Showing posts with label My personal. Show all posts
Showing posts with label My personal. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Boiler Oh Boiler

Assalamualaikum

Onesue baru sahaja sampai di rumah. Terus memasak, makan dan sekarang berehat sekejap sebelum siapkan anak-anak tidur. Penatnya, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Sehari suntuk onesue berada di 'boilerhouse'. Boiler sebenarnya mengalami kerosakan sejak 3 minggu yang lepas. Bermula dengan gegaran melampau di 'burner', seterusnya hos untuk bahan bakar ke 'burner' tercabut. Maka boiler dan kawasan sekitarnya bermandikan 'Medium Fuel Oil'. Masa yang diambil untuk membersihkan bahagian badan boiler dan juga semua wayar elektrik mengambil masa seminggu. Seterusnya, kami memulakan kerja-kerja menguji kembali boiler. Tetapi malangnya, masih terdapat saki baki 'medium fuel oil' di kotak wayar elektrik, dan berlakukan 'spark' (kecil je) tapi sudah cukup untuk merosakkan 'boiler main controller' atau nama komersilnya 'boiler management system'. Gelap terasa dunia ketika itu kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, masa yang diambil untuk membeli 'boiler main controller' ini adalah lebih kurang dua bulan! Tetapi alhamdulillah, kali ini, masa untuk membelinya hanyalah seminggu setengah sahaja.

Dan hari ini onesue tidak melakukan apa-apa kerja lain selain berada di 'boilerhouse', bersama-sama melakukan kerja-kerja 'troubleshoot'. Pada pukul 2 petang tadi, boiler sudah berjaya dihidupkan dan tekanan stim telah pun mencapai 15 bar pada pukul 4 petang. Stim kemudiannya telah dilepaskan ke 'plant'. Boilerman bersama-sama dengan technician dari Vickers menutup operasi 'burner', untuk kerja-kerja 'setting safety valve'. Setelah itu, apabila mereka cuba untuk menghidupkan semula 'burner', boiler telah kembali kepada masalah sebelum 'bms' rosak iaitu langsung tidak boleh dihidupkan. Kami mencuba pelbagai cara termasuklah melakukan 'by pass' pada beberapa sambungan elektrik dan sehinggalah jam 7.30 petang tadi, kami terpaksa berhenti untuk hari ini. Kami semua memerlukan 'recharge'.

Onesue sendiri sudah tidak mempunyai apa-apa jawapan untuk diberikan kepada bos. Tawakkal aje la.

Semoga esok menjanjikan kejayaan kepada kami semua. Amin

Wallahua'lam

Friday, December 14, 2012

Kereta Pertama

Assalamualaikum

Alhamdulillah, satu hari yang mencabar. Petang tadi onesue menghadiri mesyuarat di ibu pejabat, bersama dengan orang dari Strategy Department dan juga Engineering Department. Hendak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik, tiba-tiba teringatkan kereta pertama onesue, wira aeroback. 

Terlalu banyak perbincangan dengan mak dan wan sebelum pembelian kereta tersebut. Maklumlah, gaji 'kocik ajo', lebih kurang 10 tahun yang lepas. Akhirnya, berjaya juga onesue mempunyai kereta sendiri. Yang kelakarnya, onesue tidak berani hendak memandu kereta itu sendirian. Teringat ketika pertama kali memegang stereng di jalan raya, bersama dengan wan, tersengguk-sengguk juga kereta itu. Gerun sangat. Dan inilah kata-kata wan yang masih onesue ingat sehingga sekarang 'Pandu aje, perlahan-lahan. Kita ada brek, kalau ada apa-apa, tekanlah brek tu. Fokus pada jalan kita. Pedulikan yang lain'. Mengenang semua 
itu, onesue tersenyum sendirian sehinggalah sampai ke rumah petang tadi.

Dan teringat juga, staf-staf yang sanggup menemankan onesue belajar memandu. Kak Rosnah dan juga Adha. Dan juga En Keliwon, En Sanip dan En Zack yang sanggup membantu menukar tayar motosikal onesue dan juga melakukan kerja-kerja penyelenggaraan secara percuma semasa onesue memiliki motosikal dulu. Sayu mengenangkan mereka semua. Hanya ALLAH yang mampu membalas budi mereka. Kalaulah onesue boleh kembali ke saat itu.......

Dan sekarang onesue rasa macam nak menangis, teringatkan Bukit Lawang,teringatkan staf-staf di sana. So, sampai sini dulu la ye buat kali ini. Nanti sambung lagi, selepas hilang sayu di hati

Wallahua'lam

Wednesday, October 12, 2011

Beg Sekolah Baru

Assalamualaikum

Walaupun onesue tengah berserabut dengan 'boiler' di tempat kerja, tapi itu bukanlah cerita yang menarik dikongsi buat masa ini.

Onesue cuma ingin bercerita tentang keseronokan anak-anak mendapat beg sekolah baru. Kisahnya bermula dengan beg adik yang agak kecil. Sejak dia mula ke sekolah tadika, beg dia hanya berjaya memuatkan kotak pensel dan pensel mewarna sahaja. Buku-bukunya pula terpaksa menumpang beg sekolah kakak. Sudahnya, beg sekolah kakak agak berat.

Dan onesue telah berjanji dengan adik untuk membelikan beg sekolah yang baru, yang agak besar, boleh memuatkan buku-bukunya. Tidak perlulah dia menumpangkan buku sekolahnya di dalam beg kakak.

Sudahnya, kami terpaksa juga membelikan kakak beg sekolah yang baru. Puncanya adalah kerana beg sekolah adik mempunyai roda, dan senang untuk dibawa, sedangkan beg sekolah kakak yang lama tidak mempunyai roda


Inilah beg baru kesayangan mereka, Dora The Explorer dan juga Thomas.

Adik tersangat fanatik dengan Thomas. Dia mempunyai set mainan Thomas, siap dengan 'railway'.

Kakak juga agak fanatik dengan beg 'Ana Muslim' tetapi disebabkan agak susah untuk menemui beg ' Ana Muslim' beroda, terpaksalah kami membelikan beg dengan gambar Dora. Sekurang-kurangnya bukan gambar 'Barbie'. Terasa susah nanti untuk menyemai bercerita tentang aurat dengan segala benda di sekeliling dipenuhi dengan 'Barbie', betul x? Agak janggal rasanya.

Semoga anak-anak umi menjadi budak yang pandai, berilmu dan berguna untuk agama Islam yang syumul ini.

Wallahua'lam

Wednesday, October 5, 2011

Pampers, Genius Aulad dan Iqra'

Assalamualaikum

Lama juga onesue menyepi kan? Masa untuk diperuntukkan di hadapan laptop rasanya digantikan dengan masa melihat kerja rumah anak-anak.

Bercerita tentang anak-anak, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa seminggu ini. Onesue akan becerita beberapa sahaja kali ini.

Bermula dari minggu lepas, Najmi dengan rela hatinya belajar untuk tidak memakai pampers. Walaupun hanya di sebelah petang, perkembangan ini amat menggembirakan. Bukan kerana duit untuk membeli pampers akan berkurang tetapi gembira dengan sikap positif yang ditunjukkan olehnya.

Pada 1 Oktober yang lepas, kami ke Genius Aulad Bandar Botanik. Mereka mengadakan Hari Terbuka. Ada sedikit jamuan, dan kami bebas bertemu dengan guru-guru yang ada di sana. Dan dengan rasminya kami membayar yuran kemasukan ke sesi tahun depan, untuk kedua-dua Insyirah dan Najmi. Alhamdulillah. Dan Insyirah sempat bermesra dengan bakal gurunya semasa mewarna lukisan. Rupa-rupanya itulah guru yang bertanggungjawab dengan 'reading'. Lihatlah betapa seronoknya kakak berbual-bual dengan gurunya, harap mampu menggantikan Cikgu Ayu yang sehingga kini masih bertakhta di hati Insyirah



Najmi pula sibuk bermain gelungsur dan rumah mainan. Alhamdulillah, tercapai juga impian kami untuk menyekolahkan anak-anak di sini. Pencarian kami bermula dua tahun lepas. Bermula dengan Little Caliph dan beralih ke Genius Aulad. Little Caliphs tidak berapa banyak di zon sini. Genius Aulad juga rasanya insyaALLAH tidak kurang bagusnya. Yang penting, anak-anak diajar dengan teratur berkenaan Islam dan juga ilmu duniawi.

Dan berita tebaru yang menyeronokkan adalah Najmi telah pun dengan rela hati bersetuju dan bersemangat untuk memulakan pengajian IQRA' secara formal dengan cikgu taskanya. Setiap hari dia dengan bersemangat bercerita dan mengulang bacaan IQRA' yang dipelajari di taska. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan memujuk, akhirnya kesabaran kami terbalas juga.

Masalah di tempat kerja terasa hilang seketika melayan anak-anak dan juga kerja-kerja rumah.

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN DI TEMPAT KERJAKU, RUMAHTANGGAKU, URUSAN MENIDIK ANAK-ANAK. PINJAMKANLAH DAKU SEDIKIT KESABARAN DAN KURNIAKANLAH DAKU AKAL YANG CERDAS. SEMOGA SEGALA YANG DAKU LAKUKAN ADALAH IBADAH KEPADAMU YA ALLAH

Wallahua'lam

Tuesday, August 16, 2011

Manusia yang penuh dengan kesombongan

Assalamualaikum

Sesuai dengan tajuk hari ini, onesue akan bercerita mengenai manusia yang penuh dengan kesombongan yang onesue temui dalam masa seminggu ini. Seharusnya, di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini, kita gunakan untuk merenung diri sendiri, muhasabah dengan penuh tawaduk, tetapi manusia yang penuh dengan kesombongan ini tidak pernah menggunakannya sebegitu. Sebaliknya rasa kesombongan mereka menjadi-jadi.

Bermula pada minggu lepas di mana ketua baru kami yang serasa onesue panik dan cuba untuk menyesuaika diri dengan suasana 'operation'. Dulunya dia adalah seoang 'chemist' dan kemudiannya terus terlibat dengan projek dan 'market search' untuk produk oleo yang baru. Bila dia baru sahaja memasuki alam 'operation', mungkin juga dia mengalami 'culture shock'. Sebaiknya dia perlu bertenang kerana kami di 'operation' ini seharusnya tahu apa yang perlu kami lakukan. Onesue hanya ingin menyampaikan pendapat berkenaan tugas tambahan salah seorang eksekutif yang tidak bekerja di dalam 'department' onesue tetapi di atas rasa tanggungjawab, onesue hanya ingin meluahkan pendapat agar dia dengan segala kewarasan dan kebijaksanaan sebagai ketua akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sebaliknya dia mula membuat gaya yang amat onesue benci, 'membelek telefonnya sambil berpura-pura tidak dengar'. Bahasa tubuh sebegitu mengingatkan onesue ketika kami di Maybank Bangsar. Ketika itu ketua onesue yang lama sedang menyatakan bahawa dia akan behenti dan memulakan bisnes sendiri. Dan dengan berselorohnya bekas ketua onesue berkata ' xpe bos, onesue sudah lebih dari bersedia untuk memikul sebahagian dari tugas saya'. Dan buat kali pertama, ketua onesue tadi (yang baru) membuat bahasa tubuh sebegitu. Seolah-olah mengatakan 'who are this woman?, I don't need her. I don't even need your advice'. Perasaan onesue ketika itu adalah sangat terhina. Onesue amat 'aware' bahawa dia memang tidak menyukai perempuan untuk menggantikan tempat ketua lama onesue. Dan dia perlu tahu bahawa onesue pun tidak mengimpikan untuk berada di tempat itu buat masa ini kerana onesue baru sahaj dinaikkan pangkat pada tahun lepas. Adalah amat mustahil untuk naik pangkat lagi, walaupun pada hakikatnya onesue telahpun dinaikkan pangkat sebagai 'acting manager'. Onesue amat pasti dan tahu tentang itu, tetapi tidak perlulah ditunjukkan lagi dengan bahasa tubuh yang onesue terjemahkan sebagai sangat kurang ajar itu. Tidak perlulah menghina onesue sebegitu. Disebabkan bahasa tubuh dia (kali ketiga), onesue terus naik marah. Maaflah bos, sekiranya bos tidak mem'provoke' sebegitu, pasti amarah itu dapat dikawal.

Dan terdapat juga manusia yang sombong yang digelar 'traders'. Dengan penuh kesombongan, mereka menggagalkan penghantaran minyak sawit mentah kepada kilang. Hanya kerana mereka juga mempunyai 'shipment' sendiri. Dan salah seorang dari mereka bergaduh di telefon dengan eksekutif bahagian logistik kami (yang ketika itu berada di pejabat kastam). Dengn sombongnya dia berkata 'suka hati saya la hendak hantar minyak bila'. Dan semalam selepas solat tarawih, dengan penuh khusyuk dan rasa rendah diri, onesue memohon agar kebenaran berkenaan mereka yang sombong ini akan ditunjukkan juga.Semoga mereka akan belajar pelajaran yang berguna suatu hari nanti.

Ke mana sangatlah kita hendak pergi dengan sikap dan rasa sombong itu? Segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari Allah. Segalanya adalah miliknya. Kenapa kita sombong dengan pencipta kita juga? Tepuk dada, tanyalah iman.

Wallahua'alam

Thursday, July 28, 2011

Jalan-Jalan Ke Pantai Morib

Assalamualaikum
Sebenarnya onesue berada di Thistle Hotel, Port Dickson, menghadiri aktiviti tahunan syarikat selama 3 hari. Anak-anak bersama dengan ayah di rumah.

Pada hari Sabtu yang lalu kami ke Pantai Morib. Saje je bawa anak-anak berjalan ke pantai. Rasanya sudah hampir setahun kami tidak ke pantai. Pantai kegemaran kami adalah Pantai Melawi, Bachok. Tetapi semenjak peristiwa Tsunami di Jepun yang berlaku awal tahun ini, membuatkan kami agak payah untuk meyakinkan kedua ibubapa onesue untuk ke Pantai Melawi. Suami onesue beria-ia ingin membawa anak ke Pantai Morib. Anak-anak sungguh teuja untuk ke pantai. Pada malam sebelumnya, mereka menggeledah bilik mainan mencari bekas untuk bermain pasir, yang dihadiakan oleh Tok Wan (kerana mereka sangat suka bermain pasir di pantai). Dan puas onesue memarahi mereka, memaksa mereka tidur awal. Akhirnya, mereka tertidur dalam pukul 12 tengah malam.

Dan pagi esoknya, mereka bangun tersangat awal, dalam pukul 6.10 minit. Pukul 6.30 pagi, kedua-duanya sudah pun siap mandi. Kami sampai ke Pantai Morib dalam pukul 9 pagi. Kami membiarkan mereka bermain pasir. Pada mulanya adik sangat takut menuju berdekatan air. Tetapi lama kelamaan dia dapat membiasakan diri. Tidak sampai sejam, kami terpaksa bersiap untuk balik kerana hujan sudah mula turun.






"Seronok tak?" "Seronok sangat-sangat umi. Nanti kita datang lagi ye" Jawab adik dan kakak. Kasihan melihat mereka. Sejam di pantai sudah cukup menghiburkan mereka. Betullah, menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga adalah lebih baik.

Walau bagaimanapun, onesue rasa Pnatai Morib tidaklah secantik dan sebersih pantai-pantai di Kelantan. Mungkin kerana pantai di Kelantan menghala ke laut luas. Sebab itulah airnya jernih, kebiru-biruan. Air di pantai Morib kelihatan agak kecoklatan dan pantainya tidak bersih. Sungguh sayang pantai ini tidak diselenggara dengan baik.

Walau bagaimanapun, kami amat berpuas hati kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak, melakukan aktiviti yang mereka suka.

Ok, sekarang onesue ingin bercerita tentang Hotel Thistle pula. Hotel ini agak cantik, menghadap ke laut. Terdapat pelbagai jenis 'swimming pool' dan yang paling menarik adalah kolam untuk anak-anak, sangat menaik, terdapat gelungsur air. Hotel ini terletak di Teluk Kemang, hanya 45 minit dari KLIA. Hotel ini juga mempunyai padang golf (9-hole, canggih la juga). Makanan pula boleh tahan. Untuk sesiapa yang ingin bercuti di Port Dickson, Hotel Thistle boleh berada di dalam senarai penginapan yang anda semua boleh pilih.

Baiklah, onesue hendak berehat. Esok sehinggalah hari Sabtu akan menjadi hari yang sangat meletihkan. Jadi, sekarang adalah masa untuk mengumpul tenaga.

Wallahua'lam

Saturday, July 16, 2011

Ramadhan bakal menjelang

Assalamualaikum
Nampaknya kali ini onesue memang betul-betul lama tidak meng'update' blog ini. Bukannya onesue tidak menjenguk, tetapi apa yang dinukilankan tidak sempat untuk di'publish'. Kalau sudah tidak ada rezeki, buatlah apa sahaja, tidak akan menjadi dengan izin Allah.

Anal-anak sudah tidur. Siang tadi kami melawat bayi, anak rakan sekerja di Shah Alam. Kemudian kami balik ke Jenderam, rumah mertua. Dan alhamdulillah, kami kini sudah berada di rumah.

Sejak kebelakangan ini, terasa amat lelah. Migrain juga agak kerap dirasa. Biasalah, kami kini bekerja tanpa ketua yang baik. Segala-gala di tempat kerja tidak terkawal. Terlalu banyak masalah dan kini masing-masing mengambil sikap 'play safe'. Dan bos besar kami terpaksa memangku posisi bos kami yang telah pergi meninggalkan kami, selesa dan sederhana dengan dunia baru yang diimpi-impikannya. Semoga bos berjaya, insyaAllah. Tolong doakan kami. Semoga kami akan dapat menghadapi kemelut sekarang dengan baik.

Dan bercakap tentang anak-anak, Insyirah sudah ke pre-school semula bulan lepas. Dia sendiri merungut untuk ke sekolah. Boring agaknya. Umi dan ayah ajar tidak seseronok belajar di sekolah. Onesue mulakan dengan tiga subjek dahulu : BM, Matematik dan Bahasa Inggeris. Dan Najmi pula, bulan ini baru mengikuti jejak langkah kakaknya, bermula dengan hanya satu subjek sahaja : BM.

Najmi sangat seronok ke sekolah dan dia tidak ada sebarang masalah untuk bangun pagi dan mandi. Buka sahaja lampu dalam pukul 6.45 pagi, dia akan bangun dengan bersemangatnya. Kakak pula selalunya bermalas-malasan dahulu. Selepas minum susu, dia akan terus ke bilik mandi, sangat sernok dan teruja untuk ke sekolah. Apabila teachernya membatalkan kelas, onesue akan menghadapi masalah untuk menghantarnya ke 'nursery'. Pasti dia akan menangis, minta dihantarkan ke sekolah juga

Dan bulan lepas juga kami telah pun mendaftarkan mereka ke 'Genius Aulad' Bandar Botanic untuk kemasukan tahun depan. Alhamdulillah, dapat juga kami menghantar mereka bersekolah di situ, dalam suasana yang lebih Islamik, insyaAllah.

Onesue juga ingin mengucapkan Selamat beribadah di dalam bulan Syaaban ini, sebagai persediaan menghadapi Ramadhan yang dirindui. Semoga ibadah kita di tahun ini lebih berkatnya, lebih ikhlasnya dan insyaAllah lebih pahalanya.

Setakat ini dahulu buat masa ini. Penat juga rasanya, kena berehat. InsyaAllah, jika ada kelapangan, onesue akan menulis lagi

Wallahua'lam

Tuesday, April 12, 2011

Maher Zain lagi

Assalamualaikum

Sekarang tengah temankan anak-anak buat 'homework' sambil ditemani lagu baru Maher Zain "Freedom". Dan ada satu lagi lagu yang mereka minta onesue pasang iaitu lagu Insya ALLAH versi Bahasa Melayu. Kagum dengar Maher Zain nyanyi dalam Bahasa Melayu agaknya. Kat bawah ni antara lirik lagu Insya ALLAH versi Bahasa Melayu

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalannya
Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiadanya ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

Nampaknya onesue kena daftar anak-anak sebagai PEMINAT TEGAR MAHER ZAIN, hehehe. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidaklah pening bila anak-anak sukakan lagu Britney Spears ke dan lain-lain. Biarlah mereka minat dengan lagu-lagu yang mendidik jiwa. Semoga mereka akan dilindungi ALLAH dari anasir-anasir yang tidak baik. Amin

Wallahua'lam

Monday, April 11, 2011

Seronoknya Buat Umrah

Assalamualaikum

Terajin pulak nak tambah satu lagi entri malam ni. Sedikit bersemangat bila lampu fluorescent dalam bilik dah ditukar baru, suasana lebih terang so semangat pun lebih berkobar-kobar. Tambahan pula, anak-anak suruh pasang lagu Freedom (Maher Zain). Diorang sibuk buat kerja rumah. Ummi pula sibuk meng'update' blog, hehehe. Husband pula sibuk buat tender document.

Hari Sabtu lepas, kami balik ke rumah mak mertua. Ingatkan nak stay sampai malam sedikit sebelum balik ke rumah. tetapi pada pukul 5 petang, onesue mendapat panggilan daripada SIFU aka MAK ANGKAT (semasa di kilang jambu) aka MENTOR iaitu PUAN ZAIDAH ABU BAKAR. Puan Zaidah menjemput kami sekeluarga ke rumahnya.

"Ada makan-makan sikit, adik-adik saya yang buat surprise. Esok saya, abang Hamid dan anak-anak akan berangkat buat umrah" katanya.

Terus kami bergegas balik. Selepas maghrib, kami berjalan kaki ke rumahnya. Dan sebak juga bila mencium tangan mak Puan Zaidah. Lama betul tidak berjumpa dengannya. Seingat onesue, kami berjumpa ketika onesue masih menyewa rumah di Taman Pahlawan, baru beberapa hari bersalinkan Insyirah, menunggu untuk balik berpantang di kampung. Sekarang Insyirah sudah pun berumur 4 tahun setengah. Puan Zaidah membawa maknya bersama menziarahi kami.

"Lama mak cik tak jumpa onesue, rindu rasanya. Anak dah dua baru kita jumpa balik. Jangan nanti sampai tambah lagi dua anak, baru jumpa lagi ye."

Orang tua, memang begitu. Itulah kehangatan ingatan dan kasih mereka. Siapalah kita tanpa mereka, ye tak?

Puan Zaidah berangkat untuk mengerjakan umrah pada pagi Ahad yang lepas. Onesue doakan agar Puan Zaidah sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali. Doakan kami juga, seru-serulah nama kami juga di hadapan kaabah. Moga kami juga cepat sampai ke sana. Jika diizinkan ALLH, mahu juga onesue ke sana bersama husband dan anak-anak. Biar Insyirah dan Najmi melihat dengan mata sendiri apakah itu kaabah, yang selalu dinyayikan dalam lagu 'We're Brothers and Sisters", nyanyian pelajar Genius Aulad. Mungkin dengan itu, lebih bererti kepada anak-anak daripada hanya story telling sebelum tidur ataupun story telling semasa solat.

Wallahua'lam

e-Filing (Mudah Tepat Selamat)

Assalamualaikum

Akhirnya dapat juga onesue meluangkan masa untuk mengisi e-Filing dan dah siap hantar pun tadi. Husband onesue juga baru sahaja siap mengisi borang BE (dia masih belum register e-Filing, so still kena isi borang). Dan onesue ada cukai terlebih bayar, seribu lebih, hehehehe...seronoknya. Itulah gunanya buat potongan cukai berjadual dan juga membayar zakat. Husband onesue ada juga kena bayar beberapa puluh ringgit. Kira ok la tu, ye tak?

Untuk kawan-kawan yang masih belum menghantar borang BE, onesue menasihatkan agar cepat-cepatlah berbuat demikian. Jangan tunggu 'last minute' kay. Onesue dah mengalami betapa lecehnya hantar borang BE 'last minute' 3 tahun lepas. Ketika itu onesue menemani husband onesue menghantar borang BEnya. Masih ingat lagi, pukul 8.30 malam kami masih lagi berlegar di keliling bangunan LHDN Klang. Trafik juga masya ALLAH, hampir tidak bergerak kereta. Itulah kami pertama dan terakhir kami mahu mengalaminya. Dan untuk tahun-tahun seterusnya, kami memang berazam untuk menghantar borang BE mahupun e-filing awal

Tapi onesue memang menyarankan agar kawan-kawan semua mendaftar untuk menghantar borang BE online (melalui e-filing la tu). Kenapa? Seperti cogankata e-filing : Mudah, Tepat dan Selamat. Itulah kelebihannya, hehehehe. Sendiri 'elaborate' k.

Ok, selamat mengisi dan menghantar borang BE. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab k.

Wallahua'lam


Monday, April 4, 2011

Takziah untuk Jiranku

Assalamualaikum

This is a very short entry. Onesue baru diberitakan bahawa kawan Najmi semasa di nursery jalan 4C dulu telah meninggal dunia pagi tadi. Arwah adik wawi didiagnosis mengalami leukimia setahun lalu setelah beberapa bulan adiknya, arwah Safiya meninggal dunia di nursery akibat tercekik susu.

Kisah sedih ibu arwah menghadapi kematian arwah adik safiya dan kemudiannya arwah wawi disahkan menghidap leukimia dikongsi bersama semasa onesue mengadakan rumah terbuka tahun lepas. Terkejut kami melihat keadaan arwah : kepala botak dan ke mana-mana sahaja dengan memakai topeng mulut. Dan kehadiran mereka di rumah terbuka onesue juga sudah agak lewat petang, ketika tetamu sudah tiada bagi mengelakkan arwah terdedah dengan jangkitan. Kurang orang, kurang risiko.

Kepada ibu arwah wawi, takziah. Terlalu besar dugaan yang akak terima dalam masa dua tahun ini. Dan kami yakin, akak menerima dugaan sebegini kerana ALLAH tahu bahawa akak dan keluarga mampu menerimanya dengan penuh redha.

Al-fatihah untuk arwah adik wawi.

Najmi masih belum tahu tentang berita ini. Malam ini dia akan tahu bila kami pergi ziarah.

Wallahua'lam

Tuesday, March 22, 2011

Air Terjun Lata Hujan

Assalamualaikum
Hampir seminggu onesue tidak menjenguk blog ini. Onesue bercuti, seminggu di kampung, di Kelantan. Anak-anak paling seronok, maklumlah hampir 4 bulan kami tak menjenguk nenek dan tok wan mereka.

Banyak juga aktiviti yang kami lakukan. Tapi yang pasti, rutin harian bermula dengan menghantar nenek ke sekolah. Nenek kerja la, kesian anak-anak. Petang baru dapat bermanja dengan nenek. Tapi yang pasti, mereka seronok dengan rutin sebegitu.

Pada mulanya, kami merancang untuk ke pantai melawi, di Bachok, tempat perkelahan kami yang wajib tiap kali balik Kelantan tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab kegerunan pada tsunami yang belaku di Jepun minggu lepas. Dan tempat perkelahan kedua adalah di Air Terjun Lata Hujan, hanya 15 minit perjalanan dari rumah mak dan wan. Perkelahan ke sini juga hampir-hampir tidak menjadi memandangkan cuaca yang sentiasa mendung sejak dari hari Isnin sehingga Rabu. Pada hari Khamis, kami nekad saja membawa anak-anak termasuklah Aqilah (sepupu mereka) dan Izzati (sepupu onesue) ke Air Terjun Lata Hujan setelah mendapati cuaca agak baik di sebelah paginya. Kali ini kami hanya pergi mandi, tidak seperti selalunya, penuh dengan bekalan makanan. Maklumlah, perkelahan kali ini umpama langsung tidak dirancang.

Najmi pada mulanya langsung tidak mahu menjengah ke air, tetapi apabila melihat kakak-kakak semuanya di dalam air, dia pun mula teruja.

Najmi dah mula teruja

Sudahnya, agak lama juga memujuk semua anak-anak balik, walaupun pada hakikatnya mereka semua kesejukan.

"Ok,ayah bagi masa 2 minit lagi, lepas tu kita semua balik" kata suami onesue kepada anak-anak

"Alah, kakak tak nak 2 minit, nak dua hari" jawab Insyirah. Aqilah dan Izzati mengangguk sambil terus bermain air


Aqilah, Izzati dan Kakak kesejukan

Sudahnya mereka naik juga setelah mendengar bunyi tembakan. Ada orang memburu ke di sini? Entahlah...Yang penting bunyi tembakan itu berjaya membuatkan anak-anak naik untuk balik

Onesue cerita sedikit ye tentang Air Terjun Lata Hujan ni. Air Terjun ini terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Tempat ini agak popular di kalangan penduduk tempatan. Tambahan pula, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti surau, tandas awam, wakaf rehat dan juga tapak perkhemahan. Kira dah upgrade la juga tempat ini. Seingat onesue, tempat ini hanya sekadar air terjun dan sudah menjadi kebiasaan untuk kami semasa kanak-kanak ke sini untuk mandi. Cuma agak sayang sekali kerana kemudahan yang dibina ini tidka dijaga sebaiknya. Tandas teramatlah kotor, kawasan sekeliling juga penuh dengan sampah, tidak seperti dulu-dulu. Harap ada la pihak berkuasa tempatan yang akan menguruskan kembali tempat ini. Sayang sekali kalau dibiar begitu sahaja tanpa penjagaan sewajarnya. Yelah, sebagai anak jati di kampung berdekatan, ingin juga onesue 'promote' kepada rakan-rakan untuk ke sini. Bangga juga mempunyai pusat perkelahan di kampung sendiri, ye tak? Cuma lebih elok jika keadaannya bersih dan terjaga. Lagipun, kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Baiklah, penat la pulak. Tidur dulu la ye, anak-anak pun sudah sibuk meminta susu. Lain kali, onesue update lagi k

Wallahua'lam

Friday, March 11, 2011

Hadiah untuk Ummi


Assalamualaikum

Agak lama juga onesue tidak meng'update' blog ini. Super sibuk pula minggu ini. Dan rasanya sudah tidak sabar lagi untuk menikmati percutian selama seminggu, harap tanpa gangguan. Rasanya onesue sudah tersangat 'saturated'. Perlu rehat untuk mengurangkan tekanan kerja. Semoga selepas seminggu, onesue akan kembali bekerja dengan penuh semangat, penuh bertenaga, insyaALLAH.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga meng'upload' gambar putera kesayangan dengan hadiah yang dibuatnya untuk ummi.....Sedang sibuk didapur, tiba-tiba sahaja dikejutkan oleh Najmi dengan nada suara yang sangat gembira 'Ummi, hadiah untuk ummi'. Terharu dibuatnya. Semoga Najmi Hanif akan membesar sihat dan sentiasa bermanfaat untuk agama yang suci ini. Semoga seluruh hidupnya didedikasikan untuk ALLAH, insyaALLAH.

Wallahua'lam

Monday, February 21, 2011

My kind grandma

Assalamualaikum

Onesue kepenatan hari ini. Melihat jadual 'preventive maintenance' yang masih belum di'update' lagi setelah ditegur sejak sebulan yang lepas sudah cukup untuk memulakan migrain yang dahsyat. Belum lagi pening memikirkan sikap cikgu tadika yang sangat tidak bertanggungjawab membiarkan Insyirah meluru keluar ke pintu pagar tanpa memakai selipar. What if ada kereta yang laju ketika itu? Dan cikgu itu hanya memandang tanpa mengejar pun. Nasib baik onesue 'drive' kereta dan melalui jalan tersebut setelah penat berjalan menghantar Insyirah dan Najmi ke tadika. Belum sampai 10 minit pun rasanya, Insyirah sudah kelam kabut. Apa yang sebenarnya tejadi, penat untuk diambil tahu.

Sedih memikirkan semua ini, mengingatkan onesue kepada kehangatan arwah nenek. Rasanya dialah tempat onesue mengadu dulu. Pemergiannya ke rahmatullah, benar-benar membuat onesue sunyi, tiada lagi tempat bergantung harap meluah perasaan gundah mahupun gembira. Semuanya hanya terbuku, terpendam di hati.

Mendengar lagu dendangan anak-anak Genius Aulad 'My Kind Grandma', benar-benar mengganggu perasaan onesue. Mungkin hati tengah risau dengan pelbagai benda hari ini, membuatkan lagu itu benar-benar membuai rasa hari ini.

'I love my grandma, she's kind to me, she always there to comfort me, with all my heart i will pray,bless my grandma everyday, when i am ill, she is there for me......'

Teringat saat-saat kami berjalan ke kampung sebelah, singgah mengambil ubi kayu di kebun di tepi sungai....Dengan bangganya arwah memberitahu orang kampung 'inilah cucu aku, baru darjah dua tapi dah khatam Al-Quran'. Arwah tak berbangga dengan kehebatan onesue mendapat nombor satu dalam setiap peperiksaan dari darjah satu sehingga darjah dua (pada waktu itu). Arwah rajin belajar mengaji, kadang-kadang dimintanya onesue mengajarnya surah Yasin. Masih terngiang-ngiang arwah sedang menghafal sifat 20, tak pun arwah menghafal 99 nama Allah.

Arwah hidup dengan penuh kesederhaan. Maklumlah, kami bukanlah orang senang. Ketika mak membawa kami balik ke kampung (mak dapat pindah kerja ke Sekolah Menengah Ladang Kerilla), umur onesue baru sahaja 8 tahun. Kami tinggal bersama arwah di rumah yang paling cantik di kampung pada waktu itu, terletak betul-betul di atas bukit Kampung Bukit Langsat. Kononnya, arwah datuk dahulu seorang pendekar dan bertarung menentang jepun. Kampung akhirnya bebas dari serangan Jepun dan arwah datuk mendapat kelebihan tanah di puncak bukit.

Rumah itu sangat cantik, dibina tanpa sebarang paku. Sayangnya, ia sudah tiada sekarang.Serpihan papan masih ada di rumah mak su, buat pengubat rindu.

Arwah adalah lambang ketabahan seorang wanita. Membantu arwah datuk membesarkan anak-anak dengan berkebun, bersawah, menoreh getah dan menjual hasil kebun. Dari mak, onesue tahu arwah sentiasa berjalan berbatu-batu, menjunjung hasil kebun untuk dijual di pasar.

Arwah juga menjadi tempat anak-anaknya berlindung ketika angin arwah datuk tidak baik. Darah pendekar yang ada dalam diri datuk membuatkan dia amat senang untuk 'baran' tetapi arwah neneklah kusyennya. Begitulah hubungan suami isteri yang sepatutnya kan? saling melengkapi.

Hujung minggu, tak ke sekolah, onesue akan menghantar bekal kepada arwah ke kebun getah di 'sabung'. selalunya onesue akan ke bangsal getah dan menjerit 'mok, mano nok letok beka nih?'. Dari jauh terdengar suara arwah sayup-sayup menjawab 'gatung tinggi sikik, takuk babi make'. Jika onesue tidak sibuk membantu mak dengan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik, onesue akan kembali lagi ke bangsal dalam pukul 9 pagi untuk membantu arwah menggelek getah keping, tak pun mengutip getah sekerap yang kami selalu panggil 'pok'.

Masih teringat lagi ketika musim banjir, mengikut arwah nenek ke tepi bendang, memasang jala kecil. Dapat la ikan untuk dibuat lauk ketika musim tengkujuh. Tak pun, pergi menggali ubi untuk direbus. Ubi panas dengan kelapa amatlah sedap dimakan di musim tengkujuh. Tak pun, pulut dengan kelapa dan ikan kering, meleleh air liur dibuatnya.

Teringat ketika musim menuai padi, selalunya arwah akan membentangkan tikar besar di laman rumah, menjemur padi. Tugas kami adalah menjaga padi tersebut dari dimakan ayam. Macam-macamlah idea yang keluar seperti memasang tali penuh dnegan tin kosong di sekeliling tikar. Tidak perlulah kami mengejar ayam setiap kali, hanya perlu menarik tali dari atas rumah sahaja, bijak kan?

Rasanya tidak akan habis bercerita tentang kenangan bersama arwah. Terlalu istimewa, terlalu banyak. Sayangnya tidak ramai orang terdekat menghargai arwah, Ketika arwah sakit, dia pernah berkata 'oghe lua lagi saye ko mok, tapi anok-anok mok.....'. sebulan sebelum arwah pergi, onesue sempat meluangkan masa sebanyak mungkin bersama arwah. Ketika itu onesue sedang menunggu masa untuk ke universiti. Masih terasa hangatnya tangan arwah memeluk onesue ketika onesue mejahit tudung labuh pertama onesue, bangga katanya. Arwah bercerita tentang di mana diletaknya kain batik untuk disedekahkan kepada orang yang memandikan jenazahnya dan betapa sayunya hati bila arwah cuba menyekat air paip dari ke bawah bukit untuk memenuhkan air kolah, tetapi ada orang membuang sekatan itu. Air kolah itu katanya untuk memandikan jenazahnya nanti. dan arwah terus berceloteh, di selang selikan dengan tangisan meminta agar onesue menjaga mak, jangan dibiarkan mak menangis kerana mak adalah anak arwah yang baik. Tak sanggup dia melihat mak menangis. dan arwah juga meminta onesue sedaya upaya menjaga adik-adik supaya tidak berpecah belah seperti anak-anaknya, Ketika itu, onesue langsung tidak menjangka itu adalah amanat dari arwah, semasa hari-hari terakhir bersamanya.

Ketika bersedih, ketika terasa lelahnya hidup ini, kata-kata semangat dari arwahlah penguat semangat. Jika arwah masih hidup, mungkin hidup onesue lebih bersemangat dari sekarang, mungkin lebih bewarna-warni dari sekarang, mungkin juga mak lebih bersemangat dan lebih gembira dari sekarang. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya kan? Allah tidak pernah menganiayai hambaNya malah kita sendiri yang menganiayai diri kita sendiri. DIA telah mencaturkan perjalanan hisup yang tebaik untuk kita.

Onesue redha dengan pemergian arwah. Semoga arwah tenang disampingNYA, jauh dari busuk hasad dengki, jauh dari penganiayaan manusia-manusia yang lupa diri Al-fatihah untuk arwah nenek yang tersayang, CHE BIDAH.

Kak long sangat merindui 'Mok'.

Wallahua'lam

Thursday, February 10, 2011

Ekspedisi ke Gunung Datuk

Assalamualaikum

Onesue ingin berkongsi idea paling gila yang akan onesue buat sejak 10 tahun yang berlalu dengan penuh kesederhanaan iaitu 'Hiking' di Gunung Datuk!.

Kilang menganjurkan aktiviti konon2nya 'team bulding' di Gunung Datuk. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang teridir dari eksekutif and juga 'technicians'. Kumpulan ini juga sedang berentap dalam perlawanan bola tampar di kilang. Mentang-mentang la sekarang ni kilang tengah 'shutdown' untuk pemeriksaan tahunan 'boiler' oleh JKKP, bergembira semua orang bersantai-santai. Petang semua ke padang bola tampar. Sebenarnya, tiada yang betul-betul pandai main bola tampar pun tapi seronok juga cuba menunjukkan skil yang macam-macam tu.

Onesue telah meninggalkan bidang ini sejak 1998, setelah grad dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Dulu onesue adalah 'kapitan' pasukan bola tampar wanita sekolah dan kami pernah mewakili sekolah-sekolah berasrama penuh Zon Utara. Masa itu, onesue penuh bersemangat bermain bola tampar, tergolek, terlentang semasa bermain adalah perkara biasa dan sa kit belakang selepas setiap perlawanan juga adalah perkara yang amat-amat biasa (tidak sedar tulang belakang semasa itu sudah mula membengkok). Seingat onesue, untuk ke perlawanan anta sekolah berasrama penuh, cikgu telah menghantar kami berlatih bersama kumpulan bola tampar wanita Sekolah Jenan yang juga merupakan sekolah sukan khas untuk bola tampar Kedah, hanya untuk belajar mengambil 'serve' maut dari mereka. memang 'serve' mereka amat dasyat. 'Berlatih hanya untuk mengambil 'serve' kencang/maut dengan sempurna.', pesan cikgu.

Onesue dulunya, diulangi 'dulunya' terkenal juga dengan 'serve' maut, tapi xla sehebat mereka di Sekolah Jenan itu. Selalu perkataan yang biasa didengar apabila onesue ingin 'serve' adalah 'woii, elok-elok, kapitan Jenan nak serve'. Hehehehe...Tapi itu semua tinggal kenangan....Bahu dah pernah 'dislocated', tulang belakang sudah agak bengkok, lutut juga pernah menjadi mangsa kemalangan motosikal, pergelangan kaki kanan juga pernah 'dislocated', so sila beritahu adakah onesue masih boleh seperti dulu? Jawabnya tentulah 'tidak' sama sekali. Dan 'serve' onesue sekarang hanyalah 'serve' yang biasa-biasa sahaja.

Selepas melahirkan dua cahaya mata ini, tulang belakang juga semakin bengkok, boleh dirasa bahagian belakang yang tidak sekata, membuatkan onesue amat menghadkan aktiviti lasak.

Selepas ke kapal Puteri Mahsuri, Langkawi tahun lepas, nampaknya ekspedisi ke Gunung Datuk kali ini langsung tidak dapat dielakkan walaupun terdapat beberapa 'halangan'. Tidak pasti dengan keadaan onesue selepas 'hiking' tetapi hanya mampu berdoa agar keadaan tidak terlalu teruk, jauh dari suami untuk membantu.

Well, ada ahli kumpulan yang perlu dipimpin (onesue sebagai ketua kumpulan? terima saja la). InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Kumpulan kami adalah kumpulan hijau, rasanya tiada antara kami yang extravaganza pun, onesue sendiri tidak faham bagaimana spemilihan ahli kumpulan dibuat (berdasarkan kriteria tertentu atau mungkin ada undian rahsia?). Sedar-sedar, sudah ada lima kumpulan, hehehehe. Dan kumpulan kami digelar kumpulan 'muslimah'. Entah dai mana nama jolokan datang, hairan juga kerana hanya onesue seorang sahaja perempuan dalam kumpulan itu. Dan hairannya, kumpulan kami juga dilabel sebagai kumpulan yang 'kuat' dan pandai bermain bola tampar. Rasanya biasa sahaja, semua ada skil yang 'macam-macam'. Setakat ini, kami hanya memenangi satu game daripada tiga game. Hanya cuba berseronok, rasanya kami tidak pernah memikirkan soal kalah menang., yang penting semua orang dapat merasa bermain bola tampar bersama-sama. InsyaAllah, kami akan cuba berseronok dan mengharungi susah senang bersama di Gunung Datuk juga hujung minggu ini.

Berbalik kepada Gunung Datuk. Dimanakah Gunung Datuk ini? Rasanya Gunung Datuk ini terletak dalam Daerah Rembau, hanya 2 jam perjalanan dari Pulau Carey. Terdapat kemudahan chalet dan kemudahan 'jungle tracking'. Tapi kami akan tidur di dalam khemah, tapi itu bukan masalah besar rasanya.

Gunung Datuk ini khabarnya setinggi 870m, ramai yang tidak faham kenapa ia dipanggil gunung kerana ketinggiannya yang sederhana itu.

Macamane kesudahannya? Tunggu hari ahad ini. Onesue akan postkan cerita ketika kami di sana (kalau larat la ye). Doakan keselamatan kami semua ye.

Well, kepada team bola tampar wanita SMSAH 1993 - 1997, seingat onesue : Olivia, Filty Joutip, Achik, Taty dan siapa yang namanya onesue tidak senaraikan di sini, onesue amat rindukan kamu semua. Bila bermain bola tampar 'suka-suka' di kilang, memang terasa hangatnya rindu itu kepada mereka semua. Suka duka kita bersama semasa misi memburu pingat selama bertahun-tahun memang tidak dapat dilupakan. Semoga kamu semua sihat dan bahagia di sisi keluarga tersayang

Wallahua'lam

Sunday, February 6, 2011

Jalan-jalan ke majlis kahwin

Salam ukhuwwah,

Onesue ingin berkongsi tentang aktiviti kami sekeluarga semalam. Pagi, setelah siap kerja rumah rutin, kami bergegas ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya. Classmate my hubby semasa di MRSM Serting akan melangsungkan perkahwinannya di Masjid ini. Pada mulanya, kami agak sangsi setelah sampai ke perkarangan masjid. Sunyi, orang tidak ramai. Tidak terasa kemeriahan seperti majlis kahwin yang biasa-biasa. Kemudian, kami ke bahagian aktiviti masjid, barulah ternampak inlet ke dewan, ada bunga-bungaan dan dewan yang di 'set up' untuk majlis perkahwinan. Kemudian, barulah kami ternampak banner majlis perkahwinan, lega rasanya. Tidak la kami tersalah tempat.

Inilah kali pertama kami melihat pengantin dengan busana berwarna hitam. Unik dan cantik juga, lari dari warna kebiasaan. Banner perkahwinan juga berwarna hitam dan kad jemputan perkahwinan juga berwarna hitam. Ya Allah, kami baru perasan.

Kami beredar selepas makan dan melihat pengantin sampai. Tahniah diucapkan kepada Adila Aizah Binti Haji Abdul Halim dan pasangannya, Redzuan Nasir Bin Ramli. Semoga kalian berjaya membina rumahtangga sakinah. Amin

Kemudian, kami pulang ke kampung di Jenderam Hulu. Sebelum itu kami singgah di Taman Warisan, Putrajaya untuk membeli cendol memandangkan bapa mertua onesue amat sukakan cendol. Sesampai kami di rumah, barulah kami tahu yang hampir seisi rumah demam. Adik ipar baru sahaja sihat dari demam panas, bapa mertua masih demam dan mak mertua bari sihat dari batuk. Walaupun kurang sihat, cendol yang kami beli habis juga.

Anak-anak saudara semua ada di rumah mak mertua. Insyirah dan Najmi penat bermain dengan sepupu-sepupu mereka, bermain kejar-kejar, sembunyi-sembunyi. Basah rambut mereka bermandikan peluh. Seronok mereka semalam.

Seronok menjadi kanak-kanak, tidak perlu risau dengan bebanan hidup ini dan tidak perlu dipertanggungjawabkan atas apa-apa perkara. Bermainlah anak-anakku, 'explore' the world, enjoy your childhood life. Semoga Allah melindungi kamu berdua. Amin

Wallahua'lam

Wednesday, February 2, 2011

Resah dan 'down'

Salam Ukhuwwah,

Hari ini merupakan hari yang agak 'busy' dan hari yang agak 'down'.

Kenapa? 'Busy' kerana sibuk mem'print' manual ISO, maklumlah minggu depan ada 'Internal Audit'. Orang yang sepatutnya meng'edit' manual ini sejak bulan Nov 2010 tidak melakukannya. Sudahnya, terpaksalah onesue meng'edit' sendiri. Pelik rasanya apabila onesue akan meng'audit' bahagian yang onesue 'edit' manual atau SOPnya tadi. Maksudnya, onesue seolah-oleh meng'audit' diri sendiri, hihihi.....Pelik kan? Tapi benar-benar berlaku. Suatu hari nanti mereka akan belajar dan kalau terpaksa onesue meninggalkan syarikat ini untuk memastikan mereka belajar, onesue akan melakukannya apabila tiba waktu yang sesuai

'Down' apabila ex-boss datang dan sibuk berbicara tentang rakan-rakan yang mempunyai hajat untuk bertukar kerja. Dan dia sebagai seorang ex-boss seolah-olah merestui dan menggalakkan mereka bertukar kerja. Sebelum ini, semua orang tenang dan sibuk dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan, usaha untuk memastikan kami semua berjuang ke titisan darah terakhir sebelum boleh angkat bendera putih.

Dan semua ini membuka kembali luka lama. Saat-saat dijadikan kambing hitam, difitnah oleh orang yang selayaknya dulu dijadikan sifu. Mungkin kerana dia dianggap sifu, maka luka di hati onesue agak dalam, parutnya juga agak tebal sehingga terlalu senang untuk diingat kembali.

Maaf? Tak pernah pun dia meminta maaf tetapi onesue dah pun lama memaafkan. Cuma disebabkan parutnya terlalu tebal, maka agak mustahil untuk dilupakan. Senang kata, akan kuingat sehingga mati. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang onesue tulis di sini. Tetapi hakikatnya, memang sukar untuk melupakan walaupun kemaafan telah lama dihulurkan.

So, kepada kawan-kawan di luar sana, elakkan menjadikan rakan kita sebagai kambing hitam dan bahan umpatan. Tiada baiknya. Sudahnya, kita melukakan hati rakan kita dan akhirnya kita juga yang rugi. Bayangkan jika kita yang dijadikan kambing hitam, bagaimanakah perasaan kita? Tepuk dada, tanya iman dan tanya kewarasan kita.

Wallahu'alam

Sunday, May 9, 2010

Sehari bersama anak-anak



Salam ukhuwwah,

Satu lagi hari yang penuh dengan aktiviti hanya dengan anak-anak. Pagi dimulakan seperti biasa, memasak sarapan pagi. Hari ini hanya nasi goreng tapi anak-anak makan dengan berselera sekali walaupun sekali sekala terpacul perkataan 'ayah' dari mulut mereka. Sudah mula merasakan kerinduan pada ayah mereka rasanya. Harap suamiku yang tersayang berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt.

Kemudian anak-anak dengan penuh bersemangat mandi dan bersiap-siap. Janjiku dari semalam untuk membawa mereka ke pusat perodua servis alam megah dan kemudian ke carrefour bukit rimau. Kali ni kami agak lama di pusat servis tersebut. Nasib baiklah pusat servis ini menyediakan bilik menunggu yang memang selesa untuk pelanggannya, memang selesa dan luas sehinggakan anak-anak puas berlari berkejaran. Maklumlah, dua jam lebih menunggu, anak-anak bermain sehinggakan mereka surrender dnegan sendiri (penat la tu). Malah mereka siap baring di atas carpet sambil meminum susu. Akhirnya kereta siap diservis, setelah hampir dua jam setengah menunggu. Anak-anakku yang tersayang melompat kegembiraan. Mereka sudah tidak sabar lagi hendak ke carrefour, nak jumpa ayah mi kata mereka.

Sampai di sana, barulah ku perasan, pusat mainan kanak-kanak di tepi foodcourt telah dibuka. "Alamak, masalah besar ni". Terus onesue bawa anak-anak ke tingkat bawah, kfc untuk lunch. Nasib baiklah anak-anak tidak perasan. Alhamdulillah.

Berselera mereka makan ayam, nugget n fries. 'Kan ke best kalau ayah ada sama' Ayat itu terpacul keluar dari mulut kakak. Kasihan mereka, rindukan ayah. Semoga Allah berikan mereka kekuatan untuk menghadapi dugaan perpisahan sementara ini. Well, di bawah adalah gambar anak-anak di kfc tersebut, seronok dengan mainan masing-masing.


Tiba-tiba teringat kepada adik-adik lelaki onesue. Macamane dengan yang berada di cheras tu agaknya. Doa onesue agar Allah limpahkan hidayah kepada adik-adik onesue termasuk diri onesue sendiri, anak-anak dan suami onesue untuk terus mencintai Allah, mengingatiNya setiap masa dan tergolong dalam golongan hambaNya yang solat. Kalaulah kami tidak termasuk dalam golongan itu, alangkah ruginya. Bak kata orang, sudahkan miskin harta, malah hina di mata Allah. Ya Allah, perkenankan permintaankun ini dan bukakanlah pintu rezeki yang halal seluas-luasnya kepada kami. Dan janganlah ENGKAU jadikan kami hambaMu yang lalai dnegan harta tersebut sebaliknya jadikanlah kami hambaMu yang semakin bertambah-tambah rasa syukur padaMu dan akan kai gunakan harta tersebut untuk kebaikan. Amin

Saturday, March 13, 2010

Diari hari ini

Salam Ukhuwwah,

Onesue baru sahaja sampai ke rumah. Tadi ke stesen bas Shah Alam bersama adik onesue, lan, anak-anak, menghantar suami onesue menaiki bas ke Johor. Dia akan ke kepulauan Riau untuk 'commission' boiler di salah sebuah kilang sawit kepunyaan Tabung Haji. 'Abang mungkin lama di sana, sebulan. Abang tidak pernah 'commission boiler' sebesar ni. Tekanan dalam 40 bar. Jaga anak-anak dan jaga diri ye' Itu pesan suami onesue kepada onesue tadi.

Well, hari ni ada dua berita gembira. Emi memberitahu bahawa dia berjaya dalam temuduganya dengan Carrefour tadi, gajinya RM2000, jauh lebih tinggi dari kerjanya sekarang. Mungkin rezeki dia, maklumlah dia tengah pening mengumpul duit untuk kahwin. Lan juga telah mendapat kerja di Kota Kemuning sebagai technician. Gaji permulaan RM900. Alhamdulillah, biar dia ada pengalaman bekerja dan pengalaman itu yang akan mematangkan dia untuk kebaikan dunia dan juga akhiratnya. Alhamdulillah, semoga rahmat dan nikmat yang Allah berikan ini akan berkekalan dan memberikan kebaikan kepada kami semua, Amin

Wallahua'lam

Wednesday, November 11, 2009

Najmi Di Hospital

Salam Ukhuwwah,

Sekali lagi onesue dan suami di hospital. Berikut adalah rentetan perkara yang berlaku bermula dari Hari Jumaat lepas.

Hari Jumaat, 6 November 2009
onesue agak risau dengan keadaan Najmi yang langsung tidak mahu menjamah makanan. Pada malamnya, kami menyambut Hari Lahir Najmi dan Insyirah (in advance) dengan membelikan kek untuk setiap seoarang. Memandangkan nenek dan tok wan mereka ada di rumah, kami rasa inilah waktu terbaik untuk menyambutnya. 'Selamat Hari Lahir, permata hati umi dan ayah. Semoga Allah akan memelihara kamu berdua dari fitnah dunia dan semoga Allah tidak mewariskan kejahilan umi dan ayah semasa muda kepada kamu berdua. Semoga kamu berdua adalah calon penghuni syurga dan dijauhkan Allah dari siksa api neraka yang amat keras. Amin'

Hari Sabtu, 7 November 2009
Onesue memerhatikan terdapat ulser di bahagian dalam bibir atas Najmi. Patutlah dia langsung tidak mahu makan. Sakit rupa-rupanya. Insyirah pula bangun dnegan mata kiri yang sepet. Ya Allah, nsyirah dapat sakit mata. Kasihan anak-anak umi. Sebelum kami bertolak ke Melaka, kami singgah di Klinik Zariah. Doktor memaklumkan bahawa pada mulut dan tangan kiri Najmi sudah mula ada tanda-tanda penyeakit tangan, kaki dan mulut. 'Bukan ke penyakit itu amat bahaya?' Bisik onesue sendirian. Setelah mengambil ubat untuk Insyirah dan Najmi, kami bertolak ke Melaka.

Kami ke rumah Mak Ala terlebih dahulu. Mak Ala menjemput kami ke rumahnya untuk makan tengahari. Najmi makan juga sedikit. Kemudian kami bertolak ke Hotel King, check in. Seronok kerana onesue telah menempah 'connecting room'. Najmi dan Insyirah bebas untuk ke bilik tok wan untuk bertemu tok wan, nenek, ayah shah dan mak su mimi.

Kemudian kami ke bandar. Mulanya kami menaiki menara taming sari. Kali ini Najmi yang menangis, kakak sudah 'steady'. Seterusnya kami menaiki bot menyusuri dataran sungai melaka. Jauh juga perjalannya (9 km). Bak kata celcom, 'berbaloi-baloi'.

Hari Ahad, 8 November 2009
Kami ke MITC. Segak Shah dalam baju konvonya. Dan onesue dapat melihat airmata yang tumpah dari mata mak. Sebak dan bahagia agaknya kerana Shah sudah berjaya menamatkan pelajarannya dan telah pun mendapat pekerjaan. Kemudian kami ke rumah bekas bos onesue, En Masno yang terletak di taman tasik. En Masno tiada di rumah, dia di hospital Johor Specialist. Diam-diam Puan Azidah tidak memaklumkan kepada kami. Tetapi kami tetap disambut meriah oleh Puan Azidah. Hilang juga rindu pada Puan Azidah. Teringat masa onesue masih 'hijau' dalam dunia pekerjaan. En Masno dan Puan Zaidah lah orang yang bertanggungjawab membentuk onesue hari ini. Semoga Allah membalas budi kamu berdua, Amin. Dan kepada Puan Azidah, semoga Allah terus mengurniakan kekuatan menghadapi keadaan En Masno yang tidak menentu. Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya. Di setiap kesulitan dan kesusahan, terselit sesuatu yang indah, insyaAllah. Kita hanya perlu sentiasa bersangka baik kepadaNya.



NAjmi pula langsung tidak mahu makan. Air liurnya sentiasa mengalir. Agaknya mulutnya tersangat sakit. Kami berpisah dengan mak, wan dan mimi di perhentian Nilai. Mereka terus pulang ke Kelantan. Kami pula balik ke rumah. Setelah berehat sekejap, kami ke Hospital KPJ selangor Specialist, membawa Najmi untuk diperiksa. Doktor ada memberikan ubat untuk menahan sakit dan juga mengecutkan tonsil Najmi yang semakin membesar.

Hari Isnin, 9 November 2009
Mata Insyirah sudah ok tetapi onesue pula mendapat jangkitannya. Najmi semakin teruk. Langsung tidak dijamahnya walau sebutir nasi. Bubur nasi pun dibuangnya. Air langsung tidak diminum. Hanya minum susu. Itupun 3 botol sahaja sepanjang hari. Dan dia mengamuk teruk, lapar agaknya. Najmi yang kami kenal adalah budak yang sangat suka makan. Hari ini sudah masuk hari kedua dia langsung tidak menjamah makanan. Suami onesue mengambil cuti untuk menjaga anak-anak. Dengan sakit yang mereka hidapi, adalah tidak adil sekiranya mereka dihantar ke nursery.

Hari Selasa, 10 November 2009
Keadaan Najmi semakin teruk. Hanya berbaring dan tangisannya juga hampir tidak dapat didengari. Kami membuat keputusan untuk membawa Najmi ke Hospitak KPJ Selangor Specialist. Kali ini Najmi mesti berjumpa dengan pakar kanak-kanaknya iaitu Dr Ling.

Najmi telah didiagnosa positif untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut. Terpaksalah dia di tahan di wad. Insyirah pula terpaksa dihantar balik ke rumah mentua disebabkan penyakit NAjmi ini mudha berjangkit, manakala onesue pula masih sakit mata. Kasihan anak-anak, terpaksa dipisahkan. Insyirah juga kasihan kerana belum puas bermain dengan ayah, terpaksa dihantar ke kampung. Khabar dari Nursery, memang terdapat budak yang sakit mulut, tidak berselera hendak makan. Berjangkit dari sanalah agaknya.

Najmi di hospital dengan ayah sahaja. Suami onesue memaklumkan Najmi ok bersama dia. Agaknya Najmi pun masih rindukan ayah, sebab itulah dia langsung tidak kisah tidur bersama ayahnya sahaja. Onesue pula sunyi di rumah sendirian.

Hari Rabu, 11 November 2009
Najmi sudah boleh makan. Ayam goreng, roti, air soya, air milo, nasi. Alhamdulillah. Semoga Najmi cepat sembuh. Semoga umi juga cepat sembuh. Supaya kita dapat mengambil kakak dengan segera.

Dugaan yang Allah berikan kepada kami ini, kami terima dengan hati terbuka. Lagipun, kita ini milik Allah. Dia berhak untuk menurunkan apa sahaja dugaan malah kebahagiaan kepada kita. Allah sayangkan kami, Allah mahu kami sentiasa kekal mengingatiNya dengan menurunkan sedikit dugaan dan cabaran.

Wallahu'alam