Monday, August 11, 2008

Memulihkan sayang suami yang pudar

Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan. Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya.

Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.

Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).
Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.

Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.

Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.

Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.

Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.

Apa yang anda boleh dilakukan

  • Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
  • Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
  • Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
  • Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
  • Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
  • Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
  • Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
  • Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
  • Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
  • Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
  • Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.
  • Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
  • Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
  • Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.

Oleh : Sadatul Mahiran Rosli

Sumber : http://www.utusan.com.my/

CINTA YANG ABADI: Awas, demi kebahagiaan rumah tanggamu!

Salam Ukhuwwah,

Onesue tertarik dengan puisi dari blog ini. Onesue letakkan bait2nya...selebihnya sila ke link di bawah:

Melihat insan-insan yang sering bercouple tanpa ikatan sah membuatkan saya gementar buat seketika. Semoga mereka yang berbuat perkara-perkara dosa tersebut dapatla bertaubat cepat sebelum berkahwin.

Tahukah bahawa perkahwinan itu suatu tanggungjawab yang besar..? Selepas berkahwin, kita bakal mendapat anak yang mana merupakan amanah daripada Allah, bertanggungjawab menguruskan keluarga agar berada dalam redhaNya, dan bermacam keperluan lain yang perlu diuruskan. Bukankah itu merupakan suatu beban yang agak berat juga?

Oleh sebab itu, hati ini memang takut melihat insan-insan yang banyak buat dosa sebelum kahwin ni. Siapa yang nak tolong permudahkan urusan itu semua kalau bukan Allah taala? Macamana perkahwinan kita nak berkat kalau sebelum kahwin kita tidak menjaga pergaulan dengan pasangan kita? Mahukah kita terseksa sampai mati? Tidak kah kita mendengar pelbagai kes-kes rumit rumahtangga seperti penceraian, main kayu tiga dan sebagainya? Tambahan lagi kehidupan selepas perkahwinan adalah hingga ke akhir hayat kita. Tak sanggupnya saya tersiksa begitu lama.

Oleh itu bersabarlah, hari bahagia bakal menjelma jua.. Ingatlah setiap perkara yang kita buat ada balasannya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya dan petunjukNya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah puisi yang dikarang oleh sahabat yang saya anggap sebagai kakak saya sendiri. Mari kita hayati bersama.

Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian
Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang

Sahabat
Dayuskah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu

Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati
Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu

Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.
(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman )

Umairah SH
21 Mac 2007

UKM

Klik di bawah ini ye :
CINTA YANG ABADI: Awas, demi kebahagiaan rumah tanggamu!#links#links

Kegembiraanku sempena ulang tahun ketiga

source : www.care2.com

Salam Ukhuwwah...

Onesue ingin berkongsi kegembiraan onesue sempena ulangtahun perkahwinan onesue yang ketiga.

Alhamdulillah, suami onesue selamat sampai ke rumah pada malam 7hb yang lepas. Rasa seronok itu xdapat nak digambarkan. Yelah, dah hampir 3 minggu kami berpisah.

Dan sempena harijadi onesue pd 4hb yang lepas, suami onesue telah menghadiahkan seutas rantai. Alhamdulillah. Sebenarnya bukan hadiah yang diharapkan cuma kepulangan dia dalam keadaan yang sihat dan selamat. Sebenarnya setiap kali suami outstation, sepanjang ketiadaan dia, hati onesue tidak pernah tenang. Sentiasa risau memikirkan keselamatan dan kesihatan dia di rantau orang. Tiap hari onesue berdoa agar ALLAH melindungi dia dari segala bencana, dari segala kejahatan dan hati-hati yang dengki dan khianat.

Walau bagaimanapun, rantai itu juga sangat bermakna untuk onesue, sebagai lambang ingatan dari suami. Semoga kasih sayang kami akan diberkati dan dirahmati ALLAH selama-lamanya. Semoga kasih sayang dan rumahtangga kami juga akan kekal untuk selama-lamanya. Semoga kami berjaya membentuk sebuah keluarga Islam yang sebenar.

To my husband, if u happen to drop by to this blog, I will love you forever, insyaALLAH. Moga setiap perkara buruk dan baik yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga di sekeliling kita, kita jadikan pengajaran dan iktibar. Kerana tidak semua perkara di dalam dunia ini mendapat peluang kedua dan seterusnya. Kita hanya ada satu peluang untuk bermula dan banyak peluang untuk berakhir. Dan peluang yang banyak itu patut kita jauhkan.

Dan bagilah peluang kepada kita berdua untuk lebih mengenali. Hargai kelebihan dan sama-sama kita baiki kekurangan. Yang penting, niat kita untuk membentuk rumahtangga yang bahagia itu mestilah ikhlas kerana ALLAH, kena setia, jujur dan banyakkan doa agar ALLAH pelihara hubungan kita sebaiknya.Semoga kasih sayang kita akan kekal untuk selama-lamanya, insyaALLAH.

Source : www.remembrancestones.com

Wallahualam

Wednesday, August 6, 2008

Dosa kuku panjang

Salam Ukhuwwah,
Onesue dapat ni dari email yang dihantar oleh seorang kawan. Let us read this and jadikan panduan

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Nig'ella

Salam Ukhuwwah,

Onesue nak share satu produk yang onesue rasa sangat mujarab. Ini berdasarkan pengalaman onesue sendiri. Onesue mula diperkenalkan dengan produk DCL ni, Nig'ella oleh adik onesue (dia adalah ahli DCL). Seingat onesue masa tu bulan 11. Anak pertama onesue, Insyirah dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan di kepalanya untuk mengeluarkan darah beku dijalankan dengan segera. Bayangkan pada waktu itu, onesue baru sahaja 3 hari bersalinkan anak kedua, Najmi. Sebaik sahaj onesue keluar hospital, onesue terus bergegas ke HKL untuk melihat Insyirah sebelum dia masuk ke dewan bedah.

Pembedahan berjalan dengan lancar dan selepas 8 hari, tiub di kepala Insyirah dibuka dan tempat luka dijahit dan Insyirah dibenarkan pulang. Walau bagaimanapun, 2 hari selepas itu Insyirah dikejarkan lagi ke HKL kerana tempat pembedahan di kepalanya membengkak. Kali ni cecair badan yang gagal diserap oleh badan dia berkumpul di bahagian itu. Bayangkan pada masa tu kami terasa dah loss hope. Tambahan lagi doktor memaklumkan sekiranya bengkak itu tidak surut, kemungkinan Insyirah terpaksa menjalani pembedahan lain untuk memasukkan tiub kekal yang menghubungkan kepala dan di dalam kulit di leher sehinggalah ke perut. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui perasaan kami semasa doktor memaklumkan perkara tersebut.

Pada ketika itulah dik onesue mengesyorkan agar onesue menyapu Nig'ella ke bahagian berdekatan dengan luka pembedahan tersebut dan memberikan air OXI-PI kepada Insyirah. Sebagai ikhtiar, kami mencubanya. Pada malam pertama Nig'ella disapu, Insyirah tidak tidur lena, merengek dan badan dan kepalanya basah dengan peluh. Dan keesokan harinya, alhamdulillah, bengkak di kepalanya sudah surut sedikit dan Insyirah kembali aktif. Rasanya air OXI-PI benar-benar memberikan kesan. Mungkin air tersebut membantu mengeluarkan segala toksin, ubat tidur dan ubat bius dari badan Insyirah. Rasanya bila dia kembali aktif, badannya mula berfungsi seperti sediakala dan alhamdulillah cecair yang sepatutnya diserap oleh badan dan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan telah berjaya dikeluarkan sedikit demi sedikit. Cukup untuk melambatkan pembedahan kali kedua untuk memasang tiub seumur hidup dan cukup untuk memberi kami masa membawa Insyirah mencuba perubatan alternatif. Alhamdulillah, terima kasih kepada air OXI-PI dan Nig'ella.

Sebulan yang lepas, Najmi mula batuk, selsema, berkahak dan demam. Dan penyakit ni berjangkit kepada kakaknya. Setelah beberapa sesi rawatan dengan klinik dan hospital, kedua-duanya sembuh, alhamdulillah. Tetapi sejak dua minggu yang lepas, Najmi kembali berkahak. Dan kahak ni begitu banyak sehinggakan onesue boleh mendengar dari jauh. Onesue kembali memberikan ubat yang dibekalkan oleh hospital untuk kahak. Setalah seminggu lebih, kahak ini masih tidak hilang. Dan dua hari lepas onesue mula memberikan Nig'ella kepada Najmi semasa dia tidur. Maklumlah Nig'ella ni rasanya tidak berapa sedap. Jadi onesue menitikkan 2 titik Nig'ella ke dalam mulut Najmi semasa dia tidur. Percaya atau tidak, hanya selepas 2 hari, kahak Najmi telah hilang. Alhamdulillah.

Nig'ella adalah habbatus sawda. Apa itu Habbatus Sawda? Terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbah Sawda dan yang paling glamer "Sesungguhnya, Habbatus sawda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )"

Well kawan-kawan, cubalah. Onesue pun bukannya ahli DCL pun tetapi produk ini memang mujarab. Betul la orang kata 'Yang menyembuhkan adalah ALLAH, tapi kita wajib berusaha untuk mencari ubat bagi segala sakit kan?'

Perubatan Islam adalah yang terbaik sebenarnya cuma kita ini yang tidak yakin dan sentiasa mengagung-agungkan perubatan barat.

Wallahua'lam

p/s : Onesue bukannya nak promote DCL tapi pada siapa2 yang berkenan hendak mencuba produk ni, boleh la contact adik onesue di 019-5443874

Tuesday, August 5, 2008

Happy Anniversary

Salam Ukhuwwah semua,

Well, hari ni satu lagi hari yang memboringkan. Suami onesue masih lagi outstation, belum balik. Semalam sudah lepas satu episod yang memboringkan. Hari ni lagi satu.

Sebenarnya semalam adalah harijadi onesue. Tapi hanya dapat sms dan call sahaja dari suami. Apa nak buat, demi tugas, terpaksa la juga onesue menyambut harijadi sorang-sorang.

Walau bagaimanapun, semasa onesue tengah drive dan menghampiri tol RM1 Damansara, onesue mendapat panggilan telefon dari....jeng.....jeng....jeng....cuba teka....siapa? Dari Puan Zaidah la. Rindunya pada dia. Dan syahdunya rasa kerana dia masih mengingati harijadi onesue walaupun sudah hampir 3 tahun onesue menginggalkan kilang jambu. Lagipun katanya senang untuk mengingati harijadi onesue kerana harijadi anak bongsunya, Haidhar adalah pada 5hb, selang sehari sahaja dari tarikh harijadi onesue. Banyak yang kami sembangkan dan alhamdulillah, setelah bertahun-tahun akhirnya Line 1 production sudah boleh digunakan. After all the effort and hard work being putting in the upgrading of line 1 and after such a big losses yang terpaksa ditanggung oleh kilang jambu, akhirnya semua sudah boleh berasa lega. No more quarrel dengan orang ladang semasa musim buah banyak (peak season). Cuma onesue amat berharap agar mereka yang berada di production department akan sentiasa mengamalkan preventive maintenance dan tegas dengan procedure yang harus dipatuhi walaupun ketika plant berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Kualiti mesti diutamakan.

Dan hari ini, eh silap!!! esok adalah anniversary onesue dan suami yang ketiga. Dan alhamdulillah, kami sudah mempunyai dua anak (seorang puteri dan seorang putera). Dan hari ni onesue menyiapkan nukilan untuk suami, nak kasi kad la katakan ! Ni kadnya

Semoga kasih sayang antara kami akan berkekalan dengan rahmat dan keberkatan dari ALLAH swt. Dan azam onesue menuju ke anniversary yang akan datang :
  • Onesue akan berusaha untuk menjadi ibu yang baik pada anak-anak
  • Mendidik mereka sebaiknya untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka
  • Berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami yang tersayang
  • Berusaha untuk menjadi muslimah sejati, untuk suami yang tersayang

Wallahua'lam



Monday, August 4, 2008

Sinar cahaya ayat kursi

Salam Ukhuwwah,
Ni onesue dapat dari email onesue yang dihantar oleh seorang kawan. Harap dapat sebaik-baik manfaat daripadanya.

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'
'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'
Subhanallah. .