedatangan Islam sangat tidak menyebelahi orang Islam, namun keimanan dan keyakinan yang mantap menyebabkan mereka tidak gentar dengan segala dugaan itu. Sekali lagi, umur bukan halangan dalam memastikan keimanan seseorang.

Demikianlah yang dirasakan oleh Umayyah binti Qais al-Ghifariyyah, yang baru berusia 14 tahun ketika sinar Islam menusuk masuk ke hatinya. Dia sanggup merentasi perjalanan jauh semata-mata untuk bertemu Rasulullah dan menyampaikan syhadah kepada baginda.

Dalam usia 14 tahun, Umayah telah memimpin kaum wanita daripada qabilah Ghifar untuk mengikuti Rasulullah di medan perang Khaibar. Dia menemui Rasulullah dan meminta izin untuk menyertai peperangan tersebut. Kerana kagum dengan keberanian gadis ini dan memandangkan usia yang ibarat anak kepada Rasulullah, baginda lantas mengajak Umayah untuk menaiki untanya. itu juga merupakan satu penghargaan kepada Umayah dan menunjukkan bahawa peranannya sama sekali tidak dipandang rendah oleh utusan Allah itu.

MENAWARKAN BANTUAN

Kisah Umayah ada diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam, yang meriwayatkannya daripada Sulaimen meriwayatkannya daripada Umayah bin Abis-Shilt, dan Umayah sendiri. Umayah menceritakan bahawa dia mengetuai sekumpulan wanita suku kaumnya meminta izin daripada Rasulullah untuk bersama-sama baginda dalam Peperangan Khaibar.

Wanita-wanita ini menawarkan bantuan kepada Rasulullah untuk membantu merawat orang atau orang yang tercedera. Di samping itu, mereka juga menawarkan bantuan yang bersesuaian dengan kemampuan mereka sebagai seorang wanita. Meraka antara para jururawat yang turut serta dalam perjuangan Rasulullah. Penglibatan kaum wanita dalam peperangan seumpama ini sememangnya dialu-alukan oleh Rasulullah kerana secara tidak langsung pembabitan wanita akan menaikkan semangat lelaki untuk berjuang.


"Dengan berkat Allah, berangkatlah!" Demikian kebenaran yang diberikan Rasulullah.


Kumpulan ini keluar bersama rombongan Rasulullah dan kata Umayah, disebabkan dia masih remaja, maka Rasulullah meminta dia menaiki unta baginda. Dalam perjalanan itulah, Umayah mengalami haid yang pertama yang menandakan gadis ini sedang menuju usia dewasa. Suatu pagi ketika dia turun dari unta yang ditunggangi, dia terlihat kesan darah pada kenderaannya. Serta-merta gadis ini terasa malu yang teramat sangat dan berusaha menutup kesan darah itu.

URUSKAN DIRI DENGAN BAIK
Rasulullah yang baru bangun dari tidur itu tersedar akan perubahan Umayah. Baginda juga dengan pantas dapat menduga keadaan gadis itu. Baginda kemudian bersabda kepada Umayah "Uruskanlah dirimu dengan baik. Kemudian ambil bekas air dan masukkanlah garam. Selepas itu gunakanlah untuk mencuci darah yang berada atas kenderaan itu dan naiklah semula ke atas kenderaanmu."

Pesanan Rasulullah itu juga boleh dianggap sebagai pesanan kepada seluruh golongan wanita. Ini kerana hal-hal berkaitan perkara kewanitaan seperti ini biasanya diucapkan secara simbolik kepada wanita yang mengalaminya dan hal itu akan disampaikan kepada wanita lain sebagai sebahagian daripada inti pengajaran Rasulullah. Demikianlah ilmu itu berkembang dan diperluaskan kepada generasi kepada generasi.

Umayah juga dikatakan sangat patuh mengamalkan ajaran Rasulullah itu. Setiap kali bersuci daripada haid, dia menggunakan garam sebagai campuran air.Malah dia turut meninggalkan wasiat, apabila dia meninggal dunia, dia mahu jenazahnya dimandikan dengan air yang dicampurkan garam.

Selain itu, wanita ini juga menceritakan, selepas kejayaan Rasulullah menakluki Khaibar, baginda telah membahagi-bahagikan harta rampasan kepada semua orang Islam yang terlibat dalam peperangan itu. Antaranya adalah seutas kalung yang dikenakan sendiri oleh Rasulullah ke leher Umayah. Kalung itulah yang dipakai oleh Umayah sehingga ke akhir hayatnya. Kalung itu mungkin tidak semahal mana,tetapi disebabkan itu kalung pemberian Rasulullah, Umayah sangat menghargainya. Dia turut berpesan agar kalung itu juga dikebumikan bersamanya jika dia meninggal dunia.

Demikianlah perjuangan yang dilalui Umayah. Nyata daya pemikiranyya tidak setanding usianya yang masih muda. Walaupun kisahnya tidak banyak diungkap lewat catatn sejarah, tetapi nama Umayah tetap terpahat sebagai seorang srikandi muda dalam sejarah awal kebangkitan Islam

Sumber : Majalah 'Nur', Oktober 2004