Thursday, July 31, 2008

Teddy bear di lautan ais

Very simple to prepare. Jom try !

Bahan-bahan
  • 1/2 mangkuk isi ayam
  • 1/2 mangkuk mayonis
  • 1/4 cawan timun dicincang halus
  • Biskut bercetak beruang

Cara membuatnya

  • Potong halus isi ayam dan rebus sehingga masak. Toskannya
  • Hancurkan isi ayam yang direbus tadi
  • Gaulkan isi ayam dengan mayonis dan timun yang siap dicincang
  • Siap untuk dihidang bersama biskut.

Nota : Masukkan isi ayam yang digaul dengan mayonis dan timun di dalam cawan kertas dan cucukkan biskut di dalamnya

Selamat mencuba!

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2007

Insyirah dan durian

Salam ukhuwwah semua,

Lama juga onesue tidak menulis sesuatu tentang anak-anak. Well, hari ni onesue ingin bercerita tentang insyirah.....dan durian juga.

Sebelum ini onesue cukup teliti dalam memilih pemakanan insyirah. Dan onesue tidak pernah cuba untuk membiasakan insyirah dengan durian. Pertama, kerana insyirah sendiri cukup takut melihat durian, agaknya kerana dia pernah terpegang duri durian. Sekiranya dia ternampak durian, terus meluncur keluar dari mulutnya 'eeeeeeeeeeee' dan dia terus menjauhi durian. Tapi minggu lepas ketika onesue mengopek durian dan mula membaca 'bismillah', insyirah terus datang dan duduk di atas riba onesue sambil berkata 'mi, nak tu'. Dengan was was onesue menyuapkan seulas durian ke mulutnya. Sambil makan, insyirah berkata 'nyam, nyam, nyam'. Terkejut onesue dibuatnya. Sekiranya 'nyam, nyam, nyam' yang keluar dari mulutnya ketika menjamah apa sahaja makanan, itu bermaksud makanan itu amat sedap baginya. Dan tidak putus dia menyebut 'mi, nak gi'.

Melihatkan dia amat suka dengan isi durian itu, onesue pun makan durian dengan secepat mungkin. Ini bagi mengurangkan bilangan isi durian disuap ke mulut insyirah. Takut juga, dia baru sahaja belajar makan durian, sekiranya terus dengan kuantiti yang banyak, takut dia demam pula.

Apa pun sebagai ibu, onesue bangga melihat perkembangan insyirah. Syukur pada ALLAH. Semoga dia akan terus membesar sebagai kanak-kanak normal yang lain. Cuma onesue berharap suami onesue akan dapat pulang dari outstation dengan segera. Terdapat beberapa perkara yang kritikal untuk dibincangkan terutama kedudukan insyirah, samada kami masih tetap dengan keputusan kami untuk menghantar insyirah ke rumah datuk dan neneknya di Jenderam sehingga hujung tahun ini atau kami akan pendekkan masa dia di rumah Jenderam beberapa bulan. Bukan apa, onesue cukup risau apabila melihat perubahan pada insyirah. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ini tiada apa-apa tetapi bagi onesue perubahan-perubahan ini amat membimbangkan onesue. Mungkin betul kata orang-orang tua, ibu mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan anak. Itulah keistimewaan yang ALLAH berikan kepada seorang ibu yang juga merupakan seorang wanita. Semoga ALLAH akanmembantu kami membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Wallahua'lam

Tuesday, July 29, 2008

Pastikan anak anda selamat

Kes kehilangan kanak-kanak yang dilaporkan kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat, Berikut adalah perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa.

Ramai antara kita yang menyangka bahawa kita boleh memastikan anak-anak kita selamat dengan hanya memberitahu mereka supaya jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Malangnya, bahaya kepada anak-anak kita bukan sahaja datang daripada orang yang tidak dikenali. Anak-anak kecil tidak dapat membezakan siapa 'orang yang tidak dikenali', atau 'situasi yang boleh mendatangkan 'bahaya', lebih-lebih lagi kalau mereka didekati oleh seseorang yang nampak baik dan mesra.

Pengawasan yang baik
Ibubapa hendaklah sentiasa memastikan anak-anak kecil mereka diseliakan dengan baik dan tidak dibenarkan keluar seorang diri. Jika anda tiada di rumah, pastikan anak anda ditemani oleh orang dewasa yang anda percayai. Pastikan anak-anak yang lebih besar membawa kawan jika mereka pergi ke mana-mana.

Komunikasi
Luangkan lebih banyak masa untuk berbual dengan anak anda dan mendengar isi hati mereka. Tunjukkan minat terhadap kehidupan anak-anak anda dan bincangkan pengalaman dan aktiviti mereka setiap hari. Galakkan mereka menceritakan kepada anda tentang sebarang situasi atau orang yang membuat mereka rasa tidak selesa, takut atau keliru.

Awasi anak-anak anda sepanjang masa
Pastikan and atahu di mana anak-anak berada dan dengan siapa. Kenali kawan-kawan anak-anak anda dan keluarga mereka. Tunjukkan contoh yang baik dengan memberitahu anak-anak bila anda keluar, atau jika anda lewat pulang. Ini membolehkan anak-anak yang lebih besar faham bahawa anda bimbangkan keselamatan mereka dan bukan hanya 'mengintip' mereka.

Siapa yang menjaga anak anda?
Siasat latar belakang semua orang yang bekerja di rumah anda atau menjaga anak anda dan dapatkan rujukan mengenai mereka. Anda boleh pulang tanpa diduga untuk membuat 'pemeriksaan mengejut' dan dengar maklum balas anak anda tentang penjaganya. Jangan sama sekali tidak menghiraukan aduan anak-anak, lebih-lebih lagi jika mereka mengatakan mereka takut atau tidak selesa dengan seseorang, sekalipun orang itu kawan rapat anda sendiri atau anggota keluarga terdekat.

Orang yang boleh dihubungi
Anak anda seharusnya tahu bagaimana untuk menghubungi anda dalam keadaan terdesak atau cemas. Anda juga patut memberikan nombor telefon anggota keluarga keluarga dewasa yang boleh mereka hubungi sekiranya anda tiada atau sakit. Pastikan anak-anak yang lebih besar mempunyai wang syiling untuk membuat panggilan kecemasan dan simpan catatan telefon yang boleh dihubungi.

Ajar anak anda
  • Lari : Ajar anak anda lari daripada bahaya. Jelaskan bahawa mereka dalam 'bahaya' apabila ada orang datang terlalu dekat dengan mereka atau cuba menarik mereka. Jika ini berlaku, suruh mereka meronta, lari dan menjerit kuat 'Dia bukan ayah saya/ibu saya'. Ingatkan mereka bahawa keselamatan mereka lebih penting daripada budi bahasa.
  • Jangan cakap apa-apa : Beritahu anak-anak anda bahawa mereka tidak perlu mejawab atau bercakap apa-apa bila ditegur atau bila ada oarang yang tidak dikenali mendekati meraka untuk bertanyakan soalan. KAlau orang itu terus mendesak, suruh mereka menjawab 'Saya tidak tahu, saya budak' atau 'Tanyalah orang dewasa' dan terus menjauhkan diri daripadanya.



AMBIL ANAK DARI SEKOLAH

Pastikan pihak berkuasa sekolah dimaklumkan tentng siapa yang menghantar dan mengambil anak anda sari sekolah. Jangan benarkan pihak sekolah membiarkan anak anda mengikut orang lain melainkan anak anda mengikut orang lain melainkan anda telah memaklumkan mereka terlebih dahulu dan minta mereka pastikan bahawa anda telah membuat panggilan sedemikian dengan menghubungi anda menerusi nombor telefon yang anda berikan. Beri mereka nombor telefon anggota keluarga terdekat untuk dihubungi jika berlaku kecemasan atau keadaan yang tidak diduga.

Sentiasa pesan atau ingatkan anak anda supaya tidak mengikut sesiapa yang datang untuk mengambil mereka dengan mendakwa sebagai 'kawan' anda selain pengangkutan biasa tanpa mendapatkan pengesahan daripada guru mereka.



PERATURAN BILA KELUAR

Bla keluar ke tempat awam seperti taman atau kompleks beli belah, jangan biarkan anak-anak anda sendirian. Sentiasa temani anak-anak anda anda bila mereka ke tandas awam. Pastikan anak-anak yang lebih besar pergi ke tandas bersama kawan atau berkumpulan dan jangan pergi seorang diri.

Di kompleks beli-belah atau taman, tunjukkan kepada anak-anak di mana kaunter atau pondok bantuan. Sekiranya anda terpisah daripada anak-anak, ajar mereka supaya tidak mencari anda sendirian. Sebaliknya, suruh mereka pergi ke kaunter atau pondok bantuan untuk mendapatkan pertolongan.

Oleh : Dr Mary Joseph Marret, Pakar Perunding Pediatrik

Sumber : Positive parenting magazine, Vol 1 : 2008, www.mypositiveparenting.org

Friday, July 25, 2008

Pupuk kejujuran pada anak

Pelbagai alasan diberi oleh si manja apabila anda mengetahui dia sudah mula bercakap bohong. Membuatkan anda runsing memikirkan keadaan ini. Bersama NORHASLIZA YUSOFF melihat keadaan ini.

Semua ibu bapa mengetahui bahawa sejak mulai boleh bercakap anak-anak mungkin terjebak dalam percakapan berbohong. Sukar bagi ibu bapa untuk tidak tersenyum atau tertawa melihat anaknya dengan jelas telah berbohong. Ketika ditanya oleh ibunya 'Siapa yang mengambil coklat yang diletakkan di meja makan?' Sarah yang berusia dua tahun itu mengelengkan kepalanya, sementara mulutnya comot dengan coklat.

Situasi ini mungkin akan membuatkan anda berasa hendak memarahinya. Namun memikirkan usianya masih mentah, anda hanya tersenyum kelat. Tetapi ingat jika dibiarkan berlarutan ia akan menjadi tabiat atau habit kepada anak-anak itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk tabiat itu dikikis atau diubah. Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur, bangun awal dan bercakap jujur misalnya adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.

Malah wajar diberi hadiah kegemarannya jika dia berjaya mengekalkan sikapnya dalam satu tempoh. Misalnya dari ulang tahunnya yang ketiga hingga keempat. Mengapa tidak berikan dia hadiah pada hari ulang tahunnya tanda anda menghargainya?

Kanak-kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Ini kerana lazimnya pada usia dua atau tiga tahun, anak-anak belum mencapai perkembangan kognitif atau bahasa untuk melihat adanya hubungan langsung antara yang mereka katakan dan mereka lakukan. Bagi mereka, tindakan lebih penting daripada kata-kata yang sering kali ertinya tidak jelas.

Mereka tahu bahawa perbuatan mereka salah dan bahawa orang tuanya marah, tetapi mereka tidak faham bahawa berbohong juga salah. Bagaimanapun, pada usia 4 tahun, anak-anak mulai faham bahawa berbohong yang dilakukan dengan sengaja adalah perbuatan yang buruk.

Terdapat beberapa macam pembohongan. Pembohongan yang dilakukan semata-mata untuk menghindari hukuman adalah jenis yang paling buruk. Pembohongan yang dilakukan untuk tidak menyinggung perasaan oarang lain dianggap tidak begitu buruk. Pembohongan yang dilakukan untuk menolong bahkan menyelamatkan seseorang, dianggap dapat dimaafkan dan bahkan terpuji.

Menurut Paul Ekman dalam bukunya 'Why Children Lie', ada beberapa alasan mengapa anak berbohong. Anak kecil adalah orang acap kali berbohong. Mereka mempunyai pelbagai alasan sebab apa mereka berbuat begitu. Antaranya untuk menghindari hukuman, untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan atau untuk mendapatkan pujian dari sesama teman sebaya an juga ibu bapa!

Dari segi perkembangan anak, berbohong akan memberi kesan jangka masa panjang kepada kehidupan apabila dewasa nanti. Ini kerana dikatakan berbohong mampu mengganggu perkembangan jiwa dan kehidupan anak secara positif. Penelitian pada anak-anak yang sering berbohong menunjukkan mereka akan bersikap negatif iaitu terlibat dalam tindakan antisosial antara lain menipu, mencuri dan bertindak secara kekerasan. Berbohong juga dikatakan mampu mengurangkan jurang hubungan mesra dan keakraban dengan ibu bapa.

Persoalan apa yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk mengajar tentang kepentingan kejujuran? Dalam hal ini, ibu bapa perlu menunjukkan dan ajar mengenai nilai kejujuran kepada anak sejak anak masih kecil. Tidak ada alasan yang baik untuk berbohong kepada anak. Jika ada sesuatu yang di luar pemahaman mereka, katakanlah secara umum bahawa anda sedang menghadapi masalah tertentu tanpa menerangkan lebih lanjut.

Ibu bapa perlu menanam rasa kepercayaan dalam diri anak. Suami dan isteri perlu menjaga kepercayaan dan kesetiaan masing-masing. Suasana keluarga yang rukun dan saling mempercayai menciptakan perasaan aman dalam diri anak sehingga anak tidak merasa takut untuk bersikap terbuka dan tidak perlu berbohong.

Ganti daripada mengkritik dan memarahi, dengan berbicara dan dengarkanlah terlebih dahulu dari pihak mereka seperti penjelasan dan persoalan untuk mencari jawapannya. Dekatkan anda dengan anak. Dengan ini mudah untuk dia meluahkan apa yang ingin diketahuinya. Ingatlah, dalam peringkat usia ini, anak perlu dibmbing supaya membesar dalam persekitaran yang positif.



TEKANAN EMOSI SI MANJA

Tekanan mosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara.

Jika kanak-kanak ini dimasukkan ke hospital, ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak-kanak tersebut.

Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berbeza-beza mengikut usia masing-masing. Seorang kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan, loya tekak dan muntah-muntah, sakit perut, sakit kepala, pucat dan tidak aktif. Ada yang menjadi tidak bermaya, lelah, sukar tidur malam, kencing malam, menggigit kuku, menarik rambut dan sebagainya.

Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkan tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit, jika wujud dapat dirawat segera. Jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat, keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar, dia menghadapi tekanan emosi


Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2007

Thursday, July 24, 2008

Najmi dan durian

Salam ukhuwwah,

Dah lama onesue x menulis tentang my personal life. Well, hari ini onesue ingin bercerita tentang Najmi. Semua tahu sekarang ini merupakan musim durian. Di mana-mana sahaja kita pergi, terdapat ramai orang mencuba nasib membuka gerai menjual durian. Ayah dan mak mertua onesue juga tidak ketinggalan, cuma mereka tidaklah menjual semua durian dari kebun. Jika ada lebih setelah anak cucu merasa makan, barulah dijual di depan rumah.

Hendak dijadikan cerita, hujung minggu lepas semasa menghantar Insyirah, mak bekalkan tiga biji buah durian untuk onesue. Banyak tu untuk onesue makan seorang. Yelah, husband lambat lagi akan balik ke Malaysia, mungkin dalam masa dua minggu lagi. Tatpi disebabkan mak dah bagi, terima saja la, nanti kecik pulak hati mak, kan? Hati mak sendiri ataupun mak mertua, kedua-duanya kena jaga.

Onesue simpan buah durian tu di bawah coffee table di dapur. Well, sama seperti ibubapa lain yang mempunyai anak yang masih kecil, toto di hadapan tv adalah satu kemestian. Sebelum masuk tidur di dalam bilik dan untuk keperluan anak-anak tidur di waktu siang, toto itu merupakan tempat wajib untuk mereka 'landing', heheh. Seperti biasa, balik saja dari kerja, rutinnya onesue terus ke nursery menjemput najmi. Sampai sahaja di rumah, terus membaringkan dia di atas toto bersama barang mainan dan pasangkan vcd kegemaran najmi 'Alif Ba Ta'. Sibuk la onesue mengangkat kain dan menyapu halaman rumah sekejap. Bila onesue masuk sahaja ke rumah, onesue lihat najmi dah sampai ke tempat simpanan durian, heheh. Dan dia macam kanak-kanak lain yang sentiasa ingin tahu, terus memegang durian tersebut. Apa lagi, menjerit la dia, kesakitan. Sambil menangis, dia mengengsot semula ke atas toto di depan tv. Onesue memeriksa tangan najmi, tiada sebarang luka. Mungkin dia terkejut dengan duri durian yang tajam tu.

Tidak lama kemudian, onesue lihat najmi mengengsot semula ke tempat simpanan durian tu. Tapi kali ini, dia memegang durian dengan perlahan-lahan. Semua bahagian durian itu dipegangnya, diperhatinya dan diperiksanya termasuklah tangkainya. Onesue hanya tersenyum sendirian melihatkan tingkahnya. Betullah kata orang tua-tua dan juga artikel yang onesue dah postkan ke dalam blog ini tidak lama dahulu, biarkan anak asyik bermain dan explore semua benda. Dia akan lebih cepat belajar dengan cara itu. Seperti najmi dan durian, sekali sahaja najmi merasa sakit memegang durian, tapi tidak kali kedua dan seterusnya.....Kepada ibubapa dan bakal ibubapa di luar sana, fikir-fikirkanlah ye.....
Wallahualam

Wednesday, July 23, 2008

Perkembangan anak (1 -2 tahun)

Mendengar lantunan beberapa patah perkataan keluar dari bibir si kecil merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa. Bersama NORZEHAN NGADIRON mengetahui perkembangan bahasa dan komunikasi si kecil.

Bahasa merupakan satu kod yang mengandungi perkataan. Bagaimana pula caranya untuk menghasilkan perkataan dan menggabungkan patah perkataan menjadi sebaris ayat yang sempurna. Ucapan adalah suatu bentuk bahasa lisan.

Setiap kanak-kanak memiliki keunikan dan kadar perkembangan komunikasi yang tersendiri (berbeza-beza). Si kecil lazimnya tidak mampu menguasai kesemua kebolehan sehingga mereka mencapai tahap umur yang tertentu. Oleh itu, anda tidak harus menganggap si anak mempunyai 'masalah' jika pada satu tahap dia tidak menguasai salah satu kebolehan yang seharusnya dimiliki kanak-kanak seusianya.

Dalam menguasai kebolehan bertutur (komunikasi), kanak-kanak berusia 1-2 tahun akan mula menggunakan lebih banyak perkataan berbanding pada usia 7 bulan - 1 tahun. Jika sebelum ini, si kecil akan berusaha menarik perhatian anda dan orang sekelilingnya dengan membuat bunyi yang ada kalanya panjang dan pendek seperti 'tata, upup dan bibibibi'.

Pada usia 1-2 tahun, kanak-kanak mula menggunakan satu ke dua perkataan berbaur persoalan. Misalnya 'Mana Kitty?', 'Apa tu?', 'Pergi mana?' Malah si kecil juga lebih bijak menggabungkan dua patah perkataan dalam pertuturannya , seperti 'nak biskut', 'hendak minum', 'buku mama' dan sebagainya. Bahkan, setiap kali ingin menyebut sesuatu, dia akan menggunakan pelbagai konsonan di permulaan ayatnya.

Ketika mengucapkan sesuatu, anak anda akan memusatkan pandangan matanya ke bahagian badan yang anda sebutkan seperti mata, tangan, telinga dan bibir. Malah dia juga akan melihat kepada objek yang terdapat pada buku apabila anda menyebutnya. Anak anda juga berkemampuan memahami arahan mudah yang diberikan kepadanya. Jika tidak percaya, cuba ujinya dengan persoalan seperti 'Mana Kasut Lily?', 'Ambilkan bola itu?', 'Cium mama'.

Oleh kerana kanak-kanak pada umur begini agak tertarik kepada buku cerita, lagu-lagu dan bunyi muzik yang mudah dan menarik. Anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk mempelbagaikan lagi perkataan mudah agar anak anda mampu mengulangi dan mengingatinya.

AKTIVITI MERANGSANG SI KECIL BERTUTUR
Aktiviti yang sesuai digunakan untuk merangsang perkembangan pertuturan anak-anak sejak lahir hingga mencecah dua atahun adalah seperti berikut:
- Aktiviti mengenal warna
- Mengira objek
- Menggunakan pergerakan seperti melambai tangan sambil mengucapkan 'selamat tinggal'
- Bercakap dengannya ketika anda sedang melakukan sesuatu perkara bersamanya seperti sedang memandikannya, memberi makan, menyusu atau ketika bermain dengannya
- Kenalkan si kecil dengan bunyi haiwan dan terangkan dengan lebih spesifik tentang haiwan tersebut
- Membacakan buku cerita kepada anak-anak. Pilih buku yang memuatkan gambar yang besar, menarik dan berwarna-warni. Buat sesi bersoal jawab melibatkan gambar di dalam buku cerita tersebut untuk merangsang mindanya

TAHUKAH ANDA?
Penggunaan televisyen juga boleh merangsang perkembangan bahasa bagi si kecil. Anda perlu bijak memilih program TV yang sesuai dengan tahap perkembangan umur anak anda

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2007

Tuesday, July 22, 2008

Perkembangan anak (0-12 bulan)

Memang satu pengalaman yang indah bila dapat menghabiskan masa bersama bayi anda. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan dengan cara yang betul dan kreatif untuk membuatkan bayi berasa seronok ketika melakukannya. Bersama NORHASLIZA YUSOFF melihat keseronokan itu.

Tahun pertama, bayi mula belajar dengan begitu pantas di sekelilingnya. Proses pembelajaran itu dialami secara semulajadi, menarik minatnya dan tindak balas kepada persekitarannya. Jadi inilah masanya untuk anda perlu tahu tentang bayi anda.

Pembangunan fizikal

Bayi anda belajar tentang tubuhnya. Bayi menyedari mempunyai tangan dan mula belajar untuk menggunakan tangannya. Dia juga mula belajar bagaimana untuk bergerak.

* Beri bayi anda sedikit masa auntuk bergerak bebas di atas tilam nipis atau lantai. Dengan ini, bayi akan merasa begitu bebas apabila mula bergerak dan kaki, leher, perut dan lengan mula bergerak secara semula jadi.

* Kadang kala biarkan bayi anda tanpa memakai lampin. Dengan ini, dia akan berasa 'bebas'! Lihat pergerakan bayi seakan anda melihatnya sedang menari! Pasti anda dapat merasakan keseronokan bila menghabiskan masa bersamanya.

* Bayi juga perlu menghabiskan masa seketika untuk bermain di buaian, di atas kerusi bayi, permainan dan sebagainya. Apabila peralatan bayi ini menjadi keperluan ibu bapa, mereka tidak perlu secara kerap memberi sokongan kepada pembangunan fizikal bayi.


Tindak balas

Bayi anda juga sibuk untuk mempelajari dan mengingati perkataan, tindak balas di sekitarnya dan tempat-tempat yang pernah dilalui. Dia membesar dengan perasaan kepercayaan bahawa apabila dia menangis orang lain akan memberi tindak balas kepadanya dan bila orang tersenyum, orang lain juga akan tersenyum juga.
*
Semasa anda menghabiskan masa (jika dia atas lantai, anda membongkok badan untuk memandang wajahnya dari dekat) penting untuk anda membina perhubungan komunikasi yang menarik dengannya.

* Sebelum bayi anda boleh bercakap, anda dan bayi berkomunikasi secara menghuraikan bahasa dan bukan lisan antara satu sama lain (Semasa anda memegangnya, bayi anda kan bergerak ke hadapan dan menggerakkan kepalanya yang mana menunjukkan dia mahu anda menjaganya dengan penuh kasih sayang).

Permainan, anak patung dan nyanyian

Bayi sukakan sebarang bentuk permainan. Adakan permainan yang mudah sesuai dengan usianya untuk menarik perhatiannya. Permainan yang dilakukan bersama anda akan membuatkan bayi berasa disayangi.

* Buat permainan berbentuk bunyi-bunyian. Dan cuba ulangi bunyi yang telah bayi anda buat dan tunggu apa yang bayi akan lakukan pula. Ia satu permainan yang sesuai dilakukan berdua antara bayi dan ibu atau ayahnya.
* Bermain 'ba ba chak' untuk menarik perhatian bayi.

* Cubalah memasukkan sehelai kain di dalam sebuah kotak kosng supaya bayi dapat menariknya semula.

* Berikan bayi anda album gambar miliknya sendiri. Namun, pastikan gambar keluarga dan gambar yang menarik perhatiannya dilindungi dengan plastik yang tidak mudah koyak.

* Kemudian buatkan ia seakan buku kecil. Biarkan album itu di lantai berhampiran tempat bayi bermain dan mudah dilihatnya. Ingat, semua barang yang anda berikan kepada bayi anda mesti selamat terutamanya apabila bayi letakkan dalam mulutnya. Inilah cara bayi mengeksploitasi dunianya sendiri!.

Komunikasi

Semua percakapan, mendengar da tindak balas pergerakan bukan sahaja mengajar bayi anda tentang bahasa, tetapi turut membantu membina hubungan anda dengan bayi. Komunikasi yang kerap mampu mengeratkan hubungan ibu dan anak.

* Beritahu kepadanya apa yang anda sedang lakukan misalnya ketika anda menukar lampinnya, dukungnya dan menyuapkan makanan kepadanya. Beritahu kepadanya apa yang anda lakukan semasa memberi kucing makanan atau sedang membaca buku.

*Gambarkan kepadanya apa yang anda lihat ketika dia sedang melakukan sesuatu. 'Nampaknya, ibu kaki sayang sudah masuk ke dalam mulut.' Biarkan dia tahu bahawa anda mendengar apa yang dia mahu katakan. 'Oh, bunyinya seperti tangisan lapar. Adakah sayang mahu beritahu mama masa makan sudah tiba?'
Sumber : MAjalah Pa & Ma, Februari 2007

Monday, July 21, 2008

Apakah perbankan Islam


Perbankan Islam adalah aktiviti perbankan yang dijalankan berdasarkan prinsip Syariah. Perbankan Islam tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan perkongsian untung di dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam.

Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba’ (faedah). Di antara konsep-konsep Islam yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam islah perkongsian untung (Mudharabah), simpanan (Wadiah), usahasama (Musyarakah), kos tokok (Murabahah) dan sewaan (Ijarah).

Bank Islam dan institusi perbankan yang menawarkan produk dan perkhidmatan Islam (bank SPI) dikehendaki menubuhkan jawatankuasa penasihat Syariah atau melantik perunding Syariah untuk member khidmat nasihat dan memastikan operasi dan aktiviti mereka mematuhi prinsip Syariah. Selain daripada itu, Majlis Penasihat Kebangsan yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia (BNM) member khidmat nasihat kepada BNM mengenai aspek-aspek Syariah di dalam operasi institusi-institusi berkenaan termasuk produk dan perkhidmatan mereka.


KONSEP-KONSEP SYARIAH DI DALAM PERBANKAN ISLAM

WADIAH (Simpanan)
Dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana. Seseorang pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin akan diberikan ‘hibah’ (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh bank.

MUDHARABAH (Perkongsian Untung)
Mudhabarah ialah pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperolehi akan dibahagi di antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung seluruhnya oleh pemberi modal.

MUSYARAKAH (Usaha Sama)
Konsep ini biasanya diguna pakai bagi perniagaan usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan sumbangan modal.
MURABAHAH (Kos tokok)
Penjualan barang adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.

BAI’ BITHAMAN AJIL (Pembayaran Jualan tertangguh)
Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu, yang termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui.

WAKALA (Agensi)
PEserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi pihak beliau.
QARDHUL HASSAN (Pinjaman ihsan)
Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam hanya dikehendaki membayar amaun yang dipinjam sahaja. Walau bagaimanapun, peminjam atas budi bicaranya boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya (tanpa berjanji) sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

IJARAH THUMMA AL BAI’ (Sewa beli)
Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama islah kontrak Ijarah (pemajakan/ menyewa) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak kedua iaitu kontrak Bai’ (belian) dimeterai. Sebagai contoh, di bawah kemudahan pembiayaian kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan memajak kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewa tempoh tertentu. Pada akhir tempoh pemajakan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui.

BAI’ AL-INAH (Perjanjian jual dan beli balik)
Pembiaya menjual asset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh dan seterusnya asset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai pada harga diskaun.

HIBAH (Hadiah)
Sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima.

PERBEZAAN DI ANTARA PERBANKAN ISLAM DAN KONVENSIONAL
Perbezaan yang utama di antara perbankan Islam dan konvensional ialah larangan pembayaran atau penerimaan faedah di dalam urusan perbankan Islam. Aktiviti perbankan Islam adalah berlandaskan prinsip dagangan iaitu pembelian dan penjualan asset. Sebagai contoh, di dalam pembiayaan perumahan, harga jualan (termasuk keuntungan pihak bank) telah ditetapkan dari awal.
Pulangan akan diperolehi melalui prinsip perbankan Islam. Perbankan Islam adalah berlandaskan prinsip perkongsian untung di antara bank dan pendeposit. Keuntungan daripada aktiviti-aktiviti perbankan Islam akan dikongsi di antara bank dan pendeposit berdasarkan nisbah perkongsian untung yang tekah dipersetujui dan dibayar dalam bentuk dividen kepada pendeposit. Jumlah dividen yang diberikan bergantung kepada jumlah keuntungan yang dihasilkan daripada operasi bank berkenaan.

Kelolaan : Norhazuren Khalid

Sumber : Majalah Nur, Oktober 2004

Thursday, July 17, 2008

Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?


Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?


Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?


Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!


Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!


Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?


Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.


Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul..


Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.


Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi


Pakej Rahsia 10K

Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:
- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama! Dapatkan segera di http://tinyurl.com/677ebt

Sahabat online anda,
Onesue

PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

Umayah : Srikandi muda yang matang

Merasai kemanisan nikmat Islam dalam usia yang masih terlalu muda, dianggap sebagai salah satu anugerah yang tidak ternilai. Walaupun suasana awal kedatangan Islam sangat tidak menyebelahi orang Islam, namun keimanan dan keyakinan yang mantap menyebabkan mereka tidak gentar dengan segala dugaan itu. Sekali lagi, umur bukan halangan dalam memastikan keimanan seseorang.

Demikianlah yang dirasakan oleh Umayyah binti Qais al-Ghifariyyah, yang baru berusia 14 tahun ketika sinar Islam menusuk masuk ke hatinya. Dia sanggup merentasi perjalanan jauh semata-mata untuk bertemu Rasulullah dan menyampaikan syhadah kepada baginda.

Dalam usia 14 tahun, Umayah telah memimpin kaum wanita daripada qabilah Ghifar untuk mengikuti Rasulullah di medan perang Khaibar. Dia menemui Rasulullah dan meminta izin untuk menyertai peperangan tersebut. Kerana kagum dengan keberanian gadis ini dan memandangkan usia yang ibarat anak kepada Rasulullah, baginda lantas mengajak Umayah untuk menaiki untanya. itu juga merupakan satu penghargaan kepada Umayah dan menunjukkan bahawa peranannya sama sekali tidak dipandang rendah oleh utusan Allah itu.

MENAWARKAN BANTUAN

Kisah Umayah ada diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam, yang meriwayatkannya daripada Sulaimen meriwayatkannya daripada Umayah bin Abis-Shilt, dan Umayah sendiri. Umayah menceritakan bahawa dia mengetuai sekumpulan wanita suku kaumnya meminta izin daripada Rasulullah untuk bersama-sama baginda dalam Peperangan Khaibar.

Wanita-wanita ini menawarkan bantuan kepada Rasulullah untuk membantu merawat orang atau orang yang tercedera. Di samping itu, mereka juga menawarkan bantuan yang bersesuaian dengan kemampuan mereka sebagai seorang wanita. Meraka antara para jururawat yang turut serta dalam perjuangan Rasulullah. Penglibatan kaum wanita dalam peperangan seumpama ini sememangnya dialu-alukan oleh Rasulullah kerana secara tidak langsung pembabitan wanita akan menaikkan semangat lelaki untuk berjuang.


"Dengan berkat Allah, berangkatlah!" Demikian kebenaran yang diberikan Rasulullah.


Kumpulan ini keluar bersama rombongan Rasulullah dan kata Umayah, disebabkan dia masih remaja, maka Rasulullah meminta dia menaiki unta baginda. Dalam perjalanan itulah, Umayah mengalami haid yang pertama yang menandakan gadis ini sedang menuju usia dewasa. Suatu pagi ketika dia turun dari unta yang ditunggangi, dia terlihat kesan darah pada kenderaannya. Serta-merta gadis ini terasa malu yang teramat sangat dan berusaha menutup kesan darah itu.

URUSKAN DIRI DENGAN BAIK
Rasulullah yang baru bangun dari tidur itu tersedar akan perubahan Umayah. Baginda juga dengan pantas dapat menduga keadaan gadis itu. Baginda kemudian bersabda kepada Umayah "Uruskanlah dirimu dengan baik. Kemudian ambil bekas air dan masukkanlah garam. Selepas itu gunakanlah untuk mencuci darah yang berada atas kenderaan itu dan naiklah semula ke atas kenderaanmu."

Pesanan Rasulullah itu juga boleh dianggap sebagai pesanan kepada seluruh golongan wanita. Ini kerana hal-hal berkaitan perkara kewanitaan seperti ini biasanya diucapkan secara simbolik kepada wanita yang mengalaminya dan hal itu akan disampaikan kepada wanita lain sebagai sebahagian daripada inti pengajaran Rasulullah. Demikianlah ilmu itu berkembang dan diperluaskan kepada generasi kepada generasi.

Umayah juga dikatakan sangat patuh mengamalkan ajaran Rasulullah itu. Setiap kali bersuci daripada haid, dia menggunakan garam sebagai campuran air.Malah dia turut meninggalkan wasiat, apabila dia meninggal dunia, dia mahu jenazahnya dimandikan dengan air yang dicampurkan garam.

Selain itu, wanita ini juga menceritakan, selepas kejayaan Rasulullah menakluki Khaibar, baginda telah membahagi-bahagikan harta rampasan kepada semua orang Islam yang terlibat dalam peperangan itu. Antaranya adalah seutas kalung yang dikenakan sendiri oleh Rasulullah ke leher Umayah. Kalung itulah yang dipakai oleh Umayah sehingga ke akhir hayatnya. Kalung itu mungkin tidak semahal mana,tetapi disebabkan itu kalung pemberian Rasulullah, Umayah sangat menghargainya. Dia turut berpesan agar kalung itu juga dikebumikan bersamanya jika dia meninggal dunia.

Demikianlah perjuangan yang dilalui Umayah. Nyata daya pemikiranyya tidak setanding usianya yang masih muda. Walaupun kisahnya tidak banyak diungkap lewat catatn sejarah, tetapi nama Umayah tetap terpahat sebagai seorang srikandi muda dalam sejarah awal kebangkitan Islam

Sumber : Majalah 'Nur', Oktober 2004

Wednesday, July 16, 2008

Bersyukur dengan apa yang ada

Salam Ukhuwwah

Dua tiga minggu ini onesue pening memikirkan tentang kerja yang tidak berapa banyak dan tidak begitu relevan dengan minat dan bidang onesue. Memang onesue ni disalah park di department ni. Rasanya dah tiba masa untuk kembali ke operation, doing office work and doing strategic thinking is not my preferences.

Well, tgh tunggu pengesahan dari HR untuk kembali ke operation. Being dekat operation membuatkan my mind lebih aktif. Not like now, kerja tidak challenging enough. Now i know that i'm not the office type of person.

Pernah sesekali tu terfikir untuk resign and buat kerja dari rumah sahaja. Tapi apa kerja yang boleh dilakukan dari rumah? Onesue pun baru sahaja berjinak dengan adsense, affiliate n baru mencuba bisnes secara online. Semuanya masih baru dan masih belum menampakkan masa depan yang cerah. Of course, to establish all this memakan masa, bukan boleh berjaya sekelip mata, betul x? Onesue teringat kata-kata sahabat onesue semasa di UKM dulu "If kita melakukan sesuatu dan tiada halangan langsung, itu maksudnya ada sesuatu yang tidak kena dengan benda yang kita lakukan itu. Setiap benda baik yang kita hendak lakukan, paling tidak mesti akan ada sedikit halangan sebelum semuanya berjalan dengan lancar.

Dan bila melihat orang yang susah di luar sana, onesue sedar bahawa kadang-kadang onesue terlupa bahawa apa yang onesue ada sekarang sudah dikira baik. Terlalu ramai orang di luar sana yang bekerja keras untuk mendapat sesuap nasi. Sekurang-kurangnya onesue mempunyai kereta, rumah, suami, anak-anak dan setakat ini onesue dan suami dapat menyediakan yang terbaik untuk anak-anak kami.

So, the morale of the story, "BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA. INSYAALLAH, ALLAH AKAN MEMBANTU ORANG YANG BERSYUKUR". Tapi jangan la asyik bersyukur sampai tidak berusaha untuk memajukan lagi diri sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada tetapi berusaha untuk mendapat dan menjadi yang lebih baik setiap hari.

Wallahualam

Si hijau rumpai

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung jagung (diayak)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 11/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 camca esen vanila
  • sedikit garam
  • 1 sudu pes pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal

Cara membuat

  • Gula icing dipukul dengan mentega sehingga kembang
  • Masukkan kuning telur, esen vanila, pes pandan dan pewarna hijau epal
  • Campurkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak ke dalam adunan. Uli menggunakan tangan
  • Canai dan terap mengikut citarasa sendiri
  • Bakar 180oC selama 15 ke 20 minit

Sumber : Majalah Pa & Ma, Mei 2007

Tuesday, July 15, 2008

Rahsia Bisnes Isteri Nabi : Khadijah


Salam Ukhuwwah kawan-kawan,
Di sini one sue ingin mempromosikan buku ini "Rahsia Bisnes Isteri Nabi : Khadijah". Onesue sendiri baru membeli buku ini yang onesue rasa akan banyak membantu onesue menyiapkan diri untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Yelah, selama mana kita hendak kerja makan gaji kan? Dengan gejala sosial yang melampau hari ini, rasanya onesue nak meluangkan sebanyak masa yang boleh mendidik dan menjaga anak-anak. Diharap suatu hari nanti onesue akan bersedia untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri, dengan harapan mempunyai lebih banyak masa untuk anak-anak.

So, kawan-kawan, mulakan langkah pertama anda. Untuk info, sila klik di sini
http://tinyurl.com/5hdo2d

Sama-samalah kita memanfaatkan ilmu yang didapati

Wallahualam

Rendang Daging ala onesue

Salam Ukhuwwah


Hari ni onesue ingin berkongsi cara-cara untuk memasak rendang daging ala onesue. Kenapa ala onesue pulak? Hihihihi, kerana onesue xboleh nak bagitau berapa sukatannya....semuanya main agak-agak....


Bahan-bahan

1/2 kilo daging lembu
1 inci lengkuas
Cili giling
Kerisik
Gula
Garam
Santan (perahan dari 1/2 kelapa atau 1 paket santan segera emma)***promosi santan emma la ni heheheh
Serai
Daun kunyit
5 Bawang putih
7 Bawang merah


Cara-cara:

1. Daging dipotong dadu (atau ikut selera masing-masing) dan dibasuh bersih
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan serai sehingga lumat
3. Panaskan minyak
4. Masukkan bawang putih, bawang merah dan serai yang telah ditumbuk dan kacau sehingga naik bau
5. Masukkan cili giling dan dikacau lai sehingga naik bau
6. Masukkan daging yang telah dibasuh bersih dan dikacau sebati. Biarkan daging ini sehingga air daging hampir kering
7. Masukkan santan kelapa dan kecilkan api. Biarkan sebati. Kacau sekali sekala
8. Masukkan garam secukup rasa dan secubit garam
9. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris
10.Akhir sekali masukkan sedikit kerisik dan gaul sebati

Bolehlah dihidangkan. Selalunya kalau onesue masak rendang ni, cukup untuk 4 orang dewasa makan

Vocab

Salam

Hari ini onesue ingin menyenaraikan perkataan-perkataan yang insyirah boleh sebut:
1. Ayah
2. Umi
3. Adik
4. Entah
5. Cucu (for susu)
6. Kaki
7. Ball
8. Cat
9. Ayam
10. Nyam nyam nyam
11. Wak
12. Atuk
13. Mimi
14. Nenek
15. Tok wan
16. Umah
17. Pokok
18. Kokok (for keropok)
19. Ak Cik (for pak cik)
20. Ayah Mi
21. Itik

Ehhh...dah banyak jugak voab dia ni rupanya....Alhamdulillah.....Hujung minggu ni nak tengok apa lagi perkataan yang simple yang boleh diajar dan didigest dengan cepat.

Wallahualam

Friday, July 11, 2008

Anak-anak

Salam Ukhuwwah

Just to share about my kids. Nurul insyirah (1 tahun 7 bulan) dan Najmi Hanif (7 bulan). Kedua-duanya adalah permata hati onesue dan suami. Kehadiran mereka berdua benar-benar telah menyerikan hidup kami.

Insyirah kini telah semakin aktif selepas pembedahan di kepalanya 7 bulan lepas. Diharapkan tiada apa-apa kesan negatif hasil dari pembedahan tersebut. Dan yang menggembirakan kami adalah setiap kali bertemu dengan dia, terdapat pertambahan dalam vocabulary nya. Yang terbaru dia menyebut 'ayam' dan disusuli dengan bunyi 'ayam' kok kok kok kok kok.

Dan yang paling mengejutkan kami, dia akan menadah tangan sambil mulut mengeluarkan bunyi yang kami tidak faham sebelum makan. Tahulah kami, rupa-rupanya dia membaca doa sebelum makan. Kih kih kih kih

Dan najmi pula sudah semakin lasak. Baru sahaja sembuh dari demam. Ini adalah demam yang pertama sejak dia dilahirkan. Walaupun selsemanya masih ada, tetapi lasaknya tetap ada. Sudah pandai duduk walaupun kekadang dia tidak 'balance' dan terjatuh baring, kih kih kih. Dan dia paling suka bermain apa sahaja mainan yang kakaknya sedang pegang (kes dengki la ni). Dan hobinya adalah tarik rambut si kakak.

Seronok melihat mereka membesar. Rasa baru semalam membawa mereka pulang dari hospital dengan berat badan 2.76 kg (nurul insyirah) dan 3.2 kg (najmi).

Walau apa pun, pendidikan dari kecil amat onesue risaukan. Sebab itu bermula dari sekarang onesue rajin membaca apa sahaja artikel berkenaan smart parenting. Terdapat pelbagai tips yang onesue kumpul untuk pengetahuan dan panduan onesue dan juga untuk dikongsi bersama semua ibubapa di luar sana. So jika ada masa, sudi-sudilah singgah di http://www.children-the-greatest-gift.blogspot.com/

Sekian sahaja buat masa ini.

Wassalam

Salam Ukhuwwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Buat pertama kalinya onesue membuat blog dalam bahasa malaysia. Dan diharapkan blog ini akan dapat menambahkan kawan dan menambahkan ilmu pengetahuan yang dapat dikongsi bersama.

Well, tiada apa-apa yang khusus di dalam blog ini. Kawan-kawan semua dijemput untuk menulis apa sahaja di sini. Kongsi segala pengalaman dan pendapat di sini ye.

Sekian sahaja buat kali ini.

Jumpa lagi nanti, insyaALLAH